You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KOKURIKULUM KALI PERTAMA / 2017

Tarikh : 29.12.2016

Hari : Khamis

Masa : 11.00 pg

Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran :

1. En. Mohd Hasnul Hisham Bin Hanafi @Ngah


2. Cik Foong Shit Moi
3. Pn. Anikah Rusida Binti Yusof
4. Pn. Sarala a/p Tangavelu
5. En. Ahmad Mazran Bin Zainuddin
6. En. Farizal Bin Abdullah
7. En. Mohd Nazrun B Md. Nayan
8. En. Quah Beng Hock
9. En. Ridzwan Bin Megat
10. En. Zool Amri Bin Nordin
11. Pn. Hariaty Binti Mohamed Yeop
12. Pn. Hjh. Mastura Binti Ahmad
13. Pn. Noraini Binti Ramli
14. Pn. Norashikin Binti Zakaria
15. Pn. Norhayati Binti Abdul Samad
16. Pn. Ramziah Binti Ibrahim
17. Pn. Reenuga a/p Ganesarao
18. Pn. Revathy a/p Perumal
19. Pn. Roshanilah Binti Mohd Husin
20. Pn. Roziah Binti Ahmad
21. Pn. Siti Nadrah Bt Ismail
22. Pn. Subaitha Begam Binti Samsuddin
23. Pn. Suryati Hanum Binti Hashim

Tidak Hadir : ( Bersebab )

24. Pn. Hjh. Maimunah Binti Hamid (Sakit)


25. Pn. Zakiah Binti Hanafiah (Urusan Keluarga)
AGENDA

1. UCAPAN PENGERUSI- EN. MOHD HASNUL HISHAM B. HANAFI ( GURU BESAR )

1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli jawatankuasa ke mesyuarat yang diadakan.

1.2 Ucapan terima kasih atas kesudian hadir ke mesyuarat kokurikulum kali pertama ini.

1.3 Penetapan dasar bagi mesyuarat Kokurikulum akan dijalankan sebanyak 4 kali setahun.

1.4 Makluman berkaitan pertukaran jawatan Penolong Kanan Kokurikulum yang disandang
oleh Pn. Rusuhaiza Bt Sulaiman yang ditukarkan ke SK Raja Chulan dan diganti oleh Pn.
Sarala a/p Tangavelu.

1.5 Pengerusi mengharapkan semua guru memberikan kerjasama kepada pentadbiran yang
baru.

1.6 Beliau memaklumkan supaya meningkatkan latihan dalam setiap aktiviti yang disertai
agar pencapaian lebih memberansangkan.

Tindakan : Semua Guru Penasihat

2. PEMBENTANGAN AHLI JAWATANKUASA KOKURIKULUM 2017

2.1 Semua guru diminta untuk merujuk lampiran jawatankuasa yang telah disediakan.

2.2 Pertukaran guru penasihat :


 Persatuan Agama Islam - Pn. Siti Nadrah Bt Ismail.
 Permainan Bola Jaring - Pn. Hjh. Mastura Bt. Ahmad

2.3 Pertandingan yang akan disertai pada tahun ini ialah Merentas Desa, Bola Sepak, Bola
Jaring, Olahraga dan Sepak Takraw.

2.4 Pertandingan Ko-Akademik :


 Pendidikan Islam - MTQSS
 Bahasa Inggeris - Story Telling, Action Song, Scrabble
 Bahasa Melayu - Bercerita, Bicara Berirama
 Sains - Amali Sains

2.5 Jurulatih Pasukan Elit sekolah :


 Bola Sepak - En. Mohd Nazrun b. Md. Nayan
 Bola Jaring - Pn. Hjh. Mastura Bt Ahmad
 Sepak Takraw - En. Ridzwan B Megat
 Olahraga/Merentas Desa - En. Farizal B Abdullah

Tindakan : Semua Jurulatih & Guru Penasihat


3. TAKWIM SUKAN – PN. ANIKAH RUSIDA BT. YUSOF ( PK KOKURIKULUM )

3.1 Cadangan tarikh Kejohanan Sukan Tahunan 2017 pada 12.03.2017.

3.2 Takwim kejohanan akan dibentangkan pada mesyuarat sukan akan datang.

3.3 Perubahan guru penasihat rumah sukan :


 En. Ahmad Mazran B Zainuddin - Rumah Merah

Tindakan : Setiausaha Sukan

4. HAL-HAL LAIN

4.1 Guru Besar mengingatkan semua guru agar bersedia untuk menjalankan latihan aktiviti
kokurikulum seperti yang telah dirancang.

4.2 En. Ahmad Mazran meminta semua guru penasihat untuk mengambil kehadiran dan
menulis laporan pada setiap perjumpaan yang dijalankan.

Tindakan : Semua Guru Penasihat

5. PENUTUP

5.1 Pengerusi memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan dan berharap semua
yang dirancang dapat berjalan dengan baik.

5.2 Diharapkan agar semua guru peka dengan semua tarikh aktiviti dan pertandingan yang
dijalankan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.50 petang.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

………………………… ………………………..

( AHMAD MAZRAN B. ZAINUDDIN ) ( PN. SARALA A/P TANGAVELU )


Setiausaha kokurikulum, Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Tasek, SK Tasek,
31400 Ipoh, 31400 Ipoh,
Perak. Perak.

You might also like