You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PENTADBIRAN

SEKOLAH KEBANGSAAN JELAPANG,


21450 SETIU,TERENGGANU.
KALI 2/ 2017

Tarikh : 2 April 2017


Hari : Ahad
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Bilik Guru Besar

KEHADIRAN :

1. En.Abdul Ghani Bin Mohd Ali - Guru Besar (Pengerusi)


2. Pn. Norasikin Binti Simat - GPK Pentadbiran
3. Pn. Noor Liza Binti Yaakub - GPK HEM
4. En Mohd Hamzah Bin Mamat - GPK Kokurikulum

Agenda

1. Ucapan Pengerusi
Tuan Guru Besar mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir.
(Tindakan: makluman)

2. Maklumat Penting dari PPD

1.1 Tuan Guru Besar menyampaikan pesanan dari PPD Setiu dan perkembangan program perlu
dirancang, tepat masa dan Guru Besar perlu hadir. Fail-fail berikut perlu diwujudkan dan
dikemaskini.
- Fail kewangan
- Fail Pencerapan
- Fail cuti – cuti yang diluluskan.
1.2 eGTukar : terdapat 3 orang guru yang memohon. Semua permohonan disokong namun
bergantung kepada kelulusan pihak PPD.
1.3 Linus Tahun 1- masih ramai murid yang terlibat seramai 18 orang daripa 30 orang murid.
perlu usahakan cara untuk mengatasi masalah tersebut.
1.4 Pungutan wang kecemerlangan daripada murid sebanyak RM15 akan dibayar kepada zon.
1.5 Jika berlaku keracunan makanan di sekolah, hubungi segera Pejabat Kesihatan dan
PPD , sementara itu pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang sewajarnya .
1.6 Laporan Aset:
Perlu dihantar ke PPD 3 kali setahun. Sebelum laporan dibuat mesti diadakan
mesyuarat kewangan.
1.9 Program UPSR:
PdP berjalan seperti biasa. Kelas hujung minggu diadakan pada setiap hari Jumaat dan
Sabtu
1.10 Pencerapan guru-guru perlu dilakukan mengikut jadual yang telah disediakan.
1.11 Analisa Ujian 1 perlu dibuat dengan segera untu mengesan murid-murid targer UPSR
Yang sebenar.

1.12 Bantuan Pakaian Seragam hantar laporan pada tarikh yang telah ditatapkan.
1.13 Masalah ponteng- terdapat 2-3 orang murid terlibat-laporan melalui SSDM dan surat
amaran telah dikeluarkan.

(Tindakan: makluman)

3. Lain-lain Hal

1.1 Guru Besar berharap semua GPK membuat tindakan mengikut bahagian masing- masing.
(Tindakan: Semua GPK)

1.2 Makluman dari Pn Noor Liza Binti Yaakub ( GPK HEM )


- surat yang telah dihantar
- Laporan aset
- Laporan penerimaan Buku Teks 2018
- Laporan Aedes & Denggi
- Pendaftaran Tahun 1 2018/2019 telah dilaksanakan dengan jumlah murid
Seramai 24 orang.
(Tindakan : makluman)

1.3 Makluman dari En.Mohd Hamzah Bin Mamat ( GPK Kokurikulum )


- Memaklumkan Sukan Tahunan Sekolah akan diadakan pada 9&10 Mei
2017
- Membentangkan kertas cadangan Sukan Tahunan.
- Semua ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan tersebut.
(Tindakan : Penyelaras Sukan Sekolah)

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari

Disediakan oleh :

……………………………...
( Noor Liza Binti Yaakub )
GPK HEM

Disahkan oleh:

…………………………..
( Abdul Ghani Bin Mohd Ali )
Guru Besar
SK.Jelapang

You might also like