You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA GEOGRAFI KALI KETIGA TAHUN 2018

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TUN TUAH

Tarikh/Hari : 2 Ogos 2018 (Rabu)


Masa : 2.40 petang
Tempat : Bilik GKMP SMK Tun Tuah

Kehadiran : Pn. Siti Halimah Bt. Taha Pn. Siti NorAishah Bt. Rosley
Pn. Wong Mei Ling Pn. Fuziana Binti Ismail
Cik Nur Fadzleen Bt. Zolkapli

Tidak Hadir : Pn. Nurul Abidah Bt. Zakaria : Bersebab


Pn. Leong Pik Hui : Bersebab

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua ahli panitia yang hadir ke
mesyuarat panitia geografi kali ketiga tahun 2018.
1.2 Pengerusi juga mengucapkan selamat datang kepada ahli baru iaitu Pn.Fuziana Binti Ismail ke
dalam panitia geografi yang telah menggantikan kelas Pn. Leong Pik Hui.

Tindakan : Makluman semua guru

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat

2.1 Cadangan minit mesyuarat disahkan : Pn. Siti Nuraisyah Bt. Rosley

Sokongan : Puan Wong Mei L:ing

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Qnet PT3 2018

Qnet Panitia Qnet Panitia Bil Bil Calon Bil Calon Keseluruhan
GPMP GPMP Calon Lulus Potensi/Gagal Calon
(2018) (2017) A
3.36 3.71 30 141 22 163

Tindakan : Makluman semua guru

4.0 Kerja Kursus PT3

4.1 Pengerusi memaklumkan bahawa semua pelajar PT3 telah menghantar tugasan pada masa yang
telah ditetapkan iaitu pada 27.7.2018 kecuali Hishamuddin dari kelas 3 Fadhil.
4.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa Hishamuddin telah menghantar kerja kursus walaupun lewat
dan kebanyakkan pelajar juga walaupun telah menghantar kerja kursus pada masa yang telah
ditetapkan, ramai pelajar telah menyalin semula hasil kerja pelajar lain
Tindakan : Makluman semua guru

5.0 Aktiviti Bulan Kemanusiaan

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa bulan Ogos adalah patriotisme dan perasmian telah dibuat pada
6.8.2018 dan majlis penutup akan diadakan pada 17.9.2018.

5.2 Pengerusi juga memaklumkan bahawa bulan patriotisme, pihak panitia geografi akan menjalan
pertandingan di mana setiap guru geografi telah diberikan tugas masing-masing dalam
menyediakan pertandingan tesebut. Jadual di bawah menunjukkan guru-guru yang akan
mengendalikan setiap pertandingan.

Jenis Pertandingan Penglibatan Guru Yang Terlibat


Pn. Fuziana Binti Ismail
Teka Silang Kata Semua Tingkatan 1
Pn. Nurul Abidah Binti Zakaria
Pn. Siti Halimah Binti Taha
Geo Race Semua Tingkatan 2
Cik Nur Fadzleen Binti Zolkapli
Pn. Wong Mei Ling
Kitar Semula Pelajar Bukan Islam Pn. Leong Pik Hui
Pn. Siti Nuraisyah Binti Rosley

5.3 Pengerusi juga menyatakan bahawa pertandingan Kitar Semula yang akan dikendalikan oleh Puan
Wong Mei Ling akan dilakukan pada hari jumaat di mana semua pelajar bukan islam berkumpul di
Dewan MKG dan pertandingan tersebut akan dilakukan pada waktu tersebut.

5.4 Pengerusi mnenyatakan setiap pertandingan akan diberikan hadiah iaitu hadiah akan diberikan
kepada setiap pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga. Untuk pertandingan teka silang kata
hadiah akan diberikan dalam bentuk baucer tunai koperasi, pertandingan geo race pualn akan
diberikan hamper dan sijil manakala pertandingan kitar semula juga akan diberikan baucer tunai
koperasi.

Tindakan : Makluman semua guru

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

________________________________ ___________________________
(NUR FADZLEEN BINTI ZOLKAPLI) (SITI HALIMAH BINTI TAHA)
Setiausaha Panitia Geografi 2018 Ketua Panitia Geografi 2018
SMK Tun Tuah. SMK Tun Tuah

You might also like