You are on page 1of 10

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH BIL 4/2017

SEKOLAH KEBANGSAAN SRI LAKSAMANA

TARIKH : 15 Januari 2018


HARI : Isnin
MASA : 2.00 ptg
TEMPAT : Makmal Komputer SK Sri Laksamana

KEHADIRAN: Rujuk Lampiran 1

TIDAK HADIR
1. Pn. Najibah binti Roslan
2.

Pengerusi Mesyuarat : En. Safian bin Ab. Rahman

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
3. Bangkitan Minit
4. PBS 2018
4.1 Pengurusan PBS 2018
4.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
4.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
4.5 PBS - PPKIP
4.6 Pelaporan pentaksiran sekolah rendah
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan

1. Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada para guru
atas kehadiran ke mesyuarat petang ini.
1.2 Pengerusi menekankan kepentingan pelaksanaan PBS sebagai bukti proses
pengajaran dan pemudahcaraan di sekolah.
Tindakan : Makluman
`

1
2. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Lalu
2.1 En. Mohd. Faizal bin Othman mencadangkan agar minit mesyuarat PBS Bil.4/2017
diterima dan disahkan.
2.2 Pn. Zaimahani binti Said menyokong agar minit mesyuarat PBS Bil.4/2017 diterima
dan disahkan.
Tindakan : Makluman

3. Bangkitan Minit
3.1 Tiada
Tindakan : Tidak Berkaitan

4. Pengisian dan Pengumpulan Data PBS Awal Tahun


4.1 Pengurusan PBS 2018
4.1.1 Pelantikan
4.1.1.1 Surat lantikan yang telah ditandatangani guru besar akan diserahkan
kepada semua Ahi Jawatankuasa PBS Sekolah bagi sesi 2018.
4.1.1.2 Tugas-tugas AJK pementoran, pemantauan, pengesahan dan
penyelarasan boleh dirujuk dalam buku panduang penjaminan kualiti di
dalam bilik GPK1 SKSL.

4.1.2 Carta Organisasi


4.1.2.1 Akan dimuatnaik ke dalam portal VLE frog untuk dirujuk.
4.1.2.2 Jadual pengoperasian PBS mestilah dipatuhi oleh semua guru pentaksir.
4.1.2.3 Sebarang makluman mengenai PBS akan dimaklumkan dari masa ke
semasa.

2
4.1.3 Pejaminan Kualiti
4.1.3.1 Semua guru perlu meyimpan 1 salinan Instrumen Pemantauan Jemaah
Nazir Jaminan Kualiti sebagai rujukan mentaksir.

4.1.4 Kes-Kes Khas


4.1.4.1 Telah diminitkan selepas dibincangkan dalam Mesyuarat AJK PBS
Bilangan 2/2013 bertarikh 11 Julai 2013. (Perkara 8.1 – 8.3)
4.1.4.2 Semua guru diingatkan untuk mendapatkan laporan PBS bagi murid
yang baru berpindah masuk untuk rujukan sebelum melaksanakan
pentaksiran kepada murid tersebut. Murid yang berpindah keluar juga
perlu disediakan laporan pentaksiran sebagai rujukan guru di sekolah
baharu.

4.1.5 Pembudayaan PBS


4.1.5.1 Penyertaan Murid-murid
4.1.5.1.1 Guru dikehendaki menghantar satu laporan, yang disertakan
senarai nama dan kelas, kepada setiausaha PBS mengenai
penglibatan murid-murid sewaktu menyertai pertandingan atau
persembahan sama ada di peringkat sekolah atau di luar kawasan
sekolah.

4.1.5.2 Informasi PBS


4.1.5.2.1 Sebarang informasi untuk rujukan guru-guru akan ditampal di
papan kenyataan di luar Bilik Gerakan Laksamana Tun Tuah.
4.1.5.2.2 PBS perlu disebarluaskan oleh semua guru kepada warga
sekolah melalui
4.1.5.2.2.1 Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)
4.1.5.2.2.2 Perhimpunan mingguan dan harian
4.1.5.2.2.3 Laman portal sekolah

3
4.1.5.2.2.4 Poster/kain rentang/brosur
4.1.5.2.2.5 Taklimat orientasi tahun 1
4.1.5.2.2.6 Apa jua perjumpaan bersama ibu bapa/waris.

4.1.5.2.3 Penataran PBS / Kursus Dalaman


4.1.5.2.3.1 Laporan bergambar perlu dihantar kepada setiausaha PBS
sekolah untuk disimpan ke dalam fail sebagai rujukan.
4.1.5.2.3.2 Bahan-bahan yang diterima ketika berkursus hendaklah
diserahkan kepada GPK1. Satu salinan disimpan oleh guru
yang telah menghadiri kursus.

