You are on page 1of 75

PKB 3103 PENGURUSAN

TINGKAH LAKU

TAJUK PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM


1

SINOPSIS

Dalam tajuk ini anda akan didedahkan dengan definisi dan konsep
pengurusan tingkah laku, faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku,
kesan salah laku terhadap pembelajaran dan kepentingan pengurusan
tingkah laku di kalangan murid-murid berkeperluan khas.

HASIL PEMBELAJARAN

i. Memahami definisi dan konsep pengurusan tingkah laku secara


mendalam.

ii. Menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salah laku dan


menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran serta

iii. Mengenal pasti kepentingan pengurusan tingkah laku kepada murid-


murid berkeperluan khas.

1
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

Kerangka Konsep Tajuk

1.1 Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah


Laku
1.1.1 Pengurusan Tingkah laku
1.1.2 Pengubahsuaian Tingkah
laku

1.2 Konsep pengurusan tingkah laku


1.2.1 Perspektif sejarah
1.2.2 Perkembangan masa kini

Pengenalan Kepada 1.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi salah laku


Pengurusan Tingkah 1.3.1 Keturunan
Laku 1.3.2 Persekitaran
1.3.3 Pemakanan

1.4 Kesan salah laku terhadap pembelajaran


1.4.1 Masalah disiplin
1.4.2 Keciciran
1.4.3 Gejala sosial

1.5. Kepentingan pengurusan tingkah laku di


kalangan murid-murid berkeperluan khas
1.5.1 Pengurusan diri
1.5.2 Pendtdikan
1.5.3 Sosialisasi

2
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

1.1 Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku

Sebelum seseorang boleh memahami maksud pengurusan tingkah laku, ia


perlu memahami erti tingkah laku. Apakah yang dimaksudkan dengan
tingkah laku?

1.1.1 Definisi Tingkah Laku


Pelbagai definisi Tingkah Laku telah diutarakan. Pada asasnya tingkah laku
merupakan apa yang seseorang cakapkan atau lakukan dan pada
keseluruhannya, tingkah laku merujuk kepada semua tindakan manusia yg
boleh diperhati, diukur & dinilai (Bear, Wolf and Risley, 1968)
.
Orang ramai mempunyai pandangan sendiri mengenai tingkah laku. Pada
umumnya ada berbagai-bagai perkataan digunakan untuk menggambarkan
tingkah laku – ‘aktiviti’, ‘aksi’, ‘perubatan’, ‘bergerak balas’, dan ‘reaksi’
(Martin & Pear, 1996). Mengikut Miltenberger (2001), terdapat beberapa
ciri-ciri mengenai tingkah laku:

 apa yang seseorang cakapkan


dan katakan

 ada satu atau lebih dimensi


yang boleh diukur

 boleh diperhati, diterangkan

 member kesan kepada


persekitaran

 dipengaruhi oleh peristiwa


dalam persekitaran

 mungkin overt atau covert

3
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Ini bermaksud “Tingkah laku ada berbagai ragam dan berbagai laku.”
(Kamus Dewan, 1979). Walau bagaimanapun, pada keseluruhannya ada
dua jenis tingkah laku yang berbeza. Tingkah laku overt adalah tingkah laku
yang boleh diperhati dan dicatat oleh seseorang. Manakala tingkah laku covert
merupakan peristiwa peribadi dan tidak dapat diperhatikan oleh orang lain (Bear,
Wolf and Risley, 1968).

1.1.2 Definisi Pengubahsuaian Tingkah Laku

Apa pula maksud Pengurusan Tingkah Laku? “Pengurusan tingkah laku


adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara
analisis untuk menghasilkan perubahan tingkah laku social yang positif bagi
seorang individu”

Pengurusan tingkah laku adalah satu pendekatan intervensi aktif, di mana


pelaksana perlu melakukan beberapa perkara penting sebelum dan semasa
proses pengurusan tingkah laku dilaksanakan. Zirpoli dan Melloy (1993)
memberikan empat perkara yagn perlu dilakukan oleh pelaksana, iaitu:

a) Memerhati, mengukur dan menilai corak perlakuan semasa;


b) Kenal pasti antecedent dan consequences persekitaran;
c) Tentukan objektif tingkah laku baru; dan
d) Bentuk pembelajaran tingkah laku baru atau baiki tingkah laku
semasa melalui manipulasi antecedent dan consequences yang
telah dikenal pasti.

1.2 Konsep Pengurusan Tingkah Laku


 Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara-perkara berikut;
 perancangan yang rapi
 tentukan individu atau kumpulan yang bermasalah tingkah laku
 teknik intervensi yang berkesan
 penialian secara objektif

4
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

 Beberapa perkara perlu diambil kira dengan teliti tentang murid khas
sebelum program pengurusan tingkahlaku dilaksanakan, iaitu;
 Setiap murid adalah unik
 Tiada satu cara berkesan dalam semua keadaan bagi semua murid
 Proses intervensi akan dihadkan kecuali ianya berkaitan dengan
keperluan dan kehendak murid. Ini adalah disebabkan bahawa
aspek kognitif, afektif dan psikomotor murid saling berkait.

1.2.1 Perspektif Sejarah


Pada peringkat awal, para pengkaji berpendapat bahawa tingkah laku
individu adalah disebabkan oleh kuasa dalaman seperti genetik, kandungan
kimia dalam badan dan pengalaman singkat tentang sesuatu yang
menyebabkan individu berkelakuan demikian.

Bermula dari tahun 1920-an, kajian-kajian berkaitan tingkah laku


menunjukkan faktor-faktor luaran atau persekitaran yang berlaku sebelum
atau selepas sesuatu peristiwa merangsang seseorang individu
mempamerkan sesuatu tingkah laku yang khusus. Pada umumnya, hasil
kajian saintifik pengurusan tingkah laku mencadangkan bahawa
“Kebanyakan tingkah laku adalah dipelajari. ”

Ini bermakna tingkah laku baru atau alternative boleh dipelajari pada bila-
bila masa. Malah, tingkah laku yang negatif seperti agresif, suka
merosakkan harta benda boleh diubah kepada tingkah laku yang baru yang
lebih positif jika individu itu diberi intervensi yang dirancang dengan teliti,
sesuai dan sistematik.

1.2.2 Perkembangan Masa Kini

5
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Kajian terkini yang dijalankan terhadap 'challenging behaviour'
menunjukkan bahawa tingkah laku yang mencabar mempunyai
fungsi dan berbentuk komunikatif.
Carr and Durand (1985) mencadangkan bahawa seseorang perlu
menganggap sesuatu tingkah laku itu sebagai suatu sistem
komunikasi yang bermakna dan perlu mengkajinya dari sudut bentuk
& kefungsiannya. Pendapat ini memberi implikasi kepada
pengurusan dan pencegahan tingkah laku mencabar (Chalengging
behaviour).
Terdapat empat fungsi utama komunikasi tingkah laku mencabar.
A. Pengelakan (avoidance)
B. Perhatian (Attention seeking)
C. Tingkah laku 'saya mahu' ('I want behaviour’) dan
D. Rangsangan Diri (Self-stimulation)

1.3 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Salah laku

1.3.1 Keturunan

Faktor Psikologi – Individu yang mengalami tingkah laku obsesif dan tingkah
laku ayng sudah menjadi tabiatnya akan berasa senang dengan tingkah
laku tersebut. Mereka akan berasa tertekan apabila kebiasaan tingkah laku
itu diganggu atau dihalang. la dikaitkan dengan tingkah laku yang berbentuk
ritualistik dan obsessif.

a. Ketakutan dan Phobia - Phobia ialah ketakutan terhadap


sesuatu yang melampau batas dan membahayakan nyawa.
Conthonya seseorang yang takutkan anjing sanggup berlari
melintas jalan tanpa memikirkan keselamatan diri.

b. Perhatian – Pada hakikatnya, apa sahaja perhatian yang


diberikan kapada kanak-kanak (samada negatif/positif) adalah

6
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
lebih baik daripada tiada perhatian langsung. Walau begini,
perhatian yang terlampau daripada seseorang yang signifikan
mungkin adalah faktor utama penyebab berlakunya tingkah laku
mencabar. Mengalih perhatian seseorang yang signifikan
adalah rangsangan yang paling berkesan untuk kanak-kanak
'misbehave' bagi mendapat perhatian walaupun perhatian yang
diberikan adalah dalam bentuk teguran (reprimand).

c. Peneguhan - Peneguhan yang tidak bersesuaian boleh


meningkatkankan lagi tingkah laku yang mencabar. Conthonya
seorang murid yang tidak mendapat perhatian guru akan
berpura-pura sakit dan memaksa dirinya untuk muntah untuk
mendapat perhatian. Sikap guru yang memberi peneguhan
positif/perhatian apabila murid sakit ini akan menyebabkan
murid ini akan sentiasa berpura-pura sakit untuk mendapat
perhatian. Begitu juga dengan penggunaan 'time-out’ yang tidak
bersesuaian akan menggalakkan lagi tingkah laku yang mencabar.

d. Ketakutan - Menghadapi situasi/ objek yang menakutkan boleh


menyebabkan berlaku tingkah laku agresif, mencederakan
diri/tidak mengikut arahan. Bagaimanapun biasanya ketakutan
itu sukar dipastikan kerana ia berbentuk 'idiosyncratic’ dan
tingkah laku yang dipamerkan kelihatan seperti orang hilang akal
(crazy) & tiada kaitan dengan keadaan luaran.

1.3.2 Persekitaran

Stimulasi yang berlebihan dari sekeliling juga mungkin menjadi satu


masalah kepada tingkah laku seseorang. Jika persekitaran (Setting) itu
terlalu sibuk, bising, sesak dan ada murid lain 'misbehave' serta
menghasilkan tahap stimulasinya yang tinggi, murid berkenaan akan hilang
kawalan dan bertindak untuk melepaskan diri dari situasi yang tidak
menyenangkan. Di antara faktor-faktor persekitaran spesifik adalah:

7
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
a. Penyelesaikan Tugasan (Task Difficulty) - Ada perkaitan yang
jelas di antara masalah sukar menyiapkan tugasan, membuat
kesilapan dan kegagalan dalam sesuatu dengan masalah
tingkah laku yang mencabar. Kajian menunjukkan bahawa
tingkah laku agresif seperti mencederakan diri sendiri, agresif
dan tidak mematuhi arahan ada berkaitan dengan masalah
menyelesaikan tugasan.

b. Rutin - Perubahan dalam rutin harian - akan menyebabkan


berlaku 'tantrums'. Guru perlu pandai membuat ramalan tentang
apa yang akan berlaku kerana tanpa komunikasi dan
penjadualan aktiviti yang berstruktur perubahan dalam aktiviti
yang diminati murid akan menyebabkan kekecewaan yang amat
sangat.

c. Komunikasi dengan kanak-kanak - salah satu daripada punca


kekecewaan ialah apabila tidak memahamai arahan orang lain.
Adalah penting memastikan bahawa seseorang itu faham apa
yang akan berlaku. Ini boleh dilakukan dengan kaedah
komunikasi seperti pertuturan, isyarat, compiks atau
demonstrasi. Komunikasi yang jelas disertai dengan nada yang
positif adalah penting untuk menghalang tingkah laku mencabar.

d. Kekecewaan - Dalam banyak situasi percubaan menyiapkan


tugasan yang sukar, boleh mengakibatkan rasa kecewa. Dalam
keadaan begini, perkara yang dianggap remeh yang mungkin
berlaku di masa akan datang mungkin menimbulkan tingkah laku
yang diluar jangkaan. Terhalang daripada melakukan atau
mendapatkan sesuatu adalah satu kekecewaan yang amat
besar. Perkara yang mudah seperti menunggu untuk sesuatu
aktiviti yang diminati dijalankan boleh mengecewakan, terutama
sekali apabila tiada rutin yang jelas.

