You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT AJK PIBG KALI KEDUA 2017

SK KAMPUNG JAWA 2
KLANG, SELANGOR

TARIKH : 19 JULAI 2017


MASA : 8:00 MALAM
TEMPAT : BILIK NADI, SK KAMPUNG JAWA 2
KEHADIRAN
1. En. Norazzizi B Ruslee
2. Tn. Hj. Roslan Bin Salleh 6. En. Burhanuddin Bin Yusuf
3. En Murugan 7. Pn Komathy
4. En Syahrul Effendy Bin Ahmad Fuzi 8. Pn Kanaga
5. En. Hasrizal

BIL AGENDA
1.0 Ucapan pengerusi (YDP PIBG)

1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.


1.2 Mencadangkan setiap AJK hantar 10 surat mohon sumbangan.
2.0 Ucapan penasihat (Guru Besar)

2.1 Akademik – Bahasa Inggeris masih lemah kerana sikap murid suka bermain dan tidak
bersungguh-sungguh focus dalam kelas. Pelbagai usaha sudah dijalankan seperti teguran,
rotan, bahan bantu dibeli dalam jumlah yang banyak, kaunsseling dan motivasi.
2.2 Linus – membimbangkan dan kerjasama ibu bapa diperlukan, perlu pantau kerja anak-
anak. Kesinambungan di rumah adalah kurang.
2.3 2018 akan diadakan motivasi untuk ibu bapa. Diharapkan seluruh AJK dapat menjadi mata
dan telinga sekolah.
2.4 Mozek – terima kasih kepada Kastam. Pemasangan akan dijalankan di pentas dewan. Kos
dianggar >RM30k. akan dipasang pada hujung tahun.
Tindakan: Makluman
3.0 Pembentangan kewangan (En Burhan)

3.1 Bendahari bentang kewangan (rujuk lampiran).


3.2 Disahkan oleh En Adzhar Bin Rejab dan disokong oleh majlis.
3.3 Unit Koko harap dapat teruskan amalan serahan yuran penyertaan.
Tindakan: Makluman
4.0 Hal semasa

4.1 Murid dilepaskan awal iaitu 5.30 petang. Guru Besar sudah ambil tindakan dengan
menegur guru dan GPK petang.

1
4.2 Murid keluar kawasan sekolah sehingga ke ARR Corner. Guru besar menyatakan gate
besar sentiasa terbuka, jadi murid menyelinap keluar. Terdapat juga murid yang
memanjat pagar.
4.3 GPK Koko mengucapkan terima kasih atas sumbangan yuran penyertaan koko. Anugerah
kecemerlangan tiada dana. Hari Sukan, perkhemahan dan Hari Anugerah Kecemerlangan
merupakan program besar sekolah. Perkhemahan akan jemput ibu bapa yang ingin
menyertai bertempat di Pusat Ko Pulau Pangkor.

5.0 Hal-hal lain

5.1 Guru Besar menyatakan ramai guru menyertai taklimat PRU jadi terdapat murid yang
direhatkan.

5.2 Guru ganti tiada peruntukan dari KPM. Diharap PIBG dapat bantu RM50 sehari.

5.3 PPKI peruntukan PPD tidak sama seperti yang dijanjikan. Masih belum ada GPK PPKI. Guru
Besar perlu jumpa pengarah. PPD hantar murid PPKI terlalu ramai dan murid PPKI di dalam
satu satu kelas adalah melebihi yang sepatutnya. Dari segi fasiliti, PPKI perlu ada pagar.

5.4 YDP cadang wujudkan JK Khas untuk cari dana korporat.

5.5 .
6.0 Ucapan Penangguhan

6.1 Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada jam 10.10 malam.

Disediakan oleh,
Setiusaha PIBG
SK Kampung Jawa 2, Klang.

You might also like