You are on page 1of 16

Pendahuluan

Dalam kehidupan kita yang serba maju ini manusia sering terlupa bahawa

ada insan lain disekeling kita. Kita sering mengejar kemewahan, kesenangan

sehingga menjadi lalai dan cuai dalam menempuh hubungan antara manusia yang

lain dengan hanya memikirkan kepentingan diri sendiri lebih daripada orang lain.

Manusia menjadi begitu rakus mengikut tuntutan nafsu daripada akal dalam

membuat sesuatu keputusan itu. Akibat daripada tindakan tadi menyebabkan kita

lupa akan tanggungjawab kita kepada hidup bermasyarakat, berkeluaga dan

beragama.

Difinisi moral ialah tingkahlaku yang telah ditentukan oleh etika, iaitu

menunjukkan sesuatu perkara yang baik atau buruk di dalam diri seseorang itu.

Seseorang yang bermoral itu adalah yang mempunyai perilaku dan tindak tanduk

yang baik dan luhur. Dalam ertikata yang lainnya moral meletakkan perbuatan yang

baik-baik di dalam diri seseorang individu itu. Menurut istilah, moral berasal daripada

bahasa latin iaitu moralis atau mores iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti

kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of Education

menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk menentukan

batas-batas sifat,perangai,kehendak, pendapat atau perbuatan secara layak dapat

dikatakan benar, salah, baik, atau buruk.

Seseorang individu yang bermoral dapat menikmati kehidupan yang aman

dan sejahtera. Untuk itu manusia perlukan kasih sayang, keselesaan, kedamaian,

kreativiti dan kestabilan. Untuk mencapai tujuan ini manusia perlu mengikut prinsip-

prinsip yang ada di dalam kemoralan yang boleh membawa kepada sikap
bekerjasama, berkorban dan keinsafan serta dapat menghindari diri daripada rasa

takut dan tertekan dengan kehidupannya sendiri.

Menurut Abdul Rahman Md. Aroff (1998), moral berfungsi sebagai panduan

untuk menyelesaikan konflik serta membuat keputusan. Ahli-ahli Falsafah Barat

lebih menekankan persoalan, mengapa manusia pada umumnya patut bermoral?

Oleh itu fungsi moral terhadap kesedaran moral individu itu bukan atas tekanan,

pujian, dan lain-lain tetapi berdasarkan keimanannya kepada Allah.

Menurut Aristotle, moral adalah berkaitan dengan fungsi manusia sejagat.

Seseorang yang telah menunaikan peranannya dengan berkesan.

Thomas Hobbes telah menggambarkan kepentingan hidup bermoral seperti

berikut: Tanpa peraturan social (moral), akan wujud satu keadaan konflik yang tidak

berkesudahan dan persengketaan yang mengakibatkan kehidupan manusia menjadi

jahat, bersifat buas dan angkuh”. (Mohd. Janib Johari, 1994).

Tidak dapat dinafikan kesedaran bahawa manusia itu adalah makluk ciptaan

Allah dan menikmati segala rahmatnya menjadi asas utama untuk menjadikan

dirinya insane yang memiliki moral yang tinggi di dalam jiwanya. Setiap manusia

yang waras akalnya sentiasa menyedari bahawa adalah lebih untuk membuat

kebaikan daripada membuat kejahatan yang akan membawa kesukaran dan ketidak

tenangan dalam jiwanya nanti. Perlakuan yang baik akan mendatang rasa kepuasan

dalam menikmati kehidupan yang sebenar manakala kejahatan yang dilakukan

adalah satu lakonan yang yang meronai kehidupan yang malap. Sebaliknya satu-

satu kejahatan yang dilakukan lambat laun akan membawa akibat yang burruk

kepada diri sendiri. Seseorang yang bermoral ialah seseorang yang telah

menunaikan peranannya dengan lebih berkesan lagi. (Eow Boon Hin, 2003).
Contoh pertama dalam institusi kekeluargaan segala perilaku ibu bapa akan

diturunkan kepada anak-anaknya untuk diikuti dan diteladani sehinggalah kepada

anak cucunya. Keluarga yang mempunyai moral yang tinggi akan meletakkan instusi

itu akan dihormati oleh setiap yang lain. Keadaan ini akan dengan sendirinya

mendatangkan kesejahteraan dan harmoni di dalam mengharungi kehidupan di

dunia. Emosi yang stabil di dalam setiap ahlinya akan mewujudkan suasana yang

amat mesra dalam keluarga maka akan terpancarlah sinar yang menerangi keluarga

tersebut sehinggalah dirasai pula oleh anak cucunya.

