You are on page 1of 3

Aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara kita.

Melalui penganjuran aktiviti


gotong-royong, masyarakat dapat memupuk semangat bekerjasama bak aur dengan tebing untuk
membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman. Aktiviti sebegini mampu
menjamin keceriaan kawasan kediaman masyarakat dan juga membuka ruang serta peluang komunikasi
antara jiran tetangga.

Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka haruslah diperkukuh di negara kita. Rumah terbuka
merupakan kaedah pemupukan perpaduan yang efektif kerana dapat mendedahkan masyarakat kepada
keunikan adat resam kaum lain. Secara tidak langsung, persefahaman antara kaum dapat diwujudkan dan
hubungan erat bak isi dengan kuku dapat dijalin.

Media massa merupakan rangkaian perhubungan yang banyak digunakan dalam era globalisasi ini. Dalam
konteks mengukuhkan perpaduan kaum, media massa seharusnya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
menyebarkan mesej dan informasi positif tentang kepentingan bersatu padu. Sebagai analoginya, stesen
penyiaran tempatan boleh menyiarkan program yang berunsur perpaduan dan mempunyai pelakon yang
berbilang pelbagai bangsa. Siaran program sudah pasti dapat menerapkan nilai perpaduan dalam jiwa
masyarakat secara berunsur-unsur terutamanya jika unsur hiburan turut diselitkan dalam program tersebut.

Pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar dapat memahami erti perpaduan
negara. Sebagai satu daripada langkah untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013. Langkah bijak tersebut
diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam
kalangan masyarakat. Antaranya, dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British
telah menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada masa yang sama,
kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang dan menggugat kestabilan tanah air.
i. Jelaskan faedah-faedah

ii. perpaduan kepada masyarakat.

iii. Huraikan kesan-kesan perpaduan terhadap masyarakat.

iv. Senaraikan contoh-contoh aktiviti untuk memupuk perpaduan.

v. Kenal pasti peribahasa dan ungkapan menarik yang berkaitan dengan perpaduan.

You might also like