You are on page 1of 11

MENINGKATKAN KECEMERLANGAN PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN KAEDAH 'M-LEARNING'

PN.WONG CHAI YEN


GURU AKADEMIK FIZIK TINGKATAN 6
SMK MANTIN 2015

ABSTRAK

M-Pembelajaran adalah satu kaedah yang menggunakan Modul Fizik untuk


meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran guru. Dengan mewujudkan Modul Fizik,
kajian ini dijalankan untuk menguji pembelajaran para pelajar dengan menggunakan Modul.
Melalui M-Learning, para pelajar boleh memperoleh maklumat dan belajar secara formal dan
tidak formal diluar bilik darjah. Selain itu, persembahan bergambar yang dibantu dengan
gambarajah memungkinkan pembelajaran berlaku secara lebih menyeronokan dan berkesan.
M-Pembelajaran juga membantu menyelesaikan penyampaian konsep lebih berfokus secara
lebih baik. Kajian ini dijalankan terhadap pelajar-pelajar dari Tingkatan 6 Atas Sekolah
Menengah Kebangsaan Mantin tajuk “Capacitors” dan “Alternating Current”. Pelajar-pelajar
dari kelas Tingkatan 6 Atas Sains seramai 9 orang telah dipilih untuk dijadikan sebagai sampel
kajian. Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca dianalisis bagi kesemua Tingkatan 6 yang terlibat
dengan membanding markah yang telah mereka dapat. Hasil kajian ini, M-Learning dapat
membantu untuk menarik minat pelajar seterusnya meningkatkan prestasi setiap pelajar.

1
LATAR BELAKANG KAJIAN

Pelbagai kaedah telah digunakan bagi membantu pelajar menjawab soalan Fizik Tingkatan 6. Ini
termasuk kaedah hafalan, membuat nota dan latihan berstruktur yang biasa. Bagaimanapun,
Ketiga-tiga kaedah gagal membantu mengenal pasti objektif soalan yang ditanya.

Oleh itu semasa penggunaan kaedah 'M-Learning', pelajar diajar mengenalpasti objektif yang
akan ditanya dalam silibus. Seterusnya pelajar diajar langkah demi langkah yang perlu dilakukan
ke arah menjawab soalan STPM.

PERNYATAAN MASALAH

Salah satu sebab kegagalan pelajar mendapat markah yang cemerlang dalam Fizik STPM adalah
kerana pelajar gagal menjawab dengan betul tentang objektif yang terkandung dalam silibus.
Saya telah mengenalpasti antara aspek yang gagal dijawab dengan betul kira-kira 50% orang
pelajar ialah aspek menguasai objektif yang diliputi dalam silibus. Aspek ini akan ditanya dalam
bentuk objektif, struktur dan esei. Keadaan ini amat merisaukan saya kerana dibahagian A
memberi markah 15 markah, bahagian B struktur memberi 15 markah dan bahagian C esei 30
markah. Penggal 2 meliputi 5 topik. Kegagalan menjawab soalan ini dalam masa satu setengah
jam telah menjejaskan pencapaian pelajar secara keseluruhan. Jika difikir dengan mendalam,
pelajar sepatutnya menjawab soalan ini dengan betul dan mudah. Ini kerana semuanya jawapan
terkandung dalam buku teks. Pelajar akan diuji dalam skop objektif pembelajaran. Modul yang
dibina mengikut objektif pembelajaran dan ringkas untuk pelajar mengikut perkembangan
kendiri dan akan dinilai untuk setiap sub topik.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar belajar menggunakan Kaedah M-Learning untuk
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.

2
OBJEKTIF KAJIAN

1. Pelajar dapat mengenalpasti objektif pembelajaran dalam topik.

2. Pelajar dapat memilih maklumat dalam modul yang hendak digunakan.

3. Pelajar dapat menulis jawapan yang betul dan tepat.

SOALAN KAJIAN

Antara soalan kajian ialah :

1. Dalam kaedah 'M-Learning' apakah maklumat yang boleh digunakan untuk menjawab

soalan.

2. Adakah penggunaan kaedah 'M-Learning' memudahkan pelajar menjawab soalan


dengan betul

3. Adakah penggunaan kaedah 'M-Learning' dapat meningkatkan pencapaian pelajar di


bahagian A, B dan C , seterusnya meningkatkan pencapaian mata pelajaran Fizik?

KESIGNIFIKAN KAJIAN

1. Dengan menggunakan kaedah 'M-Learning', pelajar tahu maklumat perlu diteliti dalam

kertas soalan. Pelajar juga boleh mengenalpasti maklumat yang akan digunakan untuk
menjawab soalan.

2. Memudahkan pelajar menjawab soalan dengan cepat dan betul semasa peperiksaan
dijalankan.

3
METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk penyelidikan :

Penyelidikan ini menggunakan Model Penyelidikan Tindakan Model Kemmis dan Taggart
(1992) seperti gambarajah berikut :

Membuat tinjauan cara


pelajar menjawab soalan
Fizik STPM.

Membuat refleksi Merancang teknik untuk


keberkesanan tindakan meningkatkan keupayaan
yang diambil mejawab soalan Fizik
STPM.