Contoh kedua pula ialah di dalam kehidupan bermasyarakat moral dapat

mewujukkan masyarakat yang harmoni dan progresif. Ini kerana sifat kemoralan

yang ada pada diri masyarakat dapat memupuk persefahaman, bertimbang rasa,

tolong menolong dan lain-lain nilai yang baik.

Contoh ketiga ialah kehidupan bermoral akan menjadikan sesebuah Negara

itu menjadi aman dan tenang sentiasa manusia akan rasa selamat dan sejahtera bila

Negara itu tidak menghadapi masalah tidak bermoral.

Difinisi akhlak pula mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan

Pustaka, mentakrifkan akhlak sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan

berkaitan kalakuan dan tingkah laku manusia sebagai sama ada baik atau jahat.

Manakala perkataan akhlak menurut Bahasa ialah perkataan akhlak berasal

daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama” daripada perkataan (al-khuluqu)

bererti tabiat, kelakuan, tabiat, perangai, tingkahlaku, mutuah, adat kebiasaan,

malah ia juga membawa maksud agama itu sendiri.


Merujuk kepada istilah bahasa Arab yang membawa erti perangai, tingkah

laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.Islam sebagai agama yang syumul,

komprehensif dan sempurna, menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi

dalam program hidup individu. Dengan adanya ilmu akhlak ini menjadi manusia

bersifat insaniyyah dalam membentuk tingkah laku dan mengarahkan individu itu

supaya melakukan amal makruf iaitu perkara-perkara yang baik-baik sahaja dan

meninggalkan segala perkara yang tidak baik atau buruk. Dalam kata lainnya ialah

seseorang itu wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip yang sentiasa

mengarahkan pemikiran, pandangan dan amalan ke arah yang positif sahaja. Serta

sedaya upaya menghindarkan diri dari sifat-sifat atau gejala-gejala yang tidak baik.

Dengan akhlak yang baik mendorong manusia untuk melakukan perkara-perkara

yang positif dan ianya mendatangkan kesejahteraan dalam individu itu.

Dari segi istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat

mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikian,

penelitian dan paksaan.

Imam Ghazali RadiAllahuanhu mengatakan: akhlak ialah suatu keadaan yang

tertanam dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa

memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik dan

terpuji menurut syarak dan akal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia.

Sebaliknya perbuatan yang buruk dan tercela di namakan akhlak yang burruk.

Contohnya, bagi seorang Muslim, akhlak yang baik terdapat pada diri Nabi

Muhammad saw kerana sifat-sifat dan perangai Nabi yang merupakan uswah

hasanah iaitu teladan yang baik serta terpuji yang ada dalam diri Nabi saw.
Kehidupan Rasulullah seperti perilaku dan cara hidupNya menjadi teladan untuk

kesempurnaan hidup manusia dari segi jasmani dan rohani.

Contoh kedua ialah Allah telah membekalkan manusia dengan akal fikiran

jadi manusia seharusnya selepas mencapai akal baligh dapat membezakan yang

mana baik dan buruk. Dengan adanya akal fikiran dapat membekalkan manusia itu

dengan ilmu-ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup demi

kepentingan masyarakat untuk membina tamadun di alam semesta ini atau alam

maya ini.

Contoh ketiga disebabkan kelemahan akal dan keterbatasan menjangkau

aspek alam, baik alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya

sebagai hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina kehidupan

dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Disinilah berlakunya satu

dasar akhlak yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluuh manusia.

Difinisi Etika pula berasal dari perkataan Geek “ethos” dan “ethikos”. Ethos

bererti sifat, watak, kebiasaan, tempat yang biasa, cara hidup atau budaya. Ethikos

tatasusila, adab, kelakuan atau perbuatan yang baik.

