You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT KANTIN KALI KE-2

SMK BUKIT ROKAN


73200 GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN

TARIKH : 06 MEI 2016


MASA : 12.00 TENGAHARI
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH

KEHADIRAN:
1. EN. ZAINAL BIN ISMAIL ( GPK HEM )
2. PN. FADHLINA BINTI SHAFII ( SETIAUSAHA )
3. EN. MOHD HAZUAN BIN ABD MANAP ( PEN. SETIAUSAHA )
4. EN. ZOLKAFLI BIN MOHD SAID ( AJK )
5. PN. NORITA BINTI MOHD SAHIDAN ( AJK )
6. PN. ROSLINDA BINTI ABU SARI ( AJK )
7. PN. HAMIDAH ( PENGUSAHA KANTIN )

1.0 Ucapan GPK HEM, En. Zainal bin Ismail


1.1 Mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kehadiran AJK
Kantin ke mesyuarat kali ini.
1.2 Memberitahu dan memperingati semula tentang peraturan dan
Pekeliling Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan.
1.2.1 Semua pekerja kantin perlulah didaftarkan dan mendapatkan
suntikan
1.2.2 Semua pekerja kantin perlu mematuhi Etika Pemakaian seperti
pemakaian kasut, kekemasan diri dan kuku
1.2.3 Pengusaha kantin perlulah menjaga kebersihan semua
peralatan memasak agar sentiasa berada dalam keadaan bersih
dan selamat
1.2.4 Pengusaha kantin perlu mengambil tindakan terhadap teguran
yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan berhubung barangan
yang disimpan di dalam peti sejuk.
1.2.5 Pihak kantin perlu mengetahui kriteria untuk Kantin yang
bergred A

1.3 Memperingatkan guru- guru kantin tentang bidang tugas AJK kantin.
Antaranya:
1.3.1 Guru perlu membuat laporan kantin secara online kepada PPD
Tampin pada setiap hujung bulan.
1.3.2 Mengadakan mesyuarat kantin tiga kali setahun
1.3.3 Guru perlu memaklumkan sebarang aktiviti sekolah dan hari cuti
kepada pihak kantin
1.3.4 Guru perlu memastikan makanan yang dihidangkan sentiasa
bertutup samaada dengan plastik atau benda lain yang
bersesuaian.
1.3.5 Guru perlu memastikan layanan yang diberikan oleh pihak
kantin kepada pelajar dan guru- guru adalah cepat dan mesra
1.3.6 Guru perlu memastikan agar pekerja kantin telah membuat
suntikan
1.3.7 Guru juga perlu memastikan pekerja kantin menitikberatkan soal
kebersihan sewaktu menyediakan makanan seperti
menggunakan penyepit dan memakai apron.

2.0 Perkara- perkara berbangkit


2.1 En. Zainal meminta agar pihak kantin menjaga kepentingan kantin dan
cuba meningkatkan keselesaan kantin pada setiap masa.
2.2 En. Zainal memberitahu tentang persekitaran kantin seperti:
2.2.1 Masalah longkang yang tersumbat perlu dilaporkan kepada
GPK HEM untuk dibuat permohonan kepada Unit
Pembangunan
2.2.2 Kerosakan sinki perlu dibaiki sendiri oleh pihak kantin
2.2.3 Simen mozek yang tertanggal dan longgar perlu dilaporan
kepada En. Hazuan
2.2.4 Pihak kantin perlu menceriakan kantin dengan menampal
poster- poster yang bersesuaian
2.2.5 Aktiviti pemantauan kesihatan akan dilakukan secara mengejut
2.2.6 Menu makanan perlu dipelbagaikan dan diperbanyakkan
terutama waktu yang ada ko-kurikulum
2.2.7 Pihak kantin perlu mempercepatkan perkhidmatan penyediaan
makanan sewaktu rehat kepada pelajar kerana masih ada
pelajar yang membeli makanan walaupun waktu rehat hamper
tamat.
2.2.8 Pihak kantin perlu mengurangkan penggunaan perasa di dalam
makanan
2.2.9 Menu guru pada hari jumaat perlu ditukar- tukar seperti nasi
ayam, nasi tomato dan lain- lain
2.2.10 Kawalan disiplin pelajar sewaktu rehat perlu dikawal oleh guru
bertugas dan guru kantin
2.2.11 Pihak kantin juga memohon pihak sekolah memaklumkan
kepada para pelajar tentang sarapan pagi yang telah
disediakan. Ini kerana tiada sambutan hangat daripada para
pelajar akan sarapan yang telah disediakan.
2.2.12 En. Zainal memohon kerjasama daripada pihak kantin agar tidak
menjual sebarang makanan selain waktu rehat dan penjualan
lepas rehat hanya dibenarkan selepas pukul 1 tengahari.
2.2.13 Mohon pihak kantin mengurangkan penggunaan bekas polistrin
semasa penjualan makanan.

3.0 Hal- hal lain.


3.1 Mencadangkan agar kantin dijadikan sebagai tempat yang ada info
seperti setiap meja dipenuhi oleh maklumat yang berkaitan bagi kelab
dan persatuan. Contoh satu persatuan satu meja.
3.2 Setiap meja yang telah dilengkapi dengan info perlu dibalut dengan
plastik
3.3 Mencadangkan agar pihak kantin mengadakan Hari Kantin
3.4 Aduan pelajar tentang saiz ayam kecil telah diperjelaskan oleh guru
3.5 En. Zainal berharap agar pihak kantin meneruskan kecemerlangan
mereka pada masa akan datang
3.6 Guru- guru diminta agar sentiasa memperingatkan pelajar agar makan
di kantin
3.7 En. Zolkafli meminta pihak kantin agar tidak menjual makanan di dalam
plastik selepas waktu rehat. Pelajar perlu menggunakan pinggan.

Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 1.00 tengahari.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

................................... ..........................................
( FADHLINA BINTI SHAFII ) ( EN. ZAINAL BIN ISMAIL )
Setiausaha Kantin Guru Penolong Kanan HEM
SMK Bukit Rokan SMK Bukit Rokan

You might also like