You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA PELAKSANA I-THINK PERTAMA 2018


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI ANGGERIK

Tarikh : 15 Feb 2018


Hari : Khamis
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Seri Anggerik

Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan Pengerusi
2. Ucapan Guru Besar
3. Perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Senarai tugas
4. Perancangan Strategik
5. Hal-hal lain
6. Ucapan Penangguhan
Kehadiran :
1. Pn. Che Norizam Bt Abdullah
2. Pn. Rohayati Bt Omar
3. Pn. Nik Sasliza Bt Nik Saberi
4. Pn. Nora Bt Yahaya
5. Pn. Nurhamimi Bt Abdul Ghani
6. Pn. Chua Fong Chu
7. Pn. Ten Li Khyun@Thien Lee Khyun
8. Pn. Rokiah Bt Hj. Darus
9. Pn. Bong Oi Mee
10. Pn. Sawizawati Bt Yaakob
11. Pn. Fauziah Bt Mohamoud
12. En. Rajendran a/l Ganesan
13. Pn. Sharifah Hafizah Bt Syed Idris
14. Pn. Shah Balkesh Bt Mohd Supar
15. Pn. Rosni Bt Husin
16. En. Mohd Faizal B Hassan
17. En. Yasotharan a/l Kunugesaran
18. En. Parveen Nair a/l Sridharan
19. Cik Lee Min Jie
20. En. Ku Mohamad Amirudin B Ku Azhar

1. Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru dan Pn. Guru Besar dan
Guru Penolong Kanan 1 di atas kesudian menghadirkan diri ke mesyuarat
Jawatankuasa Pelaksana I-Think kali Pertama Tahun 2018.

1.2 Pengerusi juga mengucapkan tahniah kepada semua guru yang telah terpilih
menjadi pasukan pemandu I-Think di SK Seri Anggerik dan berharap
pasukan pemandu boleh membudayakan kemahiran berfikir melalui program
I-Think ini.

2. Ucapan penasihat

2.1 Pn. Guru Besar memulakan ucapan dengan kata-kata aluan. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang dapat menghadirkan
diri ke mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana I-Think kali Pertama Tahun 2018.

2.2 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang terpilih sebagai
pasukan pemandu Program I-Think di SK Seri Anggerik. Beliau juga
menjelaskan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan Program I-Think,
latihan secara berterusan perlu diadakan di sekolah.
2.3 Beliau berharap agar mesyuarat ini boleh menggalakkan guru menggunakan
peta pemikiran yang sesuai semasa pdp dan murid menggunakan peta
pemikiran dalam pembelajaran mereka.

3. Perlantikan Ahli Jawatankuasa dan Senarai Tugas

3.1 Pengerusi menjelaskan surat lantikan sebagai guru pasukan pemandu bagi
program I-Think akan dikeluarkan pada 14 Mac 2018.
3.2 Berikut adalah senarai tugas bagi pasukan pemandu Program I-Think
Sekolah adalah seperti berikut:-
i. Sentiasa memberi bimbingan coaching dan mentoring kepada guru-
guru yang kurang memahami atau memerlukan bimbingan tentang
penggunaan peta pemikiran.
ii. Memperkenalkan peta pemikiran kepada murid.
iii. Membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap penggunaan peta
pemikiran dalam pdp guru
iv. Laporan dan Penilaian Program I-Think
v. Pelaksanaan Program I-Think secara berterusan
Tindakan: Makluman

4. Perancangan Strategik

4.1 Pengerusi menjelaskan berdasarkan lampiran. (rujuk lampiran)


Tindakan: Makluman

5. Hal-hal lain

5.1 En. Mohd Faizal berharap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan peta
pemikiran seiring dan akan dipupuk dalam setiap murid untuk meningkatkan
kemahiran berfikir dan meningkatkan daya imaginasi (berfikir di luar kotak)
serta suka bertanya. Untuk memupuk KBAT dalam setiap murid, beliau
mencadangkan pertandingan menghasilkan soalan yang bercirikan KBAT dan
pemenang akan diberi penghargaan.
Tindakan: Jawatankuasa Pemandu

5.2 Pn. Guru Besar mengarahkan agar memperbanyakkan lembaran nota bagi
kelapan-lapan peta pemikiran dan ditampal di setiap kelas supaya
mengukuhkan ingatan murid mengenai bentuk dan konsep alat pemikiran I-
Think. Beliau juga menggalakkan penggunaan peta pemikiran dalam pdp
terutamanya semasa pencerapan dan amnya semasa pdp dijalankan
Tindakan: Jawatankuasa Pemandu

5.3 En Rajendran mencadangkan agar hanya satu kelas bagi setiap tahap akan
mewujudkan sudut I-Think dan setelah perbincangan dilakukan, maka kelas 3
Karisma dan 6 Intelek akan mewujudkan sudut I-Think bagi menggalakkan
penglibatan kelas-kelas lain untuk turut serta mewujudkan sudut I-Think di
setiap kelas masing-masing.
Tindakan: Makluman

5.4 En. Md Faisal mencadangkan guru-guru diberi latihan dalam bengkel


pengukuhan secara berkala supaya proses penerapan kemahiran peta
pemikiran, penguasaan dan penjiwaan murid dapat dilaksanakan dengan
lancar. Beliau juga menyarankan agar pihak sekolah mengedarkan surat
siaran yang mengandungi beberapa program yang dijalankan di sekolah
dapat diedarkan sebagai hebahan dan pengetahuan kepada ibu bapa.
Tindakan: Makluman

6. Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh
Jawatankuasa Pemandu dan berharap segala yang telah dirancang dapat
dilaksanakan dengan jayanya serta akan meningkatkan guru serta murid
menggunakan peta pemikiran sebagai alat berfikir.
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang.

Disediakan oleh:

(YASOTHARAN A/L KUNUSEGARAN)


Setiausaha Jawatankuasa I-Think
SK Seri Anggerik, Kuala Lumpur

You might also like