You are on page 1of 14

HASWAN WAHID

DVM1 DCA

PENGENALAN

Dalam industri binaan, faktor keselamatan adalah sesuatu perkara yang sentiasa diambil
berat. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan samada kepada pekerja
ditapak binaan atau orang yang terlibat. Dengan adanya penjagaan ini, perkara yang tidak
diingini dapat dielakkan.

Keselamatan ditapak boleh didefinasikan sebagai penjagaan ditapak bina dari segi
perkara bahaya. Ini bermaksud dengan mengadakan keadaan persekitaran tapak bina yang
selamat dan selesa kepada mereka yang terlibat. Oleh itu, langkah yang perlu diambil adalah

memakai kasut keselamatan semasa bekerjadisamping memastikan tapak bina sentiasa bersih.

OBJEKTIF

1|Page
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

 Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang dijalankan peringkat pembinaan


 Merancang dan memilih kerja-kerja pengurusan tapak bina
 Merancang dan membangunkan jadual senarai semak pemeriksaan keselamatan
tempat kerja
 Merancang dan membangunkan pelan tindakan kecemasan (ERP)
 Merancang dan membangunkan Jadual senarai semak pengujian

PENGURUSAN TAPAK BINA

2|Page
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

i. Keselamatan Tapak

Pihak pengurusan tapak bina haruslah memastikan keselamatan tapak


pembinaan selamat dan terhindar dari segala kemalangan. Selain itu, peruntukan dan
kebajikan pekerja disediakan untuk menjamin para pekerja agar dapat menjalankan
kerja dengan lebih terjamin. Kekemasan dan susun atur sesebuah projek harus
dititikberatkan semasa proses pembinaan dijaalankan. Keselamatan dan kesihatan
pekerjaan adalah suatu keadaan di mana seseorang pekerja memerlukan persekitaran
kerja yang selamat dan sihat untuk dirinya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas
oleh aktiviti-aktivitinya.

ii. Peruntukan Kesihatan dan Kebajikan

Pihak JKKP haruslah memastikan polisi OSHA 1994 diguna pakai di dalam
organisasi dan memberikan penerangan kepada para majikan mengenai kepentingan
pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. JKKP perlu membuat
pantauan terhadap aduan-aduan yang dibuat oleh pekerja dan menyiasat kes yang
berlaku. Pihak pengurusan juga perlu membuat pemantauan dari semasa ke semasa
terhadap mesin-mesin dan peralatan yang digunakan oleh pekerja bagi mengelakkan
kejadian yang tak diingini berlaku.
Semua pihak seharusnya berganding bahu dalam mengurangkan kes
kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Pelbagai agensi badan kerajaan telah
ditubuhkan dalam membantu JKKP menguruskan isu keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di Malaysia. Contohnya, National Institute of Safety and Health (NIOSH).
Hal ini adalah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di Malaysia adlah
terjamin. NIOSH berperanan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan pihak
industry berhubung keperluan dan mengamalkan amalan keselamatan di tempat kerja.

3|Page
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

iii. Housekeeping

Housekeeping di tapak bina adalah sangat penting. Banyak syarikat menyedari bahawa
sisa buangan dan kos dapat dikurangkan sekiranya memberi perhatian kepada prosedur
pengeluaran dan pengurusan kualiti serta isu alam sekitar. Oleh itu, kajian ini adalah penting
untuk memastikan amalan housekeeping dipraktik semasa menjalankan kerja di tapak bina.

Implikasi yang dihadapi oleh pihak kontraktor adalah besar akibat pengabaian
housekeeping. Namun bagi tujuan akedemik, kajian tertumpu kepada faktor dan kesan
housekeeping di tapak bina. Seterusnya membina senarai semak housekeeping sebagai asas
pertama untuk pendekatan yang lebih sistematik bagi meningkatkan ekonomi dan
pembangunan ekologi di tapak pembinaan.

