You are on page 1of 1

Abstrak

Penulisan ini bertujuan untuk membincangkan mengenai peranan guru dalam


memperkasakan pendidikan STEM. Pendidikan STEM yang berasaskan kepada empat
bidang iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dengan mengintegrasikan
dan mengaplikasikannya dalam konteks dunia sebenar telah diberikan penekanan
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –2025. Para guru kini
berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memupuk minat pelajar terhadap bidang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), seiring dengan perkembangan
serta kemajuan teknologi. Terdapat dua faktor yang mempengaruhi guru dalam
memperkasakan Pendidikan STEM iaitu pengetahuan dan pengaplikasian dalam
pengajaran. Oleh itu, kerangka konsep kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
peranan guru dalam memperkasakan pendidikan STEM yang merangkumi aspek
kurikulum, pedagogi dan pentaksiran sebagai elemen utama. Antara implikasinya ialah
tahap kesediaan guru dalam melaksanakan pendidikan STEM dalam membantu pelajar
menyesuaikan diri dalam suasana dan kaedah pembelajaran yang baru serta
didedahkan dengan teknologi baru supaya dapat menarik minat pelajar dalam bidang
sains. Bagi melaksanakan STEM secara efektif di sekolah, ianya tidak boleh
bersandarkan kepada pembelajaran teori namun memerlukan pembelajaran secara
hands on. Guru bimbingan dan kaunseling juga memainkan peranan penting dalam
memberi pendedahan berkaitan skop pekerjaan dalam bidang sains dan kejuruteraan
secara meluas. Infrastruktur yang lengkap juga dapat meningkatkan kualiti pengajaran
guru bagi memudahkan kefahaman pelajar. Kesimpulannya, guru hendaklah proaktif di
dalam melengkapkan diri dengan ilmu pengajaran dan pengetahuan mengenai
perkembangan STEM. Ini kerana guru merupakan agen yang bertanggungjawab untuk
mencapai hasrat kerajaan yang ingin melahirkan pelajar yang kompeten dan berdaya
saing bagi masyarakat dan pembangunan negara di masa hadapan.

You might also like