You are on page 1of 9

PENGENALAN

Sistem kawalan serangga perosak adalah bertujuan meminimum risiko


kerosakan terhadap elemen utama pada sesebuah bangunan disebabkan serangga
berkenaan. Pemasangan penghalang serangga perosak tidak akan menghentikan
aktiviti di tapak bina.
TUJUAN PEST CONTROL SERVICES

Bagi mengawal aktiviti serangga perosak dari terus merebak, pemeriksaan


bagi menentukan kawasan yang memerlukan khidmat kawalan serangga bagi
mengenalpasti jenis serangga hendaklah dilakukan. Dalam industri pembinaan
bangunan, serangga yang paling merbahaya dan perlu diberi perhatian khusus ialah
anai-anai. Serangan anai-anai memberi kesan cukup buruk kerana ia boleh
menjejaskan keutuhan sesuatu struktur dan komponen kayu pada bangunan.
Bagaimanapun serangga lain seperti semut, lipas, lebah, tebuan dan lalat juga boleh
mempengaruhi persekitaran dan kesihatan serta mewujudkan suasana yang tidak
selesa di kawasan bangunan dan kediaman.
KAWASAN YANG MEMERLUKAN PERKHIDMATAN
KAWALAN SERANGGA PEROSAK

Kawasan yang memerlukan perkhidmatan kawalan serangga perosak ialah


dirumah lama yang tidak diduduki. Serangan anai-anai secara umumnya boleh
menyebabkan kerosakan yang lebih teruk ke atas struktur dan komponen bangunan.
Anai-anai membuat lubang di dalam tanah dan membiak ditempat yang lembab serta
pada timbunan kayu. Anai-anai hidup dengan menggunakan kayu-kayu yang telah
mati sebagai sumber bahan makanannya .

Antara tempat yang sering diserang anai-anai adalah seperti bumbung,


tingkap, pintu, rangka kayu, siling dan gelegar lantai. Struktur kayu akan hilang
kekuatannya dan menjadi reput akibat daripada serangan anai-anai. Kerosakan kayu
akibat serangan anai-anai dapat dilihat pada tiang-tiang dan gelegar lantai serta anai-
anai yang bersarang dan membiak dalam struktur kayu yang lembap.

Ciri-ciri serangan oleh anai-anai ini secara umum dapatlah dikesan melalui
bunyi kosong apabila kayu diketuk dari permukaan luar dan sisi permukaan kayu yang
telah dimakannya adalah bersih dan licin.
PERSEDIAAN RAWATAN

Rawatan serangga perosak biasanya dilakukan pada tempat-tempat kediaman


dan bangunan yang telah diserang serangga berkenaan ataupun sebagai langkah
untuk mencegah daripada diserang. Penggunaan bahan kimia merupakan cara
rawatan utama dalam penghapusan dan pencegahan serangga perosak.

RACUN SERANGGA PEROSAK

Klasifikasikan Racun

 Kesemua racun serangga yang didaftarkan untuk penggunaan di Malaysia


mempunyai pelekat kod warna yang menunjukkan tahap keracunan bahan
beracun itu.
i. Racun kelas I – Orang awam tidak dibenarkan untuk menggunakan ia
dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan
ii. Racun kelas II dan III – Dibenarkan penggunanya pada orang awam
tetapi dengan kawalan

Contoh bahan

i. Mapa malathian 84.3


 Racun serangga jenis sentuhan berkesan terhadap kutu ,anai-anai dan
lain-lain serangga yang merayap
ii. Chemicide 75+
 Berkesan untuk pijat-pijat, lalat, jejentik, anai-anai, kutu anjing dan lain-
lain

Keberkesanan tujuan atau ciri-cirinya

i. Memusnahkan, membasmi dan menghindar musuh tanaman


ii. Mencegah kemusnahan harta benda yang berpunca dari serangan serangga
perosak
iii. Mengurangkan pereputan & kulat

Kaedah penggunaan

i. Direndam melalui proses resapan


ii. Disapu
iii. Disembur

Rawatan dan pencegahan anai-anai

i. Pencegahan di kawasan sekitar dan dibangunan separuh siap atau dalam


pembinaan
ii. Rawatan di kawasan bagi bangunan yang telah siap didirikan
AKTIVITI PENYEMBURAN DAN TEKNIK

Membunuh anai-anai dengan semburan setempat

Terdapat teknik rawatan anai secara menyembur bahan kimia pada kawasan
serangan anai-anai, ini dinamakan teknik semburan setempat.

Sebenarnya teknik ini hanya membunuh anai-anai pada kawasan tersebut


sahaja sedangkan terdapat berjuta lagi anai-anai yang sedang merayap secara diam
di bawah serta sekitar rumah anda yang tidak anda ketahui.

Setelah sekeliling rumah anda ditebuk dan disuntik dengan bahan kimia,
kebiasaannya struktur kayu yang terdapat pada rumah anda terutamanya pada
bahagian bumbung di atas siling akan disembur dengan bahan kimia yang sama bagi
menghalang serangan anai-anai pada bahagian atas rumah anda yang mungkin
datang melalui bumbung rumah jiran anda.

Teknik semburan

1) Tuang racun makhluk perosak dengan cermat dan berhati-hati bagi


mengelakkan tumpahan dan percikan
2) Elakkan sama sekali penggunaan alat semburan yg rosak dan bocor.
3) Elakkan menghembus muncung alat semburan yg tersumbat dengan
menggunakan mulut.
4) Jangan menyembur ke arah lawan angin untuk mengelakkan tempias.
5) Sembur racun makhluk perosak ke arah sisi dan bukan ke arah hadapan.
PERATURAN KESELAMATAN

 Gunakan sarung tangan yg sesuai ketika menyukat dan membancuh


sebarang racun perosak.
 Pakai pakaian perlindungn diri yg lengkap dan bersih.
 Pastikan pakaian yg digunakan tidak lusuh atau koyak. 4. Bersihkan
tangan,muka dan badan menggunakan sabun dan air yg secukupnya
sebelum makan,minum atau merokok
KESIMPULAN

Penjagaan keselamatan perlu di beri perhatian khusus kerana pengandalian


racun serangga amat terdedah kepada bahaya racun kimia. Bagi memastikan tidak
berlaku kecederaan setiap pekerja perlu lebih berhati-hati dan mematuhi langkah-
langkah keselamatan. Untuk lebih jelas prosedur keselamatan dibahagi kepada 2
peringkat iaitu langkah-langkah keselamatan umum dan keperluan kesihatan dan
keselamatan pekerja .

You might also like