You are on page 1of 15

SJK(T) KALAIMAGAL,

KAMPUNG RENDANG, PADANG TEMUSU,


08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
Tel & Fax: 04 - 4310910

MINIT MESYUARAT SUKAN TAHUNAN KALI KE-44 2017

TARIKH : 7.03.2017

TEMPAT : BILIK MESYUARAT

MASA : 2.00 Petang

SENARAI KEHADIRAN GURU:-

Sila Rujuk Lampiran yang disertakan.

SJK(T) KALAIMAGAL,
KAMPUNG RENDANG, PADANG TEMUSU,
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
Tel & Fax: 04 - 4310910

Panggilan Mesyuarat Sukan Tahunan Kali Ke-44 Yang Pertama


2017

Adalah dimaklumkan bahawa mesyuarat sukan tahunan kali ke-44 akan


diadakan seperti berikut:

Tarikh : 7.03.2017
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Bilik mesyuarat
2. Kehadiran guru-guru adalah diwajibkan.

i. Ucapan aluan oleh Guru Besar


ii. Ucapan Penolong Kanan kokurikulum
iii. Perkara berbangkit
a) Sukan Tahunan Kali Ke-44
b) Jawatankuasa Sukan Tahunan
c) Acara Sukan Tahunan
d) Kewangan
e) Latihan Sukan Tahunan
f) Tarian Gimrama
g) Hadiah Kepada Murid
h) Cenderamata Kepada Tetamu Khas
i) Makan dan Minum Murid
j) Perasmian Sukan Tahunan
iv. Penangguhan Mesyuarat

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………...
(Nagendran Thangavelo)
Setiausaha Sukan Tahunan
1.0 Ucapan aluan Guru Besar
1.1 Guru Besar mengalu-alukan kedatangan semua guru. Beliau
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas
kehadiran guru ke mesyuarat pertama sukan tahunan kali ini.
1.2 Guru Besar juga mengucapkan terima kasih kepada Penolong
Kanan Kokurikulum Puan R. Pramakumari atas usaha beliau
untuk mengadakan sukan tahunan lebih awal berbanding
tahun lalu.
1.3 Beliau juga meminta parta guru supaya dapat menjalankan
tugasan yang diagihkan nanti dengan jayanya dan beliau juga
mengingatkan mereka supaya segera berjumpa dengan
Penolong Kanan sekiranya terdapat sebarang masalah.
1.4 Guru Besar juga menyatakan rasa puas hati beliau terhadap
pengagihan guru dan murid mengikut rumah sukan.
Tindakan: Semua
guru

2.0 Ucapan Penolong Kanan Kokurikulum


2.1 Penolong Kanan Kokurikulum turut mengucapkan terima kasih
kepada semua guru yang membantu melaksanakan aktiviti
kokurikulum dengan jayanya setakat ini.
2.2 Beliau menyatakan tarikh sukan tahunan kali ini ditetapkan
pada 23hb April 2017 bertempat di padang sekolah. Menurut
beliau lagi, sukan tahunan kali juga akan diadakan pada waktu
pagi seperti tahun lepas. Walaubagaimanapun pada tahun ini
cuti peristiwa akan dipohon atas nasihat pihak Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan.
2.3 Penolong Kanan Kokurikulum juga turut membaca senarai
nama guru mengikut rumah sukan. (sila rujuk jadual di bawah
RUMAH BIRU RUMAH KUNING
untuk senarai nama guru mengikut rumah sukan)

1. PN.P.SAGILESWARI (K) 1. PN.R.ARUNA (K)


SENARAI NAMA GURU MENGIKUT RUMAH
2. PN.M.KAVITHA (PK) 2. PN.M.MUNESVARI
3. PN.S.SUMATHY (PK)
3.0
4. PN.N. SANTHA 3. PN. MUPTHAJ BEGAM
5. PN. M. MARIA 4. PN.S.SRI ARATI
6. PN. K. TAVAMANI 5. EN. G.KUMARAN
4.0

