You are on page 1of 64

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

MODUL PEMBELAJARAN
TINGKATAN 3

TEKNOLOGI VOKASIONAL
- MATEMATIK

2014

i
ii
MODUL PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL


(PAV)

MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL

MATEMATIK
TINGKATAN 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

iii
Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62600 Putrajaya

Cetakan Pertama 2013

Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran
Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

iv
KANDUNGAN

1. RUKUN NEGARA vi

2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

3. PENDAHULUAN
a. Objektif Modul 1
b. Kandungan Modul 2

4. MODUL PEMBELAJARAN
UNIT 1 : ISI PADU,PRISMA DAN SILINDER 1
UNIT 2 : PELAKSANAAN PROJEK 17
UNIT 3 : STATISTIK 24

v
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai


perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara
hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan
dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal
terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

vi
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

vii
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

MODUL
MODUL
3
MATEMATIK
PENDAHULUAN

Modul ini memberi penekanan kepada pengintegrasian proses matematik iaitu penyelesaian
masalah, penaakulan, komunikasi secara matematik serta membuat perkaitan dan
perwakilan. Proses Matematik tersebut adalah penting dalam usaha membangunkan modal
insan yang berfikrah, kritis, kreatif dan inovatif serta cekal dalam menyelesaikan masalah.

Penggunaan bahan bantu mengajar perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan


pembelajaran (P&P) bagi menyediakan pengalaman pembelajaran yang bermakna dan
membentuk kefahaman konsep yang mendalam. Guru juga digalakkan menggunakan
kepelbagaian pendekatan dan strategi P&P seperti pembelajaran koperatif, pembelajaran
masteri, inkuiri-penemuan, pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, pembelajaran
berasaskan projek dan sebagainya.

Kurikulum Standard Matematik PAV juga berhasrat untuk menghasilkan individu yang
mempunyai kemahiran insaniah dan mampu memainkan peranan sebagai anggota
masyarakat yang berguna serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

OBJEKTIF MODUL

Modul ini membolehkan murid:

1. Membentuk kefahaman tentang konsep, hukum dan prinsip yang berkaitan dengan
Nombor dan Operasi; Sukatan; Perkaitan; Geometri dan Statistik.

2. Mempertingkatkan kemahiran matematik berkaitan dengan Nombor dan Operasi;


Sukatan; Perkaitan; Geometri dan Statistik seperti:
 Mengukur dan membina
 Membuat anggaran dan penghampiran
 Memungut dan mengendali data
 Mewakilkan dan mentafsir data
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

 Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik


 Menggunakan algoritma dan perkaitan
 Menyelesaikan masalah
 Membuat keputusan

3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat


pertimbangan dan keputusan yang wajar bagi menyelesaikan masalah dalam
pelbagai konteks.

4. Mengamalkan secara konsisten kemahiran proses matematik iaitu


 penyelesaian masalah;
 penaakulan matematik;
 komunikasi secara matematik;
 perkaitan; dan
 perwakilan.

5. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam


membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar secara berkesan dan
bertanggungjawab dalam situasi kehidupan harian.

6. Menyedari bahawa idea matematik saling berkait, dan merupakan ilmu yang
menyeluruh dan bersepadu, serta mampu menghubungkaitkan ilmu matematik
dengan bidang ilmu yang lain.

7. Menggunakan teknologi bagi membina konsep, menguasai kemahiran,


menyelesaikan masalah dan meneroka idea matematik di samping memperkayakan
pengalaman pembelajaran.

8. Memupuk dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta
menghargai kepentingan dan keindahannya.

9. Membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kecekalan dalam menyelesaikan
masalah.

10. Mengamal dan mengembangkan kemahiran generik bagi menghadapi cabaran abad
ke-21.
ISI PADU
PRISMA &
1 SILINDER
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

UNIT 1: ISI PADU PRISMA TEGAK DAN SILINDER


MEMBULAT TEGAK

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Menentukan isi padu prisma tegak dan silinder membulat tegak dalam pelbagai
konteks.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid boleh:
1.1.1 Menentukan isi padu prisma tegak yang berkeratan rentas:
a) segi empat sama
b) segi empat tepat
c) segi tiga

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Prisma mempunyai keratan rentas yang sama. Suatu prisma mestilah mempunyai keratan
rentas berbentuk poligon, selari antara satu sama lain, dan mempunyai saiz dan bentuk
yang sama. Prisma dinamakan berdasarkan bentuk keratan rentasnya. Pengetahuan asas
tentang luas poligon adalah penting untuk menentukan isi padu sesebuah prisma tegak.

KANDUNGAN/FAKTA
Maksud perkataan:
 prisma
 prisma tegak
 isi padu

1
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


Set bongkah prisma (terdiri daripada prisma tegak berkeratan rentas segi empat sama, segi
empat tepat, dan segi tiga)

TUGASAN
1. Kenal pasti keratan rentas suatu prisma tegak.
2. Kenal pasti rumus luas bagi keratan rentas prisma tegak.
3. Tentukan luas keratan rentas prisma tegak.
4. Tentukan panjang suatu prisma tegak.
5. Tentukan isi padu suatu prisma tegak.

LANGKAH KERJA
1. Perhatikan set bongkah prisma tegak yang pelbagai bentuk dan saiz.
2. Rekodkan pemerhatian dengan melorek bentuk keratan rentas prisma tegak yang
dikenal pasti.
3. Lengkapkan lembaran (1.1.1) dengan rumus luas bagi keratan rentas berkenaan.
4. Seterusnya tentukan luas keratan rentas berkenaan.
5. Lengkapkan lembaran dengan menentukan panjang prisma tegak berkenaan.
6. Gunakan rumus isi padu, I = Lp untuk menentukan isi padu prisma tegak berkenaan.

2
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.1.1


Lengkapkan lembaran dengan maklumat yang diperlukan seterusnya menentukan isi padu
prisma tegak berkenaan.

