You are on page 1of 7

SK PULAI, MELAKA

FOLIO SEJARAH
TOKOH-TOKOH TERBILANG KESULTANAN
MELAYU MELAKA

BENDAHARA TUN PERAK


LAKSAMANA HANG TUAH
__________________________________________________________

NAMA : HARIZ ZAKAWAN BIN NORAZRI

TAHUN : 4 CERAS 2018

___________________________________________
LAKSAMANA HANG TUAH
Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa
pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka)
bermula pada 1400-1511 A.D. )[1] Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung
Sungai Duyong, Melaka kira-kira dalam tahun 1444 A.D. Bapanya bernama Hang
Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah
menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang
merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal
dengan kesetiaannya kepada Raja dan merupakan petarung silat yang amat handal
dan tiada tolok bandingnya.

Hang Tuah dan empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan
Hang Lekiu menuntut ilmu bersama Adiputra di Gunung Ledang. Selesai menuntut
ilmu, mereka berlima kembali ke kota Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan Dato’ Bendahara (iaitu Perdana
Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamok. Dato’ Bendahara kagum
dengan ketangkasan mereka dan menjemput mereka semua ke rumahnya dan
seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah
Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke
Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar
Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu Taming Sari, seorang pendekar
yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa
kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu Hang Tuah berjaya
merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya
dianugerahkan oleh Betara Majapahit kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan
turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.[perlu rujukan]

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan
permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung
Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih
Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah
yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut
menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh
kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun,
hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah
disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah
dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai
sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah
menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang
Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil
alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang
Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris
Taming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada
masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah.
Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah
kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah
tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming
Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.

Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang
telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu
menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga
berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh
menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah
S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba
menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai
sekarang.

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan
saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka
yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka.
Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang
berupa hukuman mati terhadap pembunuh.

Sumpah yang terkenal daripada Hang Tuah ialah “Tak Melayu hilang di dunia” yang
bererti suku Melayu tidak akan punah di bumi ini.
BENDAHARA TUN PERAK

Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak bin Tun Perpatih Sedang (mati 1498)
ialah Bendahara Melaka yang ke-5 adalah Bendahara yang termasyhur antara
semua bendahara Melaka. Pangkat ini yang membawa gelaran "Bendahara Paduka
Raja" dalam Kesultanan Melayu Melaka adalah setanding dengan Perdana
Menteri moden. Tun Perak, bersama-sama dengan Aria Gajah Mada dari Majapahit,
dan Raja Kenayan dari Pasai, telah dianggap sebagai tiga orang pentadbir yang
teragung di alam Melayu pada abad ke-15.

Tun Perak ialah anak Bendahara Seri Wak Raja dan beliau telah menjadi Penghulu
Kelang dari tahun 1445 ketika berlangsungnya permusuhan antara kerajaan Siam
dan Melaka. Maka, Tun Perak diperintahkan untuk datang ke Melaka bersama-sama
orang Kelang yang lain, lelaki mahupun perempuan. Tindakan Tun Perak membawa
sekali golongan perempuan menimbulkan persoalan pada Sultan Muzaffar Syah
kerana mereka dikehendaki berperang. Tun Perak memberi alasan bahawa
kedatangan perempuan adalah supaya lelaki akan berperang lebih bersungguh-
sungguh untuk melindungi anak dan isteri mereka.
Setelah menewaskan percubaan Siam untuk menakluk Melaka pada tahun 1446,
beliau dilantik oleh baginda Sultan Muzaffar Syah sebagai Bentara.

Bendahara Pembina Empayar


Setelah Tun Perak menjadi Bentara, beliau tidak digemari oleh Tun Ali, iaitu
Bendahara ketika itu. Tun Ali yang berketurunan Tamil ketika itu sudahpun lanjut
usianya. Perkara tersebut mengkhuatirkan sultan yang hendak melantik Tun Perak
sebagai pengganti Tun Ali. Disebabkan risau dengan perbalahan antara pembesar
yang memungkinkan kejatuhan pentadbiran negara, baginda mengahwinkan Tun Ali
dengan Tun Kudu Tun Perpatih Sedang, iaitu kakak kepada Tun Perak dan isteri
baginda sendiri. Baginda yang sanggup menceraikan Tun Kudu menerima
keputusan yang dijangkakan bahawa Tun Ali sudahpun berbaik dengan Tun Perak.
Kemudian, baginda melantik Tun Perak sebagai Bendahara yang bergelar Paduka
Raja pada tahun 1456 sementara Tun Ali, Bendahara keempat, diantik sebagai
Penghulu Bendahari dengan gelaran Seri Nara Diraja.
Ketika Tun Perak menjawat jawatan Bendahara, beliau telah menakluk negeri-negeri
di pantai Selat Melaka seperti Rokan, Siak, Kampar dan Inderagiri di
pulau Sumatera serta Johor, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perak yang
menjadikan semua negeri ini sebagai jajahan takluk Melaka manakala Kedah pula
menjadi negeri naungan Melaka. Dengan ini, Melaka telah menjadi sebuah empayar
yang besar. Tidak kurang juga bagi aspek lain apabila Melaka membangun sehingga
mencapai kekuatan dari segi politik, sosial, dan ekonominya. Kepesatan
pembangunan di Melaka telah menarik banyak pedagang asing
dari China, India, Timur Tengah, serta negara-negara jiran yang lain.
Pelantik Raja
Sebagai Bendahara Melaka yang berpengaruh, Tun Perak mempunyai kuasa untuk
melantik raja Melaka. Lazimnya, beliau akan memilih raja yang mempunyai
perkaitan persaudaraan dengannya. Sebagai contoh, Sultan Alauddin Riayat
Syah yang dilantik beliau merupakan anak saudara beliau.
Tun Perak juga telah meletakkan Raja Muhammad, putera sulung Sultan Perak
menjadi Raja Pahang tetapi bukan sebagai Raja Melaka. Keputusan itu dibuat
berikutan peristiwa Raja Muhammad membunuh Tun Besar, anak Tun Perak dalam
satu permainan sepak raga.
Sultan Alaudin Riayat Syah pula mangkat pada 1488 dan lazimnya, putera sulung
baginda, Raja Menawar akan dilantik sebagai raja tetapi baginda hanya dilantik
sebagai Raja Kampar manakala putera Sultan Alaudin yang lebih muda yang juga
merupakan cucu Tun Perak iaitu Raja Mahmud, telah dilantik sebagai Sultan
Mahmud.
Beliau meninggal dunia pada tahun 1498 ketika pemerintahan Sultan Mahmud Syah
setelah bernaung di bawah empat pemerintahan sultan iaitu Sultan Muzaffar
Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alauddin Riayat Syah dan Sultan Mahmud Syah.
Setelah kematian beliau, baginda sultan melantik Tun Perpatih Putih, adik Tun Perak
sebagai Bendahara Melaka yang ke-6.
PENGHARGAAN

Saya sangat berbangga kerana berjaya menyiapkan folioh sejarah


tepat pada waktunya. Ucapan terima kasih ditujukan kepada guru
sejarah, ibu bapa ,rakan-rakan dan semua yang membantu
meyiapkan folio sejarah ini.

Sekian, terima kasih.


DOA QUNUT

You might also like