8
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
e. Tindakbalas pro negatif - Banyak kajian yang telah dijalankan
menunjukkan bahawa kebanyakan ibubapa, guru, kakitangan
sekolah & orang dewasa yang lain memberi lebih perhatian
kepada tingkah laku negatif dan kurang kepadat tingkah laku
positif. Ini boleh mengakibatkan seseorang itu lebih mempelajari
tingkah laku yang tidak sesuai dan kurang mempelajari tingkah
laku sebaliknya dalam usaha mendapat perhatian.

f. Ketidak Konsistan - Orang dewasa seringkali tidak konsisten


dalam memberi tindakbalas terhadap tingkah laku yang tidak
sesuai. Kadang-kadang 2 orang dewasa gagal untuk
bekerjasama dan mencapai kata sepakat dalam tindakbalas
yang sepatutnya diberikan terhadap tingkah laku yang
mencabar. Ini menyebabkan kanak-kanak keliru dengan arahan
yang berbeza daripada dua orang dewasa yang berlainan.

g. Provokasi – Ejekan, campurtangan dari orang lain mungkin


adalah pencetus kepada tingkah laku mencabar. Ada yang
bertindakbalas secara agresif, ada yang bertindak dengan
mencederakan diri sendiri dll. Walaubagaimana pun,
adakalanya orang dewasa perlu melakukan provokasi untuk
mendapat hasil yang positif.

h. 'Limit Testing' - Seseorang murid mungkin akan mengulangi


tingkah laku – tingkah laku yang terdahulu untuk
menguasai/mengawal keadaan. Biasanya jika tiada/kurang
komunikasi di antara guru & ibubapa / 'teamwork,' individu itu
akan terus mencuba sehingga berjaya mengawal keadaan.
‘Limit Testing’ sering berlaku di situasi baru atau dengan guru
baru.

i. 'Stress Relief - Jika seseorang itu terlalu gembira atau 'anxious'


dia mungkin perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan rasa
'stress' dan untuk mendapatkan keselesaan. Tingkah laku yang

9
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
berbentuk stimulasi diri seperti 'flapping' 'rocking' boleh
menenangkan individu itu.

j. 'Demands’ - Kehendak/keperluan yang ditujukan kepada


individu boleh menyebabkan kekecewaan, kemarahan atau
kebosanan. Ini disebabkan ‘demands’ itu mungkin akan
mengakibatkan kegagalan dan reprimands atau memerlukan
pembetulan yang tidak disukai.

k. 'Behavioural Expectations' - la berkaitan dengan penjaga


kanak-kanak yang memberi pelbagai alasan terhadap tingkah
laku kanak-kanak dan tidak mempedulikan tingkah laku tersebut
kerana menganggapnya adalah sebahagian dari ciri-ciri kanak-
kanak itu dan tidak boleh diubah. Untuk mengatasi masalah ini
penjaga perlu kerap bersama kanak-kanak di tempat awam
supaya lebih sensitif kepada tatacara berkelakuan dalam
masyarakat.

Tindakbalas individu adalah berbeza. Ada yang sensitif dan ada yang
menganggap teguran sebagai peneguh kerana mendapat perhatian.
Terdapat juga yang bertindakbalas secara negatif terhadap kegagalan dan
teguran walaupun ia ditujukan kepada orang lain. Cara atau teknik
bagaimana pembetulan dilakukan, menentukan samada seseorang itu
boleh menerimanya atau tidak.

1.3.3 Pemakanan

Perubatan dan Rawatan - Kesakitan dan kesedihan yang dikaitkan


dengan rawatan perubatan yang diterima boleh.menjadikan seseorang
itu tidak selesa dan kemungkinan berkelakuan tidak sesuai. Mereka
yang menghadapi masalah perkembangan tidak dapat menyatakan dan
memahami keadaan yang dialami. Contoh-contoh faktor perubatan yang
mempengaruhi tingkah laku ialah :

10
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
a) Kesakitan yang dikaitkan dengan sembelit, haid, migraine, alahan
dll.

b) Sakit kepala akibat dari keadaan penglihatan

c) Pengaruh hormon - 'pre-menstrual', memasuki alam remaja, dll.

d) Faktor neurology - ada juga masalah sawan yang dikaitkan


dengan tingkah laku agresif

e) Ketagihan

f) Sensitif terhadap jenis makanan dan bahan kimia

g) Kurang daya tumpuan untuk belajar. Akibat - rasa kecewa dan


berkelakuan agresif

h) Ketidakselesaan kerana lapar, dahaga atau diet yang tidak


seimbang, dll,

i) Ezcema/Iain-lain masalah penyakit kulit yang boleh


menyebabkan tingkah laku mencederakan diri.

FAKTOR-FAKTOR MENGATASI MASALAH SALAH LAKU

a) Berpindah dari institusi ke dalam masyarakat dengan bantuan


yang bersesuaian kadang-kadang membawa perubahan yang
positif dalam tingkah laku dan kemahiran.

11
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
b) Meningkatkan ruang untuk pergerakan fizikal boleh secara
langsung mengurangkan tingkah laku yang agresif

c) Menukarkan jumlah dan jenis makanan atau minuman boleh


membantu mengurangkan tabiat suka merenung atau muntah.

d) Mengkayakan persekitaran dengan orang dan objek yang bersifat


manipulatif boleh mengurangkan tingkah laku yang stereotaip

e) Susun atur perabot dan mengurangkan masalah ruang sekatan


di dalam bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku yang
berlaku akibat dari gangguan, ejekan atau dorongan rakan-rakan
.

f) Mengurangkan 'stress' akibat dari bunyi bising, cuaca yang terlalu


panas atau terlalu sejuk mungkin membantu kanak-kanak autism
yang sensitif dan takut.

g) Dengan menggunakan taktik psikologi dapat mengurangkan rasa


kebimbangan dan ketakutan terhadap sesuatu buat sementara
waktu. Jika tingkah laku ini diberhentikan rasa kebimbangan dan
ketakutan akan berulang semula.

h) Kemahiran sosial dan komunikasi - Dengan kemahiran ini


seseorang itu boleh bertindakbalas dengan cara yang selamat
terhadap masalah persekitaran dan tekanan yang terhasil akibat
darinya. Tanpa kemahiran-kemahiran ini murid-murid akan
menggunakan tingkah laku yang agresif untuk mengatasi tekanan
yang dihadapi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa lebih
ramai murid-murid yang tiada kemahiran ini berkelakuan agresif
berbanding dengan murid-murid yang ada kemahirsn sosial dan
komunikasi

i) Aktiviti dan Tahap Stimulasi - Tambah aktiviti yang berbentuk


konstruktif akan meningkatkan tingkah laku yang sesuai. la

12
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
bukanlah sekadar menyediakan aktiviti dan alatan sahaja tetapi
juga mengajar semua kemahiran yang diperlukan untuk
menjalankan aktiviti tersebut.

1.4 Kesan Salah Laku Terhadap Pembelajaran


Kesan masalah tingkah laku terhadap pembelajaran adalah jelas,
antaranya adalah:
1.4.1 Masalah Disiplin - Mengganggu perjalanan pengajaran dan
pembelajaran. Tingkah laku agresif, hiperaktif, dan disruptif
sangat mengganggu perjalanan proses pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas.
1.4.2 Keciciran - Murid tidak memberi tumpuan terhadap
pengajaran guru. Tingkah laku hiperaktif dan kurang tumpuan
menyebabkan pelajar tidak memberi tidak berminat terhadap
pengajaran guru dan seterusnya menjejas pencapaiannya.
Lama kelamaan akan ponteng sekolah dan akibatnya
keciciran dari bangku sekolah.
1.4.3 Gejala Sosial – Seseorang pemuda yang masuk bangku
sosial terlalu awal mungkin akan memperolehi gejala sosial
yang kurang baik dengan senang sebab pengaruh negatif dari
dunia sana. Akibatnya, pusingan masalah masyarakat akan
terus berlanjutan dengan kesan yang menghalang
pembangunan negara.

1.5 Kepentingan Pengurusan Tingkah Laku

1.5.1 Pengurusan Diri - Bertindak balas kepada kehendak semula


jadi kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan penerimaan

1.5.2 Pendidikan - Membolehkan murid-murid mengikuti


pengajaran dan pembelajaran.

13
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
1.5.3 Sosialisasi - Mengurangkan kemungkinan kanak-kanak
memperlihatkan tingkah laku kurang baik dalam usaha
mendapatkan perhatian.

Kesimpulan

Terdapat persamaan yang nyata di antara definisi-definisi yang


dikemukakan. Secara umum, pengurusan tingkah laku sebenarnya lebih
merupakan rasional dan metodologi daripada satu set prosedur khusus
yang berasas kepada data khusus. Teknik-teknik pengurusan tingkah laku
senarai di atas merupakan pelaksanakan prosedur yang telah diuji (dan
diterima) dengan tujuan untuk mengubah sesuatu tingkah laku.

Interaksi sosial dan regulasi kendiri mungkin terjejas akibat daripada


masalah pembelajaran yang dialami oleh seorang kanak-kanak.

Latihan 1 Untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu


penting dengan membuat ulasan. Hubung kaitkan faktor-faktor yang
mempengaruhi tingkah laku manusia dengan masalah tingkah laku murid-
murid bermasalah pembelajaran. Sediakan senarai semak faktor-faktor
yang mempengaruhi tingkah laku murid-murid berkeperluan khas.Dapatkan

14
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
maklumat di perpustakaan atau pusat sumber dan sila layari laman web
yang berkaitan

Syabas dan Tahniah!

Anda telah mengikuti tajuk satu dengan tekun dan sabar. Selepas ini anda akan
diperkenalkan dengan tajuk dua dan seterusnya.

Berehatlah sebentar sambil minum secawan kopi.

TAJUK TEORI DAN MODEL TINGKAH LAKU 2JAM


2

Sinopsis

15
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Tajuk ini merupakan tajuk 2 daripada profoma kursus. Ia memberi
pengetahuan asas tentang teori dan model tingkah laku manusia.
Bahagian pertama membincangkan tentang teori-teori yang berkaitan
dengan tingkah laku manusia seperti Teori Pelaziman Operan dan Teori
Pembelajaran Sosial. Bahagian kedua pula memberi pendedahan kepada
empat model tingkah laku iaitu Model Psikodinamik, Model Biofizikal,
Model Persekitaran dan Model Tingkah laku atau Model Behavioral.