4|Page
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

AKTIVITI PERINGKAT PEMBINAAN

Peringkat pembinaan merangkumi kerja-kerja penyediaan tapak bina termasuk


pembinaan struktur dan kerja melengkapkan kemudahan asas projek.

I. Pembinaan struktur terbahagi kepada 4 iaitu :


a. Persediaan untuk membina
b. Kerja Tanah
c. Pembinaan Substruktur
d. Pembinaan Superstruktur

a) Persediaan untuk membina


 Membersihkan tapak
 Menyediakan laluan masuk dan keluar ke tapak bina
 Menyediakan jalan sementara
 Menyediakan tempat letak kereta sementara
 Menyediakan tempat simpanan bahan seperti keluli tetulang, keluli
struktur,cerucuk keping daan lain-lain
 Menyediakan pagar dan dinding adang
 Menyediakan papan tanda keselamatan
 Menyediakan papan tanda projek

5|Page
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

 Menyediakan keperluan asas seperti bekalan air, elektrik, telefon dan sanitasi

b) Kerja Tanah
 Menentukan datum
 Menyediakan aras formasi
 Kerja pemotongan
 Kerja penambahan tanah

c) Pembinaan Substuktur
Substruktur merujuk kepada semua bahagian binaan yang terletak di bawah aras
permukaan tanah atau lapisan kalis lembap.

Kerja-kerja pembinaan substruktur melibatkan :


 Kerja-kerja memasang pancang tanda, pancang ukur dan pancang aras
 Kerja-kerja menanam cerucuk jika perlu
 Kerja penggalian tanah untuk asas
 Kerja-kerja membina penahan peparitan sementara
 Menyediakan acuan asas

6|Page
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

 Memasang tetulang
 Memasang tetulang untuk tiang atas
 Menuang konkrit kedalam acuan

d) Pembinaan superstruktur
Superstruktur meliputi semua anggota struktur yang terletak di atas substruktur
iaitu di bahagian atas aras bumi. Dibina secara berperingkat iaitu :
 Kerja membina tiang
 Kerja membina rasuk bumi
 Kerja membina rasuk tingkat satu
 Kerja membina lantai bawah
 Kerja membina rasuk tingkat atas
 Kerja membina rasuk bumbung
 Kerja membina kerangka bumbung
 Kerja membina dinding
 Kerja membina pintu, tingkap, tangga, siling
 Kerja memasang penutup bumbung
 Kerja kemasan

7|Page
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

II. Melengkapkan kemudahan


 Semasa pembinaan struktur dijalankan, kelengkapan kemudahan asas bangunan
seperti kerja-kerja mekanikal dan elektrikal bagi sistem perpaipan, sistem
bomba dan sistem pembersihan perlu disediakan.
 Penyediaan kemudahan asas di luar bangunan seperti :
 Menyediakan papan tanda nama kawasan pembinaan
 Papan tanda jalan masuk
 Jalan raya
 Saliran
 Landskap
 Pembersihan tapak bina

8|Page
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

PEMERIKSAAN KESELAMATAN
Pemeriksaan tempat kerja adalah panduan yang dirancang dari tempat kerja atau
kawasan terpilih atau lokasi tempat kerja. Pemeriksaan diperlukan untuk menguji semua faktor
(peralatan, proses, bahan, bangunan, prosedur) yang mempunyai potensi untuk menyebabkan
kecederaan atau penyakit,dan mengenal pasti tindakan yang perlu untuk mengawal tindakan
bahaya .

