You are on page 1of 1

Soalan 23: Huraikan Sumbangan (Kejayaan) Khalifah Abu Bakar as-Siddiq

Pendahuluan

 Nama sebenar Abu Bakar al-siddiq ialah Abdullah bin Uthman. Beliau berasal daripada Bani Taim. Beliau dilahirkan di kota
Makkah. Khalifah Abu Bakar al-siddiq dilahirkan dua tahun setengah setelah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Oleh itu,
sejak awal lagi, mereka telah mempunyai hubungan yang akrab.
 Selain itu, beliau juga merupakan seorang yang terkenal dengan sifat seperti pemurah, jujur dan baik hati.
Isi-isi penting:

1. Meneruskan Gerakan Tentera


 Sebelum Nabi Muhammad SAW wafat, baginda telah membentuk pasukan tentera yang diketuai oleh Usamah bin Zaid ke
sempadan Syam untuk menyerang Ghassan yang ketika itu berada dibawah jajahan Byzantine. Tindakan tersebut dilakukan
kerana beberapa orang utusan Nabi Muhammad SAW telah dibunuh.
 Selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW, khalifah Abu Bakar al-siddiq berhasrat untuk menyambung semula usaha baginda.
Walaubagaimanapun, cadangan tersebut kurang dipersetujui oleh sesetengah para sahabat. Mereka mencadangkan kepada
Khalifah Abu Bakar al-siddiq supaya ekspedisi ketenteraan ke sempadan Syam ditangguhkan memandangkan ancaman al-
Riddah yang lebih berbahaya dan memerlukan penyelesaian segera. Namun, Khalifah Abu Bakar al-siddiq tetap tegas
dengan keputusan beliau.
 Setelah berperang selama 40 hari, pasukan perang Usamah bin Zaid peroleh kemenangan. Kemenangan ini menyedarkan
kaum yang berhasrat menyerang Madinah, tentera islam adalah kuat dan tidak mudah untuk dikalahkan. Setelah pasukan
Usamah bin Zaid kembali ke kota Madinah, pasukan beliau ditugaskan menjaga keselamatan kota Madinah. Tindakan ini
dapat menghindarkan kota Madinah daripada ancaman kaum Zubyan dan lain-lain.

2. Menentang Gerakan al-Riddah


 Khalifah Abu Bakar al-siddiq menyedari bahawa kewujudan golongan ini boleh menjadi anasir yang dapat menghancurkan
kerajaan islam. Oleh itu, suatu tindakan yang bersungguh-sungguh perlu dilaksanakan bagi menangani masalah tersebut.
Sebagai langkah awal untuk mengatasi ancaman tersebut, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah menghantar para utusan
kepada ketua kumpulan-kumpulan tersebut mengajak mereka kembali kepada Islam.
 Memandangkan golongan tersebut enggan kembali kepada islam, Khalifah Abu Bakar al-siddiq terpaksa mengambil tindakan
ketenteraan bagi menghadapi kedegilan golongan tersebut. Sebanyak 11 buah pasukan tentera yang diketuai oleh panglima
Islam yang terkenal seperti Khalid bin al-Walid, Ikramah bin Abi Jahal dan Amru bin al-‘ As telah dibentuk oleh beliau.
 Pasukan tentera islam ini telah dihantar oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq ke luar kawasan Hijjaz bagi memerangi golongan
penentang Islam tersebut. Akhirnya, gerakan tentera tersebut beroleh kemenangan apabila berjaya menundukan dan
mengembalikan golongan al-Riddah kepangkuan islam.

3. Penulisan al-Quran
 Peperangan bagi memerangi golongan al-Riddah telah menyebabkan ramai para sahabat yang juga merupakan huffaz al-
Quran terkorban. Keadaan ini menyebabkan timmbul kebimbangan dalam kalangan umat islam kemungkinan akan
hapusnya al-Quran. Selain itu, mereka juga bimbang berlakunya penyelewengan al-Quran.
 Ekoran keadaan tersebut, timbul cadangan daripada para sahabat supaya menubuhkan satu kumpulan khas bagi menulis al-
Quran. Khalifah Abu Bakar al-siddiq menerima dengan baik cadangan tersebut. Zaid bin Thabit telah
dipertanggungjawabkan oleh Khalifah Abu Bakar al-siddiq untuk mengetuai usaha mengumpul dan menulis semula
naskhah dari simpanan para sahabat dan juga dari para huffaz. Naskhah al-Quran yang telah ditulis semula itu kemudiannya
disimpan di rumah Khalifah Abu Bakar al-siddiq.

4. Menentukan Bakal Khalifah


 Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah menamakan bakal pengganti beliau, iaitu Umar bin al-Khattab. Beliau telah mengadakan
suatu perundingan dengan para sahabat tentang bakal pengganti beliau. Perkara ini berlaku ketika beliau sedang sakit.
Dalam pertemuan tersebut, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah mengcadangkan supaya Umar bin al-Khattab dilantik
menjadi Khalifah.
 Cadangan beliau mendapat tentangan daripada para sahabat. Oleh itu, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah mengarahkan supaya
Uthman bin Affan menulis keputusan tersebut. Dengan cara ini, Khalifah Abu Bakar al-siddiq telah berjaaya mengukuhkan
kedudukan politik Islam.

Kesimpulan :

 Khalifah Abu Bakar al-Siddiq telah membawa perubahan besar kepada tamadun Islam yang sampai ke hari ini dapat memberi
manfaat kepada umat Islam iaitu al-Quran.
 Kejayaan-kejayaan beliau merupakan kejayaan yang amat besar untuk dijadikan teladan oleh umat Islam.

You might also like