You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU

KALI KEDUA TAHUN 2014

Tarikh :

Masa : 1.15 – 2.15 petang

Tempat : Bilik Guru

Kehadiran : 1. Puan Rosaini binti Majid


2. Encik Kamaruddin Bin Karman
3. Encik Zairi Bin Kosnan
4. Encik Nik Syahayadi Bin Nik Daud

Turut hadir : 1. Puan Nor Azizan Binti Sulaiman


2. Tuan Haji Putih Bin Kamti

AGENDA 1
UCAPAN ALUAN

1.1 Ucapan Aluan Pengerusi :


1.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK yang sudi hadir dan
meluangkan masa untuk membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan panitia.
Berharap agar mesyuarat ini dapat menghasilkan sesuatu yang baik untuk panitia.

1.1.2 Terima kasih juga atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang 3 bulan
persekolahan bagi tahun 2014.

1.2 Ucapan Aluan Guru Besar


1.2.1 Mengucapkan terima kasih atas komitmen semua AJK dalam menjayakan mesyuarat
dan melaksanakan program panitia sepanjang persekolahan tahun ini.

1.2.2 Mengharapkan agar AJK yang ada dapat sama-sama berusaha untuk meningkatkan
prestasi Bahasa Melayu dalam UPSR khasnya dan UPPM umumnya.

1.2.3 Beliau mengucapkan tahniah kerana ada murid tahun 6 yang mendapat gred A dalam
UPPM 1 yang lalu.
1.2.4 Beliau berharap semua AJK dapat merancang program untuk meningkatkan prestasi
murid Tahun 6 dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu kerana biasanya Mata Pelajaran
Bahasa Melayu yang dapat mengurangkan GPS.

Makluman untuk semua

AGENDA 2
2.1 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh : Encik Nik Syahayadi Bin Nik Daud
Disokong untuk disahkan oleh : Encik Kamaruddin Bin Karman

Makluman Untuk Semua

AGENDA 3
PERKARA BERBANGKIT
-Tiada

AGENDA 4

4.1 KEPUTUSAN UPPM 1


4.1.1 Pengerusi membentangkan keputusan UPPM 1. Keputusan penuh adalah seperti dalam
lampiran. Secara keseluruhannya GPS ialah 2.51 bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu
Kefahaman dan 2.59 bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Penulisan. Ini bermakna secara
puratanya murid sekolah ini mendapat Gred B dalam Mata Pelajaran ini.

4.1.2 Beliau berharap semua Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu setiap kelas dapat merancang
program untuk meningkatkan prestasi murid kelas masing-masing mengikut kelemahan murid.

AGENDA 5
5.1 PERANCANGAN AKTIVITI
5.1.1 Encik Zairi mencadangkan agar murid-murid tahun 6 membuat latih tubi menyalin
karangan untuk mengatasi murid yang tidak ada idea untuk menulis karangan. Beliau berharap
dengan cara ini murid dapat idea untuk menulis kerana kebanyakan murid kurang membaca.
Bahan disediakan oleh guru manakala murid menyalin karangan secara bergilir-gilir.

5.1.2 Puan Rosaini mencadangkan agar murid yang lemah bahagian C (merumus petikan)
menggunakan rangka yang diberi untuk membuat ulasan kerana rangka tersebut telah lengkap
dengan penanda wacana dan kata bantu yang sesuai. Bagi Bahasa Melayu kefahaman
kebanyakan murid tidak memahami makna peribahasa. Oleh itu, mereka akan di beri sebuah
buku yang menyenaraikan peribahasa dan makna untuk disesuaikan oleh murid dan disalin
semula. Bagi murid 6A beliau memaklumkan bahawa murid telah diarahkan untuk menyalin
karangan daripada Akhbar Didik bagi mengatasi masalah tiada idea untuk menulis karangan.

6.1 PENTAKSIRAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (PLBS)


6.1.1 Semua guru Bahasa Melayu Tahun 5 dan Tahun 6 diwajibkan melaksanakan PLBS bagi
kelas yang diajar mengikut jadual yang telah diedarkan.

6.1.2 Pentaksir hendaklah menggunakan modul yang ditetapkan. Contoh modul boleh
didapati daripada pengerusi panitia dan dipulangkan semula apabila sudah selesai
melaksanakannya.

6.1.3 Maklumat pentaksiran hendaklah dimasukkan ke dalam aplikasi ‘dplbs’ yang dibekalkan
oleh PPD. Guru boleh memasukkan maklumat tersebut di dalam mana-mana komputer yang
terdapat dalam Makmal computer dalam “Fail Share”.

6.1.4 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang telah memasukkan
maklumat pentaksiran dalam komputer yang disediakan. Beliau juga berharap agar guru-guru
dapat melaksanakan mengikut jadual untuk memudahkan proses penyelarasan.

AGENDA 7
HAL-HAL LAIN
-Tiada

AGENDA 8
UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 Ulasan pengerusi


8.1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa panitia yang hadir dan
sama-sama menyumbang idea untuk kepentingan panitia.

8.1.2 Berharap agar semua AJK dapat bekerjasama menggembleng tenaga bagi meningkatkan
lagi prestasi Bahasa Melayu di sekolah.

8.2 Mesyuarat ditangguhkan jam 2.15 petang.


Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………….. …………………………………….
(KAMARUDDIN BIN KARMAN) (ROSAINI BINTI MAJID)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Pengerusi Panitia Bahasa Melayu
SK LKTP Batu 27, Lenga SK LKTP batu 27, Lenga

You might also like