Jadual Senarai Semak

SENARAI SEMAK PEMERIKSAAN KESELAMATAN TEMPAT KERJA DAN HEALTHY SETTING

UNIT/KAWASAN PEMERIKSAAN :
TARIKH PEMERIKSAAN :
PEGAWAI BERTUGAS : a)
b)

Bil Indikator Ya Tidak Tindakan Pegawai Catatan


Penambahbaikan bertanggungjawab
1 Keselamatan bangunan /struktur
Lantai licin /pecah /halangan /
curam
Bumbung pecah /terkopak /
Sebagainya
Pintu dan tingkap
Tangga / Cerun / parit
Laluan masuk dan kecemasan
Terhalang / lampu exit
Lalulintas / parking
Signage yang mencukupi
Penncahayaan
Pengudaraan
2 Keselamatan pejabat / ruang kerja
Susunatur perabut
Ergonomik
Keselamatan peralatan
1. Restrain
2. PPM
3. Signage berkaitan
4. PPE
Pencahayaan
Pengudaraan
Lantai licin / pecah /
Halangan / curam
First Aid kit

9|Page
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

PELAN TINDAKAN KECEMASAN (ERP)

EMERGENCY RESPONSE AND PREPAREDNESS (ERP) merupakan salah satu


program yang dilaksanakan supaya kita dapat melakukan tindakan/respon yang sewajarnya
apabila berlakunya kecemasan. Semasa situasi kecemasan, sebenarnya kita mempunyai masa
yang amat terhad. Lazimnya, kita akan panik dan keadaan akan menjadi huru-hara. Setiap saat
atau minit yang berdetik menentukan kita antar hidup atau mati. Sekiranya, pelan tindakan
kecemasan telah dibentuk maka ia dapat memudahkan kita untuk mengurus situasi kecemasan
lebih efektif dan efisen.

Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila adanya Akta
Keselamatan dan Kesihatan pekerjaan 1994 untukmencegah kemalangan. Sehubungan dengan
itu, adlah penting untuk sesebuah syarikat untuk memastikan perancangan rapi yang dilakukan
untuk menangani sesuatu kecemasan / bencana. ERP yang efektif akan memberi faedah berikut
kepada syarikat :-

I. Berupaya mengawal keadaan kecemasan / bencana


II. Mengurangkan kadar kerosakan harta benda
III. Mengurangkan jumlah pekerja yang mungkin tercedera / mengalami kecederaan teruk

10 | P a g e
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

Pelan Tindakan Kecemasan

SOP PELAN TINDAKAN ZON BKP

Objektif Pelan Tindakan Kecemasan


- Membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa beralakunya kecemasan
- Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk menjalankan tugas apabila berlakunya
kecemasan
- Peralatan kecemasan digunakan dengan selamat dan betul
- Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur dan selamat apabila berlaku kecemasan
- Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan keselamatan diadakan seperti
kebakaran,letupan, bencana alam, keracunan kebocoran toksid, bangunan runtuh dan lain-lain

Prosedur keselamatan
Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan keselamatan dengan mengambil kira faktor-
faktor berikut :-
i. Pencegahan – Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara pengendalian bahan
berbahaya serta peralatan yang digunakan
ii. Kesediaan – Organisasi perlu menubuhkan satu jawatankuasa kecemasan yang dapat bertindak apabila
berlaku kecemasan
iii. Tindakan – Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak dengan pantas dan efisen
beserta kelengkapan yang mencukupi apabila terjadinya kecemasan
iv. Pemulihan – Merupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas kepada keadaan
normal seperti menilai kerosakan, mengganti atau membaiki peralatan yang rosak

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGOSONGKAN BANGUNAN (EVACUATION STEP)


- Apabila loceng kecemasan dibunyikan, jangan panik hanya bertenang dan tunggu pengumuman
- Selepas mendengar pengumuman untuk mengosongkan bangunan, pastikan kehadiran kehadirang anggota
pejabat, lihat sekeliling untuk memastikan siapa yang ada atau tidak
- Pastikan semua suis elektrik dan peralatan pejabat telah ditutup dan dicabutkan plug head peralatan yang
berkenaan
- Tinggalkan barang-barang tidak perlu
- Tutup dan kunci pintu-pintu yang berkenaan
- Guna jalan keluar yang terdekat seperti di Pelan Kecemasan dan berhimpun di kawasan berkumpul (parkir awam
bersebelahan dewan banquet)
- Jangan gunakan lif
- Jangan tuju ke tempat letak kereta di bawah bangunan (Aras SB)
- Dengar arahan keselamatan dan jangan bertindak bersendirian

