You are on page 1of 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM, JOHOR


BAHRU

EDUP 2023
PEDAGOGI DALAM TEKNOLOGI ELEKTRONIK

TUGASAN 4
(PENULISAN REFLEKSI )

NAMA : ADIBAH BINTI AZMAN


NO. KAD PENGENALAN : 890525015908
ANGKA GILIRAN : 2017122150147
NO. TELEFON : 0137956678
OPSYEN / AMBILAN : TEKNOLOGI ELEKTRONIK SEKOLAH
MENENGAH (SM) / JUN 2017
TAJUK : PENULISAN REFLEKSI
UNTUK PERHATIAN / : EN. HALIF BIN MD SALEH
PENSYARAH
PENGENALAN

Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang.
Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran makro, penambahbaikan yang
perlu dilakukan membolehkan guru perlu memikirkan punca masalah dan dengan pantas menukar
kaedah penerangan kepada aktiviti berkumpulan supaya murid lebih tertarik kepada pelajaran
yang sedang diajar.

Penulisan refleksi ini adalah berpandukan kaedah SWOT iaitu mengenal pasti kekuatan
(strength), kelemahan (weaknes), peluang (opportunity) dan ancaman (threat) yang diambil kira
semasa proses pengajaran dan pembelajaran makro serta respon yang diterima setelah tamat sesi
pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlu dilaksanakan. Guru
harus memberikan contoh-contoh yang bersesuaian dengan kehidupan seharian agar murid-murid
dapat mengaplikasikan pengetahuan. Dengan ini, suasana pembelajaran akan menjadi lebih
menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas
yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar.

REFLEKSI PENGAJARAN MAKRO


Kekuatan

Semasa menjalankan pengajaran makro, saya telah dapat mengesan beberapa


kekuatan dan kelemahan dalam pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya
dapat menyampaikan kandungan pelajaran dengan baik. Persediaan yang rapi telah
dibuat sebelum memulakan pengajaran makro ini bagi mengelakkan sebarang
masalah yang akan berlaku semasa sesi pengajaran. Persediaan awal adalah
sangat penting bagi membantu saya menjalankan isi kandungan dengan baik,
mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti pengajaran
yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat
menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan
terkawal supaya aktiviti pengajaran berjalan dengan lancar. Aktiviti menonton
Tayangan video “bahan bahan jenis penebat dan pengalir” dalam set induksi dapat
menarik minat pelajar untuk bersedia menerima isi pelajaran yang akan diajar pada
hari tersebut untuk pendedahan awal. Saya memastikan semua pelajar telah
mengenali jenis pengalir dan penebat dengan menyoal pelajar sama ada mereka
pernah melihat atau tidak bahan pengalir dan penebat yang ditayangkan.

Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran saya dapat membantu


mereka memahami dengan lebih jelas isi pelajaran yang ingin saya sampaikan.
Penyedian bahan bantu mengajar seperti flash card dan struktur atom 3D
memudahkan para pelajar memahami isi kandungan sesuatu pelajaran. Penggunaan
media pengajaran secara betul dan bervariasi juga dapat mengatasi sikap pasif
dikalangan para pelajar kerana ia akan menimbulkan minat pelajar untuk belajar,
meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti suasana pengajaran
dan pembelajaran yang lebih mengembirakan dan menyeronokan.

Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting
kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan
teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap isi pelajaran yang ingin
disampaikan oleh guru. Arahan yang jelas akan memudahakan murid-murid faham
seterusnya dapat melakukan tugasan mengikut panduan yang telah diberikan.
Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap
penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Kelemahan
Kelemahan yang dapat saya kenalpasti semasa pengajaran makro ini ialah saya
tidak pandai untuk mengaitkan video set induksi saya dengan pengajaran yang akan
dijalankan. Video tersebut saya rasa kurang sesuai kerana tulisan yang terdapat
pada video sukar untuk dibaca. Selain itu, saya juga tidak mencadangkan aktiviti
susulan kepada murid untuk menarik perhatian dan kesediaan mereka untuk
menerima isi pelajaran.

Kelemahan yang saya dapat kesan pada langkah pertama ialah saya hanya
menjalankan pengajaran secara terus atau “direct teaching learning” dan
menyebabkan kurangnya komunikasi dengan pelajar. Komunikasi yang baik akan
membuatkan pelajar lebih faham dan memberi tumpuan di dalam kelas. Keadah
pengajaran secara terus ini menyebabkan pelajar-pelajar saya tidak memberi
tumpuan di dalam kelas. Pada pengamatan saya semasa sesi pengajaran makro,
saya dapati pelajar agak bosan semasa proses pengajaran yang dijalankan. Selain
itu, saya juga gagal mengawal kelas dengan baik kerana terdapat beberapa orang
pelajar tidak memberi tumpuan dan mereka melakukan kerja lain (menggunakan
telefon bimbit) semasa sesi pengajaran. Kelemahan saya ialah saya tidak menegur
pelajar- pelajar yang tidak memberi tumpuan semasa saya memberi penerangan
dihadapan kelas. Tambahan pula, saya hanya berdiri dihadapan kelas dan tidak
bergerak ke belakang untuk memeriksa pelajar apa yang mereka lakukan.

Kelemahan lain yang saya dapat kesan ialah kemungkinan bahan bantu
mengajar saya iaitu slaid mspowerpoint yang biasa dan tidak menarik menyebabkan
pelajar kurang berminat untuk mendengar isi pelajaran yang disampaikan.
Sepatutnya slaid atau aktiviti yang menarik boleh dilakukan untuk menggalakkan
pelajar-pelajar mengambil bahagian di dalam kelas. Kekurangan idea untuk
membuat aktiviti yang melibatkan pelajar merupakan salah satu kelemahan yang ada
pada saya.

Langkah Penambahbaikan
Penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datan ialah, saya akan
cuba untuk mencari set induksi yang bersesuaian dengan pembelajaran yang akan
dijalankan supaya pelajar lebih bersedia dari segi fizikal dan mental. Seterusnya,
saya akan cuba mencari aktiviti yang sesuai agar komunikasi antara pelajar dengan
guru dan pelajar dengan pelajar itu berlaku supaya pemahaman pembelajaran dapat
difahami pada tahap yang maksimum. Selain itu saya akan cuba membaiki cara
penyampaian supaya dapat pelajar lebih fokus dan tidak pula berasa bosan dengan
penyampaian yang disampaikan. Kemungkinan isi pelajaran juga boleh diselilingkan
dengan unsur jenaka atau unsur kecindan agar pelajar tidak terlalu tertekan
menerima isi pelajaran..

You might also like