You are on page 1of 2

PENGENALAN

Pesta Makanan Tradisional Melayu 2018 merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh
Universiti Putra Malaysia dibawah seliaan Muzium Warisan Melayu Fakulti Bahasa Modern dan
Komunikasi UPM. Pelbagai aktiviti bakal dijalankan disepanjang berlangsung pesta tersebut .
Oleh itu SMITI telah dijemput oleh pihak Muzium Warisan Melayu untuk sama sama
menjayakan program tersebut melalui penyertaan Pertandingan Kembara Resepi .Berikut
merupakan butiran program:
Nama Program: Pesta Makanan Tradisional
Tarikh : 25 September 2018
Masa : 9.00 hingga 5.00 ptg
Tempat : Muzium Warisan Melayu Fakulti Bahasa Modern dan Komunikasi UPM

MATLAMAT PEYERTAAN
1. Penghargaan kepada usaha pihak UPM atas jemputan bagi julung julung kalinya.
2. Pendedahan santai kepada pelajar untuk mengalami sendiri aktiviti aktiviti yang
dianjurkan oleh pihak Universiti tempatan.
3. Pendedahan yang baik untuk mengenali sosiobudaya masyarakat tempatan yang semakin
dilupakan oleh generasi muda.
4. Pengalaman menyertai pertandingan pertandingan diluar sekolah dalam usaha
mematangkan pemikiran pelajar SMITI.

ABE
1. Pelajar mendapat pengiktirafan dalam bentuk sijil penyertaan
2. Pelajar mengetahui keunikan dan kepentingan makanan dalam mengenal rumpun
melayu.
3. Pelajar mampu menyertai dengan yakin program program yang akan dianjurkan kelak.
PENUTUP
Ketamadunan diukur bukan sahaja dalam lingkungan politik dan ekonomi tetapi turut dilihat
dalam aspek sosiobudaya yang luas. Diharap program ini menjadi antara penggerak kepada
penghargaan semula generasi muda kepada ketamadunan Melayu yang gah dimata dunia.

Disediakan oleh :
………………………………………………..
(PN.NOR SUHAILI ASHIKIN MOHD ADHAM)
GURU SEJARAH SMITI.

You might also like