You are on page 1of 2

Jawatankuasa Persatuan Wushu,

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu, Rujukan Kami: SMKBS/(KK)/153/05/04/10/01 (6)


Jalan Ling Kai Cheng, Tarikh: 24 Januari 2018
96000 Sibu, Sarawak.

Persatuan Seni Mempertahankan Diri (Quan Shu) Sibu,


No.5C, 3rd Floor, Wisma Teo Chong Loh,
Lanang Road, 96000 Sibu, Sarawak.

Melalui dan Salinan:

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu,
Jalan Ling Kai Cheng,
96000 Sibu, Sarawak.

Tuan,

PERMOHONAN PEMBAHARUAN KEAHLIAN PERSATUAN WUSHU

Berhubung perkara di atas, Persatuan Wushu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu telah diluluskan
penubuhan dan pendaftaran oleh pentadbir sekolah.

2. Sehubungan itu, Persatuan Wushu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu ingin memohon
pembaharuan keahlian. Oleh itu, bersama-sama ini disertakan borang yang telah diisi dan wang
pendaftaran. Senarai ahli-ahli Persatuan Wushu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu, dan guru-
guru penasihat yang akan mengendalikan Persatuan Wushu tersebut juga disertakan.

3. Semoga dengan pendaftaran ini, pihak sekolah akan memperolehi segala berita perkembangan
Persatuan Wushu agar dapat membantu menjalankan tanggungjawab untuk meningkatkan prestasi
Persatuan Wushu.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan perintah,

(LUCY LEE SIEW MIT)

Guru Pemimpin Persatuan Wushu


SMK Bandar Sibu

s.k 1. Pengawai Pendidikan Negeri Sarawak


2. Pengawai Pendidikan Sibu
3. Persatuan Seni Mempertahankan Diri (Quan Shu) Sibu
4. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
5. Guru Penolong Kanan Kokurikulum
6. Fail Persatuan Wushu
Jawatankuasa Persatuan Wushu
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu, Rujukan Kami: SMKBS/(KK)/153/05/04/10/01 (5)
Jalan Ling Kai Cheng, Tarikh: 24 Januari 2018
96000 Sibu, Sarawak.

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu,
Jalan Ling Kai Cheng,
96000 Sibu, Sarawak.

Melalui dan Salinan:

Guru Penasihat / Pemimpin Jawatankuasa Persatuan Wushu

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENJADI AHLI GABUNGAN

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa sebuah Jawatankuasa Penaja Persatuan Wushu Sekolah Menengah
Kebangsaan Bandar Sibu telah diwujudkan pada 24 Januari 2015 yang lalu dengan tujuan untuk
menyemarakan lagi aktiviti kokurikulum dalam kalangan warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu
ini.

3. Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa kami memohon agar Tuan membenarkan
penubuhan Persatuan Wushu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu berasaskan Peraturan (4) dalam
Peraturan-peraturan Pendidikan (Persekutuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42, No.11, Tambahan No.21, Perundangan (A): P.U.(A) 196, bertarikh 21 Mei 1998.

4. Bersama-sama dengan itu disertakan draf perkembangan dan peraturan-peraturan, senarai ahli
jawatankuasa dan senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Segala jasa baik Tuan meluluskan pemohonan ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan tugas,

………………………………………………

(MICHELLE TING HUI HUI)

Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Persatuan Wushu,
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu.

s.k 1. Penolong Kanan Kokurikulum


Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sibu

You might also like