Luas Isi padu


Panjang
Rumus luas keratan prisma
prisma
Lorekkan Bentuk keratan rentas keratan rentas, tegak,
tegak, p
rentas L I
L p I = Lp

3
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

Luas Isi padu


Panjang
Rumus luas keratan prisma
prisma
Lorekkan Bentuk keratan rentas keratan rentas, tegak,
tegak, p
rentas L I
L p I = Lp

4
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PENILAIAN

NAMA MURID
NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN

NO. MODUL/UNIT 1.1.1


TAJUK ISI PADU PRISMA TEGAK

TERAMPIL
BIL. PERKARA YANG DINILAI CATATAN
YA TIDAK
Mengenal pasti keratan rentas suatu prisma
1.
tegak.
Mengenal pasti rumus luas suatu keratan
2.
rentas bagi suatu prisma tegak.
Menentukan isi padu prisma tegak
3.
menggunakan rumus isi padu, I = Lp.
TIDAK
TERAMPIL
KEPUTUSAN TERAMPIL

TARIKH

Tandatangan
NAMA GURU
& Tarikh
Tandatangan
DISAHKAN OLEH
& Tarikh

5
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

UNIT 1: ISI PADU PRISMA TEGAK DAN SILINDER


MEMBULAT TEGAK

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Menentukan isi padu prisma tegak dan silinder membulat tegak dalam pelbagai
konteks.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid boleh:
1.1.2 Menentukan isi padu silinder membulat tegak.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Silinder adalah salah satu bentuk geometri tiga dimensi yang asas. Silinder mempunyai dua
permukaan yang kongruen dan selari berbentuk bulatan atau bujur serta satu sisi lengkok
yang menghubungkan dua permukaan itu dihujung antara satu sama lain. Ciri silinder tegak
adalah hampir sama dengan prisma tegak iaitu mempunyai keratan rentas yang sama.
Silinder tegak pula adalah silinder yang mempunyai permukaan sejajar antara satu sama
lain. Silinder tegak dibahagi kepada silinder membulat tegak dan silinder membujur tegak
(elliptic cylinder). Pengetahuan asas tentang luas bulatan adalah penting untuk menentukan
isi padu sesebuah silinder membulat tegak seterusnya menyelesaikan masalah yang
melibatkan isi padu silinder membulat tegak.

KANDUNGAN/FAKTA
Maksud perkataan:
 silinder
 silinder tegak
 isi padu
 pi, π
 jejari
 sentimeter padu
 meter padu
 liter

6
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


Lembaran kerja, bikar silinder pelbagai saiz (50ml, 100ml, 150ml, 250ml, 500ml)

TUGASAN
1. Kenal pasti keratan rentas suatu silinder.
2. Tentukan luas keratan rentas suatu silinder dengan menggunakan rumus yang diberi.
3. Kenal pasti panjang suatu silinder.
4. Tentukan isi padu suatu silinder menggunakan rumus yang diberi.

LANGKAH KERJA

Aktiviti 1
1. Perhatikan bikar silinder pelbagai saiz.
2. Rekodkan pemerhatian dengan mengisi ruangan pada lembaran.
3. Lengkapkan lembaran dengan melorek bentuk keratan rentas silinder yang dikenal pasti.
4. Lengkapkan lembaran (1.1.2a) dengan rumus luas bagi keratan rentas berkenaan.
5. Seterusnya tentukan luas keratan rentas berkenaan.
6. Lengkapkan lembaran dengan menentukan panjang silinder berkenaan.
7. Gunakan rumus isi padu, I = Lp untuk menentukan isi padu silinder berkenaan.

7
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.1.2a


Lengkapkan lembaran dengan maklumat yang diperlukan seterusnya menentukan isi padu
silinder berkenaan.

 Apakah bentuk keratan rentas bagi silinder?


.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
 Apakah persamaan antara prisma dan silinder?
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................
 Apakah perbezaan antara prisma dan silinder?
.............................................................................................................................................
.............................................................................................................................................

( Untuk mencari luas, gunakan )

Luas keratan rentas, Panjang Isi padu


Lorekkan keratan rentas silinder, p silinder, I

L p I = Lp

8
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

Luas keratan rentas, Panjang Isi padu


Lorekkan keratan rentas silinder, p silinder, I

L p I = Lp

9
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PENILAIAN

NAMA MURID
NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN

NO. MODUL/UNIT 1.1.2


TAJUK ISI PADU SILINDER TEGAK

TERAMPIL
BIL. PERKARA YANG DINILAI CATATAN
YA TIDAK
Mengenal pasti keratan rentas suatu
1.
silinder tegak
2. Mengenal pasti rumus luas bulatan
Menentukan luas keratan rentas silinder
3.
menggunakan rumus luas bulatan.
Menentukan isi padu silinder menggunakan
4.
rumus isi padu, I = Lp
TIDAK
TERAMPIL
KEPUTUSAN TERAMPIL

TARIKH

Tandatangan
NAMA GURU
& Tarikh
Tandatangan
DISAHKAN OLEH
& Tarikh

10
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

UNIT 1: ISI PADU PRISMA TEGAK DAN SILINDER


MEMBULAT TEGAK

STANDARD PEMBELAJARAN
1.1 Menentukan isi padu prisma tegak dan silinder membulat tegak dalam pelbagai
konteks.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid boleh:
1.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan isi padu prisma tegak dan silinder
membulat tegak.

11
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Prisma mempunyai keratan rentas yang sama. Suatu prisma mestilah mempunyai keratan
rentas berbentuk poligon, selari antara satu sama lain, dan mempunyai saiz dan bentuk
yang sama. Prisma dinamakan berdasarkan bentuk keratan rentasnya. Pengetahuan asas
tentang luas poligon adalah penting untuk menentukan isi padu sesebuah prisma
seterusnya menyelesaikan masalah yang melibatkan isi padu prisma tegak.

