You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PBS PERTAMA TAHUN 2018

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1. Pengerusi, Pn.R.Saroja, mengalu-alukan kehadiran semua guru. Beliau mengucapkan


terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat PBS dan KSSR kali pertama pada
tahun 2018.
1.2 Beliau menyatakan tujuan perjumpaan diadakan bagi memastikan setiap guru sentiasa
menggerakan PBS dalam usaha meningkatkan kualiti pembelajaran di sekolah ini
menerusi aktiviti PdPc yang berkesan.
1.3 PBS merupakan dasar kerajaan dan piihak sekolah perlu melaksanakan PBS. PBS
hendaklah diperhalusi supaya dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan diperingkat
sekolah.
Tindakan : Makluman semua guru

2.0 Pembentangan minit mesyuarat yang Pertama


2.1. Tiada

3.0 Perkara – Perkara Berbangkit


3.1 Dasar baru kerajaan
3.1.1 Menyatakan semua guru akan menerima satu fail PBS yang mengandungi Surat
Pelantikan sebagai pentaksir PBS, Carta Organisasi PBS, Jadual Pengoperasian PBS.
Fail PBS tersebut juga perlu dilengkapkan dengan DSKP, RPT dan borang transit.
Borang transit perlu yang terkini. Meminta Cik S.Thurka Devi untuk menyediakan
tapak borang transit terkini untuk dimasukkan ke dalam google drive.
3.1.2 Sebagaimana yang diarahkan juga borang transit perlu dibawa oleh guru sewaktu
PDPC di dalam kelas.
3.1.3 Bermula tahun 2017, PBS lebih ditekankan. Peperiksaan UPSR telah ditukar kepada
PPSR. Di dalam PPSR merangkumi PAJSK, PPSI, PBD DAN UPSR. PPSR lebih
kurang sama dalam komponen PBS.
Tindakan : Makluman semua guru

1
3.2 Perancangan PBS 2018 (Jadual Pengoperasian)
3.2.1 Pembentangan Jadual Pengoperasian PBS SJKT Ladang Tampin Linggi 2018. Terdapat
banyak aktiviti yang disusun dan berharap agar semua aktiviti dapat dilaksanakan
mengikut jadual yang ditetapkan.
3.2.2 Antara aktiviti-aktivti PBS ialah mesyuarat PBS tiga kali setahun, sistem fail PBS,
pelaksanaan PBD, aktiviti penjaminan kualiti, penandaan penguasaan murid,
pelaksanaan PAJSK, PPSI, pelaporan murid, semakan fail dan sebagainya.
Tindakan : Makluman semua guru

4.0 LANTIKAN JAWATANKUASA PBS TAHUN 2018

4.1 Diketuai oleh Guru Besar. Dan dibawahnya mempunyai 3 komponen utama yang
diketuai oleh PK Pentadbiran (PBD & PP), PK HEM (Pembudayaan & PPS) dan PK
KoKurikulum (PAJSK).

4.2 Dibawah PBD & PP pula mempunyai 4 unit iaitu :


1. Unit Latihan/ Penataran : Unit ini berfungsi untuk menganjurkan kursus, taklimat dan
LADAP yang berkaitan dengan PBS.
2. Unit Penyelarasan : Unit ini berfungsi untuk memastikan keselarasan bahan dan
evidens dalam pemtaksiran PBS.
3. Unit Pementoran : Unit ini berfungsi untuk membantu guru-guru untuk melaksanakan
PBS.
4. Unit Pengesanan : Unit ini berfungsi untuk memastikan segala keperluan dan bahan-
bahan PBS telah ada dan digunakan oleh guru-guru. Contohnya : Penerimaan Fail
Pentaksiran PBS oleh semua guru.

4.3 Unit PPSI : Unit ini berfungsi untuk melihat kecenderungan murid yang merangkumi
pelbagai aspek.
4.4 Unit PAJSK : Unit ini berfungsi untuk mentaksir murid dari segi pendidikan jasmani,
sukan dan aktiviti kokurikulum.
4.5 Di dalam carta organisasi PBS juga terdapat ketua panitia semua subjek.
Tindakan : Makluman semua guru

2
5.0 HAL-HAL LAIN
5.1 Guru Besar menyatakan PBD sangat dititik beratkan. Guru-guru mesti bersedia dengan
kedatangan pemantau. Borang transit atau pelaporan perlu di isi setiap kali pentaksiran
berlaku di dalam kelas. Template pelaporan terkini terdapat di laman web bpk.moe.
5.2 Puan Rani memaklumkan bahawa DSKP yang terbaru ada ruangan evidens. Dalam RPH
perlu nyatakan pentaksiran apa yang digunakan dan objektif PDP mesti jelas .Sebagai
contoh, murid dapat menjawab 6 daripada 10 soalan yang diberikan.
5.3 Guru Besar menyatakan bahawa PBD boleh dibuktikan dengan menunjukkan RPH dan
borang pentaksiran / transit. Ianya perlu sentiasa dibawa semasa mengajar di dalam kelas.
5.4 Beliau telah memberi penerangan tentang PBS kepada semua ibu bapa ketika Mesyuarat
Agong PIBG dan Perjumpaan Tiga Penjuru.
5.5 Guru Besar meminta penyelaras PBS, Pn.K.Tangkesvari untuk memastikan semua guru
menggunakan DSKP dan RPT yang terkini. Beliau turut meminta penyelaras supaya
menyimpan satu salinan DSKP dan RPT untuk semua kelas di almari PBS yang telah
disediakan.
5.6 Guru Besar mengingatkan semua guru harus membawa DSKP dan RPH setiap kali
masuk ke kelas.
5.7 Guru Besar berharap semua guru akan bersama-sama dapat membudayakan PBS sebaik
mungkin. Setiap unit dalam PBS perlu melengkapkan fail dan pemantauan dalam perlu
diadakan tiga kali setahun.

Tindakan : Makluman semua guru

6.0 PENANGGUHAN
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Dicatit oleh , Disemak oleh ,

------------------------ --------------------------
(Pn. K.Tangkesvari )
Penyelaras PBS

You might also like