You are on page 1of 2

Bahagian A(i) - Ringkasan

[20 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang tujuan pemberian kerja rumah. Panjangnya ringkasan anda
hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kerja rumah ialah tugasan yang perlu disiapkan di luar jadual waktu tetapi
tidak semestinya dibuat di rumah. Kerja rumah mempunyai unsur pembelajaran kendiri. Oleh
itu, kerja rumah diberikan supaya unsur ini dapat dipupuk dalam kalangan diri murid. Kerja
rumah juga menjadi aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran di dalam kelas. Justeru, kerja rumah
perlu disiapkan oleh murid secara individu atau kumpulan. Namun, perkara ini telah
menimbulkan rungutan kerana kerja rumah dikatakan telah 'merompak' masa anak-anak untuk
berkembang dari segi jasmani.
Selain itu, kerja rumah dikatakan menyusahkan ibu bapa kerana mereka terpaksa
menghabiskan banyak masa untuk membimbing anak-anak membuat kerja rumah. Namun,
perlu diingat bahawa kerja rumah sememangnya diberikan bagi membuka peluang kepada ibu
bapa mahupun ahli keluarga yang lain bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Kerja
rumah juga dapat memberikan gambaran kepada ibu bapa tentang perkara-perkara yang
dipelajari oleh anak-anak mereka di sekolah.
Menurut kajian, antara rahsia kejayaan seseorang murid adalah apabila sentiasa ada
tugasan yang dilakukannya tentang sesuatu yang dipelajari di sekolah. Dengan itu, kerja rumah
merupakan satu daripada usaha yang boleh menyebabkan murid berjaya kerana mereka sentiasa
belajar dan membuat latihan. Di samping itu, guru memberikan latihan tambahan sebagai kerja
rumah supaya tumpuan dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Perkembangan multimedia seperti televisyen, komputer, Internet dan sumber-
sumber maklumat lain seperti buku, majalah dan akhbar pula menjadi sumber sokongan yang
penting bagi murid membuat kerja rumah. Oleh itu, kerja rumah yang diberikan, diharapkan
dapat membantu murid meneroka perkara-perkara baharu daripada sumber-sumber maklumat
yang tidak diperoleh di bilik darjah.
Pemberian kerja rumah dibuat dengan mengambil kira faktor masa
senggang murid. Kerja rumah diberikan agar mereka dapat mengisi masa senggang mereka
dengan aktiviti yang berfaedah yang menjurus ke arah kecemerlangan mereka dalam bidang
pelajaram
Oleh hal yang demikian, walaupun terdapat pelbagai pandangan tentang kerja rumah,
namun hakikatnya kerja rumah banyak memberi kesan positif kepada murid-murid.
(Dipetik dan diubah suai daripada
'Pengurusan kerja Rumah yang Elektif’
oleh Dr. Hj. Mohammed Sani bin Hj. Ibrahim,
Pendidik, Bil 14,2005)
Contoh Jawapan 1.

Pemberian kerja rumah bermotif untuk memupuk unsur pembelajaran kendiri dalam
sanubari murid. Kerja rumah turut berperanan sebagai aktiviti pengukuhan bagi pembelajaran
di dalam kelas. Tambahan pula, kerja rumah memberi peluang keemasan kepada ahli-ahli
keluarga untuk bersama dengan anak-anak semasa mereka belajar. Malahan, kerja rumah
merupakan platform kejayaan murid-murid dalam pelajaran kerana banyak latihan yang
dilakukan. Lebih-lebih lagi, kerja rumah diberikan bertujuan untuk mengisi masa lapang
mereka dengan aktiviti berfaedah yang mampu mendorong mereka berjaya dalam pelajaran.
( 75 patah perkataan )

Contoh Jawapan 2.

Tujuan pemberian kerja rumah adalah untuk mengukuhkan pembelajaran murid di


dalam kelas. Kerja rumah turut member gambaran kepada ibu bapa tentang perkara yang
dipelajari oleh anak mereka di sekolah. Seterusnya, kerja rumah merupakan satu inisiatif
yang boleh menyebabkan murid berjaya. Guru memberikan kerja rumah supaya tumpuan
dapat diberikan kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerja rumah juga dapat
membantu murid meneroka perkara-perkara baharu daripada sumber-sumber maklumat yang
tidak diperoleh di bilik darjah.
( 71 patah perkataan )

You might also like