5.0

6.0

7.0

8.0

9.0

10.0

RUMAH HIJAU RUMAH MERAH

1. PN.D.SANGGITA (K)
1. PN. M.PUGENESWARY
2. PN.K.LEELA DEWI
(K)
(PK)
2. EN.G.YOGESVARAN
3. PN.N.VIGNESWARI
(PK)
4. EN.M.JEYENDRAN
3. PN. N.SUMATHI
5. CIK D.MALATHI
4. CIK R.MARY THIBA
5. EN. S.KANNADHASAN
2.4 Beliau menyatakan keyakinan beliau terhadap keupayaan
para guru dalam menjayakan sukan tahunan kali ini.
2.5 Penolong Kanan Kokurikulum juga menyatakan bahawa Dato
R.S. Thanenthiran (Presiden Parti Makkal Sakthi Malaysia) akan
dijemput untuk merasmikan edisi kali ini.

2.6 Beliau menegaskan bahawa setiap guru perlu hadir untuk


latihan sukan tahunan yang telah ditetapkan.
Tindakan: Semua
guru

3.0 Perkara Berbangkit

a. Sukan Tahunan Kali Ke-44


1. Penolong Kanan Kokurikulum menyatakan bahawa sukan tahunan
kali ini adalah yang ke-44.
2. Beliau menyatakan bahawa sukan tahunan sekolah pada kali ini
akan diadakan mengikut ketetapan berikut;
Tempat : Padang sekolah
Masa : 8.30 pagi
Tetamu khas (I) : EN. Nagulan

3. Penolong Kanan Kokurikulum juga memberitahu bahawa surat


pemberitahuan tentang sukan tahunan kepada Pejabat Pendidikan
Daerah Kuala Muda Yan telah dihantar dan telah menerima surat
kebenaran pihak PPD KMY tetapi pihak sekolah diminta untuk
memohon cuti peristiwa pada hari Ahad (23hb April 2017). Cuti
peristiwa perlu dipohon memandangkan sukan tahunan dijadualkan
pada waktu pagi.
4. Setiap Rumah Sukan akan dinilai daripada aspek perhiasan rumah
dan perbarisan sebagai sayarat untuk memberi hadiah.
5. Penolong Kanan Kokurikulum turut menyatakan bahawa hadiah akan
diberi kepada johan, naib johan dan temapt ketiga setiap
pertandingan.
Tindakan : Semua guru

b. Jawatankuasa Sukan Tahunan


1. Penolong Kanan Kokurikulum telah mengedarkan jawatankuasa
induk sukan tahunan sekolah kali ke-44.
2. Beliau meminta semua guru supaya memberi kerjasama yang
penuh kepada beliau agar dapat manyakan temasya kali ini.
3. Beliau turut mengingatkan semua guru supaya segera berjumpa
dengan beliau sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang
tugasan yang telah diberikan.
4. Jawatankuasa induk Sukan Tahunan SJK(T) Kalaimagal kali ke-44;
கலலைமகள தமமிழ்ப்பளளள
SJK(T) KALAIMAGAL,
KAMPUNG RENDANG, PADANG TEMUSU,
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN.
Tel & Fax: 04 - 4310910
‘‘Kedah Muafakat’’

JAWATANKUASA INDUK SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KALI


KE-44
PENGERUSI EN. D. SUBRAMANIAM
(GURU BESAR)

TIMBALAN PENGERUSI PN. R. PRAMAKUMARI


(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)

NAIB PENGERUSI PN. S. GUNAVATHI


(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
EN. M. LOGANATHAN
(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)

SETIAUSAHA EN. T. NAGENDRAN


BENDAHARI PN. MUPTHAJ BEGAM
AHLI JAWATANKUASA
1. JEMPUTAN DAN SAMBUTAN PN. R. PRAMAKUMARI (K)
EN. M. LOGANATHAN
YDP PIBG EN. SUBRA
NAIB YDP PIBG EN. NANTHA