Hasil Pembelajaran

i. Memahami teori tingkah laku Pelaziman Operan dan Teori Pembelajaran


Sosial

ii. Mengenal pasti empat model tingkah laku manusia

iii. Menjelaskan secara umum ciri-ciri setiap model tingkah laku manusia

Kerangka Konsep Tajuk

Teori Dan Model Tingkah


Laku

2.1 Teori Tingkah Laku


2.2. Model –model Tingkah Laku
2.1.1 Teori Pelaziman Operan
2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial 2.2.1 Model Psikodinamik
2.2.2 Model Biofizikal
2.2.3 Model Persekitaran
2.1 Teori Tingkah laku T 2.2.4 Model Tingkah laku
e
o
r
Dalam tajuk 1 anda telah diperkenalkan dengan maksud, definisi dan
i
P
konsep pengurusan tingkah laku. Tahukah anda bahawa konsep dan cara-
e
cara pengurusan tingkah laku inil adalah didasarkan daripada teori-teori
a
z
i 16
m
a
n
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
tingkah laku yang telah dipelopori oleh ahli-ahli behavioris seperti Skinner,
Pavlov dan Bandura.

2.1.1 Teori Pelaziman Operan

Apakah itu Pelaziman Operant?

Teori Pelaziman Operant ini dipelopori oleh Edward Thorndike dan


Skinner (Walker& Shea, 1995). Pelaziman Operant ialah satu proses
pembelajaran di mana kemungkinan sesuatu gerak balas berlaku
ditingkatkan atau dikurangkan bergantung kepada peneguhan atau
hukuman. Thorndike menghasilkan prinsip ' the law of effect '. la bermaksud,
tingkah laku dibentuk oleh konsekuens atau akibat sesuatu peneguhan. Jika
konsekuensnya memuaskan maka tingkah laku itu akan menjadi kukuh pada
masa hadapan. Jika konsekuensnya tidak memuaskan maka tingkah laku itu
akan menjadi semakin lemah. Thorndike menganggap prinsip ' the law of
effect 'sebagai prinsip utama pengajaran dan pembelajaran. Untuk
membantu anda, cuba lihat jadual yang dipaparkan seterusnya.

Pelaziman Konsekuens sesuatu tingkah laku


Operant cenderung untuk mengubahsuai
tingkah laku tersebut di masa hadapan.
Tingkah laku yang dikukuhkan cenderung
untuk dilakukan lagi. Tingkah laku yang
tidak diberi perhatian atau dihukum
kurang berkemungkinan untuk dilakukan lagi.

17
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

Peneguh Apa juga yang mengukuhkan satu


gerak balas atau meningkatkan
sesuatu tingkah laku kemungkinan
ia akan berlaku lagi.

Pembentukan Secara berperingkat membentuk


satu tingkah laku yang dikehendaki
dengan meneguhkan gerak balas
yang semakin hampir menjadi
tingkah laku yang dikehendaki tersebut.

Successive Satu siri langkah latihan yang


Approximations berperingkat dengan setiap langkah
semakin menyerupai gerak
balas yang dikehendaki.

Jadual 2.1: Sumber: Hamilton, K.R (2001)

Bagaimana hendak menghasilkan gerak balas secara pelaziman


operant? Tiga perkara perlu kita laksanakan:

a) Tingkatkan motivasi klien kita.

b) Kurangkan peluang untuk gerak balas yang tidak relevan.

c) Guna successive approximations dalam latihan


pengubahsuaian tingkah laku.

18
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Guru mestilah selalu memotivasikan murid dengan memberi kata
perangsang, pujian, hadiah, senyuman dan sebagainya. Kita juga mesti
mengguna pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Guru boleh bercerita,
menyanyi, menunjukkan tayangan video, berlakon, bermain dan
sebagainya seperti perlu pastikan objek dan keadaan persekitaran
yang boleh mengganggu pembelajaran dikurangkan atau lebih baik
dihapuskan. Ini semua perlu perancangan pengajaran dan
pembelajaran yang teliti. la perlu dilakukan secara berperingkat-
peringkat sehinggalah tercapai matalamat pengurusan tingkah laku.

2.1.2 Teori Pembelajaran Sosial

Siapakah pelopor teori ini?


Albert Bandura.

Apakah narna lain bagi teori ini?


Pembelajaran Melalui Pemerhatian (Observationa llearning).

Apakah idea utama teori ini?


Belajar Menerusi Peniruan. Belajar dengan memerhati tingkah laku
orang lain dan konsekuens tingkah lakunya.

Adakah terdapat istilah lain yang mesti diketahui?


Ya, tunjuk cara dan model. Tunjuk cara ialah nama lain bagi
Pembelajaran Melalui Pemerhatian yang menunjuk cara satu tingkah
laku atau menjadi contoh dalam Pembelajaran Melalui Pemerhatian.

Banyak perkara yang kita pelajari di dunia diperolehi menerusi


peniruan. Proses pemerolehan ini berlaku menerusi pemerhatian tanpa
melakukan tingkah laku tersebut dan tanpa peneguhan luaran.
Tingkah laku dibuat kemudiannya mungkin akan memerlukan
peneguhan. Contohnya dalam sukan Pendidikan Khas pemain bola
sepak mungkin bertingkah laku kasar kerana mereka telah memerhati

19
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
tingkah laku yang sama dan membuat peniruan seterusnya menjadi
tingkah laku mereka juga.

a) Perhatian - Nilai rangsangan dalam model yang


digunakan perlu baik, menarik, pada tahap
pembelajaran yang bersesuaian bagi menarik dan
meneruskan penumpuan perhatian, dan mempunyai
nilai kepada pelajar.

b) Penyimpanan - Untuk disimpan dalam ingatan, tingkah laku


yang hendak ditiru perlu dikodkan secara simbolik sebagai imej
atau perkataan dalam minda kita. Oleh itu, ia perlu tersusun dan
diulang-ulangkan.

c) Penghasilan semula - Pelajar perlu mempunyai komponen


gerak balas iaitu satu siri pergerakan yang tersedia ada. Pelajar
itu juga perlu ada keupayaan melakukan gerak balas tersebut.
Sebagai contoh, dalam proses belajar melukis, murid
memerlukan kemahiran motor kasar, motor halus, mengenal
warna dan alat lukisan sebagi komponennya. Pelajar juga perlu
mempunyai keupayaan memantau prestasi sendiri dan
menggunakan maklum balas.

d) Motivasi - Tingkah laku bergantung kepada motivasi yang


diberikan. la berhubung kait dengan orang yang memberi
motivasi dan sumber peneguhannya.

2.2 Model-model Tingkah laku

Tahukah anda bahawa setiap perlakuan manusia dipengaruhi oleh empat


model tingkah laku.

20
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Apakah yang dimaksudkan dengan model tingkah laku? Teliti dan fahami
jenis-jenis model tingkah laku berikut:

2.2.1 Model Psikodinamik


Teori-teori psikodinamik melihat punca tingkah laku manusia
daripada faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan
secara dinamik melalui pendekatan intrapsychic. Melalui perspektif
psikodinamik, perkembangan personailiti terjadi semasa kanak-kanak
berkembang melalui siri tingkat perkembangan psikoseksual (oral
stage, anal stage, phallic, latency, genital).

2.2.2 Model Biofizikal


Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah
secara organik. Model ini melihat hubungan antara kecacatan fizikal,
kekurangan zat makanan, dan penyakit dengan tingkah laku individu.

2.2.3 Model Persekitaran


Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada
masa kini sangat ketara. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini
menekankan bahawa mengasingkan kanak-kanak daripada
persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya tingkah laku itu
boleh mengelakkan fenomena tingkah laku negatif berlaku.

2.2.4 Model Behavioral


Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam
persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh
faktor-faktor luaran di sekelilingnya.

21
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model

Apakah strategi yang sesuai digunakan oleh guru untuk menangani tingkah
laku mengikut model seperti yang dinyatakan? Strategi pengurusan tingkah
laku juga dilaksanakan berasaskan model pengurusan tingkah laku iaitu
biofizikal, psikodinamik, behavioral, dan persekitaran.

a) Biofizikal - Model biofizikal melibatkan strategi penjagaan sebelum


dan selepas lahir, pemakanan, perubatan, nutrisi, dan sebagainya.
Strategi ini menekankan peranan guru dalam intervensi biofizikal
tersebut.

b) Psikodinamik - Strategi pengurusan tingkah laku mengikut model


psikodinamik melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan
terapi realiti, teknik media ekspresif seperti lakonan bebas, puppet,
main peranan, pergerakan kreatif, tarian, dan aktiviti fizikal.
Manakala teknik pengaruh tingkah laku adalah seperti tidak
mengendahkan sesuatu tingkah laku yang dibuat secara terancang
(planned ignore), mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan
sebagainya.

c) Behavioral - Pengurusan tingkah laku berasaskan model behavioral


berteraskan teori-teori tingkah laku yang melibatkan rangsangan,
ganjaran dan sebagainya.

d) Persekitaran - Intervensi tingkah laku berasaskan model


persekitaran termasuklah strategi yang berpusatkan kanak-kanak,
berpusatkan persekitaran, berpusatkan kanak-kanak dan
persekitaran dan ”interface-centered”.

22
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Latihan 2. Untuk menguji kefahaman konsep dengan membuat
ulasan.
Dengan sokongan pengurusan grafik, banding Bezakan penekanan
yang diberikan oleh model- model pengurusan Tingkah laku di atas.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat.

Sekarang anda boleh berehat sekejap sambil menikmati secawan


kopi.

TAJUK 3 JENIS-JENIS TINGKAH LAKU BERMASALAH 2 JAM

Sinopsis

Tajuk ini merupakan tajuk 3 daripada profoma kursus. Ia memberi pengetahuan


asas tentang jenis-jenis tingkah laku bermasalah dalam kalangan kanak-kanak
berkeperluan khas. Jenis-jenis tingkah laku yang akan dibincangkan ialah jenis-
jenis tingkah laku positif seperti cepat belajar, suka mencuba, perasaan ingin tahu,
suka bertanya, melibatkan diri dalam aktiviti dan lain-lain. Jenis-jenis tingkah laku
23
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
negatif juga dibincangkan seperti agresif, disruptif, distruktif, temper problems,
withdrawal, non-compliance dan lain-lain lagi. Peserta-peserta kursus juga
didedahkan dengan penyelidikan mengenai tingkah laku yang bercorak Cross-
sectional research dan Longitudinal research .

Hasil Pembelajaran

1 Menghuraikan jenis-jenis tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak


bermasalah pembelajaran.

2. Mengenalpasti punca-punca berlakunya masalah tingkah laku negatif.

3. Membezakan penyelidikan tingkah laku jenis longitudinal research dan


cross-sectional research.