Menurut Thiroux (2001), etika merupakan teori yang berkaitan dengan

tindakan, hujah dan tujuan yang mengarahkan kepada makna sesuatu tindakan. Ia

bukan bersangkutan dengan fakta atau fizikal manusia tetapi merupakan suatu

falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau tingkah laku manusia. Ismail

Ibrahim (Nazirnuddin : 2005) menyatakan etika prroses pemikiran tentang baik dan

buruk berkaitan perilaku seseoang. Ertikata mudah etika ialah system yang

berdasarkan tingkah laku manusia.


Etika dikuatkuasakan oleh hati sendiri. Hukuman melanggar etika ialah rasa

bersalah dalam diri individu itu sendiri. Ia juga menentukan batas adat,idealism,

keyakinan dan nilai. Batas tersebut adalah relative dan abstrak mengikut

masyarakat. Dengan mematuhi nilai dan kod etika dapat menghindari atau

berlakunya perlanggaran undang-undang. Etika juga dapat mengembangkan sikap

membezakan antara yang baik dan buruk dalam masyarakat serta membatasi

perlakuan baik dan jahat .

Contoh yang pertama, seseorang yang merosakkan telefon awam merupakan

perbuatan vandalisme dan salah mengikut peraturan yang ada. Amalan

menggunakan telefon awam dalam tempoh yang lama juga salah sehingga

menghalang hak orang lain pula menggunakanya. Dari sudut etika perlakuan

tersebut adalah salah. Etika menentukan batas kelakuan yang baik dan jahat yang

meliputi pelbagai ragam masyarakat.

Contoh kedua pula ialah apabila individu itu bercakap bohong, berbohong itu

adalah salah terutama dalam situasi untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Dari

segi etika, bercakap bohong adalah salah dalam situasi kerana etika mencukupi

untuk menentukan batas moral yang baik dan sebaliknya.

Contoh ketiga iaitu perbuatan mencuri, merompak, dan meragut adalah salah

dari segi etikanya kerana menggangu ketenteraman awam. Menggangu itu satu

perbuatan yang tidak baik dan salah dari segi peraturannya.

Kesimpulannya, moral adalah adat kebiasaan yang umum berlaku dalam

masyarakat, akhlak pula sebagai menilai perbuatan manusia ataupun satu sifat

kepeibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia, dan etika ialah

pertimbangan akal fikiran seseorang itu.


Contoh yang menunjukkan kawan saya yang mempunyai etika ialah dia

datang awal ke sekolah tanpa lewat dari waktu yang di tetapkan pada setiap hari.

Dia juga masuk untuk mengajar anak murid mengikut tepat pada waktu yang

diberikan tidak sedikit pun dia mencuri waktu pengajaran sekiranya diperuntukan

satu jam masa mengajar matematik dia akan mengajar dalam masa satu jam itu.

Waktu balik pula jika ditetapkan pukul satu setengah dia boleh pulang ke rumah dia

tidak akan mencuri masa pulang lebih awal daripada waktu itu.

Contoh kawan yang menunjukkan perbuatan yang tidak beretika iaitu tidak

memberitahu pihak sekolah bahawa dia tidak dapat datang ke sekolah pada hari

tersebut disebabkan sesuatu hal yang tidak dapat dielakkan sehingga pihak sekolah

tidak dapat menghubunginya keana dia menutup talian telefon. Meletakkan markah

muzik mengikut keadaan murid tersebut tanpa mengujinya dengan sebenar. Ini

boleh mendatangkan sifat pilih kasih dan tidak adil kepada murid tersebut. Perlakuan

ini menyebabkan berlakunya perbuatan berat sebelah. Mencuri waktu persekolahan

iaitu waktu terluang dengan keluar dari kawasan sekolah tanpa pengetahuan pihak

pentadbir dengan tujuan yang tidak diketahui atau suka-suka minum di kedai luar

kawasan sekolah sedangkan waktu tersebut adalah masa untuk memeriksa buku

murid-murid atau membuat alat persediaan mengajar.

Kesimpulannya kita yang mempunyai profesion hendaklah mematuhi

peratuan-peratuan yang disediakan oleh pihak sekolah supaya kerja kita akan

menjadi suatu kerja yang mendatangkan menafaat kepada diri kita dan menjadi

teladan pula kepada anak murid yang selama ini kita mendidik mereka dengan sifat

yang baik dan sentiasa mematuhi disiplin sekolah.


