You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH 02 / 2017

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT JAWA 2

Tarikh : 27 September 2017 ( Rabu )

Masa : 1.45 Petang

Tempat : Bilik Peperiksaan SK Bukit Jawa 2

Kehadiran:

1. Puan Raihan Bt Zakaria (PK Pentadbiran )


2. Puan Salina Bt. Abdul Aziz
3. Puan Masteja Bt. Zainal Abidin
4. Puan Roslina Bt. Rusli
5. Puan Nor Azelina Bt. Abdul Manap
6. Puan Husni Bt. Mohamed
7. En. Sharuddin b. Yaacob

Agenda:

1. Perutusan Pengerusi
1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab.
1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke mesyuarat kali
kedua bagi tahun 2017 serta kerjasama yang padu daripada semua ahli kerana
aktiviti yang telah dirancang dapat berjalan dengan baik dan lancar. Kerjasama
dan komitmen dari pihak guru-guru dan murid amat dihargai dan diucapkan
dengan jutaan terima kasih.

Makluman

2. Perutusan Penolong Kanan Pentadbiran


2.1 Memulakan ucapan dengan salam dan mengucapkan terima kasih di atas ucapan
pengerusi.
2.2 Mengucapkan tahniah di atas program yang telah dirancangkan dan berharap
Panitia Sejarah dapat terus membantu murid-murid untuk terus maju dalam ilmu
sejarah melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan.

Makluman

3. Pengesahan Minit Mesyuarat


3.1 Minit mesyuarat sebelum ini diterima tanpa perkara berbangkit. Minit ini
disahkan oleh Puan Husni dan disokong oleh Puan Roslina.

4. Perkara - Perkara Berbangkit


4.1 Tiada perkara berbangkit

5. Pelaporan Aktiviti Tahunan


5.1 .1 Pelaporan program Lawatan Sambil Belajar Ke Pahang telah dilaksanakan
dengan jayanya. Banyak kebaikan dan pengalaman yang diperolehi murid semasa
lawatan tersebut. Namun, ada beberapa masalah yang dihadapi seperti masalah
cuaca, disiplin pelajar, masalah teknikal bas dan pengurusan pihak penganjur
yang tidak memuaskan. Masalah-masalah tersebut akan cuba diperbaiki untuk
program akan datang lebih menarik dan menarik. Kemungkinan tarikh lawatan
perlu diawalkan untuk mengelakkan cuaca yang tidak menentu. Kita hanya
mampu merancang. Penambahan hari lawatan juga perlu untuk membolehkan
banyak tempat yang boleh dilawati.

5.2 .2 Pelaporan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringat sekolah juga berjaya


dilaksanakan dengan bantuan guru dan semua murid. Program ini dijayakan
mengukit jadualyang telah dirancangkan. Namun, faktor murid yang terlalu ramai
menyebabkan suasana agak bising dan tidak terkawal. Begitu juga, aktiviti
mewarna dan melukis agak membosankan kerana masa yang diberikan terlalu
lama dan murid menyiapkan tugasan dalam masa yang singkat. Pengurusan kerja
juga perlulah cekap dan cepat agar setiap aktviti-aktiviti dilaksanakan dapat
berjalan dengan baik dan lancar.

Tindakan: Nor Azelina


6. Hal-hal lain
6.1 Penolong Kanan Pentadbiran berharap agar semua ahli mesyuarat dapat
membantu dan meningkatkan momentum mata pelajaran Sejarah agar murid
mengetahui dan mendalami isu-isu sejarah yang berlaku di dalam dan luar negara.
Semoga apa yang berlaku dapat diperbaiki dan dipertingkatkan. Setiap
permasalahan yang berlaku ada jalan penyelesaiannya.

Makluman

6.2 Semua guru perlu menanda dan menyemak buku nota dan latihan murid. Pastikan
latihan dan nota sentiasa lengkap dan kemas. Guru-guru dinasihatkan untuk
menghabiskan sukatan pelajaran sebelum peperiksaan Akhir Tahun bermula.
Penilaian PBS sejarah juga perlu dilengkapkan dan salinan perlu dihantar kepada
ketua panitia sejarah dan setiausaha peperiksaan. Markah peperiksaan akhir tahun
juga perlu dimasukkan dalam SAPS.

Makluman

6.3 Semoga aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun ini secara langsung
atau tidak langsung dapat melengkapkan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman nilai murni serta penerapan semangat jati diri sebagai warganegara
Malaysia.

Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 Petang dengan bacaan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

.................................... ............................... ................................................

( Husni bt. Mohamed ) ( Raihan Bt. Zakaria) ( Mohd. Kamal B. Hj. Ab. Rahman)
Sk. Bukit Jawa 2 Sk. Bukit Jawa 2 Sk. Bukit Jawa 2

You might also like