You are on page 1of 4

KERTAS KERJA

KURSUS KERJAYA PROSAZ SIRI 1 (Pelancongan)


UNIT KEBAJIKAN DAN BIASISWA SMK BANDAR BANTING 2016

1.0 PENDAHULUAN

Majoriti pelajar Asnaf Menengah Atas SMKBB mempunyai pekerjaan sambilan untuk
menampung perbelanjaan seharian mereka ataupun membantu meringankan beban ibubapa
masing-masing. Tanpa mereka sedari, mereka terlalu bergantung kepada majikan dan hanya
berfikir mengenai kerja makan gaji. Tidak ramai yang mempunyai keyakinan untuk bekerja
sendiri kerana tidak yakin dengan kebolehan diri. Pada masa yang sama, mereka akur dengan
kekurangan pengetahuan dalam bidang-bidang yang boleh menjana ekonomi disebabkan oleh
kekangan wang dan masa.

2.0 RASIONAL

Bagi membolehkan para remaja mencapai kejayaan di masa yang akan datang, Unit
Biasiswa dan Kebajikan mensasarkan Kem Menyemai Modal Insan dengan kerjasama Kolej
Komuniti ini dapat menambah pengetahuan dalam bidang kemahiran yang boleh dipasarkan.

Program ini diilham dan dirangka khas untuk melahirkan remaja yang mempunyai daya
juang yang tinggi, kerohanian yang mantap dan mempunyai semangat untuk berjaya melalui
kesedaran yang wujud dari dalam diri remaja itu sendiri. Pengetahuan dalam kemahiran yang
akan mereka timba dari tenaga-tenaga pengajar Kolej Komuniti ini juga diharapkan akan dapat
membuka minda mereka kepada satu perspektif baru mengenai bakat dan minat mereka.

3.0 MATLAMAT

Memberi peluang menambah pengetahuan dan kemahiran kepada para pelajar Asnaf agar
mereka memperolehi kecemerlangan di dalam hidup mereka.

4.0 OBJEKTIF
Selepas mengikuti program ini peserta akan dapat;
1. Menimba ilmu kemahiran baru dalam bidang pelancongan
2. Mengetahui kebolehan dan bakat dalam bidang pelancongan
3. Menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan kemahiran & keyakinan.

5.0 ANJURAN

Lembaga Zakat Selangor, Unit Kebajikan dan Biasiswa SMK Bandar Banting dan dengan
kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling.

6.0 SASARAN

40 orang pelajar asnaf terpilih dari Tingkatan 5


7.0 TEMPAT
Sekitar Kuala Lumpur

8.0 PENCERAMAH DAN FASILITATOR


Pensyarah dari Kolej Komuniti Kuala Langat.

9.0 PELAKSANAAN PROGRAM


9.1 Tarikh : 6 April 2016 (Rabu)
9.2 Masa Mula : 7.30 pagi
9.3 Masa Tamat : 6.00 ptg

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat : Pn Hajah Ros binti Lizan
Pengerusi : Tuan Haji Hairil Anuar bin Osman
Naib Pengerusi : Tuan Haji Marsan bin Osman
Pn Nor Azlina Ngiam bt Abdullah
En. Yusri bin Sarabini
Setiausaha : Pn Norshafiza binti Shafie
Penyelaras : Pn Hajah Fatimah bt Ngah

JAWATANKUASA PELAKSANA

Borang Kebenaran Pelajar : Pn Hamsidah bt Saian


Pendaftaran Pelajar : Pn Salmah bt Hasmeon
Dokumentasi : Pn Siti Rohaida bt Mohd Khaldi

11.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI
7.30 pg – 8.00 pg Pendaftaran & Sarapan
8.00 pg Menaiki bas ke Kuala Lumpur
9.30 pg – 10.30 pg Tiba di Kawasan Pelancongan 1 & Taklimat
10.30 pg – 11.00 pg Minum Pagi
11.00 pg – 1.00 tgh Tiba di Kawasan Pelancongan 2 & Taklimat.
1.00 tgh – 2.30 ptg Istirehat, solat dan makan
2.30 ptg – 4.30 ptg Tiba di Kawasan Pelancongan 2 & Taklimat.
4.30 ptg – 5.00 ptg Minum Petang & Solat
5.30 ptg Bertolak pulang

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Kuantiti Kos Bentuk Sumber
1 Bayaran pakej seminar 40 pelajar Ditanggung Wang
kepada Kolej Komuniti oleh Kolej - Lembaga
Kuala Langat untuk Komuniti Zakat
Kursus Pelancongan Selangor

2 Duit Makan 40 x RM 10 RM 400.00 Wang PROSA


Tunai

3 Sarapan Pagi 40 x RM 3 RM 120.00 Wang


Tunai

4 Pengangkutan 1 Bas Ditanggung


oleh Kolej
Komuniti
Jumlah RM 520.00

14.0 SUMBER KEWANGAN

Bil Perkara Jumlah


1 Wang Lembaga Zakat Selangor RM 520 .00

15.0 PENUTUP

Kem Kerjaya Prosaz Siri 1 (Pelancongan) ini diharapkan dapat memberi input yang terbaik
ke arah melahirkan remaja dan belia yang terbilang, kuat dan berkemahiran sejajar dengan
keperluan modal insan.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan dan diluluskan oleh,

…………………… …………………… ……………………


Pn Norshafiza Shafie
Setiausaha,
Unit Biasiswa dan Kebajikan
KERTAS KERJA
KURSUS KERJAYA PROSAZ
SIRI 1
(PELANCONGAN)

6 APRIL 2016

ANJURAN
UNIT BIASISWA DAN KEBAJIKAN
DENGAN KERJASAMA
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DI BAWAH KELOLAAN
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

You might also like