You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT AHLI JAWATAN KUASA

PEMBINAAN MAKMAL PENDIDIKAN ISLAM KALI KE-6 / BIL 3/ 2018

TERIKH : 04 September 2018

MASA : 2.30 Petang

PENGERUSI : Tuan Hj Zahri bin Zakaria

PENCATAT : Encik Ahmad Termizi bin Baharum

KEHADIRAN :

1. Tuan Hj Zahri bin Zakaria


2. Encik Ibrahim bin Akashah
3. Encik Mohd Nazri bin Abd Rahman
4. Encik Ramli bin Zakaria
5. Encik Mohd Nizan bin Sudin
6. Encik Ahmad Termizi bin Baharum
7. Encik Shauris bin Yaakob
8. Encik Sharizan bin Sultan Mohd
9. Puan Nor Zizan binti Abdullah
10. Puan Fatimah binti Ahmed Khalil
11. Puan Azura binti Mat Isa
12. Puan Siti Shaadah binti Rahmat
13. Puan Rozita Halina binti Mat Hassan
14. Puan Adilah binti Yahya

TIDAK HADIR BERSEBAB

1. Puan Norma binti Abd Rashid

I Perutusan Yang Berbahagia Pengerusi

1. Mesyuarat dimulakan dengan membaca surah al-Fatehah


2. Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran kepada semua ahli
mesyuarat pada kali ke-6 / bil 3 tahun 2018.

II. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat yang lalu

3. Wakil setiausaha membentangkan minit mesyuarat kali ke 5/ bil 2 tahun 2018 bertarikh
22/05/2018 untuk diterima dan disahkan.
Cadangan : Encik Ibrahim bin Akashah
Sokongan : Encik Ramli bin Zakaria

III Perkara-perkara berbangkit

4. Pengetua meminta maklum balas mengenai kedudukan wang zakat sebanyak RM 4500.00
yang sepatutnya diserahkan kepada tabung surau.
5. Puan Adilah menyatakan bahawa belom ada pemindahan wang zakat ke dalam akaun surau
sepertimana yang telah dipersetujui.
6. Pengetua meminta pemindahan wang zakat ini disegerakan kerana telah diputuskan didalam
mesyuarat jawatankuasa kerja yang lalu.

IV Perkembangan Plan Terbaru Makmal Pendidikan Islam

7. Encik Ramli membentangkan plan terkini yang membabitkan perubahan bentuk bumbung.
8. Pengetua mencadangkan agar bentuk Makmal Pendidikan Islam diubah agar bersesuaian
dengan struktur dan susunan bangunan sekolah.
9. Bentuk heksagon menjadi pilihan dan dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat dengan
sebulat suara.
10. Encik Ibrahim mengesyorkan agar latikan Jururunding dan Kontraktor disegerakan bagi
melicinkan urusan merekabentuk awal bangunan Makmal Pendikan Islam yang dapat
dijadikan dokumen penting sebarang permohonan kelulusan yang membitkan pihak luar
khususnya Majlis Agama Islam.

V Perkembangan Permohonan kelulusan

11. Encik Nizan menyatakan bahawa kelulusan masih belom diperolehi disebabkan ketiadaan
plan arkitek dan surat hasrat Kontraktor untuk pembinaan Makmal Pendidikan Islam
walaupun permohonan telah berada dalam senarai semak Jabatan Agama Islam sejak 20 Mei
2018.

V. Laporan Kewangan

12. Puan Adilah menyatakan jumlah wang tabung di dalam akaun setakat September 2018 ialah
sebanyak RM70,762 dan RM 1200.00 masih ditangan beliau.
13. Puan Azura mengumumkan kejayaan kutipan hasil daripada Karnival Marhabah ialah
sebanyak RM2068.00.
14. Puan Azura juga memaklumkan bahawa RM250.00 telah dikeluarkan dan dibahagikan
kepada 4 orang pelajar sebagai penghargaan (beg dan wang tunai) kerana berjaya mendapat
kutipan tertinggi bagi program Kutipan Pelajar.
15. Encik Nazri memaklumkan bahawa Masjid Batu Lintang dan Masjid Bukit Kecil telah turut
sama meletakkan tabung pembinaan makmal Pendidikan Islam ini di masjid mereka.
Hasilnya Masjid Batu Lintang mendapat kutipan sebanyak RM 1500.00 manakala Masjid
Bukit Kecil mendapat kutipan sebanyak RM 750.00.
16. Puan Nor Zizan mencadangkan bayaran kedua dibuat kepada arkitek bagi merekabentuk
Makmal Pendidikan Islam mengikut keputusan mesyuarat.
17. Cadangan tersebut disokong oleh Puan Shaadah.

VI Hal-hal lain

18. Encik Nazri memaklumkan bahawa Karnival Sukan yang diadakan pada 30 Ogos 2018 telah
diadakan dan berlangsung dengan jayanya.
19. Encik Shauris mencadangkan agar Program Kutipan Pelajar diteruskan untuk kali ke-2
bersempena dengan Maal Hijrah.
20. Puan Azura menyatakan kesediannya untuk mengurus hal-hal yang berkaitan program
tersebut disamping mencadangkan agar pelajar dengan kutipan tertinggi diberikan
penghargaan yang lebih lumayan seperti telefon bimbit.
21.

You might also like