You are on page 1of 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TOH JOHAN

KERTAS KERJA
SAMBUTAN HARI LAHIR
PPKI SKTJ

ANJURAN

UNIT HAL EHWAL MURID PPKI SEMPENA PROGRAM GURU PENYAYANG


PENDAHULUAN :

Sambutan hari lahir merupakan satu aktiviti yang amat disukai oleh kanak-kanak. Kanak-kanak
dapat mengingati tarikh penting dalam hidup mereka iaitu tarikh lahir mereka.

Sambutan yang dijalankan dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu,
murid dapat merasakan bahawa mereka dihargai oleh guru dan rakan-rakan apabila dapat
menyambut hari lahir mereka bersama-sama.

TAJUK

SAMBUTAN HARI LAHIR PPKI SKTJ

MATLAMAT

Sambutan hari lahir bermatlamat memupuk hubungan yang erat di antara murid dan guru, guru
dan ibu bapa murid serta warga sekolah yang terlibat.

OBJEKTIF

 Murid berasa seronok datang ke sekolah.


 Murid yang menyambut hari lahir akan berasa dihargai oleh guru, warga sekolah dan
rakan-rakan.

RASIONAL

Perasaan disayangi dan dihargai akan membina satu situasi yang kondusif bagi kanak-
kanak membesar. Kestabilan emosi akan membolehkan kanak-
kanak membesar dengan ceria dan menjadi individu yang bersyukur dan hidup berkasih sayang.

SASARAN

Aktiviti yang dirancang ini adalah melibatkan 14 orang murid PPKI SK Toh Johan, guru-
guru PPKI dan pembantu pengurusan murid.

TARIKH

Program Sambutan Hari Lahir ini diadakan pada hari Rabu, 29 Ogos 2018 2018 pada pukul
8.00 pagi hingga 11.45 pagi.
AJK INDUK SAMBUTAN LAHIRNYA PPKI SKTJ 2018

Pengerusi : En. Mohamed Sobri b. Dato’ Hj. Termizi

Timbalan Pengerusi : Pn Norazkiah bt Azahari

Naib Pengerusi 1 : En. Ahmad Zaini b. Rejab Ali

Naib Pengerusi 2 : Pn Nor Hidayu bt Jamali

Penasihat : En. Azmin bin Ismail

Setiausaha : Pn Nor Ramizah binti Zulhaimee

Bendahari : En. Mohamad Faiz bin Muhamed Yusop

AJK : Puan Suriani binti Mehat

Puan Norhidayu bt Jamaludin

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah ( RM )

1. Kek RM 80.00 x 1 biji = RM80.00


2. Makanan RM 9.00 x 14 orang murid = RM 126.00
3. Puding Buah RM 16.00 x 1 biji = RM16.00
4. Aiskrim RM 2.00 x 14 orang murid = RM28.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM250

Anggaran perbelanjaan ialah sebanyak RM250.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh
Sahaja). Pembiayaan program ini ialah daripada kutipan sumbangan ibu bapa dan wang
makanan murid.
TENTATIF PROGRAM

Tarikh : 29 Ogos 2018

Hari : Rabu

Masa : 8.00 Pagi – 11.45 pagi

Tempat : SK Toh Johan.

Masa Perkara

7:30 a.m : Murid berkumpul di sekolah. Sarapan pagi

8:00 a.m : Murid membuat topi dan menghiasnya

9.00 a.m : Rantai kertas

10.00 a.m : Murid menghias kelas

10.30 a.m : Sambutan Hari lahir

11.00 a.m : Permainan Kotak Beracun

11.45 a.m : Bersurai.

HARAPAN DAN PENUTUP

Melalui aktiviti yang dijalankan, pihak sekolah khususnya PPKI SK Toh Johan berharap murid-
murid akan berasa gembira dan bersyukur dengan penghargaan yang diberikan kepada mereka.
Semoga suatu hari nanti, mereka akan menjadi insan yang tahu menghargai dan mensyukuri
nikmat yang diberikan kepada mereka serta tahu berterima kasih kepada orang lain.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………… ……………………………

(NOR RAMIZAH ZULHAIMEE ) (AZMIN BIN ISMAIL )

Guru PPKI Penyelaras PPKI,

SK. Toh Johan SK. Toh Johan

Disahkan oleh,

…………………………………………………….

( En. Mohammed Sobri bin Dato’ Hj Termizi )

Guru Besar,

SK. Toh Johan

You might also like