You are on page 1of 6

SEKOLAH MENENGAH AGAMA REMBAU

71300 REMBAU
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

MINIT MESYUARAT PANITIA KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KALI 1/2017

Tarikh : 29 Disember 2016


Hari : Khamis
Masa : 1.00 ptg
Tempat : Bilik Gerakan

Kehadiran : 1. Tn. Hj Amran Bin Daud Ketua Bidang Kemanusiaan


2. Pn. Yanti Ju Laidy bt. Hussin K.Panitia KHB

3. Pn. Rohimah bt. Che Daud Setiausaha

1.0 Ucapan Aluan Pengerusi :

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ummul kitab al-fatihah serta mengucapkan
terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran para guru ke Mesyuarat Panitia Kemahiran
Hidup Bersepadu kali ke – 1 sesi 2017.

Tindakan : Makluman

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat :

2.1 Pn. Rohimah membentangkan minit Mesyuarat Panitia Kali ke – 4 serta memohon para
guru meneliti sekiranya terdapat perkara yang perlu dibuat pembetulan secara teknikal
2.2 Pn. Yanti mencadangkan agar minit Mesyuarat Panitia Kali ke – 4 diterima dan disahkan
sebulat suara.

3.0 Perkara Berbangkit :

tiada

4.0 Isu yang Dibincangkan :

4.1 Misi dan Visi KPM ,sekolah dan Surat Pekeliling


4.1.1 Pengerusi membacakan Misi dan Visi KPM kepada ahli panitia.
4.1.2 Misi dan VISI KPM ,sekolah dan Surat Pekeliling hendaklah disimpan di fail
panitia, rekod mengajar serta ditampal di bilik-bilik khas dan di kelas.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran


4.2 Buku Rekod Mengajar
4.2.1 Buku Rekod Mengajar seperti yang telah dipersetujui dalam mesyuarat
menggunakan fail.
4.2.2 Para guru perlu melengkapkan setiap bahagian fail rekod mengajar dengan
merujuk senarai kandungan yang telah disediakan.
4.2.3 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian adalah secara bertaip dan para guru
boleh menggunakan tapak RPH yang disediakan serta boleh diubahsuai
mengikut kesesuaian mata pelajaran yang diajar selain yang dicadangkan oleh
Jemaah Nazir.
4.2.4 Kaedah penulisan RPH mestilah mengandungi semua elemen Pdp Abad 21
mengikut mata pelajaran masing-masing.
4.2.5 Rancangan Pengajaran Harian hendaklah ditulis sebelum PdP dilaksanakan.
4.2.6. Pencapaian objektif mestilah ditulis setelah tamat sesi PdP dilaksanakan.
4.2.7. Jadual waktu perlu disimpan di dalam Fail Rekod Mengajar.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

4.3 Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Rancangan Pelajaran Tahunan dan
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
4.3.1 Para guru perlu menyediakan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,
Rancangan Pelajaran Tahunan dan Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran dan disimpan di dalam Fail Rekod Mengajar guru.
4.3.2 Para guru boleh memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran
dan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran di laman web portal
rasmi KPM.
4.3.3 Rancangan Tahunan perlu dirangka oleh guru mengikut takwim sekolah.
4.3.4 Tingkatan 2 hingga 5 menggunakan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) manakala tingkatan 1 sesi 2017 menggunakan kurikulum
baharu iaitu Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM).

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

4.4 Buku Teks, Buku Rujukan, Buku Latihan, Buku Kerja, Buku PBS dan Modul
4.4.1 Buku teks dibekalkan oleh KPM kepada para guru boleh meminjamnya
melalui SPBT selain boleh dibeli oleh panitia masing-masing menggunakan
PCG mata pelajaran.
4.4.2 Panitia boleh membeli buku rujukan menggunakan PCG mata pelajaran.
Semua bahan bantu mengajar panitia hendaklah direkodkan dan boleh
disimpan di Bilik BBM.
4.4.3 Buku latihan murid perlu dibuat indeks mengikut format yang telah
diberikan.
4.4.4 Buku kerja, Buku PBS dan Modul digunakan mengikut keperluan guru mata
pelajaran.
4.4.5 Urusan pembelian guru pembelian diuruskan oleh guru yang mengajar
dengan pihak koperasi SMAR.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran


4.5 Penilaian peperiksaan, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
4.5.1 Peperikasaan i. Ujian Formatif – 2 kali setahun
ii. Ujian Sumatif – 2 kali setahun
4.5.2 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan kepada murid tingkatan
1 hingga 3 sepanjang tahun semasa proses PdP di dalam kelas.
4.5.3 Untuk pelajar tingkatan 1 yg mengambil subjek RBT penilaian mereka akan
dinilai 50% daripada mock up dan sikap mereka semasa di dalam kelas dan
50% lagi dinilai sewaktu peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun.
4.5.4 Penggubal soalan adalah guru mata pelajaran
– Tingkatan 1 dan 3 – Pn. Yanti
Tingkatan 2 – Pn. Rohimah
4.5.5 Kertas soalan yang digubal oleh guru diberikan satu salinan kepada
setiausaha peperiksaan.
4.5.6 Kertas soalan yang digubal perlu ada 3 pengesahan iaitu disediakan oleh
pengubal, disemak oleh Ketua Bidang mata pelajaran masing-masing dan
disahkan oleh Penolong Kanan Pentadbiran.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

4.6 Bank Soalan


4.6.1 Bank soalan hendaklah dikemaskini dengan koleksi soalan semasa
bersesuaian dengan perubahan kurikulum.
4.6.2 Guru mata pelajaran perlu membina soalan untuk ditambah sebagai koleksi
soalan yang boleh digunapakai.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