2. PERSIAPAN PADANG EN. V. SARAVANAN (K)


EN. T. NAGENDRAN
EN. G. YOGESVARAN
EN. G. KUMARAN
PEKERJA SEKOLAH
SEMUA AJK PIBG

3. PENYELARAS ALATAN / EN. T. NAGENDRAN (K)


TEKNIK EN. G. YOGESVARAN
EN. SIVENTHIRAN (PIBG)
BEKAS MURID

4. KAD JEMPUTAN / BUKU PN. N. VIGNESWARI (K)


PROGRAM / SURAT MENYURAT PN. S. CATHERINE
PN. M. PUGENESWARY

5. PELEPAS PESERTA EN. D. SUBRAMANIAM


VIP
YDP PIBG EN. K. SUBRA
NAIB YDP PIBG EN. NANTHA
EN. V. SARAVANAN

6. PERTOLONGAN CEMAS EN. S. KANNADHASAN


PN. S. CATHERINE

7. PERASMIAN PN. M. TAVAMANI (K)


EN. G. PRAKASH

8. JURUGAMBAR EN. G. YOGESVARAN

9. PENCATAT KEPUTUSAN PN. M. TAVAMANI (K)


PN. M. MUNESVARY
PN. R. ARUNA
AHLI PIBG
BEKAS MURID

10. HAKIM PENAMAT PN. M. PUGENESWARY (K)


PN. NURUL
AHLI PIBG
BEKAS MURID

11. PENGELOLA PESERTA EN. T. NAGENDRAN (K)


EN. V. SARAVANAN
BEKAS MURID

12. PENGELOLA PENERIMA PN. M.M KAVITHA (K)


HADIAH CIK D. MALATHI
AHLI PIBG

13. JURUACARA EN. G. KUMARAN (K)

14. HADIAH DAN PN. P. SAGILESWARI (K)


CENDERAMATA CIK R. MARY THIBA
PN. N. VIGNESWARI
PN. K ABIRAMI (PIBG)

