You are on page 1of 3

SULIT 1103/1

www.lamanbahasa.wordpress.com

PROGRAM GEMPUR KECEMERLANGAN


SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2018 1103/1


BAHASA MELAYU
Kertas 1
Ogos
2 ¼ jam Dua jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian : Bahagian A dan Bahagian B.


2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.
3. Jawapan anda hendaklah ditulis di dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang
jawapan tidak cukup, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.
4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 3 halaman bercetak dan 1 halaman bercetak

[Lihat halaman sebelah

1103/1 SULIT
1103/1

SULIT 2 1103/1

Bahagian A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 45 minit]

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang adab murid kepada
guru. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

ADAB MURID KEPADA GURU

Memberi Ucap Selamat Mematuhi Arahan

Memberikan Tumpuan Ketika Belajar

1103/1 SULIT
1103/1

SULIT 3 1103/1

Bahagian B

[100 markah]

[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih
daripada 350 patah perkataan.

1 Pelibatan murid dalam kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang,


meningkatkan disiplin diri dan membentuk daya kepimpinan.

Ulaskan.

2 Setiap ibu bapa mengimpikan anak-anak melanjutkan pelajaran selepas menduduki


Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal ini demi menjamin masa depan.

Huraikan usaha ibu bapa dalam pemupukan minat anak-anak untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

3
Gelanggang

Ini gelanggang kita


yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

Berdasarkan rangkap sajak di atas, perjuangan nenek moyang sejak dahulu untuk
mempertahankan negara dibina hasil perpaduan kaum. Sehubungan dengan itu,
perpaduan hendaklah dikekalkan demi kepentingan generasi akan datang.

Jelaskan peranan masyarakat untuk mencapai hasrat tersebut.

4 Kerjasama antara negara di dunia menjalinkan hubungan diplomatik, mengukuhkan


ekonomi dan meluaskan jaringan pendidikan.

Bincangkan.

5 Anda ingin menulis sebuah cerita yang bertemakan ‘Malaysia Boleh’ untuk
dimuatkan dalam majalah sekolah.

Tulis cerita tersebut selengkapnya.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

1103/1 SULIT

You might also like