You are on page 1of 2

Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rohim, Ya Robbal A’lami

XXXX telah mewakilkan kepada aku untuk mendoakan kepadanya Ya Allah


di hadapan KAABAH MU yang mulia ini

“ Ampunkanlah segala dosa-dosa XXXX sama ada dosa kecil atau dosa besar, sama ada dosa sedar atau
tidak sedar,
Ampunkanlah dosa suaminya, XXXX
ibu bapa kami XXXX dan XXXX,
ibu bapa mertuanya, XXXX dan XXXX ,
anak-anaknya XXXX dan XXXX. Cucurilah rahmat mu keatas roh saudara-saudara seislamnya yang telah
meninggal dunia.

Ya Allah, XXXX memohon kepada Mu agar Engkau memberikan kesihatan yang baik kepada beliau,
suaminya serta anak-anaknya, panjangkan umur mereka sekeluarga, mudah mudahan mereka dapat
menggunakan kesihatan dan umur untuk mempertingkatkan amal ibadah kepada Mu.

Ya Allah, XXXX memohon agar suaminya sentiasa membimbingnya ke jalan yang benar dan dapat
menjadi imam yang baik kepadanya dan anak-anak mereka. Tingkatkanlah iman mereka dari hari ke hari
dan matikanlah mereka semua dalam keadaan beriman.

Ya Allah, XXXX memohon kepada Mu agar Engkau menjadikan anak-anaknya, anak yang soleh dan
solehah. Berikanlah kejayaan kepada anak anaknya di dunia dan di akhirat. Berikanlah kesihatan fizikal
dan mental yang baik kepada anak-anaknya. Jauhkanlah anak-anaknya daripada penyakit yang
merbahaya.

Ya Allah, XXXX memohon agar Engkau kurangkanlah sikap pemarahnya dan kurniakanlah kepadanya hati
yang baik dan bertimbang rasa. Semoga dia juga sentiasa berkata-kata perkara yang baik dan membawa
kebaikan di dunia dan akhirat.

Ya Allah, kurniakanlah dia dan suaminya rezeki yang banyak, halal dan berkat. Jauhkan mereka dari
rezeki yang haram dan syubhah. Ya Allah murahkanlah rezekinya untuk mendapat anak yang ketiga.
Ya Allah, berilah kekayaan yang melimpah ruah kepada XXXX sekeluarga, mudah-mudahan dengan
kekayaan itu, dia dapat mengeluarkan zakat yang banyak dan dapat membantu keluarganya serta umat
Islam yang lain.

Ya Allah, XXXX memohon agar Engkau memilih mereka suami isteri utk pergi menunaikan Haji sebelum
mereka berumur 45 tahun. Murahkanlah rezeki mereka untuk pergi menjejakkan kaki ke tanah suci Mu
Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah, dan dapat berdoa sendiri di depan Kaabah Mu,
Engkau jemputlah dia,suami dan anak-anaknya ke sini, InsyaAllah.

Ya Allah kurniakan petunjuk dan hidayah Mu, kesihatan yang baik supaya mereka dapat beribadah
kepadaMu, rezeki yang melimpah ruah dan diberkati kepada mereka semua iaitu:

You might also like