You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERISS BIL 1/(TAHUN 2018)

Tarikh : 24 APRIL 2018


Masa : 1.30 petang – 3.45petang
Tempat : Bilik ICT 1, SK Kota Masai 3
Pengerusi : En Yusri bin Zakariah
Kehadiran(Bilangan) : Rujuk senarai kehadiran
Turut Hadir (Jika ada) : -

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih atas kehadiran semua guru
Bahasa Inggeris SK Kota Masai 3.
Makluman

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada

3. PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4. FOKUS MESYUARAT

4.1 Pengurusan Panitia


4.1.1 Setiausaha panitia perlu memastikan semua dokumen yang
disenaraikan dalam PK01/1 (bagi tahun 2018) ada di dalam fail panitia
masing-masing. Contohnya: Headcount 2018 telah dimasukkan dalam
fail panitia, maklumat peribadi guru mata pelajaran terkini, jadual waktu
2018 (salinan yang telah disahkan oleh Guru besar) dan carta
organisasi panitia mata pelajaran telah dimasukkan dalam fail
(Maklumat Guru Mata Pelajaran)
Tindakan: Setiausaha panitia

4.1.2 PLC hendaklah diadakan setiap Khamis untuk meningkatkan


kecemerlangan. Satu hari akan dikhaskan untuk PLC.Guru baharu akan
mendapat bimbingan dari guru mentor.
Makluman

4.1.3 Laporan program panitia dan PLC yang dijalankan sekurang-kurangnya


2 kali sebulan juga mesti disediakan menggunakan borang PK01/2,
PK01/3 dan difailkan (Program kecemerlangan).
Tindakan : Ketua Panitia
4.1.4 Mesyuarat Panitia akan dijalankan sebanyak 4 kali iaitu pada bulan
Januari, Mei, Ogos, November. Semua dokumen berkaitan mesyuarat
mesti difailkan dalam fail induk panitia(fail putih). Pengurusan
mesyuarat perlu mematuhi prosedur mesyuarat. Surat panggilan
mesyuarat perlu ditandatangani oleh Guru Besar.
Makluman

4.1.5 Kajian tindakan perlu dibuat oleh semua guru. Dokumentasi kaedah
mengajar terbaik yang dapat digunakan untuk membantu
menyelesaikan dokumen ini boleh dikongsi oleh rakan-rakan guru lain.
Makluman

4.2 Pengurusan PdP


4.2.1 Semua guru mesti melengkapkan semua maklumat yang dikehendaki
dalam Buku Rekod Pengajaran(BRP) iaitu maklumat peribadi, senarai
tugas, takwim sekolah & takwim cuti, jadual waktu. Maklumat tersebut
pastikan ditandatangani oleh Guru Besar, Rancangan Pelajaran
Tahunan dan sasaran pencapaian mata pelajaran perlu ada . Begitu
juga catatan perbincangan profesional dan aktiviti guru mesti dibuat di
bahagian belakang BRP dari semasa ke semasa. Pastikan semua guru
juga menyediakan semua dokumen wajib sebelum PdP bermula pada
hari pertama persekolahan seperti sukatan pelajaran, dokumen-
dokumen KSSR dan sebagainya. Download bahan-bahan KSSR dari
laman Web BPK iaitu dokumen standard, modul KSSR, Kemahiran 4M,
kreativiti & inovasi.
Makluman

4.2.2 Pemantauan guru-guru akan dijalankan 2 kali setahun oleh Ketua


Panitia dan Pentadbir Sekolah. Gunakan borang SPSK, Borang
Pencerapan KBAT dan Borang SKPMG2 Standard 4.
Makluman

4.2.3 Semakan buku latihan murid:


Pentadbir akan menyemak semua buku latihan murid mengikut takwim
yang ditetapkan dan mengikut prosedur SPSK (rujuk takwim) dan
borang yang diedarkan. Manakala Ketua Panitia akan menyemak buku
latihan murid 2 kali setahun.
Makluman