Silinder adalah salah satu bentuk geometri tiga dimensi yang asas. Silinder mempunyai dua
permukaan yang kongruen dan selari berbentuk bulatan atau bujur serta satu sisi lengkok
yang menghubungkan dua permukaan itu dihujung antara satu sama lain. Ciri silinder tegak
adalah hampir sama dengan prisma tegak iaitu mempunyai keratan rentas yang sama.
Silinder tegak dibahagi kepada silinder membulat tegak dan silinder membujur tegak (elliptic
cylinder). Pengetahuan asas tentang luas bulatan adalah penting untuk menentukan isi
padu sesebuah silinder membulat tegak seterusnya menyelesaikan masalah yang
melibatkan isi padu silinder membulat tegak.

KANDUNGAN/FAKTA
Maksud perkataan:
 prisma
 prisma tegak
 silinder
 silinder tegak
 silinder membulat tegak
 isi padu
 pi, π
 jejari
 sentimeter padu
 meter padu
 liter

12
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


Lembaran kerja, kotak plastik, buku teks murid.

TUGASAN
1. Buat perbincangan dan selesaikan lembaran kerja.
2. Buat pembentangan.

LANGKAH KERJA

Aktiviti 1
1. Dalam kumpulan, bincangkan masalah yang diberikan dengan melengkapkan soalan
dan tugasan pada lembaran kerja yang diberi.
2. Bentangkan jawapan kumpulan di hadapan kelas.

13
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.1.3a


Tugasan kumpulan 1

Suhaimi seorang murid PAV yang


ditugaskan guru untuk mengisi
sebuah kotak(plastic container)
dengan 30 buah buku teks. Buat
jangkaan sama ada 30 buah buku
teks dapat dimasukkan dalam
kotak berkenaan. Buktikan
jangkaan anda.

Soalan dan nota bimbingan untuk perbincangan dan pembentangan:

1. Berapakah ukuran sisi-sisi kotak?


2. Berapakah isi padu kotak?
3. Berapakah ukuran sisi-sisi buku teks?
4. Berapakah isi padu satu buku teks?
5. Anggarkan bilangan buku yang dapat dimasukkan dalam kotak berkenaan.
6. Buat model untuk menunjukkan bagaimanabuku teks dapat dimasukkan ke dalam kotak
dengan lukisan, atau lain-lain kaedah.
7. Berapakah bilangan terbanyak buku teks yang dapat diisi ke dalam kotak berdasarkan
model tersebut?
8. Bolehkah kamu menyusun atur semula buku teks yang dimasukkan ke dalam kotak
untuk menambah baik model tersebut? Jelaskan.
9. Bentangkan perbincangan anda di hadapan kelas.

14
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

LATIHAN

Lembaran Kerja 1.1.3b

Tugasan kumpulan 2

Sebuah tangki air yang berbentuk silinder digunakan untuk menyiram pokok cili di kebun.
Tinggi tangki tersebut adalah 2 meter dan luas tapak tangki adalah 12.5 meter persegi.
Air yang digunakan untuk menyiram sebatas pokok cili sepanjang 10 meter adalah
sebanyak 2meter padu.

1. Berapakah batas pokok yang boleh disiram sekiranya air dalam tangki itu adalah
separuh penuh? Jelaskan jawapan anda.
2. Sekiranya sebatas pokok cili adalah sepanjang 12 meter, berapakah air yang diperlukan
untuk menyiram 10 batas pokok? Tunjukkan jalan kerja anda.

15
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PENILAIAN

NAMA MURID
NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN

NO. MODUL/UNIT 1.1.3


TAJUK ISI PADU PRISMA TEGAK DAN SILINDER MEMBULAT TEGAK

TERAMPIL
BIL. PERKARA YANG DINILAI CATATAN
YA TIDAK
Menentukan isi padu prisma tegak
1.
menggunakan rumus isi padu, I = Lp.
Menentukan isi padu silinder menggunakan
2.
rumus isi padu, I = Lp.

Menentukan masalah yang perlu


3.
diselesaikan.
Membuat perancangan dan strategi untuk
4.
menyelesaikan masalah.
Menyelesaikan masalah dengan
5.
memberikan justifikasi yang munasabah.
TIDAK
TERAMPIL
KEPUTUSAN TERAMPIL

TARIKH

Tandatangan
NAMA GURU
& Tarikh
Tandatangan
DISAHKAN OLEH
& Tarikh

16
PELAKSANAAN
2 PROJEK
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

UNIT 2: PELAKSANAAN PROJEK

STANDARD PEMBELAJARAN
2.1 Melaksanakan projek yang mengaplikasikan kefahaman matematik dalam pelbagai
konteks.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid boleh:
2.1.1 Melaksanakan pembelajaran berasaskan projek dengan:

a) Mengaplikasikan pelbagai kemahiran matematik.


b) Menggunakan pelbagai sumber
c) Melibatkan diri secara aktif
d) Membuat keputusan yang wajar.

17
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Pembelajaran berasaskan projek adalah pendekatan koperatif di kalangan murid bagi


mengaplikasikan kefahaman matematik dalam pelbagai konteks dan seterusnya
menghasilkan suatu produk. Pengurusan suatu projek perlu mengambil kira pelbagai faktor
bagi memastikan matlamat projek tercapai. Antara elemen asas yang perlu diuruskan dalam
sesuatu projek adalah sumber, masa, kewangan dan skop. Kesemua elemen ini saling
berkaitan dan perlu diurus secara efisien. Contoh:
- Pengurusan sumber: Sumber manusia, peralatan, bahan mentah, pendapatan.
- Pengurusan masa: Tempoh masa projek, tempoh masa kebergantungan.
- Pengurusan kewangan: Kos, keterbatasan, keuntungan.
- Pengurusan skop: Saiz projek, Matlamat projek, Keperluan projek.

Pendekatan guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran akan berkisar tentang
pelaksanaan projek sepanjang tiga atau empat kali pertemuan iaitu dalam tempoh sebulan.
Murid melaksanakan dan menyelesaikan tugasan yang ditentukan ahli kumpulan masing-
masing walaupun di luar waktu pengajaran dan pembelajaran. Guru bertindak sebagai
pembimbing bagi membantu murid menyelesaikan projek berkenaan. Penilaian murid boleh
berpandukan kepada rubrik yang khusus bagi menjelaskan kriteria pencapaian yang
akhirnya membolehkan guru membuat keputusan sama ada murid terampil.