Kerangka Konsep Tajuk

Jenis-jenis Tingkah laku


Bermasalah

3.1 Tingkah laku 3.2 Tingkah laku 3.3 Penyelidikan


Positif Negatif Mengenai Tingkah
Laku
3.1.1 Cepat 3.2.1 Hiperaktif
belajar 3.3.1 Cross-
3.2.2 Destruktif
3.1.2 Suka sectional
3.2.3 Disruptif research
mencuba 3.2.4 Agresif
3.1.3 Ingin tahu 24
3.2.5 Temper tantrums 3.3.2 Longitudinal
3.1.4 Suka research
3.2.6 Separation
bertanya
problems
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

3.1 Tingkah laku Positif

Pengenalan

Ramai guru yang merungut dan mengeluh tentang masalah tingkah laku dalam
kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Namun guru juga perlu sedar
bahawa terdapat juga tingkah laku positif yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.
Tingkah laku positif ini perlu diberi pengiktirafan dan perhatian oleh guru
supaya tingkah laku ini dapat ditingkat dan dikekalkan. Aspek ini seringkali

25
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
diabaikan oleh guru kerana guru lebih cenderung memberi perhatian yang
lebih kepada tingkah laku negatif.

Tingkah laku positif bermaksud tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak -
kanak tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan
secara berlebihan atau tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah
kepadanya. Misalnya, sifat ingin tahu yang berlebihan kepada seorang kanak -
kanak boleh menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan
dirinya dan orang lain.

Renungkan, fikirkan dan senaraikan jenis-jenis tingkah laku positif yang


terdapat dalam kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Apakan
kaedah dan teknik-teknik yang guru boleh gunakan untuk meningkat dan
mengekalkan tingkah laku positif ini?
Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah laku murid-
murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkah laku
mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku?

Kaedah dan Teknik Untuk Meningkatkan Tingkah laku Positif

Tingkah laku baik atau yang diingin ditunjukkan oleh murid hendaklah ditingkatkan
lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara teknik yang boleh digunakan
oleh guru adalah seperti berikut:

a) Peneguhan positif
Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang diingini
ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau ditingkatkan lagi,

b) Peneguhan negatif
Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus) setelah
tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan mengekalkan atau meningkatkan
lagi tingkah laku tersebut.

26
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

c) Pembentukan (shaping)
Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh
murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan yang dikehendaki.

d) Kontrak
Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid) secara lisan atau
bertulis. Murid dipertanggungjawabkan terhadap perkara atau aktiviti yang
dipilih. Kontrak akan berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang
hendak diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.

e) Ekonomi token
Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling (coin) atau sticker,
dan sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan. Token ini
boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk ganjaran lain yang
disediakan oleh guru.

f) Modeling
Menggunakan watak-watak (murid, guru ) yang disukai dan dihormati untuk
diteladani oleh murid.

g) Rantaian (chaining)
Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk rantaian
atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau rantaian
kemahiran lain, dikenali juga sebagai analisis tugasan.

h) Pengaburan/pelunturan (fading)
Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara perlahan-
lahan.

3.2 Tingkah laku Negatif

27
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Pengenalan
Anda seringkali berhadapan dengan masalah menguruskan tingkah laku murid-
murid yang mencabar? Apakah yang difahami dengan istilah tingkah laku
mencabar? Mengapakah tingkah laku mencabar ini berlaku?
Tingkah laku bermasalah negatif atau tingkah laku mencabar adalah tingkah laku
yang menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang lain. Beberapa contoh
tingkah laku bermasalah negatif adalah seperti berikut:

3.2.1 Hiperaktif
Tingkah laku aktif yang terlampau. Tidak dapat duduk diam-diam seperti ada jarum
di punggung seseorang individu. Boleh tidak tidur beberapa hari dan melakukan
sesuatu yang disukai tanpa berhenti. Memanjat ke atas almari dan duduk di atas
sambil belajar.

3.2.2 Distruktif
Perlakuan yang suka merosakkan benda seperti kerusi meja, barangan kawan
sekelas, mengoyak poster atau notis di papan kenyataan dan sebagainya.

3.2.3 Disruptif/mengganggu
Perlakuan sentiasa mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam
kelas. Tingkah laku ini juga berlaku di luar kelas dan juga di rumah.

3.2.4 Agresif
Tingkah laku agesif adalah seperti suka memulakan pergaduhan, suka bergaduh,
suka memaki hamun dan sebagainya.

3.2.5 Temper Tantrums


Menunjukkan kemarahan yang kuat secara tiba-tiba. Tidak menerima pujukan atau
ajakkan orang lain walau pun telah diberikan apa yang diminta.

28
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

3.2.6 Seperation Problems


Kecenderungan mengasingkan diri dari kumpulan, asyik duduk di sudut dan tidak
berkerja sama

3.2.7 Pergantungan berlebihan


Kanak-kanak yang sangat bergantung kepada orang lain, tidak dapat berdikari dan
tidak berupaya membuat keputusan sendiri.

3.2.8 Pengasingan diri


Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini
juga dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada
berkomunikasi dengan orang lain.

3.2.9 Noncompliance

a) Ponteng sekolah
Perlakuan yang sengaja dibuat iaitu tidak hadir ke sekolah tanpa pengetahuan ibu
bapa dengan membuang masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau taman
permainan.

b) Enggan ke sekolah
Perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan bahawa sesuatu yang tidak
diingini akan berlaku. Keadaan ini akibat daripada pengalaman emosi yang tidak
menggembirakan yang dialami oleh seseorang. Contohnya enggan ke sekolah akibat
daripada perasaan fobia terhadap sekolah. Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk
berpisah dengan keluarga dan bimbang meninggalkan kawasan rumahnya.

c) Mencuri

29
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Tabiat mencuri barang rakan
sekelas akan menyebabkan pertengkaran, pergaduhan, dan dipulaukan oleh rakan
sekelas.

Tingkah laku Spesifik Yang Mencabar

Ciri-ciri individu yang mengalami

(a) Kecelaruan Tingkah Laku


(i) Tingkah laku yang agresif dan beraksi agresif terhadap orang lain

(ii) Mempamerkan tingkah laku membuli, mengugut, atau


tingkah laku mengancam.
(iii) Berkemungkinan mendera secara fizikal
(iv) Menunjukkan sedikit empati, dan prihatin kepada perasaan.
(v) Menunjukkan tidak berperasaan terhadap orang lain, dan tiada
rasa bersalah atau rasa kesal

(b) Kecelaruan Penyesuaian


(i) Menunjukkan emosi dan tingkah laku apabila tidak dapat
menyesuaikan diri pada masa tertentu atau tidak dapat membuat
perubahan dalam hidup.

(ii) Tingkah laku cemas, atau takut, vandalisma atau bergaduh.

(c) Kurang Tumpuan dan Hiperaktif

(i) Menunjukkan tingkah laku tidak konsisten pada

30
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Tahap perkembangan mereka.

(ii) Mudah lupa dengan aktiviti harian.

(iii) Lemah dalam memberi perhatian, lalai dalam kerja sekolah atau
kerja rumah.

(iv) Tidak dapat mengikut arahan dan gagal menyudahkan

kerja sekolah.

(d) Engkar Arahan

(i) Tidak memberi perhatian dan tumpuan terhadap sesuatu arahan.

(ii) Sering mengabaikan kerja sekolah dan menganggap tidak


penting.

(iii) Kurang bertanggngjawab.

(iv) Sukar menguruskan tugas dan aktiviti.

(e) Tingkah Laku Mengganggu

(i) Menunjukkan tingkah laku negatif defien, tidak taat, dan tingkah
laku permusuhan terutama terhadap mereka yang berautoriti.

(ii) Menunjukkan tingkah laku agresif terhadap orang ramai dan


kejam terhadap binatang.

(f) Impulsif

(i) Menunjukkan tingkah laku yang abnormal terutama

yang berkaitan dengan interaksi sosial dan komunikasi.

(ii) Gagal membina perhubungan rakan sebaya dan yang sama

umur dengan mereka.

31
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
(g) Agresif

(i) Terdapat beberapa perubahan pada individu seperti tidak


dapat tidur malam, dan mempi ngeri dan perasaan takut yang
amat sangat.

(ii) Cepat naik marah


(iii) Tidak sabar menunggu giliran.
(iv) Tidak dapat menerima teguran atau komen dari orang lain
(v) Sering melawan dan menganggap dirinya yang terbaik.

(h) Mengamuk

(i) Menunjukkan kecelaruan tingkah aku yang serius seperti


hilang perhubungan dengan persekitaran.
(iii) Berlaku pertukaran personaliti cepat bosan dalam

menyudahkan tugasan

(iv) Mengalam halusinasi dan delusi percakapan yang tidak


Terurus

(i) Murung

(i) Tingkah laku murung boleh ditunjukkan melalui simptom seperti


sakit kepala

atau sakit perut dan kecelaruan dalam mengurus sesuatu tugas.

(ii) Gagal dalam melaksanakan kerja atau menunjukkan emosi yang


tidak menentu seperti ketawa seorang diri atau menangis.

(j) Stereotaip
(i) Kurang keyakinan diri.
(ii) Menunjukkan pergantungan kepada orang lain.
(iii) Sering was-was apabila menjalankan tugas dan

32
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
tanggungjawab.

(iv) Sering mengulang tugas yang sama kerana tidak puas hati dalam
menyudahkan tugasan tersebut.

Apakah punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar?


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan terjadinya tingkah laku mencabar
antaranya:

Fungsi dan struktur otak Kecederaan ketika lahir.

Genetik Kesihatan mental ibu

Alergi makanan dan pengambilan


gula Kurang berat badan sewaktu dilahirkan

Terdedah kepada persekiaran yang Pengambilan rokok semasa mengandung


tercemar.

Punca-punca terjadinya tingkah laku yang mencabar

Kaedah dan Teknik untuk Mengurang dan Menghapuskan Tingkah laku


Negatif

Pernahkah anda berhadapan dengan masalah tingkah laku negatif seperti yang
dinyatakan di atas? Apakah tindakan yang guru lakukan untuk menangani tingkah
laku negatif tersebut? Baca dan fahami teknik-teknik yang dinyatakan di bawah
yang boleh membantu guru mengurang dan menghapus tingkah laku negatif yang
tidak diingini.

a) Penghapusan (Extinction)

33
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

Memberhentikan atau menyekat murid murid daripada terus melakukan


tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan
dengan tingkah laku baru yang positif.

b) Pengasingan (Time-out)
Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan (penjuru bilik, bilik
khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan,

c) Kejemuan (Satiation)
Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu
melakukannya dan berhenti sendiri. “Over Correction” adalah satu teknik
kejemuan,

d) Hukuman/dendaan

Contoh: tahanan kelas (lambat balik) , dendaan fizikal, ambil balik token
yang diberi, menarik balik hak dan keistimewaan,

e) Disensitisasi
Tindakan-tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan rasa gugup
atau takut yang berlebihan ( takut bercakap di depan kelas, fobia).

f) Pembetulan semula (overcorrection)


Prosedur yang memerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau kesalahan
yang dilakukan melebihi keadaan sebelumnya.
Cth: - membuat pembetulan kesalahan tulisan berulang kali
- bukan hanya mengelap bahagian lantai yang ditumpahi
makanan tetapi diminta mengelap keseluruhan lantai bilik
itu
g) ’Response cost’
Suatu bentuk penarikan peneguh atau ganjaran secara sistematik
terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

34
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

Bagaimanakah kita mencegah tingkah laku mencabar di kalangan murid kita?


