You are on page 1of 1

Assalamualaikum kami ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus

berasaskan ilmu Bahasa Melayu 1 saya. kami Mohd Aidil B Othman dan Mohd Safuan B
Che Othman sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya
sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa
saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada kami untuk menyiapkan tugasan ini.
Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana kami tidak menyangka bahawa
kami telah melakukannya dengan baik. Saya dan Safuan telah berjaya menyiapkan
tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga
beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah
untuk mencari bahan rujukan mengenai bentuk kata, frasa dan fungsi frasa. kami
keliru antara bentuk kata yang terbahagi kepada empat iaitu kata ganda, kata
majmuk, kata terbitan dan kata nama kerana hampir sama tetapi setelah di terangkan
oleh Pn Idawati, kami akhirnya dapat membezakan antara kedua-duanya. kami juga
menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja
projek saya. Tambahan pula kami sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini.
Saya terpaksa meneliti setiap bentuk kata yang terdapat dalam petikan dan
menghuraikannya dengan gramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh Pn Idawati
telah kami gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja projek kami. Banyak perkara yang
telah kami pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara yang kami pelajari
ialah bentuk kata, frasa, fungsi frasa, ayat aktif dan pasif serta maksud
morfologi. Hal ini sangat berguna kepada kami kerana disamping dapat menyiapkan
tugasan, kami juga boleh mengulangkaji pelajaran-pelajaran yang telah diajar pleh
Pn Idawati untuk peperiksaan akhir pada hujung semesta nanti. Kami juga dapat
mempelajari bagaimana untuk mengkaji sebuah cerpen. Pada mulanya kami berasa susah
untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk ajar oleh Pn idawati, kami berasa
yakin untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan ini juga, kami telah
belajar untuk bekerjasama. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama
rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja
berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan. Saya telah
membuat tugasan mengenai kajian cerpen dan memcari bentuk kata setiap perkataan.
Mohd Safuan pula membuat takrif morfologi, frasa dan fungsi frasa. Kami saling
berkomunikasi untuk bertanyakan tentang tugasan yang dibuat. Kami juga tidak
mempunyai masalah untuk berjumpa kerana bilik kami adalah di blok yang sama.
Perpustakaan menjadi tempat untuk kami memperoleh bahan untuk dimasukkan di dalam
tugasan yang diberikan. Kamus Tatabahasa Dewan ialah buku yang lengkap dan menjadi
penduan utama kami dalam melakukan tugasan ini. Namun kami juga tetap menggunakan
buku-buku tatabahasa lain agar isi-isi di dalam tugasan kami menjadi mantap. Selain
itu, kami juga melayari internet untuk memperoleh maklumat, kami menggunakan
internet kerana tidak mahu ketinggalan untuk mengunakan teknologi masa kini yang
telah maju dan canggih. Pn Idawati juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam
kelas Bahasa Malayu agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja Kerja Kursus
Berdasarkan Ilmu ini. Jika beliau tida

You might also like