KANDUNGAN/FAKTA
Maksud perkataan:
 Tugasan
 Rubrik
 Projek
 Kertas cadangan
 Modus Operandi
 Belanjawan

18
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


Lembaran kerja, rubrik.

TUGASAN
1. Beri tugasan projek kepada murid.
2. Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan projek.
3. Bentangkan rubrik kriteria pencapaian bagi penilaian tugasan.
4. Murid melakukan tugasan mengikut templat aturan yang dicadangkan guru.
5. Bantu murid bagi menyelesaikan projek berkenaan.
6. Murid membuat penulisan laporan dan persediaan pembentangan.
7. Murid membentangkan hasil projek.
8. Murid menghantar laporan kertas kerja untuk penilaian guru.

LANGKAH KERJA

Minggu Pertama
1. Bahagikan murid kepada kumpulan tugasan projek; Secara ideal adalah seramai 4 - 5
orang.
2. Beri tugasan projek kepada murid. Contohnya, tugasan projek Kesukarelaan
Kemasyarakatan:
o Program mengecat mural sekolah dengan kata motivasi.
o Program lawatan ke rumah anak yatim dan melakukan aktiviti bersama.
o Program Jualan Amal seperti ‘Jumble Sale’ untuk mengumpul wang bagi
didermakan kepada rumah anak yatim.
o Program Kitar Semula dengan mengumpul bahan terpakai dan dijual kepada
pusat kitar semula dan didermakan kepada pihak yang memerlukan.
o Program Promosi Gaya Hidup Sihat dengan mengadakan program mini senam
robik untuk murid perempuan dan program mini berbasikal untuk murid lelaki.

Contoh arahan guru:


“Kumpulan kamu dikehendaki untuk membuat kertas cadangan kepada pihak sekolah,
program Kesukarelaan Kemasyarakatan yang membolehkan murid kelas kamu
menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada komuniti.“

“Kertas cadangan kamu haruslah mempunyai maklumat berikut:


- Objektif:
Matlamat pembelajaran yang dicapai dalam aktiviti.

19
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

- Tempat projek:
Kawasan yang berkaitan dengan projek kemasyarakatan berkenaan.

- Masa:
Tarikh, hari, jadual aktiviti.

- Belanjawan:
Lembaran belanjawan pendapatan dan perbelanjaan bagi menampung program
berkenaan bagi melibatkan keseluruhan murid kelas berkenaan.

- Lain-lain lampiran:
o Jadual tugasan untuk setiap ahli kumpulan sepanjang proses pelaksanaan
projek.
o Lampiran promosi berbentuk poster dan pamplet”

“Di akhir minggu ke-3 atau ke-4, setiap kumpulan dikehendaki untuk menghantar laporan
kertas kerja cadangan, dan dalam masa 10 minit, membuat pembentangan promosi
cadangan kumpulan masing-masing, bagi meyakinkan rakan-rakan lain dan guru bahawa
cadangan kumpulan kamu adalah yang terbaik untuk dilaksanakan”

3. Bentangkan kepada murid rubrik kriteria pencapaian bagi membantu murid dalam
menyediakan hasil yang baik. (Rujuk lampiran rubrik)
4. Murid membuat perbincangan kumpulan. Perbincangan boleh dan digalakkan diteruskan
walaupun di luar waktu pengajaran dan pembelajaran sebagai persediaan sebelum
pertemuan pada minggu seterusnya.

Minggu kedua
1. Murid meneruskan perbincangan kumpulan dan tugasan yang memerlukan
perbincangan kelas dan bimbingan guru.
2. Antara bimbingan guru seperti:
 Memastikan murid memahami tugasan setiap ahli kumpulan seperti:
i. Ketua kumpulan
ii. Pengurus kewangan
iii. Pengurus aktiviti
iv. Promoter
v. Lain-lain tugasan yang relevan.
 Memastikan murid terlibat dalam perbincangan kumpulan dan perbincangan
kumpulan berlaku secara harmoni dan menarik.
 Membantu murid menggunakan kemahiran TMK dalam membuat perancangan,
pelaporan dan pembentangan.
3. Perkenalkan jurnal untuk setiap murid membuat rekod pengalaman masing-masing
sepanjang melaksanakan projek berkenaan.Jurnal boleh meliputi catatan maklumat
tertentu, perasaan, pengajaran dan lain-lain.
20
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

Minggu ketiga atau Minggu keempat.


1. Murid membuat pembentangan selama 10 minit, dengan sesi soal jawab selepas
pembentangan.
2. Jadi moderator kepada pembentangan dengan memberi fokus kepada perkara:
a. Pembentangan belanjawan dalam perspektif matematik.
b. Pelan kecemasan (kontingensi)
c. Kerjasama pasukan.
3. Buat kesimpulan tentang pengalaman masing-masing dalam menyediakan kertas
cadangan.
4. Murid menghantar kertas cadangan untuk dinilai.