Pencegahan tingkah laku mencabar memerlukan kerjasama semua pihak yang terlibat
dengan pendidikan murid-murid. Pihak yang kita maksudkan ialah ibu bapa,
keluarga, pihak pentadbir sekolah, guru, agensi berkaitan, para pakar, badan bukan
kerajaan, komuniti dan masyarakat. Kerjasama dan kolaborasi pintar kesemua
pihak ynag prihatin dengan perkembanagan dan pendidikan murid-murid akan
memastikan sebarang strategi dan program pengubahan tingkah laku itu berjaya.
Bagi tujuan topik ini, kita akan membincangkan hanya strategi bilik darjah, strategi
untuk sekolah dan garis panduan melaksanakan program mencegah tingkah laku
mencabar.

Strategi di bilik darjah

Guru memainkan peranan yang penting dalam mengurus kelas dan tingkah laku
murid-muridnya. Guru bukan hanya mengajar tetapi guru juga mendidik murid-
murid. Guru perlu mengamalkan amalan terbaik (best practices) dalam kelasnya. Bagi
mengamalkan amalan terbaik ini, guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu
pengetahuannya dan mengaplikasikan cara pengajaran yang baik. Guru perlu
memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

(a) Guru perlu sentiasa meningkatkan dirinya secara profesional iaitu selalu
menghadiri kursus, latihan, ceramah terutamanya berkaitan pengurusan
bilik darjah dan tingkah laku. Guru juga mesti sentiasa peka dengan
perkembangan pendidikan semasa melalui pembacaan dan pencarian
maklumat pelbagai sumber lain seperti majalah, jurnal dan internet.

(b) Guru perlu tahu mengurus bilik darjah dengan baik.


Penyusunanpersekitaran, ruang, perabot, alatan, alat bantu mengajar dan
bahan lain perlu dilakukan dengan bijaksana dengan mengambilkira
keperluan dan kepelbagaian cara pembelajaran murid dalam bilik darjah.
Pastikan bilik darjah selamat, ceria dan kondusif untuk pembelajaran murid.

35
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

(c) Guru perlu menyokong tingkah laku murid secara yang positif iaitu
dengan membanyakkan motivasi dan memberi ganjaran.

(d) Guru perlu menetapkan peraturan bertingkah laku dalam bilik


darjah.Peraturan ini perlu dipatuhi oleh semua orang termasuk guru,
pembantu guru, ibu bapa, tetamu dan sebagainya.

(e) Guru perlu mengamalkan strategi pengubahsuain tingkah laku dan


strategi pengajaran-pembelajaran yang berkesan.

(f) Guru perlu banyak melibatkan keluarga dan ibu bapa dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Sentiasa berhubung dengan ibu bapa dan
keluarga berkaitan perkembangan dan tingkah laku anak-anak mereka.

(g) Guru perlu selalu membuat pemantauan dan penilaian terhadap proses
pengajaran-pembelajaran dan program pengubahsuaian tingkah laku.

Kita semua pasti dapat lakukannya! Kalau kita dapat lakukannya sudah pasti murid
kita akan mendapat faedahnya.

Strategi untuk sekolah

Seperti yang kita tegaskan sebelum ini, untuk mengubah tingkah laku kita perlu
mengubah diri kita sendiri dahulu. Kita juga nyatakan bahawa semua pihak
memiankan peranan yang penting dalam mencegah tingkah laku mencabar. Pihak
sekolah bererti semua warganya terutamanya pihak pentadbir sekolah iaitu
pengetua/guru besar, guru penolong kanak, penyelia, penyelaras kelas khas
bermasalah pembelajaran. Semua pihak ini perlu prihatin dan bertanggunjawab
dalam membantu program pencegahan tingkah laku mencabar berjaya di sekolah
mereka. Namun pendekatan 'whole school approach' atau seluruh sekolah perlu
diterapkan iaitu seluruh warga sekolah meliputi pihak pentadbir, para guru,
kakitangan lain, pengawal keselamatan, pihak kantin sekolah, ibi bapa dan

36
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) perlu memainkan peranan masing-masing.
Saranan yang perlu dilakukan oleh sekolah:

a) Membina iklim sekolah yang berdisiplin baik.

b) Membuat peraturan yang jelas, adil dan bertimbang rasa yang boleh
dilaksanakan.

c) Memastikan pembangunan profesional di kalangan warga sekolah


terutama para guru, kakitangan lain, ibu bapa dan PIBG.

d) Memastikan murid disokong dengan cara-cara yang positif.

e) Memastikan guru mengamalkan strategi yang berkesan.

f) Memberikan sokongan kepada guru, murid, ibu bapa dan


keluarga.

g) Menyokong dan menggalakkan kejayaan murid.

Sekiranya pihak sekolah berperanan dengan sewajarnya sudah tentu kejayaan


mencegah tingkah laku mencabar dapat dicapai. Adakah anda bersetuju ?

3.3 Penyelidikan Mengenai Tingkah laku

3.3.1 ’Cross-sectionall Research’


Ialah satu kaedah penyelidikan di mana data-data dipungut pada satu
jangkamasa tertentu dari individu yang berlainan latarbelakang. Kaedah ini
seringkali digunakan di dalam bidang psikologi perkembangan dan boleh juga
digunakan di dalam bidang-bidang lain seperti sains sosial, pendidikan dan
lain-lain bidang sains.
Dalam bidang psikologi perkembangan, pengkaji boleh memilih beberapa
kumpulan subjek yang mempunyai banyak ciri persamaan tetapi hanya
berbeza dari segi umur. Oleh itu ini sekiranya terdapat sebarang perbezaan di
antara kumpulan ini ia diandaikan adalah kerana faktor perbezaan umur.

3.3.2 ’Longitudinal Research’

37
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Kajian longitudinal research ialah satu kaedah penyelidikan bertujuan untuk
melihat perkaitan di antara beberapa pembolehubah. Ia melibatkan kajian
terhadap kumpulan individu yang sama dalam jangkamasa yang panjang. Data
dipungut di peringkat permulaan dan juga di sepanjang tempoh kajian.
Kebaikan kajian ’londitudinal research’ ialah ia membolehkan pengkaji
melihat perubahan yang berlaku dalam tempoh tersebut. Contohnya untuk
mendapatkan sebab-sebab berlakunya jenayah di kalangan remaja, pengkaji
akan mengesan 50 remaja dalam tempoh 30 tahun untuk mendapatkan faktor
utama kepada berlakunya jenayah tersebut.

Latihan 3

3.1 Perhatikan tingkah laku seorang kanak-kanak yang hiperaktif. Minta kanak-
kanak tersebut duduk diam. Berapa lama dia boleh duduk diam. Catatakan
masa, dan apa yang dilakukannya dalam pemerhatian anda.
3.2 Bincangkan kepentingan ‘longitudinal research’ dan ‘cross-sectional
research’ dalam bidang pengurusan tingkah laku kanak-kanak bermasalah
pembelajaran.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut :


http://psychology.about.com
http://www.alleydog.com
http://www.enotes.com
http://en.wikipedia.org

38
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA

TAJUK 4 ( PRINSIP-PRINSIP ASAS PENGURUSAN 2JAM


TINGKAH LAKU)

 SINOPSIS

Dalam tajuk ini pelajar akan didedahkan kepada pengurusan peneguhan,


dokumentasi dan prinsip pengurusan tingkah laku.

 HASIL PEMBELAJARAN

39
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Diakhir pengajaran tajuk ini anda akan dapat:

i. memahami konsep pengurusan peneguhan


ii. memahami aspek pendokumentasian
iii. memahami prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

 Prinsip Peneguhan

 Jadual Peneguhan

 Prisip Peneguhan Pengurusan Tingkah Laku

4.0 Pengenalan

Mengurus tingkah laku memerlukan kemahiran guru yang khusus


dalam bidang tersebut . Ianya berlandaskan kepada prinsi-prinsip
yang perlu dihayati dan dipegang oleh guru. Antara yang perkara
yang perlu diberi perhatian adalah prinsip peneguhan, jenis
pemerhatian, dan prinsip-prinsip pengurusan tingkah laku.

4.1 Prinsip peneguhan

Peneguhan sangat penting untuk mengekal, meningkat, atau


mengurangkan tingkah laku. Dalam membuat peneguhan,
peneguh (ganjaran) yang diberi hendaklah sesuai dan berkesan.

Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang dapat


meneguhkan / mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini

40
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang.
Peneguh yang diberi mestilah sesuatu yang disukai oleh murid.

Jenis-jenis peneguh
Terdapat empat jenis peneguh yang boleh diberikan kepada
murid, iaitu:

i. Tangible yang dibahagi kepada dua iaitu;

a. edible reinforcer- merupakan makan / minum


yang disukai murid seperti
makanan (gula-gula, biskut,
dll)
b. non-edible- merupakan barangan
seperti kereta mainan, pen,
bola dan sebagainya.

ii. Sensory merupakan sensasi yang disukai atau dapat


menggembirakan murid. Terdapat lima jenis sensory reinforcers
iaitu;
a. Sentuhan (tactile) – sentuhan dari kulit ke kulit antara
guru dan murid yang boleh menyebabkan murid bertindak balas.
Contoh: sentuhan, pelukan, menepuk bahu, usap kepala, dsb.

b. Penggetar (vibratory) – merupakan alat penggetar


(vibrator) yang letakkan di bahagian leher,

tangan atau kaki (sesuai untuk kanak-kanak spastik atau yang


mengalami pelbagai kecacatan)

c. Wangian (olfactory) – menggunakan bahan-bahan


yang menarik minat murid.

41
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

d. visual – menggunakan alat-alat yang dapat menarik


dan menggembirakan murid seperti ”spinning colour wheel”

e. auditory – bunyi-bunyi yang menarik minat murid atau


disukai murid

iii. sosial – merupakan pujian, senyuman, beri perhatian,


kontak mata, tepukan, sentuhan, pelukan, dan tanda- tanda / air
muka persahabatan atau kasih sayang yang dapat
menggembirakan murid.

iv. aktiviti – merupakan lawatan, ambil bahagian, mewarna,


menonton televisyen, dll.

Jadual peneguhan
Peneguhan boleh diberi kepada murid mengikut jadual berikut:
i. ’Contigent’ diberi setiap kali tingkah laku yang diingini (tingkah
laku sasaran) ditunjukkan untuk mengekalkan
tingkah laku tersebut

ii. ’Continuous’ diberikan kepada setiap tindak balas yang murid


berikan. Kebiasaannya pada awal program untuk
membentuk / melatih perlakuan baru.

42
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
iii. ’Intermitten’ diberi secara berkala tanpa dijangka, bukan kepada
setiap perlakuan berlaku.
iv. Penjadualan a. ’Fixed ratio’ – penjadualan tetap nisbah
nisbah (ratio perlakuan (bilangan)
schedules) b. ’variable ratio’ – bilangan perlakuan yang
berbeza
dalam tempoh tertentu (masa)
c. ’Fixed interval’ – penentuan jangka masa yang
tetap (setiap 10 minit)
d. ’Variable interval’ – penentuan jangka masa yang
tidak tetap (5,4,9,15,13 minit)

Jenis-jenis pemerhatian

Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu mengenal


pasti masalah tingkah laku yang hendak diubah atau ditingkatkan. Oleh itu guru
perlu membuat pemerhatian dan merekodkan pemerhatiannya secara sistematik.

