You are on page 1of 14

DAFTAR KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 ANALISIS AYAT MAJMUK


2.1 Ayat Majmuk Gabungan
2.2 Ayat Majmuk Pancangan Relatif
2.3 Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
2.4 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
2.5 Ayat Majmuk Campuran
3.0 KESIMPULAN
RUJUKAN
LAMPIRAN
1.0 PENGENALAN

Menurut Nik Safiah Karim et.al. (2015), ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan
mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut
cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu
ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Ayat majmuk
gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang dijadikan satu dengan
cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut dengan kata hubung seperti
dan, atau, tetapi dan sebagainya. Faridah Nazir (2016) menyatakan bahawa ayat majmuk
pancangan terdiri daripada satu ayat induk dan satu atau beberapa ayat kecil lain yang
dipancangkan ke dalam ayat induk serta menjadi sebahagan ayat induk tersebut. Ayat
majmuk campuran pula mengandungi lebih daripada satu jenis ayat dan ayat majmuk.

2.0 ANALISIS AYAT MAJMUK

Berikut merupakan ayat-ayat majmuk yang dianalisis :

1. Bahasa Melayu melarang penggunaan kata berunsur makian dan cacian.

2. Pencipta lirik lagu Melayu bijak menggunakan perbandingan dan tamsilan.

3. Bahasa Melayu telah menjadi tulang belakang sebuah tamadun yang besar.

4. Penyata Rahman Talib menggantikan peranan yang dimainkan oleh Penyata Razak.

5. Telah terbukti bahawa bahasa Melayu telah menjadi tulang belakang tamadun.

6. Tidak dinafikan bahawa sebahagian besar lirik lagu berunsurkan cinta.

7. Pendidikan amat penting bagi melahirkan masyarakat bijaksana.

8. Bahasa Melayu telah memainkan peranan penting untuk mencerminkan kebijaksanaan


bangsa.

9. Bahasa merupakan wahana utama bagi melahirkan insan yang bijaksana.

10. Orang yang bijaksana menggunakan akal dalam pergaulan dan tingkah laku.
2.1 Ayat Majmuk Gabungan

1. Bahasa Melayu melarang penggunaan kata berunsur makian dan cacian.

Berdasarkan rajah pohon di atas, ayat ini merupakan ayat majmuk gabungan susunan biasa.
Ayat majmuk gabungan ini terdiri daripada dua ayat induk. Pola ayat induk 1 ialah FN+Fk.
Subjek dalam ayat ini ialah frasa nama “bahasa Melayu” dan predikat ialah frasa kerja
“melarang” dan frasa nama “pengguguran kata berunsur makian”. Pola ayat induk 2 ialah
FN+FK. Subjek dalam ayat induk 2 ialah frasa nama “bahasa Melayu” dan predikat pula ialah
“pengguguran kata berunsur cacian”. Ayat induk 1 dan ayat induk 2 digabungkan dengan
menggunakan kata hubung gabungan “dan”. Dalam ayat ini, berlaku pengguguran subjek dan
sebahagian predikat dalam ayat induk 2 kerana terdapat persamaan dengan ayat induk 1.
Sebahagian frasa predikat “pengguguran kata berunsur” digugurkan dalam ayat induk 2 dan
digantikan dengan kata hubung gabungan “dan”.
2. Pencipta lirik lagu Melayu bijak menggunakan perbandingan dan tamsilan.

Berdasarkan rajah pohon di atas, ayat ini merupakan ayat majmuk gabungan susunan biasa.
Ayat majmuk gabungan ini terdiri daripada dua ayat induk. Pola ayat induk 1 ialah FN+Fk.
Subjek dalam ayat ini ialah frasa nama “pencipta lirik lagu Melayu” dan predikat ialah frasa
kerja “bijak menggunakan perbandingan. Pola ayat induk 2 ialah FN+FK. Subjek dalam ayat
induk 2 ialah frasa nama “pencipta lirik lagu Melayu” dan predikat pula ialah “bijak
menggunakan tamsilan”. Ayat induk 1 dan ayat induk 2 digabungkan dengan menggunakan
kata hubung gabungan “dan”. Dalam ayat ini, berlaku pengguguran subjek dan sebahagian
predikat dalam ayat induk 2 kerana terdapat persamaan dengan ayat induk 1. Subjek
“pencipta lirik lagu Melayu” dan sebahagian frasa predikat “bijak menggunakan” digugurkan
dalam ayat induk 2 dan digantikan dengan kata hubung gabungan “dan”.
2.2 Ayat Majmuk Gabungan Relatif