10 ciri-ciri seorang insan itu mempunyai bermoral ialah:-

1. Bermurah hati

2. Bertimbang rasa

3. Sedia memaafkan

4. Faham memahami

5. Prihatin keperluan orang lain

6. Bertanggungjawab

7. Bekerjasama

8. Berterima kasih

9. Menghormati ibubapa

10. Menepati masa

Mengikut pandangan timur iaitu Confucius percaya bahawa pemimpin


mestilah menjadi contoh teladan yang baik kepada anak-anaknya. Keluarga yang
baik akan menjadi tunggak dalam membentuk masyarakat yang baik dan murah
hati. Contohnya, orang yang berkuasa mestilah menjadi murah hati dan baik
terhadap sesiapa jua tanpa mengira siapa oang itu, dari mana dia datang dan asal
keturunannya. Pandangan timur pula iaitu Aristotle, berpendapat keperibadian mulia
termasuklah kemurahan hati. Keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan
kepada tuntutan berkelakuan baik seperti kemurahan hati. Sebagai contoh
seseorang insan yang bermurah hati mendermakan hatinya kepada insan lain yang
memerlukan sebahagian hatinya akan cenderung untuk menjadi insan yang bersifat
mulia. Justeru Aristotle, menjelaskan bahawa keperibadian mulia adalah
kecenderungan untuk melakukan sesuatu dengan tujuan dan memerlukan latihan
dan mengamalkanya sehingga ia menjadi kebiasaan pada diri seseorang itu.
Mengikut pandangan Islam, Sifat Ibadurrahman yang kedua adalah sifat Murah Hati
saat bergaul dengan manusia, terutama dengan orang-orang yang jahil dan bodoh.
Sebagaimana firman Allah SWT,
‫ض هَوْ نًا َوإِ َذا خَ اطَبَهُ ُم ْال َجا ِهلُونَ قَالُوا َسال ًما‬
ِ ْ‫َو ِعبَا ُد الرَّحْ َم ِن الَّ ِذينَ يَ ْم ُشونَ َعلَى ْاألَر‬

“… dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, maka mereka mengucapkan kata-kata
yang baik (yang mengandung keselamatan),” (Q.S. Al Furqan: 63)

Contohnya, sifat bermurah hati adalah sikap yang sangat dituntut dalam Islam

iaitu seseorang yang bermurah hati mendermakan sebahagian daripada

kekayaannya untuk dikongsikan bersama fakir miskin adalah sifat yang sangat baik

dalam Islam.

Ciri yang kedua ialah sifat bertimbang rasa dari pandangan timur, bertimbang

rasa yang terdapat dalam petua-petua bagi keharmonian social menyatakan

bertimbang rasa terhadap sesama manusia adalah sifat moral yang baik ditanam

dalam diri masyarakat supaya dapat mengekalkan keharmonian di dalam keluarga

ianya terdapat dalam agama Buddha. Contohnya Ibubapa mestilah bertimbang rasa

terhadap anaknya yang telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi tidak juga

cemerlang kerana masalah tertentu janganlah memukul dan memarahi mereka ini.

Aristotle pula berpendapat, bertimbang rasa diterima oleh masyarakat yang

bertamadun dan mempunyai perikemanusiaan dalam memelihara keharmonian dan

kesejahteraan sejagat. Contohnya, Manusia mestilah bertimbangrasa kepada

golongan miskin dengan cuba membantu menaiktaraf kehidupan mereka ini. Dari

sudut pandangan Islam, Al-rahmah iaitu bertimbang rasa saling memahami di antara

satu sama lain dan tolong menolong ke arah kebajikan dan mendapat keredhaan

Allah SWT. Sebagai contoh, manusia seharusnya mempunyai perasaan timbang

rasa terhadap orang tua itu yang terjatuh dari motosikal lalu membantunya

menghantar ke hospital.