Mengumpul data dan Melaksanakan tindakan.


analisis data.

SASARAN KAJIAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 9 orang pelajar Tingkatan 6 Atas Sains SMK Mantin, Negeri
Sembilan.

1. Kajian ini terhad untuk menguji topik-topik yang terpilih iaitu tajuk 'Capacitor' dan

'Alternating Current' .

2. Kajian ini dirancang mengikut objektif pembelajaran dalam Rancangan Tahunan Fizik
Tingkatan 6.

4
INSTRUMEN KAJIAN

Data dikumpul dengan menggunakan kaedah iaitu :

(i) Soal selidik ( Soal Selidik )

(ii) Ujian ( Ujian Pra dan Pasca )

ANALISIS KAJIAN

ANALISIS SOAL SELIDIK

Daripada soal selidik yang dijalankan pelajar dapat dibahagikan kepada 3 kategori iaitu :

Bil Perkara Setuju %


1. Saya suka matapelajaran Fizik 4 44
2. Matapelajaran ini sangat sukar bagi Saya 6 67
3. Saya tahu jawab soalan " define" dalam soalan essei 2 22
4. Saya tahu jawab soalan " derive" dalam soalan essei 3 33
5. Saya tahu menjawab soalan pengiraan dalam Kertas Soalan Fizik. 5 56
6. Saya tahu menjawab soalan ojektif bahagian A dengan pengetahuan yang sedia ada 4 44
7. Saya tahu menjawab soalan Struktur bahagian B dengan pengetahuan yang sedia ada 1 11
8. Saya tahu menjawab soalan essei bahagian C dengan pengetahuan yang sedia ada 1 11
9. Saya memerlukan kaedah tertentu untuk menjawab soalan Fizik dengan betul 7 78
10. Saya berasa yakin untuk menjawab soalan Fizik 2 22
11. Saya selalu dapat keputusan mata pelajaran Fizik yang rendah 6 67
12. Saya sering buat ulangkaji mata pelajaran Fizik 0 0
13. Saya selalu buat persediaan sebelum guru ajar dalam kelas 0 0
14. Saya tidak faham apa yang diajar oleh guru tentang konsep Fizik 3 33
15. Saya faham masa guru ajar tetapi kemudian lupa 6 67
16. Saya tidak yakin masa menjawab soalan Fizik (Cuma agak-agak sahaja) 5 56
17. Saya suka mencari jawapan soalan Fizik tanpa disuruh oleh guru 1 11
18. Saya suka tunggu jawapan daripada guru 0 0
19. Saya ingin memperbaiki kemahiran menjawab soalan Fizik 7 78
20. Saya ingin meneruskan usaha belajar Fizik 6 67
21. Teknik " M-Learning" telah meningkatkan keberkesanan belajar Fizik 9 100

Daripada analisis Soal Selidik didapati seramai 78% pelajar memerlukan kaedah tertentu untuk
menjawab soalan Fizik dan 78 % pelajar ingin memperbaiki kemahiran menjawab soalan Fizik.

5
ANALISIS UJIAN PRA

Ujian Pra dilakukan bertujuan untuk mendapatkan maklumat dan pemantauan pencapaian
pelajar sebelum kaedah " M-Learning" digunakan.

Analisis dibahagikan kepada 3 kategori markah iaitu:

Kategori Pelajar Jumlah markah

Gagal 0-39

Lulus 40-60

Cemerlang 61-100

Keputusan Ujian Pra

MARKAH
NO. NAMA I/C UJIAN
PRA
1 ANG KAH YEE 960521-05-5006 52

2 CHAN PUI FEN 960627-05-5266 29

3 CHANG LI LIM 960922-05-5381 52

4 CHOONG XING LUNG 960507-05-5659 33

5 LEE ZHI XIN 960321-05-5300 52

6 NG CHUN WAI 960808-01-5335 48

7 NG JIN YUN 961114-05-5409 62

8 TAN YING CHING 960808-59-5026 43

9 TAY FUI KIEN 960717-05-5120 29

Rumusan Ujia Pra

Ujian Pra Kategori Pelajar Bil. Pelajar Peratus


6
Gagal 3 33%

1 Lulus 5 56%

Cemerlang 1 11%

Hasil daripada ujian pra yang dijalankan ke atas 9 orang didapati bahawa 33% daripada sampel
telah gagal, 56 % lulus dan 11% mendapat markah cemerlang. Ini menunjukkan keupayaan
pelajar menjawab soalan ini adalah berbeza-beza.

PERANCANGAN TNDAKAN

Berdasarkan tinjauan awal yang dilakukan, didapati pelajar-pelajar ini perlu didedahkan dengan
suatu taknik menjawab soalan Fizik dengan sistematik dan berkesan. Oleh itu, kaedah "M-
Learning" diperkenalkan. Pembelajaran dijalankan menggunakan keadah pembelajaran
koperatif dan masteri. Pembelajaran juga dijalankan dengan berpusatkan pelajar di mana
belajar dalam kumpulan dan guru bertindak sebagai fasilitator sahaja.