3. Bahasa Melayu telah menjadi tulang belakang sebuah tamadun yang besar.

Berdasarkan rajah pohon di atas, ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan relatif susunan
biasa. Ayat ini terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil. Pola ayat induk ialah FN+FK.
Subjek dalam ayat induk ialah frasa nama “Bahasa Melayu” manakala predikat ialah frasa
kerja yang terdiri daripada kata bantu “telah”, kata kerja “menjadi”, kata nama majmuk “tulang
belakang”, penjodoh bilangan “sebuah” dan kata nama “tamadun”. Pola ayat kecil relatif pula
ialah FN+FA. Subjek dalam ayat ini ialah kata nama “tamadun” dan kata ganti nama diri tunjuk
“itu” dan predikat ialah kata adjektif “besar”. Ayat kecil relatif “tamadun itu besar”
dipancangkan ke dalam ayat induk “Bahasa Melayu telah menjadi tulang belakang sebuah
tamadun” dengan menggunakan kata hubung pancangan relatif “yang”. Oleh sebab kata
nama “tamadun” diulang dalam ayat kecil, maka “tamadun” yang kedua digugurkan dan
digantikan dengan kata hubung pancangan relatif “yang”.
4. Penyata Rahman Talib menggantikan peranan yang dimainkan oleh Penyata Razak.

Berdasarkan rajah pohon di atas, ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan relatif susunan
biasa. Ayat ini terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil. Pola ayat induk ialah FN+FK.
Subjek dalam ayat induk ialah frasa nama “Penyata Razak” manakala predikat ialah frasa
kerja yang terdiri daripada kata kerja “menggantikan” dan kata nama “peranan”. Pola ayat
kecil relatif pula ialah FN+FK. Subjek dalam ayat ini ialah kata nama “peranan” dan kata ganti
nama diri tunjuk “itu” dan predikat ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja “dimainkan”,
kata sendi nama “oleh” dan kata nama khas “Penyata Razak”. Ayat kecil relatif “peranan itu
dimainkan oleh Penyata Razak” dipancangkan ke dalam ayat induk “Penyata Rahman Talib
menggantikan peranan” dengan menggunakan kata hubung pancangan relatif “yang”. Oleh
sebab kata nama “peranan” diulang dalam ayat kecil, maka “peranan” yang kedua digugurkan
dan digantikan dengan kata hubung pancangan relatif “yang”.
2.3 Ayat Majmuk Pancangan Komplemen

5. Telah terbukti bahawa bahasa Melayu telah menjadi tulang belakang tamadun.

Berdasarkan rajah pohon di atas, ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan komplemen
susunan songsang. Ayat ini terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil, iaitu ayat
komplemen. Pola ayat induk ialah FN+FK. Subjek dalam ayat induk ialah kata nama “sesuatu”
dan predikat ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata bantu “telah” dan kata kerja “terbukti”.
Pola ayat kecil pula ialah FN+FK. Subjek dalam ayat ini ialah frasa nama “bahasa Melayu”
dan predikat ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata bantu “telah”, kata kerja “menjadi” dan
frasa nama “tulang belakang tamadun”. Ayat komplemen “bahawa bahasa Melayu telah
menjadi tulang belakang tamadun” telah dipancangkan ke dalam ayat induk “telah terbukti
sesuatu” untuk melengkapkan kata kerja “terbukti”. Frasa nama “sesuatu” digantikan dengan
ayat komplemen untuk membentuk ayat majmuk pancangan komplemen susunan songsang.
6. Tidak dinafikan bahawa sebahagian besar lirik lagu berunsurkan cinta.