Ciri yang ketiga ialah faham memahami, dari pandangan Islam pemikiran

Islam pemahaman dan persepsinya yang bersih itulah satu-satunya yang bias
mewarnai masyarakat Islam dan menguasai fikiran orang-orangnya, yang

mengarahkan moral dan seninya, ilmu dan mass medianya dan yang mengarahkan

pendidikan dan pengajarannya. Misalnya masyarakat mestilah mengamalkan sikap

saling faham memahami antara satu sama lain supaya kehidupan ini menjadi aman

dan tenteram selalu. Dari pandangan barat pula, Aristotle menyatakan setiap

keperibadian itu merupakan suatu jalan tengah iaitu tidak berlebihan dan tidak terlalu

kurang. Dalam sikap saling faham memahami setiap insan haruslah mempunyai sifat

belas kasihan terhadap insan yang lain serta memahami akan kesusahan yang di

hadapinya dan memahami juga masalah yang di hadapinya dan cuba membantunya

sedaya yang mungkin. Mengikut pandangan timur confucius, iaitu faham memahami

seseorang itu haruslah dapat membezakan antara orang yang boleh dijadikan

kawan dan orang yang tidak boleh dijadikan kawan. Kawan yang baik adalah

mereka yang menunjukkan kepercayaaan, saling faham memahami, rasa simpati

dan mengambil berat tentang kawan pada setiap masa dalam semua keadaan.

Misalnya, dalam perhubungan antara kawan-kawan setiap kawan itu mestilah saling

faham memahami sikap kawannya supaya wujud perasaan tenang antara satu sama

lain tidak akan berlaku pergaduhan sekiranya mereka faham semua itu.

Ciri keempat iaitu, prihatin keperluan orang lain, mengikut pandangan timur,

Confucius, menganjur atau mengelolakan aktiviti-aktiviti kebajikan (perihatin) serta

menyumbangkan tenaga dan masa untuk badan-badan sukarela juga dianggap

sebagai Dana (Jalan Kebahagiaan). Contohnya, membantu anak-anak istimewa

dalam menghadapi masyarakat kini sangat –sangat diperlukan iaitu memenuhi

segala keperluan mereka adalah sikap moral yang sangat baik untuk di teladani oleh

masyarakat seluruhnya. Pandangan Islam pula, teks dalam Islam Hadhari iaitu

semangat kesukarelaan diri yang tinggi adalah sifat perihatin terhadap masyarakat
terutamanya kepada mereka yang menjalani kehidupan yang sangat susah ianya

sangat-sangat dituntut untuk manusia menolongnya. Misalnya, dalam siaran TV3

ada aktiviti pihak media membantu mereka yang tersangat susah ini sehingga

siarannya pula diberi tajuk “Perihatin”. Bagi Aristole pula. Tekat baik atau goodwill

oleh Kant (1724-1804) bermaksud sesuatu yang baik tanpa syarat dalam melakukan

sesuatu tindakan. Mengikut Kant, yang baik dan patut diberi pujian moral ialah

mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana amalannya ialah suatu kewajipan.

Sebagai contoh, perihatin terhadap sesuatu itu juga adalah tekat baik kerana

wujudnya sikap ingin tahu serta membantu orang lain dalam kehidupan ini.

Ciri kelima ialah bekerjasama mengikut Islam, Firman Allah swt yang bermaksud:
"Dan carilah apa yang dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan
janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) dunia dan berbuat baiklah
(kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu
berbuat kerosakan (di muka bum). Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang
berbuat kerosakan."

Islam menekankan bahawa pengendalian sesuatu kerja itu mestilah adanya


kerjasama samada kecil atau besar, berat atau ringan mestilah meletakkan Allah
Rabbul Alamin sebagai asas kesempurnaan. Contohnya, kita mestilah bekerjasa
dalam apa juga tindakan. Guru mestilah bekerjasama dengan ibubapa untuk
menjayakan program yang dijalankan ole pihak sekolah. Mengikut Confucius
(pandangan timur), dalam petua-petua keharmonian sosial bab suami isteri. Suami
dan isteri membentuk nukleus atau pusat sesebuah keluarga. Kesejahteraan
keluarga sangat bergantung kepada sikap bekerjasama diantara keduanya dalam
memupuk keharmonian dalam keluarga itu. Misalnya, isteri seharuslah memberi
kerjasama yang padu kepada suaminya dalam setiap tindakan yang baik seperti
sama-sama bekerja mencari nafkah untuk menampung keperluan keluarganya.
Mengikut pandangan Barat pula, Geach (1977) menerangkan mengapa manusia
memerlukan kebijaksanaan praktikal untuk apa jua rancangan sama ada besar atau
kecil? Beliau berkata bahawa manusia memerlukan keadilan untuk mendapatkan
kerjasama dan saling mernpercayai supaya kehidupan manusia tidak bersifat
kehaiwanan dan manusia juga memerlukan keberanian untuk ketabahan dalam
menghadapi kegagalan, kesulitan dan bahaya. Misalnya, kerjasama diantara satu
sama lain akan memudahkan kerja kita dan tidak ada kompromi ini akan
menyenangkan kehidupan seperti bekerjasama dalam aktiviti sukan dunia.

