You are on page 1of 2

KERTAS CADANGAN

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK

SMK KUALA LANAR TAHUN 2012

1) OBJEKTIF

 Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik diadakan bertujuan memberikan penghargaan dan


pengiktirafan kepada para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Lanar yang mencapai
keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Akhir Tahun, PMR, SPM dan STPM
 Dengan terlaksananya Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik ini, diharap akan menjadi
pendorong dan pembakar semangat kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala
Lanar untuk lebih yakin dalam menempa kejayaan dalam bidang akademik.

2) MATLAMAT
 Anugerah ini akan menjadi pendorong kepada semua pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh
bagi memperoleh kejayaan seperti yang telah di capai oleh pelajar terdahulu.
 Anugerah ini juga diharapkan akan menjadi satu landasan kepada pelajar-pelajar yang telah
mencapai kejayaan untuk terus membudayakan kecemerlangan dalam hidup mereka pada masa
akan datang.

3) CADANGAN IMPLEMENTASI
i. Tarikh : 26 Jun 2012 (SELASA)
ii. Masa : 11.00 pagi
iii. Tempat : Dewan SMK Kuala Lanar