15. GIMRAMA PN. P. SAGILESWARI (K)


PN. R. ARUNA
PN. M. KAVITHA

16. PERBARISAN EN. V. SARAVANAN (K)


EN. G. KUMARAN

17. KEBERSIHAN SEMUA GURU DAN PEKERJA SEKOLAH


18. PERHIASAN TEMPAT VIP PN. M. KAVITHA (K)
EN. G. PRAKASH

19. KESELAMATAN DAN DISIPLIN EN. S. KANNADHASAN (K)


MURID WAKIL PIBG
20. GURU-GURU YANG RUMAH BIRU: PN. M. MARIA
DITUGASKAN DI KHEMAH PN. S. SUMATHI

RUMAH KUNING: PN. S. SRI ARATI


PN. MUPTHAJ BEGAM

RUMAH MERAH: PN. K. LEELADEWI


PN. D. SANGGITA

RUMAH HIJAU: PN. N. SUMATHY


PN. SANTHA
AHLI PIBG

21. MAKANAN VIP PN. S. SUMATHY


PENGEOLA KANTIN

22. MINUMAN MURID PN. PUSPA


PN. MAGES
PEKERJA KANTIN

c. Acara-acara Sukan Tahunan


1. Penolong Kanan Kourikulum memberitahu semua guru bahawa
sukan tahunan akan dibahagikan kepada acara balapan dan padang
serta acara sukaneka.
2. Acara balapan terdiri daripada lari ganti-ganti (4X100M) kategori
lelaki dan perempuan yang akan diadakan untuk semua murid
daripada tahun 4 hingga tahun 6.
3. Penolong Kanan Kokurikulum telah menyatakan bahawa bagi murid-
murid lelaki dan perempuan daripada tahun 1 hingga tahun 3, akan
diadakan acara larian 50M – tahun 1, 75 M – tahun 2 dan 3.
4. Acara padang pula terdiri daripada acara lompat tinggi dan lontar
peluru yang akan diadakan untuk semua murid lelaki dan
perempuan daripada tahun 4 hingga tahun 6.
5. Bagi acara sukaneka, Penolong Kanan Kokurikulum telah
menyatakan bahawa bagi setiap tahun hanya satu jenis acara
sukaneka yang akan diadakan. Kekangan masa adalah faktor utama
hanya satu jenis acara sukaneka diadakan pada tahun ini.
6. Hanya bagi murid-murid tahun 6 sahaja dua jenis acara sukaneka
diadakan memandangkan ini adalah tahun terakhir mereka di
bangku sekolah rendah.
7. Acara padang (lontar peluru dan lompat tinggi) akan diadakan
sebelum sukan tahunan diadakan. Hadiah kepada para pemenang
akan diberikan semasa sukan tahunan.
8. Acara balapan (4X100M) untuk murid-murid tahun 4 dan 5 akan
diadakan sebelum sukan tahunan. Sebagaimana acara padang,
hadiah bagi para pemenang akan diberikan semasa sukan tahunan.
9. Penolong Kanan Kokurikulum juga memberitahu bahawa jadual bagi
semua acara yang bakal diadakan sebelum sukan tahunan akan
diedarkan kepada semua guru. Para guru diminta memilih murid
mengikut kemampuan masing-masing dan menghantar nama
mereka kepada setiausaha sukan En. T. Nagendran atau En. V.
Saravanan.
Tindakan : Semua guru
d. Kewangan
1. Penolong Kanan Kokurikulum telah memberitahu bahawa pihak
pengurusan sekolah telah memperuntukkan sebahagian
perbelanjaan untuk sukan tahunan kali ini.
2. Beliau turut berterima kasih kepada Guru Besar sekolah atas usaha
beliau memperuntukkan sebahagian kewangan untuk tujuan
kegunaan sukan tahunan.
3. Penolong Kanan juga memberitahu bahawa Persatuan Ibu Bapa dan
Guru telah sebulat suara bersetuju untuk memberi sebanyak
RM2000.00 untuk tujuan perbelanjaan sukan tahunan.
4. Selain itu, beliau mengingatkan para guru bahawa sumbangan
dalam bentuk kewangan atau benda daripada orang perseorangan
sangat dialu-alukan.
5. Penolong Kanan juga memberitahu bahawa syarikat Enrico’s Berhad
telah bersetuju untuk memberi sumbangan minuman kepada 1000
orang semasa sukan tahunan. Manakala, syarikan Italian Baker juga
telah berbesar hati untuk memberi sumbangan roti kepada 600
orang.
6. Selain itu, beliau turut memberitahu bahawa Parti Makkkal Sakthi
cawangan Taman Sejati akan memberi sumbangan roti dan
minuman kepada 300 orang. Di samping itu, terdapat beberapa
orang secara peribadinya memberi sumbangan minuman mineral.
Tindakan : Semua guru

e. Latihan Sukan Tahunan


1. Penolong Kanan Kokurikulum memberitahu bahawa latihan sukan
telah dimulakan seperti semua maklum.
2. Beliau meminta semua guru supaya bekerjasama dalam
memastikan latihan sukan tahunan dijalankan dengan lancer tanpa
sebarang gangguan.
3. Beliau turut mengingatkan semua guru supaya merekod kehadiran
murid sebelum memulakan latihan sukan.
4. Semua guru perlu memastikan para murid memakai pakaian yang
sesuai untuk latihan.
5. Penolong Kanan Kokurikulum juga menggesa guru-guru agar dapat
mematuhi pengagihan masa supaya dapat mengelakkan sebarang
masalah.
Tindakan : Semua guru

f. Tarian Gimrama
1. Penolong Kanan Kokurikulum memberitahu bahawa tarian gimrama
akan diadakan selepas perasmian sukan tahunan dan pada akhir
sukan tahunan.
2. Puan Kavitha akan mengetuai persediaan tarian gimrama sambil
beliau dibantu oleh tujuh orang guru pelatih dari Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah.
3. Puan Kavitha memberitahu bahawa atihan untuk tarian gimrama
telah dimulakan dan sedang dijalankan. Latihan diadakan selepas
waktu persekolahan dan pada hari Sabtu.
Tindakan : Semua guru