Berdasarkan rajah pohon di atas, ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan komplemen
susunan songsang. Ayat ini terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil, iaitu ayat
komplemen. Pola ayat induk ialah FN+FK. Subjek dalam ayat induk ialah kata nama “sesuatu”
dan predikat ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata nafi “tidak” dan kata kerja “dinafikan”.
Pola ayat kecil pula ialah FN+FK. Subjek dalam ayat ini ialah frasa nama yang terdiri daripada
kata bilangan “sebilangan”, kata adjektif “besar” dan frasa nama “lirik lagu” manakala predikat
ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja “berunsurkan” dan kata nama “cinta”. Ayat
komplemen “bahawa sebilangan besar lirik lagu berunsurkan cinta” telah dipancangkan ke
dalam ayat induk “tidak dinafikan sesuatu”. Frasa nama “sesuatu” digantikan dengan ayat
komplemen untuk membentuk ayat majmuk pancangan komplemen susunan songsang.
2.4 Ayat Majmuk Pancangan Keterangan

7. Pendidikan amat penting bagi melahirkan masyarakat bijaksana.

Berdasarkan rajah pohon di atas, ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan keterangan
susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil. Pola ayat induk
ialah FN+FA. Subjek dalam ayat induk ialah kata nama “pendidikan” dan predikat dalam ayat
induk ialah frasa adjektif yang mengandungi kata penguat “amat” dan kata adjektif “penting”.
Pola ayat kecil keterangan ialah FN+FK. Subjek ayat kecil ini ialah kata nama “pendidikan”
dan predikat ialah frasa kerja yang mengandungi kata kerja “melahirkan”, kata nama
“masyarakat” dan kata adjektif “bijaksana”. Ayat keterangan “pendidikan melahirkan
masyarakat bijaksana” dipancangkan ke dalam ayat induk “Pendidikan amat penting” dengan
menggunakan kata hubung keterangan tujuan “bagi”. Oleh sebab kata nama “pendidikan”
diulang, maka “pendidikan” yang kedua dalam ayat kecil digantikan dengan kata hubung
keterangan tujuan “bagi”.
8. Bahasa Melayu telah memainkan peranan penting untuk mencerminkan kebijaksanaan
bangsa.

Berdasarkan rajah pohon di atas, ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan keterangan
susunan biasa. Ayat ini terdiri daripada satu ayat induk dan satu ayat kecil. Pola ayat induk
ialah FN+FK. Subjek dalam ayat induk ialah frasa nama “bahasa Melayu” dan predikat dalam
ayat induk ialah frasa kerja yang mengandungi kata bantu “telah”, kata kerja “memainkan”,
frasa nama yang mengandungi kata nama “peranan” dan kata adjektif “penting”. Pola ayat
kecil keterangan ialah FN+FK. Subjek ayat kecil ini ialah frasa nama “bahasa Melayu” dan
predikat ialah frasa kerja yang mengandungi kata kerja “mencerminkan”, kata nama
“kebijaksanaan” dan kata nama “bangsa”. Ayat keterangan “bahasa Melayu mencerminkan
kebijaksanaan bangsa” dipancangkan ke dalam ayat induk “Bahasa Melayu telah memainkan
peranan penting” dengan menggunakan kata hubung keterangan tujuan “untuk”. Oleh sebab
frasa nama “bahasa Melayu” diulang, maka “bahasa Melayu” yang kedua dalam ayat kecil
digantikan dengan kata hubung keterangan tujuan “untuk”.
2.5 Ayat Majmuk Campuran