11 | P a g e
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN

Pengujian adalah proses yang dijalankan bagi memeriksa, mengukur dan mengkaji
untuk memastikan fungsi sesuatu pemasangan/ peralatan/ system dapat beroperasi mengikut
reka bentuk asal tercapai mengikut reka bentuk asal tercapai dan keputusan pengujian
direkodkan. Rekod ini merupakan maklumat datum(asas) yang perlu untuk memantau
keupayaan sistem berkenaan di sepanjang hayatnya.

Pentauliahan ialah proses menjalankan system dan membuktikan aspek kefungsian


dan keupayaan sesuatu system tercapai mengikut kehendak reka bentuk asal. Ianya
merangkumi rekod lengkap prosedur dan keputusan pertauliahan .

Aktiviti T&C bermula dari siapnya kerja-kerja fizikl dan melibatkan semua
pemasangan/ peralatan/ sstem mekanikal, elektrikal dan sistem kejuruteraan awam seperti
sistem kumbahan dan lain-lain sehingga terhasilnya Rekod pengujian & pentauliahan (T&C
Documents). Kontraktor perlu memasukkan jadual T&C di dalam program kerja (CPM) bagi
keseluruhan projek . Tempoh yang munasabah dan praktikal hendaklah di peruntukan bagi
tujuan T&C.

Kerja-kerja menyiapkan dan menjalankan peralatan / system dibuat oleh kontraktor.


Kehadiran juru perunding / wakil adalah wajib bagi menyaksikan dan merekodkan segala data
dan prosedur ke atas boring T&C. wakil juru peruding perlu mendapatkan persetujuan
Pengarah Projek terlebih dahulu. Tanggungjawab mengesahkan (verify) T&C ini terletak
kepada juru perunding bertauliah dandeklarasi oleh pelindung perlu dii peroleh ke atas
keseluruhan T&C yang dijalankan.

Standard / Piawaian yang digunakan antaranya :

1. Piawaian Malaysia – Malaysian Standard (MS)


2. Piawaian British – British Standard (BS)
3. America Standard of Testing Materials (ASTM)
4. Piawaian Australia – Australia Standard (AS)
5. International Standard Organization (ISO)
6. Piawaian Jabatan Kerja Raya – JKR Standard

12 | P a g e
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

KESIMPULAN

Keselamatan di tapak pembinaan bukan sahaja penting untuk mengelakkan


kemalangan malah ianya dapat memainkan peranan penting dalam usaha melipat-
gandakan keuntungan dan menjimatkan kos pembinaan . Sehubungan itu semua
pihak yang terlibat dengan setiap projek pembinaan haruslah merancang dan
melaksanakan satu program keselamatan yang efektif sebagai langkah untuk
mengelak dan mengurangkan kemalangan di tapak pembinaan . Justeru semua pihak
haruslah mematuhi setiap peraturan yang disediakan dengan mendapat kerjasama
menyeluruh daripada pengurusan sehingga pekerja bawahan supaya ianya berjaya
mencapai matlamat program serta berjaya menerap nilai-nilai keselamatan di dalam
setiap pekerja yang terlibat dengan projek pembinaan .

13 | P a g e
HASWAN WAHID
DVM1 DCA

RUJUKAN

 https://www.scribd.com/document/78498575/Pelan-Tindakan-Kecemasan-
Dan-Kebakaran
 https://www.slideshare.net/anisaftha/pembinaan-24751320
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesihatan_dan_keselamatan_pekerjaan
 http://www.cidb.gov.my/index.php/my/bidang-utama/keselamatan-dan-
kesihatan
 Kamal Halili Hassan, Undang-undang Keselamatan Industri di Malaysia, 1st
ed, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001.
 Kamal Halili Hassan, Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan, 1994-Satu
Huraian , [1994] 4 CLJ lxxxi (Dec)

14 | P a g e

You might also like