Pendekatan pengurusan tingkah laku dibuat berdasarkan pemerhatian langsung


(direct observation) terhadap perlakuan kanak-kanak yang berkenaan. Melalui
pemerhatian langsung ini guru akan dapat menentukan jenis perlakuan yang perlu
diperbaiki / diubah /dipupuk kepada diri kanak-kanak berkenaan, bila tingkah laku
itu terjadi, tempat tingkah laku itu dibuat, dan kekerapan tingkah laku itu diulangi.

Jenis-jenis pemerhatian boleh dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang


hendak dinilai / diperhati, ia itu:

i. memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat tafsiran


(interpretation) dan tanggapan (judgement)
 Melapor apa yang dilihat sahaja

43
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

 Menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapi


untuk membuat hipotesis yang diperolehi selepas
menemubual individu yang berkenaan,

ii. memerhati apa yang telah dirancang dan secara ”open ended”

 Iaitu menilai / memerhati kemahiran tertentu , pengetahuan,


perlakuan, atau sikap yang telah dikenal pasti, di samping
menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka / di luar
perancangan penilai / pemerhati, tetapi relevan dengan
objektif penilaian tersebut.

iii. memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

 Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam


jangka masa yang berperingkat boleh memberi dapatan yang
berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau
peristiwa atau pendekatan terhadap sesuatu tugasan dan
masalah / kesukaran.

Pelaksanaan pemerhatian boleh dilakukan mengikut pelbagai strategi dan cara serta
kriteria tertentu, antaranya;

i. pelaksanaan secara berterusan mengikut keperluan yang


telah dikenal pasti atau dirancang,

ii. dengan menggunakan senarai semak atau alat lain seperti


rekod anekdot.

iii. pemerhatian boleh dilaksanakan secara global atau analitik


mengikut objektif atau tujuan pemerhatian,
44
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

iv. jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan


keadaan dan keperluan,

v. maklum balas diperoleh melalui pemerhatian guru dan / atau


tindak balas murid.

Prinsip pengurusan tingkah laku

Dalam melaksanakan program tingkah laku, guru perlu memahami prinsip-prinsip


pengurusan tingkah laku berikut:

 Kebanyakan tingkah laku boleh di pelajari (kenyataan ini bermaksud semua


tingkah laku baru boleh dipelajari sepanjang masa)

 Semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus


Tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalaj akibat rangsangan
yang diterimanya. Prinsip ini sangat ditekankan dalam teori behavioris.
Antecedent atau peristiwa sebelum sesuatu tingkah laku adalah rangsangan
terhadap tingkah laku tersebut.

 Tingkah laku boleh diajar dan diubah


Guru harus berpegang kepada prinsip ini apabila hendak mengajar tingkah
laku baru kepada muridnya. Melalui teknik pengurusan tingkah laku yang
sesuai, guru dapat mengubah tingkah laku bermasalah kepada tingkah laku
baru yang diingini.

 Matlamat perlu jelas dan khusus


Objektif program pengurusan tingkah laku yang hendak dijalankan

45
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
perlu dinyatakan dengan jelas dan khusus.

 Program perlu secara individu


Disebabkan masalah tingkah laku adalah berbeza bagi setiap murid, maka
pelaksanaan program intervensi hendaklah dirancang untuk murid yang
berkenaan sahaja.

 Program perlu fokus masa kini (semasa)


Program pengurusan tingkah laku hendaklah tertumpu kepada masalah
tingkah laku semasa yang ditujukkan oleh murid.

 Program perlu fokus pada persekitaran kanak-kanak


Program intervensi dilaksanakan di dalam bilik darjah atau di rumah yang
merupakan persekitaran sudah biasa kepada murid-murid.

Latihan 1: untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu


penting dengan membut ulasan,

Dengan merujuk bahan bacaan dan multimedia, huraikan


pelbagai jenis peneguhan dan prinsip – prinsip peneguhan di
atas. Layari laman web untuk mendapat maklumat tambahan

Latihan 2:

46
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Pilih satu daripada prinsip pengurusan tingkah laku dalam
tajuk 4 dan huraikan.

TAJUK 5 PROSES PERUBAHAN TINGKAH LAKU 2JAM

Sinopsis

Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada langkah-langkah dalam


pengurusan tingkah laku seperti memilih tingkah laku sasaran,
mengumpul san merekod data serta melaksanakan intervensi

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:


i. mengenalpasti langkah-langkah dalam proses perubahan
tingkah laku
ii. menjelaskan pelbagai faktor yang menyebabkan salahlaku dan

menghuraikan kesan-kesan salah laku terhadap pembelajaran

Kerangka Model Tajuk

5.1 Mengenal pasti dan memilih tingkah laku


47
sasaran
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

5.0 Pengenalan

Tingkah laku bermasalah yang ditunjukkan olenh murid perlu ditangani


segera oleh guru dengan merancang program intervensi yang sesuai.
Proses perubahan tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah-langkah
yang telah ditetapkan seperti memilih tingkah laku sasaran, mengumpul dan
merekod data serta melakdsanakan intervensi.

5.1 Mengenal pasti dan memilih tihgkah laku sasaran

Tingkah laku sasaran adalah tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi
keutamaan dalam proses perubahan tingkah laku.

Panduan memilih tingkah laku sasaran:

i) Pilih hanya satu tingkah laku sasaran pada satu-satu masa, iaitu tingkah
laku yang

- Membahayakan diri dan orang lain

48
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
- Boleh mengganggu pembelajaran dan lurid lain
- Merbahayakan keselamatan diri dan murid lain
- Tidak sesuai dengan umurnya
- Terlalu kerap berlaku
- Terjadi akibat kurang mahir dalam bidang-bidang tertentu
- Menyebabkan murid lain menjauhkan diri
(Zirpoli&Mellow, 2001)

ii) Analisis tingkah laku sasaran berdasarkan :

- Jenis tingkah laku


- Kekerapan tingkah laku
- Jangka masa barlaku
- Tahap keterukan (intensiti)
- Jumlah keseluruhan tingkah laku

iii) Pertimbangan kemungkinan arah perubahan sama ada tingkah laku itu
meningkat atau menurun
iv) Pastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian
v) Pastikan tingkah laku dapat diukurperlakuannya.Misalnya ” Murid A
bangun dari kerusi dan berjalan dalam kelas sebanyak lima kali dalam
tempoh setengah jam.
vi) Nyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada
secara lisan atau bertulis.

5.2 Mengumpul dan merekod data

49
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru
seharusnya mengumpul maklumat tentang tingkah laku yang hendak di
ubah. Maklumat atau data yang terkumpul dikenali sebagai ” baseline data”.

Tujuan mengumpul data:

- Mengetahui jumlah tingkah lakutersebut dalam sehari.


- Mengetahui waktu tingkah laku paling banyak berlaku.
- Mengetahui sama ada tingkah laku ini mempunyai corak/pola
tertentu.
- Mengetahui sebab-sebab berlaku keadaan tersebut.

Maklumat mengenai tingkah laku diperolehi melalui pemerhatian dan


maklumat direkod melalui teknik-teknik berikut:

- Rekod Naratif
- Rekod Anekdot
- Rekod Naratif berterusan
- Rekod Kejadian (Event Recording)
- Rekod Kekerapan
- Rekod jangka masa (Duration)
- Rekod had masa (Interval)
- Rekod Sampel Masa

5.3 Mengenal pasti dan menentukan peneguhan

5.4 Melaksana Intervensi

Setelah guru mengumpul segala maklumat(baseline data) tentang tingkah


laku muridnya, barulah guru dapat melaksanakan program intervensi untuk

50
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
mengurus tingkah laku tersebut. Sebelum sesuatu tingkah laku dapat
diurus, beberapa perkara perlu diberi perhatian terlebih dahulu iaitu:

i) Apakah jenis tingkah laku yang dapat diperhati?


ii) Tingkah laku yang mana satu harus di beri keutamaan?
iii) Bila tingkah laku itu berlaku?
iv) Kekerapan tingkah laku itu berlaku?
v) Apakah punca atau sebab tingkah laku itu berlaku?
vi) Bagaimana hendak mengurus tingkah laku tersebut?

Baseline data yang diperolehi hendaklah diteliti untuk melihat ciri-ciri,


keterukan dan corak tingkah laku itu berlaku. Dari sinilah guru dapat
merancang intervensi yang hendak dilaksanakan. Program intervensi
dilaksanakan dengan menggunakan strategi untuk meningkatkan atau
mengurangkan tingkah laku sasaran.

Program intervensi dijalankan dalam tiga fasa iaitu:

i) Fasa pra intervensi


ii) Fasa intervensi
iii) Fasa selepas intervensi

Fasa pra intervensi:

Dikenali sebagai ”baseline period” iaitu guru akan mengumpul semua


maklumat tentang tingkah laku murid melalui pemerhatian tanpa sebarang
intervensi. Rekod ”baseline” ini akan dijadikan perbandingan dengan rekod
baselinedata selepas intervensi.

Fasa intervensi:

Setelah guru puas hati dengan data yang diperolehi dalam tempoh fasa pra
intervensi, guru boleh memulakan program intervensi yang dirancangkan.
Sepanjang tempoh program intervensi ini tingkah laku tersebut akan
51
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
diperhati dan direkodkan (seperti dalam fasa pra intervensi) ke dalam geraf
bahagian fasa intervensi. Dicadangkan fasa intervensi ini
dijalankansekurang-sekurang selama dua minggu.

Fasa selepas intervensi:

Dalam fasa ini tingkah laku murid akan dinilai untuk menentukan tingkah
laku yang dipelajari dalam tempoh intervensi dapat dikekalkan. Tingkah
laku murid akan terus diperhati dan direkodkan kedalam bahagian geraf
fasa selepas intervensi.

5.5. Menilai keberkesanan intervensi

Intervensi yang dilaksanakan perlu direkod dan ditunjukkan melalui geraf


sama seperti rekod baseline data. Selepas program intervensi dijalankan
pemerhatian akan dilakukan sekali lagi untuk mendapatkan baseline data
yang kedua. Baseline data kedua merupakan pemerhatian susulan program
intervensi dilaksanakan. Sekiranya tidak ada perubahan tingkah laku yang
diingini ditunjukkan oleh murid, maka guru boleh melaksanakan intervensi
susulan seterusnya dengan mencuba strategi dan teknik pengubahsuaian
tingkah laku yang lain.

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu


penting dengan membuat rumusan.

Dengan merujukbahan-bahan bacaan dan multimedia,


huraikan setiap teknik pengumpulan data yang dinyatakan
di
atas denan menunjukkan contoh yang sesuai. Bentangkan
untuk perbincangan dalam kelas.

52
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat
tambahan.

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-


isu
penting dengan membuat rumusan.

