You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SIK

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS - BIL /(2018)

Tarikh : 22 Ogos 2018

Masa : 2.30 – Sesi petang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Pengerusi : Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Kehadiran(Bilangan) : 5/5

Turut Hadir (Jika ada) : Tiada

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1. Encik Hafiz Aizat bin Hazli mengalu-alukan kehadiran guru-guru dan mengucapkan
terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

2.1 Dicadangkan untuk disahkan oleh Puan Siti Khodijah Binti Harun.
2.2 Disokong untuk pengesahan oleh Encik Zaki Hafini Bin Mohd Hafini.

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Program peningkatan untuk ujian PT3 telah dapat dilaksanakan dengan lancar.
Pengerusi mengharapkan pencapaian Bahasa Inggeris dalam PT3 meningkat dan
cemerlang.
3.2 Pengerusi juga mengingatkan semua guru agar dapat menjalankan rutin PdP dengan
lebih berkesan supaya pencapaian Bahasa Inggeris berada di paras yang cemerlang.

4 PEMBENTANGAN ISU SEMASA

4.1 Kelas Tuisyen Pelajar Tingkatan 3 & 5


4.1.1 Kelas akan dilaksanakan oleh guru-guru tertentu untuk Tingkatan 3 dan 5 sebagai
persediaan menghadapi peperiksan akhir tahun.
4.1.2 Set soalan setara tahun lepas akan digunakan untuk murid tahun 3 dan 5 ketika
bengkel dilaksanaakan.

Tindakan : Guru Tingkatan 3 & 5


4.2 Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun
4.2.1 Pn. Maslizah membentangkan analisis pencapaian murid bagi PPT Tingkatan 3 &
5
4.2.2 Keputusan telah dibentangkan dan perbandingan telah dibuat berdasarkan
pencapaian Peperiksaan Penggal 1 untuk Tingkatan 5. GPMP bagi Peperiksaan
Penggal 1 (PP1) ialah 2.76 berbanding Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT)
4.88. Pengerusi menyatakan perbezaan GPMP sebanyak +2.12 boleh diatasi
sekiranya guru dapat memberi pengukuhan untuk pelajar sebelum peperiksaan
percubaan nanti.
Bagi Tingkatan 3 pula, GPMP untuk PP1 ialah 2.74 manakala PPT pula ialah 3.39
Pengerusi menyatakan perbezaan GPMP sebanyak +0.65 boleh diperbaiki
sewaktu PT3 nanti dan memberikan saranan yang sama kepada guru Tingkatan
3.
4.2.3 Pengerusi juga telah membaca peratusan pelajar yang mendapat gred cemerlang
dan gagal seperti berikut:-

Bilangan calon Tingkatan 3: - (PP1) gred A: 12 orang (8.76 %)


(PPT) gred A: 2 orang (1.46%)
(PP1) gred B: 59 orang (43.07%)
(PPT) gred B: 30 orang (21.90%)
(PP1) gred G: 1 orang (0.73 %)
(PPT) gred G: 5 orang (3.65%)
Bilangan calon Tingkatan 5: - (PP1) gred A & A-:74 orang ( 67.27%)
(PPT) gred A & A-: 14 orang (12.73%)
(PP1) gred B+ & B:17 orang (15.46 %)
(PPT) gred B+ & B:34 orang (30.91%)
5 (PP1) gred G: 1 orang (0.91 %)
(PPT) gred G: 6 orang (3.65%)

4.2.4 Pengerusi menyatakan ada penurunan peratus keseluruhan kerana perubahan


format soalan dan disetujui oleh guru-guru lain. Dijangka peningkatan akan
berlaku semua untuk ujian Peperiksaan Penggal 2.
4.2.4 Pengerusi berharap semua guru Tingkatan 3 & 5 dapat membantu murid yang
bermasalah dengan mengenal pasti bahagian pelajar yang lemah. Guru juga
diharapkan membuatkan analisis item tiap kali peperiksaan untuk membantu
proses ini.

Makluman : Semua guru Ting 3


&5

4.3 Post Mortem PPT Tingkatan 1, 2 dan 4


4.3.1 Guru Tingkatan 1, 2 dan 4 juga telah membentangkan analisis pencapaian
peperiksaan Penggal 1 berbanding peperiksaan pertengahan tahun.
GPMP keseluruhan Tingkatan 4 : (PP1) 3.23
(PPT) 4.46
GPMP keseluruhan Tingkatan 2 : (PP1) 2.19
(PPT) 2.43
GPMP keseluruhan Tingkatan 1 : (PP1) 2.82
(PPT) 3.65
4.3.2 Guru Tingkatan 1, 2 dan 4 juga disarankan oleh pengerusi untuk meningkatkan
GPMP dengan meningkatkan prestasi pelajar yang mendapat B untuk ke A. Guru
juga digalakkan membuat analisis item untuk mengenal pasti masalah pelajar
terhadap soalan-soalan tertentu.

Makluman : Semua guru Ting 1


2&4

HAL-HAL LAIN
5.1 Pengerusi mengharapkan agar semua guru mengambil tindakan segera supaya GPMP
Bahasa Inggeris meningkat dengan cemerlang dan peratusan A pelajar juga bertambah.
PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat iaitu Encik Hafiz Aizat bin Hazli.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

( SITI KHO’DIJAH BINTI HARUN ) (HAFIZ AIZAT BIN HAZLI)


Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Pengerusi Bahasa Inggeris
Tarikh : 1 Oktober 2018 Tarikh : 1 Oktober 2018

You might also like