Dalam kaedah ini :-

(i) Pembelajaran dan pengajaran kelas seperti biasa dijalankan. Ujian Pra dijalankan
untuk menguji kefahaman pelajar.

(ii) Selepas itu, pelajar dibahagikan kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri
daripada 3 orang yang heterogenous pencapaiannya (seorang sederhana, seorang
lemah)

(iii) Guru menerangkan bagaimana menggunakan kaedah " M-Learning" . Bermula


dengan mengenalpasti objektif pembelajaran. Kemudian mengenalpasti skop
pembelajaran dengan peta I-think. Selepas itu, pelajar akan mengikuti Modul yang
disediakan dan menjawab soalan di dalam Modul dan membandingkan jawapan
yang disediakan.

7
(iv) Pejajar-pelajar diminta berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk
menentukan jawapan yang betul.

(v) Perbincangan kelas kemudian dijalankan. Pelajar yang lemah dalam setiap kumpulan
akan diminta menerangkan jawapan kepada pelajar-pelajar lain.

(vi) Seterusnya Ujian Post dijalankan terhadap pelajar yang telah mengikuti " M-
Learning".

(vii) Analisis Ujian Pra dan Ujian Post dijalankan.

PENGUMPULAN DATA

Data yang dikumpul dengan menggunakan 2 kaedah iaitu :

(i) Menjalankan ujian pra dan ujian post untuk mengetahui kebolehan pelajar
menjawab soalan Fizik dengan betul.

(ii) Menjalankan soal selidik untuk mengetahui keberkesanan penggunaan Keadah " M-
Learning" sebagai satu teknik membantu pelajar menjawab soalan Fizik dengan
berkesan.

8
ANALISIS DAN INTEPRETASI DATA

MARKAH
NO. NAMA I/C UJIAN UJIAN
PRA POST

1 ANG KAH YEE 960521-05-5006 52 69

2 CHAN PUI FEN 960627-05-5266 29 65

3 CHANG LI LIM 960922-05-5381 52 75

4 CHOONG XING LUNG 960507-05-5659 33 75

5 LEE ZHI XIN 960321-05-5300 52 81

6 NG CHUN WAI 960808-01-5335 48 63

7 NG JIN YUN 961114-05-5409 62 88

8 TAN YING CHING 960808-59-5026 43 63

9 TAY FUI KIEN 960717-05-5120 29 75

ANALISIS KEPUTUSAN UJIAN POST

Ujian Post Kategori Pelajar Bil. Pelajar Peratus

Gagal 0 0%

2 Lulus 0 0%

Cemerlang 9 100%

Analisis ujian post dan analisis soal selidik mendapati 100% mengatakan kaedah " M-Learning"
telah membantu mereka dalam menjawab soalan Fizik.

INTEPERETASI DATA

9
Bil. Pelajar
Kategori Pelajar Peningkatan (%)
Ujian Pra Ujian Post

Gagal 3 0 33

Lulus 5 0 56

Cemerlang 1 9 89

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan dapat disimpulkan bahawa

(i) Berdasarkan ujian Pra dan Post, peratusan pelajar yang gagal telah berkurangan
sebanyak 33%. Ini jelas menunjukkan bahawa penggunaan Kaedah " M-Learning"
telah dapat membantu pelajar meningkatkan pencapaian pelajar.

(ii) Peratus pelajar yang cemerlang meningkat sebanyak 89%. Ini juga merupakan satu
peningkatan yang memberangsangkan.

REFLEKSI

Sepanjang kajian ini dijalankan hanya terdapat beberapa kelemahan dan masalah kecil yang
dihadapi khususnya daripada segi pembelajaran pelajar. Guru terpaksa menjalankan berbagai
cara agar pembelajaran secara cooperative learning dan masteri ini dapat dijalankan dengan
jayanya. Menurut soal selidik, selepas pembelajaran di sekolah pelajar tidak membuat ulangkaji
di rumah. Ini menyebabkan apabila ujian Post dijalankan. Keputusan pelajar-pelajar ini masih
tidak memuaskan.

Kehadiran pelajar semasa aktiviti kajian tindakan ini dijalankan adalah sangat baik. Kaedah " M-
Learning" dapat menggalakkan pelajar berkongsi ilmu dan membantu pelajar lain.

PENUTUP

10
Rumusan daripada penyelidikan ini adalah penggunaan " M-Learning" merupakan satu teknik
yang berkesan untuk pelajar menjawab soalan Fizik dengan betul. Ini telah dibuktikan dengan
pencapaian 100% lulus dan cemerlang dalam Post selepas penggunaan " M-Learning" ini
digunakan. Oleh itu diharapkan agar penggunaan " M-Learning" dapat dikongsi oleh pelajar dan
guru Fizik Tingkatan 6 semasa pengajaran dan pembelajaran Fizik dijalankan.

RUJUKAN

Poh Liong Yong.2015.Pre-U STPM Text Physics Term 2

Institut Pengurusan Raja Melewar, Seremban, N.S 2007, Journal Klinik Penyelidikan 2007

Kementerian Pendidikan Malaysia Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Tingkatan 6

11

You might also like