You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH

KALI PERTAMA 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU KURSHIAH, 72000 KUALA PILAH

TARIKH : 8 JANUARI 2018

MASA : 2.10-3.10

TEMPAT : ONE STOP CENTRE, SK TUNKU KURSHIAH

KEHADIRAN :

1. PN HJH MYSIAH BT HJ IDRIS - GURU BESAR SK TUNKU KURSHIAH

2. PN NORSHILA BT MD YASIN - PENOLONG KANAN 1 SK TUNKU KURSHIAH

3. EN KAMAL BASHAH BIN - PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

4. PN KHAIRUNNISA BT SHAMSUDDIN - KETUA PANITIA SEJARAH

5. PN HJH RAZLINA BT HJ ABD RAHMAN - GURU SEJARAH TAHUN 6

6. PN NURUL AMRINA BT MOHD JAN - GURU SEJARAH TAHUN 4/SETIAUSAHA

AGENDA :

1. Ucapan alu-aluan Guru Besar

2. Ucapan alu-aluan pengerusi

3. Jawatankuasa Panitia Sejarah 2018

4. Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan Sejarah

5. Format Rancangan Pelajaran Harian Sejarah

6. Pengurusan Kertas Peperiksaan

7. Perancangan Aktiviti Tahunan

8. Hal-hal lain

1. UCAPAN ALU-ALUAN GURU BESAR

1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.

1.2 Mengucapkan tahniah atas kejayaan melaksanakan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017
yang lalu.

1.3 Mengharapkan panitia Sejarah dapat menjalankan aktiviti yang dirancang dengan
jayanya.
2. UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

2.1 Pengerusi majlis mengucapakan terima kasih atas kehadiran semua guru sejarah 2018.

2.2 Berharap agar aktiviti pada tahun ini berjalan lancar.

2.3 Berharap agar peratus lulus dalam peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan
akhir tahun akan semakin meningkat.

3. JAWATANKUASA PANITIA SEJARAH

3.1 Perlantikan Jawatankuasa Panitia Sejarah 2018 telah diadakan.

3.2 Pn Nurul Amrina Bt Md Jan telah dilantik sebagai Setiausaha Sejaran 2018.

4. SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN TAHUNAN SEJARAH

4.1 Pengerusi memaklumkan bahasa Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan Sejarah
(RPT) boleh dimuat turun di laman web http://www.kssronline.com/

4.2 Setiap guru mata pelajaran perlu mempunyai menyimpan RPT di dalam buku rekod
mengajar masing-masing.

4.3 Salinan Sukatan Pelajaran dan RPT juga perlu disimpan di dalam Fail RPT panitia dan
diletakkan di pejabat.

5. FORMAT RANCANGAN PELAJARAN HARIAN SEJARAH

5.1 Perbincangan mengenai penggunaan RPH.

5.2 Ketua Panitia meminta semua guru panitia menggunakan format yang sama bagi
penulisan RPH harian sejarah.

6. PENGURUSAN KERTAS PEPERIKSAAN

6.1 SU Peperiksaan telah memaklum dalam mesyuarat kurikulum yang lepas bahawa
peperiksaan sekolah hanya akan dijalankan 3 kali setahun.

6.2 Ketua Panitia (KP) elah membahagikan guru pelajaran yang terlibat untuk menyediakan
kertas ujian dan telah dipersetujui oleh semua guru panitia.

6.3 KP meminta agar guru yang menyediakan kertas ujian untuk menyimpan salinan kertas
ujian di dalam Fail Bank Soalan Panitia Sejarah.

7. PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN


7.1 Berikut merupakan aktiviti tahunan yang telah dirancang bagi tahun 2018.

i. Pertandingan Buku Skrap Kemerdekaan

ii. Pertandingan Mewarna Kemerdekaan Tahap 1

iii. Pertandingan Melukis Kemerdekaan Tahap 2

iv. Pertandingan Fesyen Merdeka

v. Pertandingan Menghias Kelas Sempena Bulan Kemerdekaan

vi. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik Tahap 1

vii. Pertandingan Nyanyian LAgu Patriotik Tahap 2

8. HAL-HAL LAIN

8.1 Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dalam perkara 7 merupakan aktiviti-aktiviti yang
bakal dijalankan bagi Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018.

8.2 KP memaklumkan bahawa Tangga Sejarah telah siap dicat pada 2017.

8.3 Informasi mengenai ASEAN telah dilekatkan di Tangga Sejarah. Guru boleh membawa
murid ke sudut itu untuk bacaaan lanjut mengenai ASEAN.

9. PENANGGUHAN MESYUARAT

9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.10 petang. KP mengucapkan terima kasih atas
kerjasama guru panitia.

Perkara Berbangkit : Tiada

Disediakan oleh : Disemak oleh :

___________________________ ________________________

( PN NURUL AMRINA BT MD JAN) ( PN KHAIRUNNISA BT SHAMSUDDIN)

SETIAUSAHA PANITIA SEJARAH KETUA PANITIA SEJARAH

You might also like