21
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

RUBRIK KRITERIA PENCAPAIAN

Kriteria
Pengurusan Sumber Pengurusan Kewangan Pengurusan Masa Pembentangan
Band
- Tidak menyediakan jadual tugasan - Kerjasama antara ahli kumpulan
- Jadual pelaksanaan program
ahli setiap kumpulan. - Belanjawan tidak disediakan. adalah di tahap minimum.
jelas, luwes, dan mencapai - Persembahan pembentangan tidak
- Tidak menyediakan perancangan - Kos untuk seorang murid tidak
1 matlamat pembelajaran.
kontingensi (pelan kecemasan) jelas dengan perkhidmatan yang meyakinkan.
- Pengurusan projek tidak
sekiranya berlaku apa-apa pada ditawarkan. - Pamplet dan Poster promosi tidak
tersusun dan bermasalah. menarik perhatian.
perancangan asal.
- Kerjasama antara ahli kumpulan
- Menyediakan jadual tugasan ahli sangat baik.
- Belanjawan dengan pendapatan
setiap kumpulan. - Jadual pelaksanaan program
dapat menampung perbelanjaan. - Persembahan pembentangan
- Menyediakan perancangan jelas dan mencapai matlamat
2 - Kos untuk seorang murid memuaskan hati.
kontingensi (pelan kecemasan) pembelajaran.
berpatutan dengan perkhidmatan - Pamplet dan Poster promosi
sekiranya berlaku apa-apa pada - Pengurusan projek tersusun. menarik perhatian, mudah dibaca
yang ditawarkan.
perancangan asal. dan meyakinkan.
- Menyediakan jadual tugasan bagi - Belanjawan berimbang dengan
- Kerjasama antara ahli kumpulan
setiap ahli kumpulan secara adil dan pendapatan dapat menampung
- Jadual pelaksanaan program sangat baik dan cemerlang.
berkesan. perbelanjaan.
jelas, luwes, dan mencapai - Persembahan pembentangan
- Menyediakan perancangan - Kos untuk seorang murid
3 matlamat pembelajaran. sangat meyakinkan.
kontingensi (pelan kecemasan) berpatutan dengan perkhidmatan
- Pengurusan projek tersusun dan - Pamplet dan Poster promosi
sekiranya berlaku apa-apa pada yang ditawarkan.
sistematik. menarik perhatian, mudah dibaca
perancangan asal dengan - Kos diperincikan dengan teliti dan dan meyakinkan.
pertimbangan yang munasabah. berhemah.

22
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PENILAIAN

NAMA MURID
NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN

NO. MODUL/UNIT 2.1.1


TAJUK PELAKSANAAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK

TERAMPIL
BIL. PERKARA YANG DINILAI CATATAN
YA TIDAK
1. Membuat perancangan suatu projek.
Mengaplikasikan kemahiran matematik
2. dalam mengurus sumber kewangan bagi
melaksanakan suatu projek.
Mengurus pelbagai sumber bagi
3.
melaksanakan suatu projek.
Membuat perancangan untuk
4.
menyelesaikan masalah kontingensi.
Melibatkan diri secara aktif dan berkesan
5.
dalam aktiviti dan tugasan kumpulan.
TIDAK
TERAMPIL
KEPUTUSAN TERAMPIL

TARIKH

Tandatangan
NAMA GURU
& Tarikh
Tandatangan
DISAHKAN OLEH
& Tarikh

23
3 STATISTIK
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

UNIT 3: MEMPAMER DAN MENGAPLIKASIKAN


KEFAHAMAN TENTANG STATISTIK

STANDARD PEMBELAJARAN
3.1 Mengenal dan menentukan mod dan min bagi suatu set data.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid boleh:
3.1.1 Menentukan
a. Bilangan data paling banyak dilihat.
b. Mod suatu data.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Statistik adalah pengetahuan yang berhubung dengan cara-cara pengumpulan fakta,


pengolahan, penganalisaan dan pentaksiran sesuatu data.

Mod ialah nilai yang paling kerap diulang dalam sesuatu set data, atau dalam istilah lain,
frekuensi yang paling tinggi.

Satu taburan mungkin mempunyai satu atau lebih mod atau tidak mempunyai mod
langsung.

KANDUNGAN/FAKTA
Maksud perkataan:
 Data
 Mod

24
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


Kad imbasan

TUGASAN
1. Kenal pasti bilangan nombor paling banyak kelihatan.
2. Kenal pasti objek yang paling banyak kelihatan

LANGKAH KERJA
1. Kaji kad imbasan berikut:

5,6,6,6,6,3,5,6 7,3,3,6,3,3,3,6

2. Murid diminta memberikan satu nombor yang mewakili data berikut dan menjelaskan
sebab memilih nombor berikut.
3. Guru memberi kad imbasan seterusnya.

4. Murid diminta memberikan satu pilihan yang mewakili data di atas dan menjelaskan
sebab memilih objek berkenaan.
5. Guru memberikan kad imbasan seterusnya.

5,6,6,4,6,3,5,5 2,4,1,3,7,8,5,6

6. Murid diminta memberikan satu nombor yang mewakili data berikut dan menjelaskan
sebab memilih nombor berikut.
7. Bincangkan dengan murid dan perkenalkan istilah Mod.

25
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

LATIHAN

Lembaran Kerja 3.1.1


Lengkapkan lembaran dengan maklumat yang diperlukan seterusnya menentukan mod data
berkenaan.

Objek / nombor Berapa kali


Bil Soalan /huruf yang paling objek/nombor / Mod
banyak kelihatan huruf dilihat?

1 3, 4,4, 4, 5, 5, 3, 3, 3, 3

2 5, 6, 7, 8, 2, 3, 4, 5, 5, 5,5,1

3 2 ,2, 3, 4, 4, 4, 6,6,6

5 M , M, K, K, K , G , M , M , M

6 E , E , E , K , K, K , D , D

26
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PENILAIAN

NAMA MURID
NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN

NO. MODUL/UNIT 3.1.1


TAJUK MOD

TERAMPIL
BIL. PERKARA YANG DINILAI CATATAN
YA TIDAK
Mengenal pasti bilangan paling banyak
1.
dalam satu set data.
Mengenal pasti objek paling banyak dalam
2.
satu set data.
3. Menentukan mod suatu data.
TIDAK
TERAMPIL
KEPUTUSAN TERAMPIL

TARIKH

Tandatangan
NAMA GURU
& Tarikh
Tandatangan
DISAHKAN OLEH
& Tarikh

27
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

UNIT 3: MEMPAMER DAN MENGAPLIKASI KEFAHAMAN


TENTANG STATISTIK

STANDARD PEMBELAJARAN
3.1.2 Mengenal dan menentukan mod dan min bagi suatu set data.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid boleh:
3.1.2. Menentukan:
a) min bagi suatu set data
b) Menggunakan rumus bila diberi suatu set data

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Min menunjukkan purata nilai atau satu nilai terbaik yang mewakili suatu data.Min mudah
dikira sekiranya bilangan data adalah kecil, tetapiagak sukar dikira bagi data yang banyak.
Walau bagaimanapun kita boleh menggunakan komputer untuk mengiramin bagi data yang
banyak. Untuk mengira min, formula khusus yang digunakan adalah dengan menjumlahkan
semua data dan kemudian dibahagikan dengan bilangan data.