9. Bahasa merupakan wahana utama bagi melahirkan insan yang bijaksana.

Berdasarkan rajah pohon di atas, ayat ini merupakan ayat majmuk campuran yang
mengandungi satu ayat induk, satu ayat keterangan dan satu ayat relatif. Pola ayat induk ialah
FN+FK. Subjek dalam ayat ini ialah kata nama “bahasa” dan predikat dalam ayat ini ialah
frasa kerja yang mengandungi kata kerja “merupakan” dan frasa nama “wahana utama”. Pola
ayat kecil keterangan ialah FN+FK. Subjek ayat ini ialah “bahasa” dan predikat ialah frasa
kerja yang mengandungi kata kerja “melahirkan” dan kata nama “insan”. Pola ayat kecil relatif
ialah FN+FA. Subjek dalam ayat ini pula ialah frasa nama yang mengandungi kata nama
“insan” dan kata ganti nama tunjuk “itu” serta predikat ialah kata adjektif “bijaksana. Ayat kecil
“Bahasa melahirkan insan” dipancangkan ke dalam ayat induk “Bahasa merupakan wahana
utama” dengan menggunakan kata hubung pancangan keterangan “bagi”. Kata nama
“bahasa” yang kedua dalam ayat kecil digugurkan dan digantikan dengan kata hubung “bagi”.
Ayat kecil yang kedua pula dipancangkan ke dalam ayat komplemen dengan menggunakan
kata hubung relatif “yang”. Oleh sebab kata nama “insan” diulang, maka “insan” yang kedua
digantikan dengan kata hubungan pancangan relatif “yang”.
10. Orang yang bijaksana menggunakan akal dalam pergaulan dan tingkah laku.

Berdasarkan rajah pohon di atas, ayat ini merupakan ayat majmuk campuran. Ayat ini terdiri
daripada dua ayat induk dan satu klausa relatif. Pola ayat induk 1 ialah FN+FK. Subjek ayat
ini ialah kata nama orang dan predikat ialah frasa kerja yang mengandungi kata kerja
“menggunakan”, kata nama “akal” dan frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama
“dalam” dan kata nama “pergaulan”. Dalam ayat induk 1, terdapat satu klausa relatif. Subjek
klausa relatif tersebut ialah frasa nama “orang itu” manakala predikat ialah kata adjektif
“bijaksana”. Pola ayat induk 2 ialah FN+FK. Subjek dalam ayat ini ialah kata nama “orang”
manakala predikat ialah frasa kerja yang mengandungi kata kerja “menggunakan”, kata nama
“akal” dan frasa sendi nama yang mengandungi kata sendi nama “dalam” dan kata nama
“tingkah laku”. Ayat induk 1 dan ayat induk 2 digabungkan dengan menggunakan kata hubung
“dan”. Subjek dan sebahagian frasa predikat dalam ayat induk 2 digugurkan dan digantikan
dengan kata hubung gabungan “dan”. Klausa relatif dalam ayat induk 1 telah dipancangkan
ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata hubung pancangan relatif “yang”. Kata nama
“orang” kedua yang diulang digantikan dengan kata hubung “yang”.
3.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, ayat majmuk dalam bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu
ayat majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan dan ayat majmuk campuran. Ketiga-tiga
jenis ayat ini boleh berada dalam susunan biasa dan susunan songsang. Terdapat pelbagai
jenis cara gabungan, pancangan dan campuran ayat dalam bahasa Melayu. Setiap ayat
majmuk dapat dianalisis melalui rajah pohon. Rajah pohon menggambarkan ayat sebagai
sebuah pohon dengan dua cabang utama, iaitu subjek dan predikat, yang mempunyai dahan
dan ranting, yang merupakan unsur atau konstituen dalam ayat. Analisis rajah pohon dapat
menjelaskan binaan sesuatu ayat. Oleh itu, pengetahuan yang mendalam tentang analisis
rajah pohon adalah penting untuk membantu seseorang pengguna bahasa Melayu untuk
membina sesebuah ayat yang lengkap dan gramatis.
RUJUKAN

Abdullah Hassan. (2006). Morfologi Sri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Faridah Nazir. (2015). Pengantar Linguistik Bahasa Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd.

Faridah Nazir. (2016). Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammed Salehudin Aman & Abdul Ghalib
Yunus. (2016). Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Shahidah Hashim & Raminah Hj Sabran. (2016 ). ACE AHEAD Teks STPM
Bahasa Melayu Penggal 2. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2011). Bahasa Melayu I. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

You might also like