4.2 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)


4.2.1 Pelantikan guru pentkasir sekolah
4.2.1.1 Semua guru yang mengajar murid-murid tahun 1 hingga tahun 6 akan
menerima surat pelantikan pentaksir.
4.2.1.2 Setiap pentaksir perlu melengkapka maklumat diri dan diserahkan
kepada setiausaha PBS sekolah. Salinan jadual waktu akan diperolehi
setiausaha PBS sekolah dari GPK1.

4.2.2 Surat pekeliling/surat siaran pelaksanaan PBS


4.2.2.1 Surat-surat ini perlu dimuatturun daripada portal Lembaga Peperiksaan
Malaysia atau portal-portal berkenaan dan disimpan ke dalam fail guru
pentaksir.

4.2.3 Dokumen-dokumen KSSR


4.2.3.1 Semua guru pentaksir perlu ada dan bawa bersama semasa PdPc
dokumen-dokumen berikut:
4.2.3.1.1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksir (Tahun 1,2,3,4,5
dan 6)
4.2.3.1.2 Dokumen Standard Kurikulum (Tahun 3)
4.2.3.1.3 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (Tahun 3)

4
4.2.3.1.4 Rancangan Pengajaran Tahunan
4.2.3.2 Dokumen-dokumen ini ada disimpan dalam bentuk ‘hardcopy’ dan
‘softcopy’ di dalam bilik GPK1 (salinan setakat 2017)
4.2.3.3 Guru-guru boleh memuatturun dokumen-dokumen ini di laman
sesawang Bahagian Pembangunan Kurikulum (www.bpk.moe.gov.my).
4.2.3.4 Sebarang eminjaman dan pemulangan dokumen-dokumen KSSR di
bilik GPK1 perlu dicatatkan ke dalam buku yang telah disediakan.

4.2.4 Subjek-subjek KSSR


4.2.4.1 Terdapat 12 mata pelajaran KSSR untuk tahun 2 dan tahun 3 serta 15
mata pelajaran untuk tahun 4,5 dan 6 yang ditawarkan di SK Sri
Laksamana.
4.2.4.2 Setiap guru perlu mengetahui nama yang betul untuk setiap mata
pelajaran yang ditawarkan dan peruntukan masanya dalam seminggu.

4.2.5 Pentaksiran
4.2.5.1 Dilaksanakan secara berterusan dan seiring dengan PdPc
4.2.5.2 Menggunakan kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian
dan persediaan murid.
4.2.5.3 Merujuk standard pembelajaran dan standard prestasi yang berkenaan.
Perlu ada bukti atau evidens taha penguasaan murid dalam PdPc sama
ada evidens murid (lisan/pelakuan) atau evidens bahan (hasil tugas
individu/kumpulan).

4.2.6 Perekodan PBD 2018


4.2.6.1 Modul Perekodan Pembelajaran Murid Tahun 3 daripada lembaga
peperiksaan terbahagi kepada dua; mengikut subjek dan gabungan.
4.2.6.2 Modul tersebut juga masih perlu diisi ke dalam kedua-dua bahagian.
4.2.6.3 Bagi murid tahun 1 dan 2 2018, tiada templat pelaporan terkini (setakat
14 Januari 2018).

5
4.2.6.4 Bagi tahun 4,5 dan 6 templat pelaporan mengikut mata pelajaran juga
ada di laman sesawang BPK termasuk pelaporan tahun 6 yang
menggabungkan semua mata pelajaran.
4.2.6.5 Pengumpulan data akan dibuat 2 kali setahun; Jun dan Oktober.
4.2.6.6 Bahan-bahan akan dikumpulkan dalam bentuk ‘hardcopy’ dan
‘softcopy’ oleh setiausaha PBS sekolah.
4.2.6.7 Tiga salinan ‘hardcopy’ perlu disediakan oleh pentaksir.
4.2.6.8 Guru-guru pentaksir diminta mencetak satu modul perekodan atau
pelaporan kelas mengikut mata pelajaran masing-masing untuk
ditampal ke dalam buku ringkasan mengajar sebagai persediaan awal
dan diisikan secara manual.
4.2.6.9 Guru-guru akan dimaklumkan lokasi/computer untuk memasukkan data
gabungan mengikut kelas kelak.
4.2.6.10 Slip pelaporan murid (Gabungan tahun 3 & 6) dan pelaporan
individu (setiap mata pelajaran tahun 1,2,4 dan 5) akan diserahkan
kepada ibu bapa / penjaga bersama-sama slip Peperiksaan Pertengahan
Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Slip UPSR dan jika ada keperluan
khas (murid berpindah, keperluan pemantau dan sebagainya).