Ciri keenam iaitu berterima kasih atau dalam Islam ialah menyatakan kesyukuran.
Pandangan dan pendapat ini dikuatkan lagi bahawa tidak ada gagasan apa pun
dalam diri manusia pada saat lahirnya ke dun[a gagasan apa pun dalam diri
manusia pada saat lahirnya ke dunia ini, bagaimanapun jelas bahawa kesemua idea
itu dalam akal manusia. Manusia diberikan telinga, mata dan hati supaya berfikir dan
bersyukur.Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:
“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui
sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan, dan hati, agar kamu
bersyukur”.
(Terj. R.H.A. Soenarjo S.H. et al. 1971, Surah An-Nahl 14: 78).
Contohnya, setiap pemberian seseorang atau kurnia daripada Allah SWT kita
mestilah berterima kasih. Kita diberi hadiah mestilah kita mengucapkan terima kasih
kerana itulah sikap moral yang kita belajar dalam pendidikan moral. Dari pandangan
barat, Frankena (1973) ini telah mencadangkan sifat mulia dikenalpasti melalui sifat
mulia keadilan dan sifat mulia berterima kasih seseorang individu. Dalam hal ini,
etika yang melibatkan keperibadian mulia dan kemoralan akan mempunyai
kecenderungan, sikap, sifat dan ciri-ciri watak yang cemerlang serta murni. Malah
kemoralan dan kemuliaan serta hormat dan bersyukur akan diterima oleh
masyarakat yang bertamadun dan mempunyai perikemanusiaan dalam memelihara
keharmonian dan kesejahteraan sejagat. Contohnya, berterimakasih terhadap idea
yang bernas bagi sesuatu permasalahan. Pandangan timur, dalam sistem
pendidikan hari ini, murid-murid menghabiskan sebahagian besar masa mereka di
sekolah. Jadi, perhubungan guru dan pelajar adalah penting. Guru mengajar ilmu
pengetahuan, nilai-nilai moral dan kemahiran-kemahiran kepada anak murid, supaya
mereka menjadi warganegara yang baik dan bertanggungjawab. Guru mengajar
murid supaya mengucapka terima kasih selepas setiap kali guru habis mengajar.
Ciri ke tujuh ialah menghormati ibubapa, mengikut pandangan barat,
ciri moral yang menekankan soal tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang
dalam setiap tingkah laku dan tidak bercanggah dengan kepentingan hidup manusia
dan agama. Apabila seseorang bertindak mematuhi ciri-ciri moral mengambil kira
tindakannya itu berasaskan standard etika, dia boleh dikatakan telah mengamalkan
ciri-ciri moral. Tingkah laku menghormati ibu bapa adalah suatu sikap moral yang
dapat diterima oleh setiap manusia sejagat dengan kita tidak membantah setiap
sikap yang positif. Confucius pula, Buddha mengatakan bahawa seseorang anak itu
sukar hendak membalas segala kasih sayang serta jasa yang telah diberi oleh ibu
bapanya, walaupun dia dapat membawa bapanya di atas bahu kanannya dan
membawa ibunya di atas bahu kirinya sepanjang hidup mereka. Cara seseorang
anak dapat menunjukkan perasaan berterima kasih dan penghormatannya terhadap
ibu bapa ialah menghormati ibu bapanya dan membantu mereka dalam segala hal
dan melayan mereka dengan baik dan dengan penuh kasih sayang terutamanya
apabila mereka jatuh sakit dan tua. Pandangan Islam, menghormati ibu bapa
dituntut dalam Islam kerana kedudukan, martabat dan kemuliaan ibu bapa sangat
istimewa serta tinggi sekali sehinggakan ibu bapa adalah yang kedua perlu dihormati
selepas yang Maha Pencipta. Terdapat dua jenis tanggungjawab yang boleh
dilakukan anak terhadap ibu bapa mereka kerana jika mereka berbuat ehsan kepada
ibu bapa, ia membawa kepada seribu keberkatan untuk si anak yang melakukannya.
Tanggungjawab pertama ialah tanggungjawab yang boleh dilakukan ketika ibu bapa
masih hidup, manakala yang kedua ialah perkara yang perlu dilakukan selepas
mereka meninggal. Jika berbuat buat baik kepada ibu bapa, ganjaran yang Allah
berikan ialah panjang umur dan murah rezeki. Anak yang sebegini diredhai Allah
dan dimasukkan ke dalam syurga-Nya.Selain itu, hidup mereka juga sentiasa dalam
keberkatan dan peliharaan Allah serta dijauhkan daripada kesempitan hidup. Besar
atau tidak ganjaran yang bakal diperoleh, ia mengatasi pahala berjihad fisabilillah.

