You are on page 1of 10

Tajuk Amali 2: Mengkaji Batuan

Tujuan:

Mengenal pasti dan mengelas batuan mengikut spesifikasi iaitu batu igneus, batu sedimen
dan batu metamorfik.

Pengenalan:

Batu-batuan yang ada pada bumi dapat dikelaskan ringkas kepada tiga jenis,
termasuklah batu igneus, batu enapan dan batu metamorfik. Batu ignues merupakan batu
yang dibentuk atas proses penyejukan magma. Selain itu, batu enapan merupakan batu
dibentuk atas pemendakan bahan-bahan di laut, sungai atau tasik. Batu enapan boleh juga
dibentuk atas pemendapan zarah-zarah mineral yang diangkut oleh air, angin atau ais. Batu-
batuan dan sedimen yang seterusnya akan berubah menjadi batu metamorfik apabila
terdedah kepada suhu atau tekanan tinggi atau kedua-duanya.

Dalam kerja amali ini, kami akan mengelaskan pelbagai jenis batuan yang terdapat di
dalam bilik fizik Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh.

Kemahiran Proses Sains Yang Terlibat:

1. Memerhati: Memerhati warna, lapisan, tekstur dan kilauan batuan.

2. Mengukur: Mengukur jisim dan isipadu batuan.

Alat radas dan bahan:

Tin eureka, neraca tiga palang, benang, gunting, batu Kalsit, bikar 50 ml, silinder penyukat,
sampel batuan dalam Bilik Fizik

Prosedur A:

1. Sampel batuan dalam Bilik Fizik digunakan.


2. Jenis, warna, kilauan, kekerasan, lapisan, tekstur dan ketumpatan setiap batu
dicatatkan.

1
Prosedur B:

1. Jisim dan isipadu batu Kalsit diukur.


2. Ketumpatan batuan dicari dengan menggunakan formula jisim / isipadu.
3. Warna, kilauan, kekerasan, lapisan dan tekstur batu Kalsit dicatatkan.

2
Dapatan

3
No Jenis Batu Warna Kilauan Kekerasan Lapisan Tekstur Ketumpatan
(g/cm3)
1. Tuff Kelabu dengan Pudar 3.5-4.0 - Licin 3.27
tompok putih
2. Kalsit Perang Berkaca 3.0 Berlapis Licin 4.14
3. Feldspar Putih Mutiara 6.0 - Licin 1.67
4. Granit Profir Putih kelabu Pudar 7.0 - Kasar 2.80
5. Syis Putih kelabu Pudar 3.5 Berlapis Kasar 2.75
6. Basalt Kelabu Pudar 5.5 - Halus 3.30
7. Syis Bergrafit Hitam Berkaca 2.5 - Berhablur 2.60

8. Kuarza Putih Mutiara 7.0 - Berhablur 3.10


9. Marmar Putih Mutiara 3.5 - Lembut dan licin 3.00
10. Batu Pasir Putih Mutiara 3.5 - Kasar 2.60
11. Kuartzit Kelabu Pudar 3.5 Halus 2.10
12. Kuarza Mika Perang Pudar 3.5 - Berhablur 2.78
Syis
13. Barit Kuning Logam 3.0-3.5 - Berhablur 4.40
14. Diorit Kelabu 2.5 - Kasar 2.82
15. Filit Perang bebenang Pudar 2.5 Berlapis Berhablur 2.05
hitam

4
16. Riolit Hitam, kelabu Dan Logam 6.0 - Licin 2.90
sedikit putih
17. Laterit Merah pekat dan Pudar 2.5 - Berhablur 2.35
perang gelap
18. Cert/ Perang Logam 3.5 Berlapis Halus 2.89
Rijang
19. Granit Mikro Kelabu dan putih Logam 6.5 - Halus dan 3.00
seragam
20. Pegmatit Perang Berkaca 6.5 - Kasar 3.17
21. Syal Perang kemerahan Pudar 2.5 Berlapis Halus 2.75
22. Aplit Putih kelabu 6.5 Berlapis Halus 3.17
23. Batu Kapur Kelabu Pudar 4.5 Berlapis Halus/ Kasar 3.13
24. Konglomarat Berwarna-warni Berkilat 5.5 Berlapis Derajat 2.60
pembundaran
25. Serpentinit Hitam, perang Berkilat 3.5 Berlapis Kasar 2.40
26. Magnetit Hitam kelabu Kristal 5.5-6.0 Berlapis Berhablur 3.20
27. Syenit Putih kelabu Pudar 6.0 Berlapis Halus dan 2.90
Seragam
28. Batu Gneiss Kelabu Kristal 7.0 Berlapis Kasar berjalur 3.30
29. Gabro Gelap kehijauan Pudar 5.5 Berlapis Kasar 2.30
30. Hametit Merah keperangan Pudar 5.5-6.5 Berlapis Berhablur 4.79

5
Perbincangan :

Kajian dilakukan dengan mengumpul batuan dalam kumpulan. Penyiasatan telah dijalankan
bersama-sama supaya perbincangan untuk mengenalpasti batuan yang dikumpul bersama
dapat dilakukan dengan lebih tepat. Seterusnya batuan dikumpul dan pemerhatian dilakukan
terhadap batuan. Berdasarkan pemerhatian batuan tersebut dikelaskan kepada 3 kumpulan.
Di dapati batuan yang mempunyai granul dan berwarna hitam merupakan batu sedimen
seperti batu konglomerat, batu kapur, aplit, syal, cert/rijang, serpentinit, magnetit, syenit, batu
gneiss, gabro dan hametit..

Batuan dikumpulkan dalam satu kumpulan batu igneous apabila didapati batuan
tesebut berbutir kasar, mempunyai campuran yang berwarna hitam menunjukkan ia adalah
hasil mendapan tumbuhan dan haiwan yang mati serta mempunyai struktur licin dan berkilau
dikelaskan dalam kumpulan. Contohnya, batu syis bergranit, basalt, kuarza, kuarza mika syis,
syis, barit dan laterit.

Batuan dikelaskan di dalam kumpulan metamorfik apabila ia mempunyai kepadatan


yang tinggi, permukaannya yang rata dan licin, berkilat serta bewarna jernih. Ia juga keras
dan tidak berhablur. Batuan ini amat keras, bersinar- sinar, cantik dan amat menarik. Marmar,
kalsit, pegmatite, granit mikro, riolit, filit, diorite, batu pasir, kuartzit, feldspar, tuff dan granit
profir adalah contoh bagi batuan metamorfik.

Kesimpulan:

Batu-batuan yang ada pada muka bumi ini terdiri daripada ciri-ciri yang berbeza dari segi
tekstur, warna, kilauan, kekerasan, ketumpatan dan lapisan. Dengan mengenal pasti ciri-ciri
batuan tersebut, kita dapat membezakan jenis-jenis batuan dengan lebih jelas.

6
Lampiran

Batu sedimen

7
Batu igneous

8
Batu metamorfik

9
10

You might also like