4.2.7 Sudut PBS


4.2.7.1 Sudut PBS perlu ada di dalam setiap kelas.
4.2.7.2 Untuk mempamerkan hasil kerja murid-murid atau apa sahaja bahan
yang boleh dirujuk oleh murid-murid.
4.2.7.3 Sudut ini disediakan dan diisi oleh guru kelas dan guru mata pelajaran.

4.2.8 Peranan ketua panitia


4.2.8.1 Setiap perkara yang dimaklumkan kepada ketua panitia dalam
mesyuarat induk perlulah disampaikan kepada ahli panitia dan
diminitkan.

6
4.2.8.2 Permasalahan dan sebarang isu berkaitan PBS mata pelajaran panitia
masing-masing perlu dibincangkan dan diminitkan sewaktu mesyuarat
panitia.
4.2.8.3 Sebarang isu mengenai PBS sewaktu mesyuarat panitia yang timbul
perlu dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat induk.
4.2.8.4 Guru ganti boleh menjadi pentaksir dengan bimbingan ketua panitia.

4.2.9 Fail guru pentaksir


4.2.9.1 Sebagai langkah penambahbaikan pengurusan PBS sekolah, setiap guru
pentaksir perlu ada fail individu yang mengandungi perkara-perkara
berikut:
4.2.9.1.1 Biodata guru
4.2.9.1.2 Surat lantikan
4.2.9.1.3 Jadual waktu mengajar
4.2.9.1.4 Senarai nama murid kelas yang diajar.
4.2.9.1.5 Notis/minit mesyuarat PBS
4.2.9.1.6 Surat pekeliling
4.2.9.1.7 Dokumen Standard Kurikulum (Tahun 3)
4.2.9.1.8 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (Tahun 1,2,4,5
dan 6)
4.2.9.1.9 Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (Tahun 3)
4.2.9.1.10 Modul Perekodan dan Rumusan (Pertengahan Tahun dan Akhir
Tahun – Tahun 3)
4.2.9.1.11 Modul Prestasi Ujian Penggal (Pertengahan Tahun dan Akhir
Tahun – Tahun 3)
4.2.9.1.12 Pelaporan Prestasi Murid (Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun
– Tahun 1,2,4,5 dan 6)
4.2.9.1.13 Lampiran

7
4.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
4.3.1 Murid tahun 4 sudah melakukan pembelian buku PAJSK
4.3.2 Murid tahun 5 dan 6 akan menggunakan buku sedia ada. Bagi kes
kehilangan buku PAJSK, murid perlu melakukan pembelian semula secara
segera kerana stok buku adalah terhad.
4.3.3 Buku PAJSK perlu dibawa ke aktiviti kokurikulum (Selasa) dari rak di
bilik GPK Kokurikulum dan buku perlu dikumpulkan semula pada Rabu
pagi.

4.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)


4.4.1 Bagi ujian aptitud tahun 3 2017, pelaksanaannya berjalan lancar dan
keputusan ujian telah diedarkan kepada ibu bapa / penjaga.
4.4.2 Bagi peperiksaan aptitud tahun 6 2017 (peperiksaan percubaan 2017),
pelaksanaan ujian adalah lancar dan keputusan ujian telah diedarkan
kepada ibu bapa / penjaga.
4.4.3 Unit Bimbingan dan Kaunseling akan melaksanakan ujian-ujian aptitud
berdasarkan surat-surat arahan yang dikeluarkan pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia.

4.5 PBS – Program Pendidikan Khas dan Integrasi Pembelajaran (PPKIP)


4.5.1 Pentaksiran PBS bagi murid-murid PPKIP turut dilaksanakan bagi kelas
Murni 1,2,3,4 dan 5.
4.5.2 Pektaksiran akan dilakukan bagi subjek-subjek yang berbeza antara kelas
PPKIP mengikut keperluan murid-murid di dalam kelas-kelas tersebut
4.6 Pelaporan pentaksiran sekolah rendah (PPSR)
4.6.1 PPSR akan diterima oleh murid-murid tahun 6 dan pelaporan ini akan
merangkumi;
4.6.1.1 Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
4.6.1.2 Pelapora PAJSK
4.6.1.3 Pelaporan PPsi
4.6.1.4 Pelaporan UPSR

8
Tindakan : Semua guru pentaksir
Jawatankuasa PBS sekolah
Pengesah Slip PBS

5.0 Hal-hal lain


5.1 Tiada
Tindakan : Tidak Berkaitan

6.0 Ucapan Penangguhan


6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran para guru.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.
Tindakan : Makluman

Disediakan oleh,
ASRAF HADZWAN BIN AHMAD SAFIAN
NAIB SETIAUSAHA PBS
15 JANUARI 2018

9
LAMPIRAN 1

10

You might also like