Dengan sokongan pengurusan grafik, banding bezakan


antara
rekod naratif dengan rekod anekdot.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat


tambahan.

TAJUK 6 STRATEGI PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2 JAM

Sinopsis

Dalam tajuk ini anda didedahkan kepada cara-cara untuk


meningkatkan serta mengurangkan tingkah laku yang diingini
atau tidak diingini.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini anda akan dapat:


i. mengenalpasti strategi-strategi untuk meningkatkan tingkah laku

53
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
yang diingini.
ii. mengenalpasti strategi-strategi untuk mengurangkan atau
menghentikan tingkah laku yang tidak diingini.

Kerangka Model Tajuk

Strategi Pengurusan Tingkah laku


-Peningkatan tingkah laku
-Pengurangan Tingkah laku

6.0 Pengenalan

Dalam pengurusan tingkah laku, guru akan berusaha untuk mengekal atau
meningkatkan lagi tingkah laku yang diingini yang ditunjukkan oleh murid.
Manakala tingkah laku negatif pula akan dihentikan atau dikurangkan.
Kesemua ini dapat dilakukan melalui teknik-teknik tertentu.

6.1 Meningkatkan Tingkah Laku

Tingkah laku baik atau yang diingini yang ditunjukkan oleh murid
hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang-kurangnya dikekalkan. Antara
teknik yang boleh digunakan oleh guru adalah seperti berikut:

 Peneguhan Positif:
Pemberian peneguhan selepas sesuatu tingkah laku yang
diingini ditunjukkan supaya tingkah laku itu dikekalkan atau
ditingkatkan.

 Peneguhan Negatif:
54
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Merupakan penarikan rangsangan negatif (aversive stimulus)
setelah tingkah laku sasaran ditunjukkan dan akan
mengekalkan atau meningkatkan lagi tingkah laku tersebut.

 Pembentukan: (Shaping)
Pemberian pengukuhan kepada perlakuan-perlakuan yang
dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan
perlakuan yang dikehendaki.

 Kontrak:
Persetujuan di antara dua pihak atau lebih (guru dan murid)
secara lisan atau bertulis. Murid dipertanggungjawabkan
terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan
berjaya jika murid faham akan tingkah laku yang hendak
diubah dan murid faham akan kesan yang akan berlaku.

 Ekonomi Token:

Peneguhan diberi dalam bentuk token seperti syiling atau stiker


(pelekat) sebagainya apabila tingkah laku yang diingini ditunjukkan.
Token ini boleh ditukarkan dengan benda-benda atau bentuk
ganjaran lain yang disediakan oleh guru.

 Modeling :

Menggunakan watak-watak (murid atau guru) yang disukai dan


dihormati untuk diteladani oleh murid.

 Rantaian (Chaining):

Merujuk kepada siri tingkah laku yang ditunjukkan dalam bentuk

55
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
rantaian atau berurutan. Pembentukan rantaian tingkah laku atau
rantaian kemahiran lain juga dikenali sebagai analisis tugasan.

 Pengaburan/Pelunturan (Fading):
Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran yang diterima secara
perlahan-perlahan.

6.2 Mengurangkan Tingkah Laku

 Penghapusan ( Extinction):
Memberikan atau menyekat murid - murid daripada terus melakukan
tingkah laku negatif secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan
tingkah laku baru yang positif.

 ”Time-Out” :
Menempatkan murid berasingan daripada kumpulan(penjuru kelas,
atau bilik khas) atau mengeluarkan murid daripada aktiviti kumpulan.

 Kejemuan (Satiation):

Murid melakukan tingkah laku itu sehingga dia jemu melakukannya


dan berhenti sendiri. ”Over-correction” adalah satu teknik kejemuan
yang tidak digalakkan.

 Hukuman/ Dendaan:
Contoh: tahanan kelas (detention class), dendaan fizikal,
”response cost” iaitu menarik balik hak atau keistimewaan.

 Disensitisasi:
Tindakan – tindakan secara beransur-ansur untuk menghilangkan
rasa gugup atau takut yang berlebihan (takut bercakap di depan
kelas atau fobia).

56
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

 ”Overcorrection”:
Prosedur yang menerlukan pelajar memperbaiki keadaan atau
kesalahan yang dilakukanmelebehi keadaan sebelumnya. Contoh
- membuat pembetulan terhadap kesalahan tulisan berulang kali.
- menulis ayat atau perkataan yang sama berulang kali mungkin
seratus kali.

 ”Response cost ”:
Suatu bentuk penarikan peneguh atau gtanjaran secara sistematik
terhadap sesuatu tingkah laku yang tidak sesuai.

Latihan 1 untuk menguji kefahaman konsep-konsep,isu-isu


penting dengan membuat rumusan.

Pilih satu daripada teknik meningkatkan tingkah laku dan


huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik
tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam
kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat


tambahan.

Latihan 2 untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-


isu
penting dengan membuat rumusan.

Pilih satu daripada teknik mengurangkan tingkah laku dan


huraikan bagaimana anda akan mengaplikasikan teknik
tersebut dalam mengurus masalah tingkah laku dalam
kalangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat


tambahan.

57
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

SELAMAT MENCUBA!

TAJUK 7 ISU DAN ETIKA PENGURUSAN TINGKAH LAKU 2JAM

Sinopsih

Bagi meningkatkan pengetahuan anda, modul ini menyediakan perkara-


perkara yang berkaitan dengan isu dan etika yang tedapat dalam
program Pendidikan Khas.

Hasil Pembelajaran

i) Memahami hak asasi kanak-kanak seperti dari segi normalisasi,


keadilan dan penghormatan.

ii) Menjelaskan tentang peranan penglibatan ibu bapa dan


kepentingan antara pihak ibu bapa dan sekolah.

iii) Mengenal pasti penglibatan komuniti dalam murid berkeperluan


khas

58
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Kerangka Tajuk

Isu dan Etika Pengurusan Tingkah Laku

Hak asasi Penglibatan Isu dan Etika


kanak-kanak Komuniti Pengurusan
Tingkah Laku

7.0 Pengenalan
Bagi meningkatkan pengetahuan anda tentang mobul ini, disediakan
perkara-perkara yang berkaitan dengan isu, dan etika yang terdapat
dalam pengurusan program pendidikan khas. Sebenarnya dalam
melaksanakan program pengurusan tingkah laku, terdapat bayak isu
yang mungkin timbul. Di antara yang diperkatakan ialah:

 Sulit (confidential)
Semua maklumat dan rekod murid dan ibu bapa adalah sulit.
 ”Zero reject” ( education for all )
Semua murid berhak mendapat pendidikan secara percuma
 Penilaian tanpa diskriminasi (non-discriminatory evaluation).
Setiaporang murid perlu mendapat penilaian yang sesuai dengan
latar belakang budaya dan bahasa sebelum ditempatkan dalam
program pendidikan khas.
 Rancangan Pengajaran ndividu (Individualized Educational
Plan)

59
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Setiap murid berkeperluan khas perlu ada rancangan pendidikan
secara individu yang mencatatkan pecapaian semasa, matlamat,
perkhidmatan khusus, prosedur dan hasil (out come).
 Persekitaran yang kurang terhad ( least restricted environment)
Seboleh-bolehnya murid perlu di berikan pendidikan dalam kelas
yang paling tidak terhad.
 Due Proses
Satu set prosedur untuk memastikan keadilan dalam membuat
keputusan yang berkaitan pendidikan murid dan tanggungjawab
dipikul bersama-sama oleh pihak profesional (pakar) dan ibu bapa.

 Penglibatan dan persetujuan ibu bapa


Ibu bapa bukan hanya terlibat dalam perancangan tetapi terlibat
juga dalam membina program dan berhak mendapat rekod
berkaitan pendidikan anaknya.

7.1 Hak Asasi Kanak-kanak


Allen (1969) dalam Walker & Shea (1995) telah menggariskan tiga
prinsip sebagai panduan:
i) Normalisasi
Prinsip ini memberi peluang kepada mereka yang
berkeperluan khas merasa kehadiran mereka
hampir senormal mungkin. Perkara yang perlu
diberikan perhatian:
-Persekitaran sebenar kanak-kanak
-Persamaan dan perbezaan di kalangan berbagai
kumpulan dalam masyarakat
-Pengetahuan tentang pertumbuhan dan
perkembangan, keperluan, kehendak, kekuatan
dan ketidakupayaan kanak-kanak.

60
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
ii) Keadilan
Prinsip keadilan berlandaskan `Due Process` yang
menghendaki setiap tindakan berfokuskan kepada
kebajikan kanak-kanak.Di antara contoh tindakan
yang tidak adil:
-Enggan mencuba pengurusan tingkah laku secara
sistematik.
-Menempatkan murid secara sembarangan tanpa
usaha membantu.
-Ketidaksediaan guru menyediakan perkhidmatan
yang diperlukan.

iii) Penghormatan
Prinsip penghormatan menjelaskan tentang hak
seseorang untuk dilayan sebagai manusia yang
bermaruah dan bukan dilayan seperti
haiwan.Contoh tindakan yang salah:
-Hukuman fizika l- (tampar, ketuk-ketampi)
-Hukuman psikologi (menyindir, memarahi dan
memberi gelaran)
-pengabaian - (menyekat kanak-kanak daripada
Peluang untuk berjaya)
-Pemisah - (salah penempatan dikelas khas)
-pengasingan - (pengguanaan ’time out’ secara
tidak konsistem dan lama)
-Pengubatan- (salah guna ubatan)
-Hukuman kejam - (sekatan, renjatan elektrik)

7.2 Penglibatan ibu bapa

61
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

a) Peranan ibu bapa


-Ibu bapa boleh trlibat dalam pengesanan,
pengujian(assessment), membina program, mengajar
dan penilaian (evaluation) (e.g.keberkesanan program).
-harapan ibu bapa dan juga harapan profesional.

b) Bentuk penglibatan
-mengenalpasti dan merujuk
-diberitahu dan mendapat kebenaran dari ibu bapa
untuk membina program
-temuduga sejarah hidup murid
-pengujian secara formal
-memerhati dan membuat carta
-melibatkan murid dalam pengujian (assessment)

c) Perbincangan dan percubaan dengan ibu bapa


(conferencing)
- persediaaan untuk perjumpaan
-cara komunikasi
-melaporkan keputusan
-membentuk matalamat (goals) program
-kelulusan untuk penempatan

d) Due Process
Dalam Due proses hak dan tanggungjawab terhadap
ibubapa diperjelaskan.

e) Memantau perlaksanaan.
-merupakan proses yang berterusan

62
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
f) kerjasama ibu bapa
Kerjasama ibu bapa dengan profesional akan dapat
menjamin kejayaan program.

g) Pendidikan ibu bapa


-Pendidikan kepada ibu bapa tentang pendidikan khas,
keperluan khas anak
-latihan berkomunikasi, terapi, kaunseling, perundangan
-membina rangkaian (net working)-kelab sokongan ibu
bapa.

h) Reaksi ibu bapa


Reaksi ibu bapa dapat dilihat dalam 3 bentuk, iaitu
- Redha dan bersyukur
- Keliru-akibatnya timbul berbagai reaksi
-salahkan diri
-tidak gembira/murung
-rasa bersalah
-penafian
-menyalahkan orang lain
-menarik diri
-mengelak diri
-Pemarah dan memencilkan diri
-bermusuhan
-terlalu mengharap
-kecewa
-Tidak terima sama sekali

i) Keperluan Latihan
Ibu bapa memerlukan maklumat tentang prospek masa
depan anak-anak mereka, oleh itu merek perlu diberi pendedahan
berikut:

63
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
-sara menguruskan anak yang bermasalah/kurang upaya
-penerangan pakar perubatan/psikologi/kaunseling dan
sebagainya
-perbincangan dengan waris yang senasib tetapi telah berjaya
-Peluang-peluang yang ada sama ada dari segi bantuan
pendidikan, latihan dan sebagainya.

j). Hubungan rumah dengan sekolah


Para pelaksana perlulah berusaha menarik ibu bapa untuk
melibatkan setiap aktiviti yang dijalankan agar mereka faham
dapat sama-sama terlibat. Mereka juga boleh meneruskan aktiviti
yang dijalankan dirumah supaya ada kesinambungan.