KANDUNGAN/FAKTA
Maksud perkataan:
 Mod
 Min

28
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


Kad imbasan

TUGASAN
1. Murid diberikan beberapa situasi (dalam bentuk soalan guru) dan kad imbasan.

LANGKAH KERJA

1. Berikan murid lebaran kerja 1.


2. Bimbing murid dalam melengkapkan lebaran kerja 1 berdasarkan situasi yang diberikan.

Situasi 1
Seorang ayah memberikan RM10 untuk dibahagikan kepada 2 anaknya. Berapakah
wang yang diperolehi oleh setiap seorang?

Situasi 2
Seorang ayah memberikan RM10 kepada 4 orang anaknya. Berapakah wang yang
diperolehi oleh setiap seorang?

Situasi 3
Seorang ayah mempunyai sekeping wang RM10, RM5 dan RM3. Bincangkan
bagaimanakah cara membahagikan wang secara adil kepada 3 orang anaknya.
Berapakah wang yang diperolehi oleh setiap seorang?

Situasi 4
Kad imbasan berikut diberikan. Murid diminta memberikan satu nilai terbaik untuk
mewakili data pada kad imbasan tersebut. Bincangkan dengan ahli kumpulan dan
bentangkan keputusan ahli kumpulan anda.

3 , 4 , 5

5 , 3 , 4

4 , 3 , 5

29
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

LATIHAN
Lembaran Kerja 1
Lengkapkan lembaran dengan maklumat situasi di atas :

Cara kerja
Situasi Jumlah Data Bilangan data Jawapan
pengiraan

1 Jumlah wang = RM........... Bilangan anak = .......

2 Jumlah wang = RM ........... Bilangan anak = .......

3 Jumlah wang = RM ........... Bilangan anak = .......

4 Jumlah data = ................ Bilangan data = ........

Lembaran kerja2
Kira min dengan menggunakan rumus seperti di atas.

Hasil tambah
Bil Data diberikan Bilangan Data Min
data yang diberi

1 3 , 4, 8, 2, 3

2 5, 2, 7, 3, 6, 1

3 4, 7,8,1,3,9,3,5

4 6, 3, 2,9, 4, 4, 7, 3, 7

5 5, 8, 2

6 4, 6, 2, 3, 2, 3, 1

7 8, 6

8 3, 5, 2, 8, 7

9 3, 2, 3, 1, 1

30
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PENILAIAN

NAMA MURID
NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN

NO. MODUL/UNIT 3.1.2


TAJUK MENENTUKAN MIN

TERAMPIL
BIL. PERKARA YANG DINILAI CATATAN
YA TIDAK
1. Mengenal pasti jumlah data
2. Mengenal pasti bilangan data
3. Menentukan min
TIDAK
TERAMPIL
KEPUTUSAN TERAMPIL

TARIKH

Tandatangan
NAMA GURU
& Tarikh
Tandatangan
DISAHKAN OLEH
& Tarikh

31
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

UNIT 3 : STATISTIK

STANDARD PEMBELAJARAN
3.2 Mengenal dan mentafsir pelbagai perwakilan data.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid boleh:
3.2.1 Menyatakan kesesuaian
a) Piktograf
b) Carta pai
c) Carta palang
d) Graf Garis
sebagai perwakilan data.
3.2.2 Mentafsir suatu perwakilan data yang diberi.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Data statistik ialah pengumpulan maklumat yang dikehendaki secara sistematik dan
diisihkan melalui penggunaan perwakilan yang sesuai.
Piktograf ialah perwakilan data menggunakan gambar dan disusun dalam bentuk jadual.
Carta pai ialah perwakilan data dalam bentuk bulatan 2Dimensi atau 3Dimensi dan data
ditafsir berlandaskan sudut 360 0
Carta palang ialah perwakilan data dalam bentuk palang menggunakan skalatertentu pada
satah Cartes.
Graf garis ialah perwakilan data dalam bentuk garis menggunakan skala tertentu pada satah
Cartes.
Kesesuaian perwakilan adalah bergantung kepada data yang dikumpul dan keperluan untuk
mentafsir. Rujuk Jadual di bawah untuk panduan Guru.

32
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

Kesesuaian Pewakilan Data

PERWAKILAN DATA SESUAI

PIKTOGRAF Data yang mempunyai satu maklumat seperti jualan


kereta.
CARTA PAI Data yang mempunyai satu kumpulan maklumat
contohnya makanan kegemaran.
CARTA PALANG Perwakilan sesuai untuk semua data.

GRAF GARIS Data yang mempunyai trend contoh kenaikan dan


penurunan harga gula

KANDUNGAN/FAKTA
Maksud perkataan:
 Piktograf
 Carta pai
 Carta palang
 Graf
 Graf garis
 Satah Cartes

33
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


Lembaran kerja, kertas grid

TUGASAN
1. Mengenal pastibentuk-bentuk perwakilan data.
2. Mewakilkan data yang diberi dalam semua bentuk perwakilan.
3. Membanding beza kesuaian penggunaan perwakilan data.
4. Membuat generalisasi penggunaan perwakilan data yang sesuai untuk data yang
tertentu.

LANGKAH KERJA
Aktiviti 1
1. Lembaran A diedarkan kepada murid
2. Murid menentukan bentuk-bentuk perwakilan data di ruangan yang disediakan.

Aktiviti 2
1. Murid membentuk kumpulan 4 orang.
2. Lembaran B diedarkan kepada setiap kumpulan.
3. Murid diminta untuk memindahkan data bagi soalan (i) yang diberi dalam perwakilan
databerbentuk piktograf, carta palang dan graf garis dan carta pai dengan bimbingan
guru.
Guru perlu tegaskan.
a) Guru memperkenalkan sudut 360 0 bagi satu bulatan dan pengiraan sudut.