4.2.4 Semakan buku latihan oleh guru mata pelajaran:


Pengerusi mengingatkan semua guru untuk membuat semakan dengan
teliti, ditandakan dengan pen merah, ada pembetulan, ada ulasan
membina & memotivasikan murid. Guru juga perlu memastikan murid
membuat pembetulan. Kekemasan kerja murid juga perlu diberi
penekanan oleh semua guru pada sepanjang tahun.
Makluman
4.2.5 Pemberian kerja rumah dan latihan kepada murid:
Guru perlu selaraskan dari segi kekerapan bilangan latihan.
Contohnya bilangan karangan yang perlu dibuat dalam sebulan. Kerja
rumah terbaik dipamerkan di papan kenyataan kelas kerana ini adalah
sebahagian daripada ciri-ciri kelas abad ke-21.
Makluman

4.2.6 Penggunaan buku teks SPBT, buku aktiviti, buku kerja dan buku latihan:
Pengerusi menjelaskan bahawa buku teks dan buku aktiviti mesti
digunakan semasa PdP dalam kelas sebagai salah satu bahan
sokongan PDP dan BBM. Buku kerja juga boleh digunakan sebagai
bahan pentaksiran latihan dan kerja rumah murid. Pastikan buku latihan
yang digunakan oleh murid disemak dengan teliti serta kerap. Pastikan
buku kerja dan keperluan yang telah dibeli oleh murid digunakan
sepenuhnya.
Makluman

4.3 Pedagogi dan PdP Berkesan

4.3.1 Rekod pengesanan 100% Sukatan Pelajaran (PK01/4) perlu disediakan


oleh semua guru. Satu salinan dilekat dalam buku BRP dan satu salinan
difailkan dalam fail panitia.
Makluman

4.3.2 Pengerusi menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan


adalah penting untuk PdP yang berkesan. Semua guru perlu
mempunyai kemahiran dari segi pengurusan bilik darjah. Contohnya,
cara mengatasi masalah disiplin murid semasa PdP dijalankan perlu
menggunakan kaedah psikologi yang dimiliki. Sebelum PdP bermula,
guru juga perlu peka dengan kebersihan dan keceriaan kelas. Kelas
yang kondusif dan kesediaan murid penting sebelum PdP dimulakan.
Pastikan juga budaya guru penyayang diamalkan di dalam kelas
sepanjang masa PdP dijalankan. Kawalan kelas amat penting untuk
keberkesanan PdP.
Makluman

4.3.3 Penerapan unsur-unsur KBAT dalam PdP perlu untuk menghasilkan


murid abad ke-21. KBAT- berkaitan dengan kreativiti, boleh
menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Sediakan ruang di dalam
kelas untuk pameran kreativiti murid. Guru sebagai fasilitator. Susun
atur bilik darjah abad ke-21 dapat menggalakkan perbincangan dan
PdP perlulah menyeronokkan murid.
Makluman
4.4 Headcount

4.4.1 Pengerusi mengingatkan guru untuk mengenal pasti kekuatan dan


kelemahan setiap individu murid. Gunakan dapatan untuk
penambahbaikan pada tahun ini. Semua guru perlu tahu TOV,
kemampuan dan potensi setiap individu murid yang diajar bagi setiap
mata pelajaran. Guru-guru mata pelajaran juga bersedia untuk
memastikan TOV dan ETR murid perlu ‘up to date ‘ dalam sistem
SAPS. Guru perlu tampal headcount di dalam BRP hanya selepas
SAPS didaftarkan.
Makluman

4.4.2 Headcount perlu dibuat mengikut kelas yang diajar dan ditampal di
dalam BRP hanya selepas SAPS didaftarkan.
Makluman

4.4.3 Peratus TOV mengikut darjah:


TOV
Darjah Bahasa Inggeris Bahasa Inggeris
(Pemahaman) (Penulisan)
1 92.50% 81.00%
2 91.00% 80.30%
3 93.50% 69.50%
4 31.00% 25.30%
5 28.50% 52.40%

Makluman

4.5 Penilaian dan Pentaksiran.

4.5.1 Bilangan ujian dan peperiksaan – rujuk takwim ujian dan peperiksaan
yang disediakan oleh setiausaha peperiksaan. Penyediaan soalan
adalah mengikut format soalan yang terkini. Tahap kesukaran soalan
dalam UPSR-50% soalan aras mudah, 30% aras sederhana dan 20%
aras sukar.
Makluman

