You are on page 1of 7

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE ZOO TAIPING

ANJURAN:
SAINS DAN ALAM SEKITAR DAN
KEMAHIRAN HIDUP (PENTERNAKAN)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SK TOH JOHAN

PADA :
08.11.2018
SELASA

TEMPAT:
ZOO TAIPING
1.0 PENDAHULUAN
Lawatan sambil belajar merupakan aktiviti tahunan bagi murid PPKI SK Toh
Johan. Program lawatan sambil belajar ini merupakan aktiviti pembelajaran luar bilik
darjah bagi murid didedahkan dengan hidupan haiwan yang sebenar. Dengan itu,
murid lebih memahami pembelajaran yang telah diajarkan dalam bilik darjah berkaitan
tema haiwan. Sesungguhnya penyatuan idea dan tenaga dari pelbagai pihak mampu
memberikan impak yang positif bagi menjayakan niat murni ini.

2.0 OBJEKTIF

Program lawatan sambil belajar ini mempunyai objektif-objektif seperti yang berikut:

i) Mendedahkan murid mengenai dunia sebenar hidupan haiwan


di zoo.
ii) Sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran luar bilik darjah.
iii) Memupuk minat belajar dan semangat ingin tahu mengenai hidupan liar.

3.0 RASIONAL
Perlaksanaan program ini tidak lain daripada memberi peluang kepada murid
murid PPKI ini memperolehi pembelajaran di luar bilik darjah dan melihat persekitaran
sebenar hidupan haiwan.

Program lawatan sambil belajar yang dirancang ini bukan sahaja boleh
menimbulkan minat belajar namun ianya mampu mewujudkan pembelajaran
berkesan dikalangan murid.

Oleh yang demikian, besarlah harapan pihak penganjur sekiranya murid PPKI
SK Toh Johan ini diberi peluang untuk merasai pembelajaran di luar bilik darjah demi
kebaikan murid.
4.0 KUMPULAN SASARAN
1. Warga PPKI SK Toh Johan yang terdiri daripada :-

 Seramai 14 orang murid


 Seramai 3 orang guru
 Seramai 2 orang pembantu pengurusan murid

5.0 TARIKH DAN TEMPAT


Tempat : Zoo Taiping

Tarikh : 08.11.2018

6.0 ANJURAN
SUBJEK SAINS DAN ALAM SEKITAR DAN KH PENTERNAKAN PPKI SK TOH
JOHAN

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA LAWATAN


Pengerusi : En. Mohamed Sobri b. Dato’ Hj. Termizi

Timbalan Pengerusi : Pn Norazkiah bt Azahari

Naib Pengerusi 1 : En. Ahmad Zaini b. Rejab Ali

Naib Pengerusi 2 : Pn Nor Hidayu bt Jamali

Setiausaha : Pn Nor Ramizah binti Zulhaimee

Naib Setiausaha : En Mohamad Faiz b. Mohamed Yusof

Bendahari : En. Azmin bin Ismail

AJK : Pn .Suriani bt Mehat

(PPM PPKI)

Pn. Norhidayu bt. Jamaludin

(PPM PPKI)
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN HADIAH


1. Pertandingan Explore Race
Tempat Pertama 1 X RM 30 = RM 30
Tempat Kedua 1 X RM 20 = RM 20
Tempat Ketiga 1 X RM 14 = RM 14

JUMLAH = RM 64__

2. Pertandingan Tressure Hunt


Tempat Pertama 1 X RM 30 = RM 30
Tempat Kedua 1 X RM 20 = RM 20
Tempat Ketiga 1 X RM 14 = RM 14

JUMLAH = RM 64__

3. Pertandingan Kuiz Penternakan


Saguhati 14 X RM 4 = RM 56
JUMLAH = RM 56__

4. Pertandingan Puzzle
Saguhati 14 X RM 4 = RM 56
JUMLAH = RM 56__

JUMLAH KESELURUHAN = RM240


ANGGARAN PERBELANJAAN MAKAN

Makan Pagi 14 X RM 10 = RM 140


Kudapan 14 X RM 5 = RM 70
Makan Tengahari 14 X RM 10 = RM 140
Kudapan 14 X RM 5 = RM 70

JUMLAH = RM 420

JUMLAH KESELURUHAN = RM420

Hadiah : RM 240

Makan Minum : RM 420

Tiket : 14 x RM6 = RM84 RM 84

JUMLAH: RM 744

ANGGARAN PERBELANJAAN

Sumber Kewangan
Perbelanjaan
Perkara Jumlah

PPKI RM 660.00 Hadiah RM 660.00

MURID RM84.00 MURID RM84.00

Jumlah RM 744.00 Jumlah RM 744.00

9.0 SENARAI PESERTA LAWATAN


Rujuk lampiran A
10.0 JADUAL AKTIVITI / TENTATIF PROGRAM

7.30 Pagi Berkumpul Di Sk Toh Johan


7.45 Pagi Bergerak ke Zoo Taiping
8.30 Pagi Sampai Ke Zoo Taiping Dan Melawat Sekitar Zoo
Taiping
9.00 Pagi Pertandingan Explore Race
9.30 Pagi Pertandingan Tressure Hunt
10.00 Pagi Rehat dan Makan pagi
10.30 Pagi Pertandingan Kuiz Penternakan
11.00 Pagi Pertandingan Puzzle
11.30 Pagi Penyampaian Hadiah
12.30 Tgh Rehat Dan Makan Tengahari Di Pizza Hut Taiping
2.30 Ptg Bertolak Balik Ke Sk Toh Johan
3.30 Ptg Dijangka Tiba Di Sk Toh Johan

11.0 PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar segala perancangan yang telah diatur dapat
memberi faedah dan pengetahuan secara ‘hands on’ kepada warga PPKI SK Toh
Johan dan mampu mencapai objektif-objektif yang telah digariskan dengan jayanya.
Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan
ini.

.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… ……………………………

(NOR RAMIZAH ZULHAIMEE ) (AZMIN BIN ISMAIL )

Guru PPKI Penyelaras PPKI,

SK. Toh Johan SK. Toh Johan

Disahkan oleh,

…………………………………………………….

( En. Mohammed Sobri bin Dato’ Hj Termizi )

Guru Besar,

SK. Toh Johan

You might also like