7.3 Penglibatan Komuniti

i) Agensi kerajaan dan swasta

a)Kementerian Pelajaran Malaysia

Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan


melalui:

Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah


pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-
murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah
pendengaran dan bermasalah penglihatan. la diwujudkan di sekolah harian
biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang
menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.

Program Pendidikan Khas Integrasi ini ditadbirkan sepenuhnya oleh Jabatan


Pendidikan Negeri manakala Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab terhadap
perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisiannya.

64
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

Kurikulum Program Pendidikan Khas : Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-


sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah kurikulum
kebangsaan dan kurikulum alternatif. Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti
kokurikulum seperti murid biasa.
Pentaksiran Murid-Murid Pendidikan Khas: Semua pelajar pendidikan khas
mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR),
Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kecuali
mereka yang mengikuti kurikulum alternatif.
Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif iaitu Standard Kemahiran
Kebangsaan (SKK) akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia, dan Kursus Seni
Lukis dan Seni Reka akan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah dan Sijil Khas
Vokasional.

b)Jabatan Kebajikan Masyarakat

i) Pendaftaran dan Kad Kenal Diri - Tujuan pendaftaran adalah untuk


mengumpul data dan statistic bagi maksud perancangan perkhidmatan / program
pemulihan, pencegahan, latihan dan pendidikan serta intervensi awal. Kad Kenal
Diri adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada Orang Kurang
Upaya (OKU) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-
pihak yang berkenaan.

ii) Bantuan Alat Tiruan/Otortik - Bantuan ini bertujuan membantu OKU


membeli peralatan tiruan/sokongan seperti kerusi roda, kaliper, anggota tiruan dan
lain-lain peralatan yang tidak mampu dibeli oleh OKU. Dengan adanya alat ini dapat
membantu mereka bergerak dan meneruskan aktiviti kehidupan harian.

iii) Geran Pelancaran - Bertujuan membantu OKU yang ada pengetahuan

65
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

dan kemahiran tetapi tidak mempunyai modal (kewangan) dan peralatan bagi
menjalankan projek jaya diri / perniagaan kecil / pertanian. Peruntukkan geran
pelancaran berkadar maksimum RM2,700.

iv) Elaun Pekerja Cacat (EPC) - Skim ini bertujuan menggalakkan OKU
terus bekerja dan berdikari tanpa bergantung kepada ahli keluarga atau orang lain,
dan sebagai penyenggaraan pendapatan untuk memenuhi keperluan asas kehidupan.

v)Bengkel Terlindung - Jabatan berusaha mendapatkan peluang


pekerjaan di sector awam/swasta atau menempatkan OKU di Bengkel Terlindung
seperti Bengkel Daya Klang, Bengkel Daya Sg. Petani atau di 13 buah bengkel
terlindung yang diuruskan oleh pertubuhan sukarela.

vi) Latihan Kemahiran Vokasional - Pusat Latihan Perindustrian dan


Pemulihan Bangi - kursus peringkat persijilan dan mendapat pengiktirafan MLVK
(Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan) ini ditawarkan kepada OKU anggota,
berumur antara 18-40 tahun, berkelulusan sekurang- kurangnya PMR atau setaraf
dengannya dan boleh berdikari. Kursus ditawarkan seperti komputer dan
kesetiausahaan, jahitan dan rekaan fesyen, unit membuat alat tiruan, penyenggaraan
komputer, pendawaian lektrik, elektronik, bengkel roti dan kek, fotografi dan kelas
memandu.
Kemasukan Ke Institusi Pemulihan ( Taman Sinar Harapan) -Latihan
Pemulihan diberikan kepada individu OKU kategori terencat akal sehingga ke tahap
sempurna mengikut kemampuan dan kebolehan masing-masing. Perlindungan dan
jagaan juga diberi kepada OKU yang mengalami kecacatan yang teruk. Aktiviti
dijalankan ialah latihan pemulihan kehidupan harian, latihan pra vokasional, kelas
akademik tidak formal, pendidikan agama/moral, sukan/rekreasi, dan aktiviti luar.

vii)Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) - PDK satu strategi dalam


pembangunan komuniti untuk golongan OKU menjalani pemulihan dalam keluarga
dan masyarakat sendiri di mana memberi peluang kepada OKU menjalani
pemulihan, mengecapi peluang yang sama rata dan

66
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

berinteraksi dengan masyarakat. Aktiviti yang dijalankan ialah kemahiran motor


kasar, kemahiran motor halus, perkembangan bahasa, perkembangan sosial,
pengurusan diri, pra-3M, kreativiti, sukan dan rekreasi.

c)Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan: Penilaian awal oleh pasukan multidisiplin, Pemulihan carakerja,


Pemulihan anggota / fisioterapi, Pemulihan pertuturan, Pemulihan pendengaran,
Rawatan susulan, Penilaian pemakanan, dan Rawatan Psikologi.

i) Pertubuhan bukan kerajaan (NGO)

Pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan


dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-
Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat
setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita.
Peristiwa ‘Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986’
telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk
kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-
bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan
masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak-kanak
berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-
kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta
guru pendidikan khas telah bertambah, yang memperlihatkan
kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada
golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan
penyediaan pendidikan khas ialah:

i).Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s


Assocation)

67
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan
mental di antara umur 2-16 tahun.

ii).Pusat Bimbingan Sinaran Matahari

Mengajar kanak-kanak berkeperluan Khas kemahiran hidup


serta kemahiran sosial

iii).Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa

Pusat ini terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di


antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak- kanak
diantara umur 6-16 tahun.

iv) Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down


Syndrome Foundation) yang komited kepada kebajikan kanak-
kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di
bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat
pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat
dalam Malaysia

JAWAB SOALAN BERIKUT:


1.Berikan dua sebab mengapa pentingnyan penglibatan ibu bapa
dalam program kanak-kanak khas.

2.Nyatakan apakah badan NGO yang terlibat dalam membantu


kanak-kanak berkeperluan khas.

SELAMAT MENCUBA!

68
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web berikut :


http://psychology.about.com
http://www.alleydog.com
http://www.enotes.com
http://en.wikipedia.org

Itu saja yang perlu anda lakukan.....SELAMAT BERJAYA

69
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

RUJUKAN :

Axelrod, S. 1983. Behavior Modification for the Classroom Teacher, New


York: McGraw-Hill Book Company.

Hamilton, K. R. 2001. http://webhome.idirect.com/~kehamilt/psy4.html


Jun 18, 2007.

Harrop, A. 1987. Behavior Modification in the Classroom, London: Hodder


& Stoughton Ltd.

Martin, G. & Pear, J. 1993. Behavior Modification-What Is It and How to Do It 4th


ed. New Jersey: Prentice Hall.

Myint S. K.; Lourdusamy, A.,.Lang, Q. C. and Wong, A. F.L. 2005. Classroom


Management: Facilitating Teaching and Learning. Singapore: Pearson.

Sulzer, B. & Mayer, G. R. 1972. Behavior Modification Procedures for School


Personnel. Illinois: The Dryden Press Inc.

Walker, J. E. & Shea, T. M. 1995, Behavior Management:- A Practical Approach


for Educators 6* ecf. New Jersey: Simon & Schuster Company.

Wielkiewicz, R. M.. 1995. Behavior Management In The Schools: Principles and


Procedure. Boston: Allyn and Bacon.

Zirpoli, T. J. and Melloy, K. J. 1993. Behavior Management: Applications for


Teachers and Parents. New York: Macmillan Publishing Company.

Greene, R.W. (2001). The explosive child: A new approach for


understanding and parenting easily frustrated chronically
inflexible children. New York: Harper Collins

Kazdin, A.E. (2002). Behavior Modification : Applications for teachers. (6th. ed.).
Belmont C.A.: Wadsworth.

70
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU
Martin, G. & Pear, J. (2003). Behavior modifications : What it is and
th
how to do it. (7 . Ed.). New Jersey : Prentice-Hall

Jordan, D. (2001). A guidebook for parents of children with emotional


or behavior disorders (3rd ed.). Minneapolis, MN: PACER.

Miltenberger, R.G. (2001). Behavior modification : Principles and


procedures (2nd. Ed.). Belmont, C.A. : Wadsworth

Papolos, D., & Papolos, J. (2002). The bipolar child. New York:
Broadway

Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002). Behavior management: A practical


th
approach for educators (8 . Ed.). New Jersey : Merrill Prentice-Hall.

Zirpoli, T.J. & Melloy, K.J. (2001). Behavior management : Applications


for teachers (3rd. ed.). New Jersey : Merrill Prentice Hall

71
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

PANEL PENULISAN MODUL


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
( PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)

NAMA KELAYAKAN

EN.RAYMOND MOHANRAJ PAUL Kelulusan:


Pensyarah
Penyelaras Pendidikan Khas Sarjana Pendidikan Khas (UM)
Jabatan Ilmu Pendidikan B.ED. Hons.Pendidikan Khas ( UKM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Diploma Pendidikan (TESOL),IPG Mohamad Khalid
Melayu
Pengalaman
Rmpdavid06@yahoo.com Pensyarah (8 Tahun)

Cr.ZULKIFLY BIN HUSSIN Kelulusan:


Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UM)
Pensyarah B.AC (Hons) Bimbingan dan kaunseling (UPM)
Jabatan Ilmu Pendidikan Diploma Pendidikan Sains (IPG KRM)
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa
Melayu Pengalaman:
Pensyarah (5 tahun)
Zulkifly.hussin@yahoo.com

PN. NOR LAINI BT CHE MAT Kelulusan:


Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling(UKM)
Pensyarah B.ED. Hons. Pendidikan Khas (UKM)
Jabatan Pendidikan Khas Diploma Pendidikan IPG KIK
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota
Bharu Pengalaman:
Pensyarah (3 tahun)
lainichemat@ymail.com

72
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

PANEL PEMURNIAN MODUL


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN)

NAMA KELAYAKAN

73
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

74
PKB 3103 PENGURUSAN
TINGKAH LAKU

Memikir

Tamat

75

You might also like