You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN (LKTP) CHINI,

26690 PEKAN, PAHANG DARUL MAKMUR.

KERTAS KERJA

MINGGU ANTI DADAH


SMK (LKTP) CHINI TAHUN 2017

ANJURAN:

JAWATANKUASA
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDA)
SMK (LKTP) CHINI TAHUN 2017
26690 PEKAN, PAHANG

DENGAN KERJASAMA:

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SMK (LKTP) CHINI


JAWATANKUASA UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
JAWATANKUASA BINA INSAN
JAWATANKUASA DISIPLIN
MINGGU ANTI DADAH SMK (LKTP)CHINI TAHUN 2017

1.0 PENGENALAN

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian
Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan untuk menyokong Sambutan Hari
Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting
memandangkan generasi pelapis negara khususnya kini berdepan dengan ancaman gejala
dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian, kesedaran tentang bahaya bahana dadah di
peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat.
Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat
memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-
murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi
pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan
kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat.

2.0 OBJEKTIF

Objektif program ini adalah seperti berikut:

i) Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya


hidup sihat;
ii) Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat
prasekolah lagi;
iii) Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri
daripada dadah;
iv) Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid.

3.0 MAKLUMAT AM

Program ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 22 – 26 MEI 2017


Tempat : SMK (LKTP) Chini, Pekan, Pahang
Tentatif majlis : Rujuk Lampiran
MINGGU ANTI DADAH SMK (LKTP)CHINI TAHUN 2017

4.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Pengerusi : Tn. Hj. Bakri bin Mohd Salim


Pengetua SMK (LKTP) Chini
Timbalan Pengerusi : En. Borhan bin Hassan
GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi I : En. Mazlan bin Kadir
GPK Akademik
Naib Pengerusi II : Hj. Muhammadan bin Mohamad
GPK Kokurikulum
Naib Pengerusi III : En. Norman Fared bin Abdul Razak
GPK Tingkatan 6
Setiausaha : Pn. Siti Fadzilah binti Mokhtar

Ahli Jawatankuasa : Jawatankuasa PPDA


Jawatankuasa Bina Insan
Jawatankuasa Disiplin

5.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Makan dan Minum Penceramah 100.00
2 Hadiah Kuiz (RM5 X 10 set) 50.00
3 Hadiah Pertandingan Mewarna Poster 45.00
1. Kategori Pendidikan Khas (RM20 + RM15 +
RM10)
4 Hadiah Pertandingan Melukis Poster 90.00
1. Kategori Menengah Rendah (RM20 + RM15 +
RM10)
2. Kategori Menengah Rendah (RM20 + RM15 +
RM10)
5 Cenderamata Penceramah (RM25 X 4) 60.00
6 Bahan Program 100.00
JUMLAH 445.00

ANGGARAN PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM)
1 Sumbangan PIBG 210.00
2 PCG Kaunseling 235.00
JUMLAH 445.00
MINGGU ANTI DADAH SMK (LKTP)CHINI TAHUN 2017

6.0 PENUTUP

Besar harapan sekolah agar Program Minggu Anti Dadah SMK (LKTP) Chini Tahun
2017 ini dapat dilaksanakan dengan jayanya seterusnya menyumbang kepada
kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar-pelajar di sekolah ini. Kerjasama daripada
semua pihak amatlah dialu-alukan bagi mencapai hasrat murni ini.

7.0 PENGESAHAN

Disediakan oleh, Disemak oleh,

------------------------------------------------- ............................................
(SITI FADZILAH BINTI MOKHTAR) (BORHAN BIN HASSAN)
Setiausaha Kecemerlangan, GPK Hal Ehwal Murid,
SMK (LKTP) Chini Tahun 2017 SMK (LKTP) Chini Tahun 2017

Disahkan oleh,

-------------------------------------------
(HJ. BAKRI BIN MOHD SALIM)
Pengetua,
SMK (LKTP) Chini Tahun 2017
JADUAL PROGRAM MINGGU ANTI DADAH SMK (LKTP) CHINI TAHUN 2017

BIL AKTIVITI TARIKH / MASA TINDAKAN


1 Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah Peringkat Sekolah 22 MEI 2017 (Isnin) GPK HEM
8.00 Pagi Setiausaha PPDA
Jawatankuasa PPDA
2 Bacaan 5 Minit Anti Dadah & Kuiz Anti Dadah 22-26 MEI 2017 (Isnin – Jumaat) Setiausaha PPDA
Jawatankuasa PPDA
Ahli PRS
3 Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah 22-26 MEI 2017 (Isnin – Jumaat) Setiausaha PPDA
Jawatankuasa PPDA
4 CERAMAH ANTI DADAH 25 MEI 2017(Khamis) GPK HEM
Sasaran : Pelajar Lelaki Tingkatan 1, 2, dan 4 Setiausaha PPDA
Tempat : Dewan Sekolah 11.00 pagi – 1.50 t/hari Jawatankuasa PPDA
Ahli PRS
CERAMAH INDAHNYA MENJADI WANITA
Sasaran : Pelajar Perempuan Tingkatan 1, 2, dan 4
Tempat : Surau Perempuan

You might also like