4.5.2 Pentaksiran PBD perlu dipatuhi mengikut prosedur. Penentuan band


dan tahap penguasaan perlu diselaraskan dari segi kaedah pemberian
band, kaedah merekod, penyelarasan dari segi pengurusan dokumen
dan data. Bermula Tahun 1 dan Tahun 2 bermula 2018 tiada ‘streaming
class’ dibuat. Ini bertujuan untuk mengikut dasar baru KPM penilaian
secara holistik. Bagi Tahun 3, 4, dan 5 guru boleh menggunakan Rekod
Transit dengan hanya menulis tarikh dan perlu di tampal di dalam BRP.
Makluman
4.6 Pelaksanaan Program-program Panitia

4.6.1 Program Mentor-Mentee


4.6.1.1 Ketua Panitia dan guru berpengalaman akan
membimbing guru-guru baharu dengan memberi tunjuk
ajar dan pendedahan mengenai dunia pendidikan.
Makluman

4.6.2 Program LINUS:


4.6.2.1 Saringan LINUS masih dijalankan sebanyak 2 kali
setahun iaitu selama sebulan bagi membaca dan 2
minggu bagi menulis bagi mata pelajaran Bahasa
Inggeris (Rujuk Lampiran A).
Makluman

4.6.2.2 Saringan LINUS dijalankan berdasarkan instrumen


saringan yang telah dihasilkan oleh Lembaga
Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Instrumen saringan digunakan untuk mengesan dan
mengenal pasti murid yang tidak menguasai asas literasi
semasa di Tahap Satu. Saringan LINUS Bahasa Inggeris
diteruskan sehingga murid berada di Tahun 4.
Makluman

4.6.2.3 Pengerusi mengingatkan kaedah dan bahan mengajar


yang sesuai perlu digunakan untuk membantu murid
LINUS. Murid LINUS ditempatkan bersama-sama murid
bukan LINUS. Mesti ada bahan contohnya, lembaran
kerja dan aktiviti yang berbeza bagi murid LINUS semasa
PdP. Penulisan Rancangan Pengajaran Harian yang
berasingan bagi murid LINUS perlu ada. Objektif, bahan
diguna, kaedah PdP murid LINUS berbeza dengan murid
perdana. LINUS 2.0(Bahasa Inggeris) murid yang tidak
menguasai boleh menggunakan modul LBI semasa PdP
Bahasa Inggeris. Headcount LINUS tampal di buku RPH.
Makluman

4.6.2.4 Nama murid juga telah diimport ke Portal LINUS di laman


sesawang www.nkra.moe.gov.my.
Makluman

4.7 Program-program Panitia

4.7.1 Antara program yang dirancang:


i. PLC / LDP
ii. Sinar Pagi
iii. Scrabble Competition
iv. Spelling Bee Competition
Makluman
5.0 Penutup

5.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua guru
Bahasa Inggeris. Beliau mengharapkan agar semua perkara yang dinyatakan
dalam mesyuarat ini akan diambil tindakan dengan serta-merta/segera.
Pastikan dokumen-dokumen yang berkaitan disediakan, diedarkan serta
difailkan.

5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.45 petang dan akan disambung semula
pada tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Disediakan oleh,
SETIAUSAHA PANITIA BAHASA INGGERIS
Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris

Tarikh: 24 April 2018


Lampiran A

FASA PELAKSANAAN SARINGAN LINUS TAHUN 2018

SARINGAN 1 SARINGAN KHAS


SARINGAN 2
PERKARA TAHUN 1, 2 & 3 (LBI) LBI TAHUN 4
TAHUN 1, 2, 3 & DLP
TAHUN 3 (LBM/NUM) SARINGAN 1 SARINGAN 2
MEMBACA/ 01 Ogos 2018 –
01 Mac 2018 – 06 April 2018 04 – 09 Mac 2018 05 – 10 Ogos 2018
LISAN 14 Sept 2018
MENULIS /
08 – 20 April 2018 30 Sept 2018 – 12 Okt 2018 15 – 20 April 2018 07 – 12 Okt 2018
BERTULIS
PENGISIAN 22 April 2018 –
22 April 2018 – 04 Mei 2018 14 – 26 Okt 2018 14 – 26 Okt 2018
DATA 04 Mei 2018

Jadual 1 : Tarikh Pelaksanaan Saringan LINUS 2.0

You might also like