You are on page 1of 5

4.

0 Teori dan Pendekatan

a) Teori Kognitif

Definisi:

Teori Kognitif memberi maksud teori yang memberi penekanan kepada


perkembangan mental pelajar secara keseluruhan. Manakala, kemahiran kognitif pula
merupakan kebolehan seseorang individu itu untuk melontarkan idea dan pandangan, berfikir,
memahami serta mengingati perkara-perkara yang berlaku di ruang lingkup kehidupannya. Ia
melibatkan aktiviti mental seperti mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis,
menilai serta merekacipta. Sebuah buku berjudul “Panduan Kognitif Kanak-Kanak
Prasekolah”, pengarang menyatakan bahawa kognitif adalah merujuk kepada intelek atau
pemikiran individu.

Perkembangan kognitif memberi fokus kepada kaedah manusia belajar serta


memproses maklumat. Justeru itu, boleh diklasifikasikan bahawa teori kognitif adalah suatu
proses memperkembang daya fikir atau membentuk pengetahuan individu. Ahli-ahli
psikologi kognitif menekankan bahawa manusia bukan hanya penerima rangsangan yang
pasif semata-mata, sebaliknya otak kita akan sentiasa memproses secara aktif maklumat yang
diterima dan menukarkan maklumat ke dalam bentuk atau kategori yang baru.

b) Kognitif Dimensi Taksonomi Bloom

Taksonomi Bloom adalah suatu kerangka yang merujuk kepada tujuan pendidikan.
Taksonomi ini dicetuskan oleh Benjamin S. Bloom buat pertama kali pada tahun 1956.
Beliau telah memecahkan kaedah ini kepada beberapa domain (ranah). Oleh itu, beliau
berjaya mengkelaskan tujuan pendidikan kepada tiga domain utama, iaitu:

i. Cognitive Domain (Ranah Kognitif), yang berkaitan perilaku serta menekankan aspek
intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan kemampuan daya berfikir.
ii. Affective Domain (Ranah Afektif) perihal tingkah laku yang memfokuskan kepada
aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, dan cara pembawakan diri.
iii. Psychomotor Domain (Ranah Psikomotor) menjelaskan tentang tingkah laku yang
menekankan aspek keterampilan atau skill yang memeprlihat kemampuan seseorang
itu bertindak setelah menerima pengalaman tertentu kebiasaanya berhubungan dengan
aktiviti fizikal misalnya berlari, melompat, melukis, menari dan memukul.
c) Konsep Taxonomi Bloom

Pada tahun 1956, Bloom telah mengklasifikasikan dimensi proses kognitif dalam
enam kategori iaitu,pengetahuan(knowledge),pemahaman(comprehension), aplikasi
(application), analisis(analysis), sintesis(synthesis), dan penilaian(evaluation).Model
taksonomi ini dikenali sebagai Taksonomi Bloom. Selanjutnya, Anderson dan Krathwohl
telah melakukan pembaharuan ke atas teori kognitif ini dan dikenali dengan Revised Bloom’s
Taxonomy (Revisi Taksonomi Bloom). Proses kognitif yang terbaru ini meliputi enam
kategori yang mengguakan kata kerja seperti mengingat (remembering), memahami
(understandinging), mengaplikasi(apply), menganalisis(analysing), menilai(evaluating), dan
mencipta (creating).

Setiap kategori pula menggunakan kunci kata kerja yang pelbagai untuk
menerangkannya. Seperti contoh jadual di bawah.

Mengingat Memahami Mengaplikasi Menganalisis Menilai Mencipta


-Menyebutkan -Nyatakan -Gunakan -Membeza -Pendapat -Gabungkan
-Mengenalpasti -Banding -Tentukan -Mengasing -Cantum -Mengatur
-Membaca -Tulis -Gambarkan -Perincikan -Memutuskan -Mengarang
-Mencatat semula -Aplikasi -Cerakin -Menilai -Melakonkan
-Menghafal

Evaluation Creating

Synthesis Evaluating

Analysis Analysing

Application Applying

Comprehension Understanding

Knowledge Remembering

Taxonomi Bloom 1956 Revised Taxonomi Bloom


Jadual berkaitan kegiatan pembelajaran Jawi Tahun 1 menggunakan Taxonomi Bloom

No. Tahap Erti Aktiviti Pelajar


 Menyebut huruf Jawi
Mengingat kembali maklumat  Mengenalpasti suku kata
Mengingat
1. tentang asas-asas tulisan Jawi yang melalui kad imbasan
(Remembering)
telah di pelajari pada pra sekolah.  Membaca suku kata yang
ditulis pada papan putih

 Membandingkan suku
kata jawi terbuka dan
Memahami maklumat secara lisan
tertutup
yang diberikan oleh guru, bentuk
Memahami  Menulis semula suku kata
2. suku kata yang ditulis di papan putih
(Understanding) terbuka selain dari yang
serta kad imbasan suku kata yang
diberi
ditunjukkan di hadapan kelas
 Mengklasifikasikan suku
kata terbuka dan tertutup
 Menggemukakan suku
kata yang betul
Memilih, memindah dan
 Menentukan perbezaan
menggunakan maklumat tentang
Mengaplikasi suku kata yang betul dan
3. suku kata terbuka dan tertutup untuk
(Applying) salah
menyelesaikan kertas
 Menyesuaikan suku kata
lembaran@latihan.
yang betul berdasarkan
kertas lembaran@latihan
 Memperincikan suku kata
yang tepat
Mengasing serta membezakan suku
 Merasionalkan suku kata
Menganalisis kata terbuka dan tertutup
4. yang digunakan
(Analysing) berdasarkan jawapan pada kertas
berdasarkan pengetahuan
lembaran yang telah dijawab.
 Menganalisis suku kata
sama ada tepat atau tidak
 Mencantumkan kesemua
suku kata yang betul
Membuat keputusan serta
 Memeriksa suku kata
Menilai pertimbangan mengenai suku kata
5. yang telah ditulis
(Evaluating) yang tepat untuk di pilih sebagai
 Memberi pendapat
jawapan akhir.
terhadap suku kata
terbuka dan tertutup
 Membina ayat dengan
suku kata yang betul
 Mengkombinasikan suku
Setelah selesai menjawab soalan,
kata terbuka dan tertutup
guru meminta pelajar membina 5
Mencipta dalam satu jadual
6. ayat berdasarkan suku kata yang
(Creating)  Melakonkan perkataan
telah di pelajari dan lakonkan di
yang terhasil daripada
hadapan kelas.
gabungan suku kata.
Contoh suku kata :
A....YAM = AYAM
Rujukan

1. Kamaruzaman Moidunny(2012) Artikel 5: Taksonomi Bloom: Perubahan Yang


Diperlukan? Diakses dari
http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/taksonomi-bloom-perubahan-
yang.html

2. Rohani Abdullah & Nani Menon (2007). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah
Kuala Lumpur :PTS Professional

You might also like