Formula mengira sudut untuk wakilkan databagi soalan (i)

Lelaki : = 154.290 bundarkan kepda nombor bulat iaitu1540

b) Guru memperkenalkan penggunaan protraktor untuk membina sudut.

4. Murid diminta membuat pentafsiran dari perwakilan data berpandukan kepada soalan
yang diberi dengan bimbingan guru.
5. Murid diminta untuk meneruskan aktiviti dalam Lampiran B bagi soalan (ii) – (iii).

Aktiviti 3
1. Murid diedarkan Lembaran C .
2. Murid membuat perbandingan tentang bentuk perwakilan data dengan memberi
sumbang saran dan menandakan dalam jadual yang disediakan.
3. Seterusnya guru membuat kesimpulan dan menyatakan perwakilan data yang sesuai.
4. Guru mengedarkan latihan pengukuhan untuk dilaksanakan di rumah.

34
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

LATIHAN

Lembaran Kerja A 3.2.1a


A. Namakan bentuk-bentuk perwakilan data di bawah (piktograf, carta pai, carta palang
atau graf garis).

35
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

36
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

LATIHAN

Lembaran Kerja B3.2.1 b/ 3.2.2

Wakilkan data yang di beri dalam ruangan jawapan yang disediakan.

i. Bilangan Murid Dalam Kelas 1 Mawar

Lelaki Perempuan

15 20

ii. Jualan kek cawan perisa coklat dan perisa vanila dalam seminggu oleh Rahimah

Perisa Coklat Vanila


Hari
ISNIN 15 13

SELASA 12 15

RABU 13 16

KHAMIS 14 17

JUMAAT 16 18

iii. Data pencapaian Matematik Tingkatan 3 Melor mengikut gred.

Gred Bilangan Murid

A 6

B 10

C 8

D 2

E 4

37
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

RUANGAN JAWAPAN YANG DISEDIAKAN

(i)

PIKTOGRAF CARTA PAI

Lelaki

Perempuan

.
5 orang murid

a. Berapakah peratus pelajar lelaki?

Apa yang anda boleh nyatakan


daripadacarta pai yang di bina?

b. Berapa bilangan yang perlu


diwakilkan di ruangan perempuan.

CARTA PALANG GRAF GARIS

1. Nyatakan dapatan anda? 1. Hubung kaitkan data lelaki dan


perempuan?

38
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

(ii)

PIKTOGRAF CARTA PAI

Bina piktograf mengikut kesesuaian data.


Nyatakan dapatan anda?

Apa yang anda boleh nyatakan


daripadacarta pai yang di bina?

CARTA PALANG GRAF GARIS

1. Nyatakan dapatan anda tentang 1. Nyatakan trend penjualan kek cawan


penjualan kek cawan berperisa coklat bagi kedua-dua perisa?
berbanding berperisa vanila

39
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

(iii)

PIKTOGRAF CARTA PAI

Bina piktograf mengikut kesesuaian data.


Nyatakan dapatan anda?

Apa yang anda boleh nyatakan daripada


carta pai yang di bina?

CARTA PALANG GRAF GARIS

2. Nyatakan dapatan anda tentang 2. Nyatakan trend penjualan kek cawan


penjualan kek cawan berperisa coklat bagi kedua-dua perisa?
berbanding berperisa vanila

40
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

Lembaran Kerja C3.2.1 c/ 3.2.2

Berpandukan latihan 3.2.1 b/3.2.2

Tandakan ‘ ‘ pada ruang yang disediakan sekiranya penggunaan perwakilan paling


sesuai diguna mengikut data yang diberi.

Jenis perwakilan data


CARTA CARTA GRAF
Soalan PIKTOGRAF
PAI PALANG GARIS

SOALAN (i)

SOALAN (ii)

SOALAN (iii)

41
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

Latihan Pengukuhan

Dengan menggunakan hamparan elektronik bina perwakilan data yang sesuai untuk
mewakilkan data bilangan penjualan kereta dari tahun 2010-2012 bagi Syarikat
Ahmad. Seterusnya tafsir dapatan anda.

Jenis kereta
PROTON PROTON PROTON PROTON
Tahun SAGA WAJA EXORA PREVE

2010 15 5 5 7

2011 20 9 7 10

2012 23 10 6 9

42
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PENILAIAN

NAMA MURID
NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN

NO. MODUL/UNIT 3.2.1/ 3.2.2


TAJUK STATISTIK

TERAMPIL
BIL. PERKARA YANG DINILAI CATATAN
YA TIDAK

Kenal pasti bentuk-bentuk perwakilan


1.
data.
Mewakilkan data yang di beri dalam
2.
semua bentuk perwakilan
Membanding beza kesuaian
3.
penggunaan perwakilan data.
Membuat generalisasi penggunaan
4. perwakilan data yang sesuai untuk data
yang tertentu
TIDAK
TERAMPIL
KEPUTUSAN TERAMPIL

TARIKH

Tandatangan
NAMA GURU
& Tarikh
Tandatangan
DISAHKAN OLEH
& Tarikh

43
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

UNIT 3: STATISTIK

STANDARD PEMBELAJARAN
3.2 Mengenal dan mentafsir pelbagai perwakilan data.

OBJEKTIF KHUSUS
Pada akhir unit ini murid boleh:

3.2.3 Melaksanakan pembelajaran berasaskan projek yang melibatkan:


a. Mengumpul data.
b. Mengorganisasi data.
c. Memilih kesesuaian pewakilan data.
d. Mentafsir pewakilan data.