4.7 Latihan dan Tugasan Murid


4.7.1 Diberikan mengikut kesesuaian setiap tingkatan.
4.7.2 Tingkatan 1 dan 2 – struktur yang mengikut format PT3 – 10 soalan
seminggu
4.7.3 Tingkatan 3 – soalan model dan soalan tahun lepas PT3- 1 set seminggu

4.7.4 Semakan latihan murid boleh dibincangkan oleh guru bersama murid.
4.7.5 Setiap kesalahan perlu dibuat pembetulan dan diberikan kepada guru untuk
disemak.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

4.8 Takwim
4.8.1 Takwim telah pun dirancang oleh ahli panitia bersama Ketua Bidang
Kemanusiaan.
4.8.2 Pengerusi mengharapkan agar segala aktiviti yang dirancang dapat
dilaksanakan berdasarkan takwim yang dibuat.
Tindakan : Ketua Panitia
4.9 Perancangan Strategik, OPPM dan Headcount
4.9.1 Perancangan Strategik dan OPPM telah pun dibuat oleh Ketua Panitia dan
telah dihantar kepada PK Pentadbiran.
4.9.2 Semua perancangan akan dilaksanakan seperti yang telah dirancangkan
mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
4.9.3 Headcount dibuat oleh guru mata pelajaran yang mengajar tingkatan 1,2
dan 4.
4.9.4 Headcount dibuat berdasarkan keputusan terbaik tahun peperiksaan selain
mengikut penambahan dan perpindahan murid manakala TOV diambil
berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun dan ETR ditentukan oleh
guru mata pelajaran berdasarkan keputusan murid.

Tindakan : Ketua Panitia

4.10 Pencerapan dan Semakan Buku Latihan


4.10.1 Pencerapan dilaksanakan sebanyak 2 kali setahun.
4.10.2 Para guru hendaklah bersedia dengan baik semasa merancang RPH dan
ketika melaksanakan PdP selain menerapkan elemen-elemen PdP Abad ke
21 agar memperoleh penilaian yang cemerlang.
4.10.3 Semakan buku latihan dibuat sebanyak 2 kali setahun.
Semakan pertama – 10 buah buku
Semakan ke dua – (3: 4: 3)Lemah, sederhana dan cemerlang
4.10.4 Buku latihan yang disemak oleh guru mata pelajaran hendaklah disemak
dengan lengkap dengan menandatangan selaian diberi kata-kata
penghargaan sebagai motivasi kepada murid.
4.10.5 Guru boleh menggunakan kreativiti dalam memberikan penilaian dan kata-
kata semangat semasa menyemak latihan murid.

Tindakan : Pengurusan, Ketua Bidang dan Guru Mata Pelajaran

4.11 Budget
4.11.1 Anggaran belanjawan telah pun disediakan oleh Ketua Panitia berdasarkan
peruntukan PCG mata pelajaran.
4.11.2 Peruntukan PCG diagihkan kepada beberapa perkara iaitu :
– BBM (buku rujukan,modul, koleksi soalan, peta, glob)
- Aktiviti Panitia (Bulan Teknik dan Vokasional)
- Pelbagai (kertas A 4, marker pen, kertas warna)
4.11.3 Guru perlu mengisi nota minta dengan lengkap serta mengikut prosedur
dalam melakukan urusan pembelian melalui PCG.

Tindakan : Ketua Panitia

4.12 Post Mortem dan Dialog Prestasi


4.12.1 Post Mortem dilaksanakan setiap kali selepas ujian formatif dan sumatif
Dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu selepas peperiksaan.
4.12.2 Guru perlu melaksanakan segala tindakan penambahbaik yang dinyatakan
dalam post mortem agar dapat mencapai KPI yang telah ditetapkan.
4.12.3 Dialog prestasi dilaksanakan mengikut takwim yang telah dirancang.
Tindakan : Ketua Bidang dan Guru Mata Pelajaran

4.13 LDP dan PLC


4.13.1 LDP dan PLC dilaksanakan 2 kali setahun.
4.13.2 Laporan hendaklah dibuat berdasarkan format yang telah diberikan.
4.13.3 Guru yang tidak memenuhi sebanyak 7 kali sesi LDP perlu membuat bacaan
sinopsis buku untuk dimasukkan dalam penilaian prestasi di hujung tahun.

Tindakan : Ketua Panitia dan Guru Mata Pelajaran

4.14 Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)


4.14.1 Panitia menetapkan untuk pencapaian band tertinggi iaitu band 5 dan PBS
diselesaikan pada bulan Oktober.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

4.15 Kemaskini Fail Panitia


4.15.1 Pengerusi meminta kerjasama daripada semua ahli untuk mengemaskini fail
panitia Sejarah dengan melengkapkan perkara-perkara yang perlu
dimasukan dalam fail tersebut.

Tindakan : Ketua Panitia

4.16 Silibus untuk mata pelajaran KHB mesti dihabiskan pada bulan 6 untuk pelajar PT3
manakala menengah bawah sehingga tamat sesi persekolahan.

Tindakan : Guru Mata Pelajaran

5.0 Hal-hal Lain :


5.1 Pn. Yanti memaklumkan bahawa LDP untuk subjek RBT KSSM telah dijalankan sebelum
bermula cuti persekolahan.

Tindakan : Makluman

6.0 Penutupan
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen para guru dalam perhatian serta
sumbangan idea di dalam mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 tengahari dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________ ______________________

(PN.ROHIMAH BT. CHE DAUD) (PN.YANTI JU LAIDY BT. HUSSIN)


Setiausaha Panitia KHB, Ketua Panitia KHB

Sek. Men Agama Rembau. Sek. Men. Agama Rembau.

Disahkan oleh,

___________________________

(TN.HJ AMRAN BIN DAUD)

Ketua Bidang Kemanusiaan

Sek.Men Agama Rembau

You might also like