You are on page 1of 3

Minit Mesyuarat Sejarah

Kali Kedua 2017

SMK Perwira Jaya

Masa : 1400-1500

Tarikh : 14.06.2017

Tempat : Bilik Guru

Hari : Rabu

Pengerusi : En. Mohammad Suhaimi bin Jamaluddin (Ketua Panitia Sejarah)

Kehadiran :

1.En. Mohammad Suhaimi bin Jamaluddin

2.En. Mohd Zulzani bin Zahari

3. En. Ahmad Rizal bin Yahya

4. Pn. Siti Khatijah binti Che Wel

1. KATA ALU-ALUAN PENGERUSI


1.1. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang hadir.
1.2. Berharap agar mesyuarat kali ini berjalan dengan lancar agar dapat memantapkan
pengurusan dan program-program yang dirancang.
1.3. Menyarankan agar guru-guru Sejarah dapat bekerja lebih keras untuk mencapai Visi dan
Misi sekaligus dapat mencapai sasaran yang telah ditetapkan.
Makluman : Semua guru sejarah

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS


2.1. Minit mesyuarat lepas telah dicadangkan oleh En. Ahmad Rizal bin Yahya dan disahkan
oleh Pn. Siti Khatijah binti Chewel
Makluman : Semua guru sejarah
3. Pt3 SEJARAH
3.1. Kerja khusus sejarah PT3 telah Berjaya disiapkan oleh semua pelajar tingkatan 3.
3.2. Guru-guru sejarah tingkatan 3 telah menghadiri taklimat pt3 Sejarah di PPD Rompin
pada bulan 4 sebelum bermulanya kerja khusus sejarah bagi PT3.
3.3. Guru-guru sejarah tingkatan 3 dan ketua panitia mata pelajaran perlulah menghadiri
khusus penandaan pt3 mata pelajaran sejarah selapas cuti iaitu pertengahan bulan 6.
3.4. Semua fail pelajar kerja khusus sejarah pt3 telah disimpan di dalam bilik pengetua

Makluman dan tindakan : Semua guru sejarah

4. ANALISIS/ PROFIL MATA PELAJARAN SPM (HC2)


4.1. Rujuk seperti didalam lampiran.
4.2. Sasaran ( kualiti ) adalah agar semua pelajar dapat lulus dalam mata pelajaran sejarah
SPM 2017 dan mendapat sijil seperti yang disarankan oleh En. Rizal.
4.3. Sasaran GPS SPM pada tahun ini ( 2017 ) adalah mencapai 4.80. GPMP dalam
peperiksaan pertengahan tahun adalah 6.57. Semua guru sejarah perlu berusaha lebih
keras agar GPS 2017 dapat dicapai seperti yang disarankan oleh Ketua Bidang iaitu En.
Rizal bin Yahya.
Makluman dan tindakan : Semua guru sejarah

5. PROGRAM KELAS TAMBAHAN


5.1. Program kelas tambahan berjalan seperti biasa sehinggan bulan oktober seperti yang
diperkatakan oleh En. Mohd Zulzani bin Zahari
5.2. Tiga kelas akan diasingkan mengikut kebolehan pelajar.
Makluman dan tindakan : Semua guru sejarah

6. PBS
6.1. PBS dijalankan seperti biasa.
Makluman dan tindakan : Semua guru sejarah

7. PdP ALAF ABAD 21


7.1. Guru perlu menggunakan BBM berpusatkan murid mengikut kaedah moden seperti yang
telah diperkatan oleh Ketua Panitia. (Ulangan)
Makluman dan tindakan : Semua guru sejarah

8. PEMANTAUAN PdP
8.1. En. Mohd Rizal telah menyatakan bahawa pemantauan PdP telah dijalankan sebelum ini
dan akan dijalankan sekali lagi selepas bulan Julai bagi guru-guru Sejarah
Makluman dan tindakan : Semua guru sejaraH
9. PENCERAPAN BUKU NOTA DAN LATIHAN
9.1. En. Rizal telah menyatakan bahawa pencerapan buku nota dan latihan berjalan seperti
biasa dan akan dipantau sekali lagi selepas bulan Ogos
Makluman dan tindakan : Semua guru sejarah

10. PROGRAM CELIK SEJARAH


10.1. En. Mohd Zulzani bin Zahari telah menyatakan bahawa Program Celik Sejarah telah
siap dilaksanakan pada bulan Mei bermula dari bulan Januari

11. HAL-HAL LAIN


11.1. NOCC
Ketua Panitia mengakan bahawa program NOCC akan dijalankan sebanyak 6 kali
dalam daerah Rompin bagi setiap meningkatkan PdP alaf baru.
Makluman

11.2. Bulan Sejarah


Ketua Panitia telah menyatakan bahawa program bulan sejarah telah siap
dilaksanakan bagi semua pelajar dan telah berlangsung pada bulan April dan Mei.
Makluman

PENUTUP

a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.


b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

……………………… …………………….

(Puan Siti Khatijah Bt Yahya) (Mohammad Suhaimi bin Jamaluddin)

Setiausaha Pnitia Sejarah, Ketua Panitia Sejarah

Tarikh : 14 JUN 2017 Tarikh : 14 jUN 2017

You might also like