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN
Kajian yang dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid untuk meyelesaikan
masalah dalam matematik. Terdapat salah satu cara yang boleh dilakukan oleh guru bagi
menyelesaikan masalah ini iaitu dengan memberikan tugasan luar yang menarik. Tugasan
ini mengambil masa selama 6 atau 8 waktu pengajaran bergantung kepada bilangan
responden.
Sebelum tugasan dilaksanakan, murid perlu diberitahu awal berkenaan tugasan
tersebut. Arahan yang jelas dan berulang kali juga perlu diberikan bagi memastikan mereka
benar–benar memahami arahan yang telah diberikan. Selain itu, dalam merancang tugasan,
guru perlu mengambil kira keadaan emosi murid dengan memberikan mereka masa yang
mencukupi untuk menyiapkan tugasan.
Data yang dipungut ini biasanya tidak disusun dengan teratur.Untuk memudahkan
kita merujuk kepada data ini, ia seharusnya direkodkan secara teratur dan sistematik.
Seterusnya perwakilan data dipilih untuk memudahkan pentaksiran.

KANDUNGAN/FAKTA
Maksud perkataan:
 Data
 Pengorganisasian data
 Perwakilan data
 Tafsiran data

44
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN


Lembaran kerja.

TUGASAN
1. Bentuk kumpulan yang terdiri dari 4 orang murid untuk satu kumpulan.
2. Edar soal selidik.
3. Buat perbincangan dan selesaikan lembaran kerja.
4. Memilih perwakilan data yang sesuai.
5. Membuat tafsiran perwakilan data.
6. Membuat pembentangan.

LANGKAH KERJA

Aktiviti 1

1. Dalam kumpulan, bincangkan masalah yang diberikan.


2. Bincangkan pembahagian tugas antara ahli.
3. Edarkan borang soal selidik kepada responden yang di tetapkan.
4. Tetapkan hari terakhir mengumpul data (1 minggu atau sebelum kelas pada minggu
hadapan)

Aktiviti 2

1. Kumpulkan semua data.


2. Buat pengorganisasian data dengan menggunakan borang pengorganasasian data
yang disediakan.
3. Pilih perwakilan data yang sesuai untuk pembentangan dan pentafsiran.

Aktiviti 3

1. Buat perbincangan tentang penyediaan perwakilan dan pentafsiran data.


2. Buat pemilihan cara pembentangan yang sesuai

Aktiviti 4

1. Buat pembentangan di hadapan kelas

45
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

BORANG TUGASAN

Lembaran Kerja 1
Tugasan kumpulan

Minggu 1

Tajuk kajian ialah :

Contoh 1: KAITAN TABIAT PEMAKANAN DENGAN PENYAKIT KENCING MANIS.

Contoh 2 :KAITAN TABIAT PEMAKANAN DENGAN SAIZ BADAN

Edarkan soal selidik dalam kalangan guru sekolah anda.Sebagai cadangan, guru diminta
membuat pembahagian soal selidik mengikut bidang pengajaran gurusupaya tidak
membebankan. Contohnya kumpulan 1 mengedarkan soal selidik kepada guru bidang
bahasa.

Minggu 2

Kumpulkan semua data dan buat pengorganisasian data dalam kalangan ahli kumpulan.

Minggu 3

Pilih perwakilan data yang sesuai untuk pembentangan dan pentafsiran.

Minggu 4

Buat Pembentangan.

46
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

BORANG SOAL SELIDIK

Lembaran kerja2
KAJIAN
KAITAN PEMAKANAN DAN PENYAKIT KENCING MANIS

1. Umur :

2. Jantina :

3. Negeri asal :

4. Makanan yang disukai:

Tandakan ( / ) pada makanan yang disukai dan ( x ) pada makanan yang tidak
disukai.

Bil Jenis makanan Tanda Bil Jenis makanan Tanda


( / ) atau ( x ) ( / ) atau ( x )

1 Roti canai 4 Ais krim

2 Nasi lemak 5 Air berkarbonat


(Contoh: Pepsi,
Coca Cola dll)

3 Kuih manis 6 Coklat

5. Penyakit yang sedang dialami sekarang

a. Tiada penyakit berbahaya

b. Kencing manis

6. Terima kasih atas kerjasama guru.

*****************************************SOAL SELIDIK TAMAT *******************************

47
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

BORANGPENGORGANISASIAN DATA

Lambaran 3

KUMPULAN : ...............................................

ARAHAN:

1. Anda perlu menggunakan kaedah gundalan untuk menganalisis data.

2. Pilih satu perwakilan data yang sesuai (piktograf/carta pai/carta palang/graf garis).

3. Lukis perwakilan yang anda pilih.

A. Data diperolehi dari responden berpenyakit kencing manis.

Bil Jenis makanan Gundalan Bilangan

1 Roti canai

2 Nasi lemak

3 Kek atau Kuih manis

4 Ais krim

5 Air berkarbonat

6 Coklat

B. Data diperolehi dari responden tiada penyakit kencing manis.

Bil Jenis makanan Gundalan Bilangan

1 Roti canai

2 Nasi lemak

3 Kek atau Kuih manis

4 Ais krim

5 Air berkarbonat

6 Coklat

48
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

LATIHAN

Lembaran 4

SOALAN:

1. Kenapa memilih perwakilan data di atas?

A. ............................................................................................................................

..........................................................................................................................

B. ...........................................................................................................................

...........................................................................................................................

2. Nyatakan mod bagi responden berpenyakit kencing manis

...........................................................................................................................

3. Nyatakan mod bagi responden tiada penyakit kencing manis

...........................................................................................................................

49
Modul Teknologi Vokasional
Sub-Modul Matematik

PENILAIAN

NAMA MURID
NO. K.PENGENALAN

NAMA SEKOLAH
TINGKATAN TAHUN

NO. MODUL/UNIT 3.2.3


TAJUK MEMPAMER DAN MENGAPLIKASIKAN KEFAHAMAN TENTANG
STATISTIK

TERAMPIL
BIL. PERKARA YANG DINILAI CATATAN
YA TIDAK
1. Menentukan mod
2. Mengumpul data
3. Mengorganisasi data
4. Memilih perwakilan data
5. Mentafsir perwakilan data.
TIDAK
TERAMPIL
KEPUTUSAN TERAMPIL

TARIKH

Tandatangan
NAMA GURU
& Tarikh
Tandatangan
DISAHKAN OLEH
& Tarikh

50

You might also like