g. Hadiah Kepada Murid


1. Penolong Kanan Kokurikulum memberitahu semua guru bahawa
hadiah kepada pemenang akan diberikan untuk johan, naib johan
dan tempat ketiga sahaja.
2. Hadiah telah ditempah mengikut jumlah acara yang akan
dipertandingkan.
3. Beliau turut menyatakan bahawa untuk acara sukaneka hadiah
bentuk pingat diberikan, manakala untuk acara balapan dan
padang, trofi akan diberikan.
4. Anggaran hadiah yang telah ditetapkan ialah RM5.00.
5. Penolong Kanan Kokurikulum juga menyatakan bahawa untuk murid-
murid yang mendapat tempat keempat, hadiah saguhati akan
diberikan supaya dapat mengeakkan kelunturan semangat
kesukanan dalam kalangan mereka.
Tindakan : Semua guru

h. Cenderamata Kepada Tetamu Khas


1. Penolong Kanan Kokurikulum memberitahu bahawa tetamu khas
akan diberikan cenderahati khas yang akan ditempah setelah
perbincangan lanjut dengan guru besar.
2. Seorang tetamu khas, iaitu Encik Nagulan akan dijemput untuk
temasya kali ini.
3. Penolong Kanan Kokurikulum juga menyatakan bahawa
Dato R.S. Thanenthiran akan merasmikan sukan tahunan, manakala
En. Muniandy akan mengetuai majlis penutupan sukan tahunan
secara rasmi.
4. Kedua-dua tetamu khas juga akan diberi “ponnadai” dan bunga
maalai sebagai memberi penghormatan.
Tindakan : Semua guru

i. Makan dan Minum Murid


1. Puan Pramakumari juga memberitahu bahawa semua murid akan
diberi makanan dan minuman semasa sukan tahunan.
2. Roti sumbangan Italian Baker dan sumbangan Parti Makkal Sakthi,
cawangan Taman sejati akan diagihkan kepada semua rumah sukan
mengikut bilangan.
3. Minuman (jus) juga akan disediakan di setiap khemah rumah sukan.
Para pekerja sekolah telah diberi mandat untuk melaksanakan tugas
pengedaran roti kepada murid dan penyediaan minuman.
4. Penolong Kanan Kokurikulum meminta semua guru rumah sukan
supaya memastikan kebersihan diutamakan di setiap khemah
rumah sukan. Plastik sampah akan diedarkan kepada setiap rumah
sukan dan guru-guru perlu mengingatkan murid supaya membuang
sampah ke dalam plasti sampah yang akan disediakan.
Tindakan : Semua guru

j. Perasmian Sukan Tahunan


1. Penolong Kanan Kokurikulum memberitahu tentang pelaksanan
perasmian sukan tahunan kali ini.
2. Beliau menyatakan bahawa obor sukan akan dinyalakan oleh
tetamu khas, sesuatu yang baharu untuk sekolah ini.
3. Beliau turut menyatakan rancangannya sepanjang majlis
perasmian. Seramai empat orang murid lelaki akan berlari
membawa obor sukan mengelilingi padang dan murid terakhir akan
memberi obor sukan kepada tetamu khas. Tetamu khas, yang akan
diiringi oleh guru besar sekolah dan Yang Dipertua PIBG Sekolah
akan menyalakan obor sukan yang diletakkan di tengah-tengah
padang.
4. Puan Pramakumari juga menjelaskan bahawa aspek keselamatan
akan diberi keutamaan sepanjang majlis perasmian ini
memandangkan ia melibatkan api.
Tindakan : Semua guru
4.0 Penangguhan Mesyuarat
4.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang dengan
ucapan terima kasih oleh Guru Besar.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

………………………….. …………………………….

(NAGENDRAN THANGAVELO) (PRAMAKUMARI A/P


RAJAGOPAL)

Setiausaha Sukan Tahunan Penolong Kanan Kokurikulum

Disahkan oleh;

……………………………….
Guru Besar
SJK(T) Kalaimagal

You might also like