Ciri kelapan pula menepati masa, dalam Islam, Allah swt meletakkan masa
sebagai salah satu elemen yang sangat penting sehinggakan Allah bersumpah
dengan masa dalam Surah Al-‘Asr “Demi Masa, Sesungguhnya manusia dalam
kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.” Keadaan umat
Islam yang mendukacitakan pada hari ini adalah berpunca salah satunya dari
kecuaian kita dalam menghargai dan menepati masa. Banyak perkara dapat
dilakukan dengan baik sekiranya pengurusan masa kita dan organisasi dapat
ditangani dengan bijaksana. Ini bukan saja memberi manfaat kepada organisasi
tetapi juga dapat berlaku adil kepada ikhwah dan akhawat kita yang amat
menjaga waktu dalam kerja-kerja seharian mereka. Bagi mereka, pengurusan
waktu mereka dijadualkan begitu rupa sehingga kepada minit kerana mereka
mempunyai banyak komitmen yang banyak dengan jadual waktu yang ketat.
Pada pandangan barat, dengan tekad individu yang rasional ialah tekad yang
menunjukka keadaan yang baik, contohnya menepati masa ke suatu majlis atau
menziarahi ke rumah kawan mestilah menepati masa yang dijanjikan begitulah
pandangan barat tentang menepati masa sangat penting sekiranya waktu
tersebut tidak di ikuti maka masa melawat kawan tidak dibenarkan. Pandangan
timur pula, selepas meninggalkan bangku sekolah, kemungkinan besar
seseorang itu akan menceburi diri dalam dunia pekerjaan. Majikan dan pekerja
harus mempunyai hubungan yang baik. Kalau majikan dan pekerja tidak
mengetahui tugas mereka dan tidak menjalankan tugas masing-masing, konflik
dan pertelingkahan mungkin berlaku. Seseorang majikan mempunyai
tanggungjawab berikut iaitu menepati masa bekerja mengikut waktu yang
ditentukan dan pulang juga menuntut waktu yang sama.

Ciri kesembilan ialah adil dan saksama, dalam Islam kita bersikap benar dan adil
dalam menilai seseorang, jangan kita terlena dengan sangkaan-sangkaan buruk
kita. Semailah sikap mencari kebenaran dengan menuju kepada sumber utamanya,
bukan hanya mendengar-dengar apa yang orang katakan atau menaqalkan
pandangan-pandangan orang yang tidak menyandarkan bukti.

Firman Allah yang wajib kita imani:

“dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak


mempunyai pengetahuan mengenainya,sesungguhnya
pendengaran dan penglihatan serta hati,semua anggota2 itu tetap
ditanya tentang apa yang dilakukannya” [surah al-isra’ 36]

“Dan janganlah kamu tertarik kerana kebencian suatu kaum


sehingga kamu tidak berlaku adil,Maka berlaku adillah kerana
keadillan itu lebih dekat lepada takwa…” (al-maidah:5)

Contohnya kita mestilah bersikap adil sesama manusia tidak mengira pangkat dan
darjatnya. Dari pandangan timur, peraturan keempat ialah menghindari diri daripada
bersikap tidak adil. Bersikap adil dapat memberitahu manusia bahawa manusia ini
sama sahaja. Manusia yang mulia adalah manusia yang dapat berbuat adil sesama
manusia tidak kira mereka di mana saja. Contohnya, adil dalam memberi peluang
belajar. Dari pandangan barat, Quinton (1973), misalnya, menganggap individu yang
mendokong utilitarianisme sebagai mereka yang bersetuju bahawa kebaikan
sesuatu tindakan atau perlakuan ditentukan oleh natijah daripada tindakan tersebut.
Dengan sebab itu juga keadilan adalah sesuatu tindakan yang baik kepada manusia.
Bila ada keadilan manusia tidak akan cemburu dan dengki lagi. Misalnya semua
murid sekolah diberi bantuan buku percuma tidak mengira siapa dia itu.

Ciri kesepuluh ialah ketekunan, Ketekunan adalah satu sifat yang diperlukan
oleh seseorang pekerja. Setiap pekerja akan dapat meningkatkan kecekapan
masing-masing menjalankan tugas sekiranya mereka tekun. Sabda Rasulullah saw
yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan
pekerjaan dengan tekun." Pepatah Melayu pula ada mengatakan "Belakang parang
pun kalau diasah nescaya akan menjadi tajam." Pepatah ini menunjukkan bahawa
dengan ketekunan, sesuatu kerja yang susah itu akan dapat diatasi dan dengan
sendirinya dapat meningkatkan kecekapan seseorang pekerja itu.

Apabila kita hendak menilai seseorang pekerja, ciri yang terpenting ialah
kecekapannya. Mutu kecekapan seseorang itu akan terus meningkat jika pekerja
itusanggup belajar atau menambah ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan
tugasnya terus menerus. Ajaran Islam ada menegaskan "Tuntutlah ilmu dari buaian
hingga ke liang lahad". Dalam bidang sains dan teknologi khususnya, menuntut ilmu
sepanjang hayat menjadi suatu perkara yang penting sekiranya kita tidak mahu
ketinggalan zaman kerana terlalu pesatnya perkembangan ilmu pengetahuan dalam
kedua-dua bidang itu.

Selain dari itu, Rasulullah saw menyatakan berkaitan dengan pekerja dengan
maksud : "Apabila sesuatu urusan (pekerjaan) itu diberikan kepada orang yang
bukan ahlinya maka tunggulah kehancurannya." Hadith ini jelas menunjukkan akan
peri pentingnya keahlian atau kecekapan seseorang pekerja menurut pandangan
Islam. Sekiranya kecekapan seseorang pekerja itu meningkat maka dengan sendiri
hasil kerjanya juga turut meningkat. Dari pandangan timur, manusia hidup
bermasyarakat. Oleh itu, semua ahli masyarakat, seperti dalam unit keluarga
haruslah memahami dan menjalankan tugas masing-masing. Dengan cara ini
barulah masyarakat itu dapat maju dalam keadaan sejahtera dan harmoni. Guru
meminta murid-murid supaya belajar dengan tekun supaya apa yang diajar akan
menjadi pedoman dalam kehidupan mereka nanti. Pandangan Barat pula mengikut
Marvin E. Shaw norma ialah peraturan tingkah laku yang ditegakkan atau diasaskan
oleh anggota kelompok bagi mengekalkan keselarasan tingkah laku. Norma-norma
memberikan asas peramalan tingkah laku anggota masyarakat. Ini membolehkan
individu melakukan tindakan seperti yang dilakukan oleh orang lain dan memberikan
tindak balas yang sewajarnya yang berasaskan noma-norma masyarakat. Norma-
norma tersebut mencerminkan nilai dan amalan yang baik. Dalam hal ini, setiap
orang akan menyokong pengiktirafan norma berkenaan yang mempunyai kestabilan
yang lebih tinggi dalam sesebuah masyarakat hingga di anggap sebagai budaya.
Contohnya adil adalah norma yang menjadikan tingkahlaku yang baik dan disenangi
oleh semua orang seperti guru berlaku adil terhadap semua anak murid yang
diajarnya.

Kesimpulan lihat moral3 dlm dokument

You might also like