You are on page 1of 15

AUTONOMI GURU DALAM PENTAKSIRAN

PENGENALAN

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang diperkenalkan semenjak tahun 2011

merupakan satu perubahan drastik yang komprehensif terutamanya dalam kaedah

penilaian pembelajaran murid. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) menggantikan

sistem penilaian sedia ada menjadi cabaran baharu dalam sistem pendidikan kini.

Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) danTrend Pendidikan Matematik dan

Sains Antarabangsa (TIMSS) merupakan salah satu faktor tekanan terhadap

perubahan tersebut. Melalui dapatan analisis tersebut dapat dilihat kedudukan purata

skor Malaysia mulai menurun daripada skor purata negara peserta TIMSS yang lain

bagi tahun 2007 dan makin menurun pada tahun 2011. Kedudukan Malaysia dalam

PISA 2009 pula adalah pada tempat ke 57 daripada 74 buah negara yang

menyertainya. (KPM, 2013)

Bagi memantapkan lagi sistem pendidikan Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia (PPPM) tahun 2013 hingga 2025 (KPM, 2013) telah dilancarkan oleh

Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada

September 2013 menyaksikan kerangka transformasi sistem pendidikan bagi

memantapkan sistem kebangsaan dalam usaha menghasilkan produk sistem

pendidikan yang lebih berdaya saing dan melangkaui penanda aras antarabangsa.

PBS ialah satu daripada dua komponen utama dalam Sistem Pentaksiran

Pendidikan Kebangsaan (SPPK). Satu komponen lagi ialah Peperiksaan Pusat (UPSR,

PMR, SPM, STAM, SPMU). PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu

menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan

1
Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan. Komponen PBS terdiri daripada bidang

akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah

(PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan

Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi

kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan

sekolah. (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2011).

PBS juga boleh meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan

kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-

masing kerana mereka boleh memantau perkembangan murid secara berterusan, boleh

memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid,

lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid

serta dapat mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi.

Tan Sri Musa Muhamad (2003) menyatakan kuasa autonomi mampu

membebaskan pihak sekolah daripada terlalu terkongkong di bawah mana-mana pihak

dan memberi ruang yang besar kepada sekolah untuk bergerak lebih bebas

menggunakan kreativiti dalam mentadbir urusan masing-masing.Walau bagaimanapun

sejauh manakah autonomi guru ini wujud dalam perubahan tersebut sering

diperdebatkan. Autonomi sangat penting untuk memberi guru bebas mempelbagaikan

teknik pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pentaksiran.

2
AUTONOMI GURU

Autonomi guru bermaksud hak dan kebebasan guru mengurus atau mengendalikan

pengajaran dan pembelajaran serta mentaksir murid berdasarkan kreativiti guru

tersebut. Walau bagaimanapun autonomi merupakan satu perkara yang subjektif

tertakluk kepada perbincangan atau pandangan khalayak berdasarkan pandangan yang

berbeza-beza mengikut keadaan yang boleh berubah dari semasa ke semasa.

Benson (seperti petikan dalam Ravikumar, Abdul Ghani Kanesan dan Aziah,2015 )

membincangkan pandangannya tentang autonomi dengan menjelaskan autonomi

adalah hak untuk kebebasan daripada kawalan oleh orang lain.

Castle & Aichele (seperti petikan dalam Wilches, JU.,2007) menghuraikan

konsep autonomi guru merupakan hak atau keputusan bersama-sama yang dilakukan

berdasarkan kepentingan dan keperluan pelajar bersandarkan kepada peraturan guru,

profesionalisme dan pandangan dari luar. William Littlewood (seperti petikan dalam

Wilches, JU.,2007) menggambarkan autonomi dari dua perspektif yang berbeza, iaitu

keupayaan untuk membuat keputusan secara bebas berdasarkan kebolehan

dankemahiran untuk tindakan; dan kesediaan, yang melibatkan motivasi dan keyakinan

untuk melaksanakan pilihan. Manakala Jing Huang (seperti petikan dalam Wilches,

JU.,2007) mendefinisikan autonomi guru sebagai kesediaan guru, keupayaan dan

kebebasan untuk mengawal pengajaran dan pembelajaran mereka sendiri .

Justeru itu, autonomi guru yang sebenar bukanlah kebebasan semata-mata

tanpa kawalan yang boleh mengganggu sistem pendidikan. Ini kerana terdapat guru-

guru yang merasakan apabila diri mereka sebagai profesional autonomi mereka bebas

dari kawalan yang dikenakan oleh rakan sekerja, pentadbir, institusi atau sistem

3
pendidikan dan dapat membuat keputusan dan mengambil tindakan sendiri. Autonomi

yang sebenar perlu bersandar kepada falsafah pendidikan dan juga perlu berada

dilandasan kerangka transformasi sistem pendidikan di bawah Pelan Pembanggunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) tahun 2013 hingga 2025.

GURU SEBAGAI PROFESIONAL

Menurut Pearson and Moomawuru (seperti petikan dalam Ravikumar et al.,2015) guru

sebagai profesional dan mereka harus diberi kuasa dan diberi kebebasan atau

autonomi untuk menentukan rawatan yang terbaik untuk masalah pembelajaran pelajar

mereka. Dengan itu, guru-guru akan lebih bersifat dinamik, bermotivasi dan mencapai

tahap kepuasan dalam membina kemenjadian murid. Autonomi guru juga dapat

membawa perubahan yang diingini kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran

pelajar. Ia juga membantu dalam menghasilkan pelajar autonomi yang akan memberi

manfaat kepada proses pembelajaran pelajar khususnya dalam membuat keputusan.

Guru memainkan peranan utama dalam menghasilkan pelajar yang cemerlang

dalam pengajian mereka. Berdasarkan beberapa teori motivasi, penglibatan pelajar

dalam pembelajaran ditentukan oleh guru-guru mereka yang bermotivasi dan mengikut

teori penentuan diri (Deci dan Ryan, 2000).

Selain daripada mengajar, guru bertanggungjawab menilai pencapaian pelajar

mereka selaras dengan standard pembelajaran yang ditetapkan oleh kurikulum. Salah

satu peranan guru adalah menjalankan penilaian pelajar dan menentukan sejauh mana

pelajar memperoleh pengetahuan tersebut.

4
Guru sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan, guru-guru perlu dijadikan sebagai

orang yang bertanggungjawab menyampaikan dasar-dasar tersebut secara

bertanggungjawab. Ini seterusnya memerlukan ruang kosong bagi guru untuk

menjalankan tugas dan kebebasan mereka untuk memutuskan tindakan mereka yang

paling sesuai dengan persekitaran kerja mereka dan memenuhi keperluan pihak

berkepentingan. Para guru memerlukan autonomi profesional untuk menjalankan tugas

mereka dengan tekun. Pearson dan Hall (seperti petikan dalam Ravikumar et al.,2015)

adalah rasa keinginan guru kawalan diri dan persekitaran kerja mereka. Wilucki (seperti

petikan dalam Ravikumar et al.,2015) mengaitkan autonomi guru dalam spektrum yang

luas daripada menjadi orang berfikir sendiri, berfikir bebas, mampu membuat keputusan

yang bijak dan mampu membuat keputusan yang baik.

Selain itu, guru memainkan peranan penting dalam bilik darjah. Selain daripada

mengajar, guru juga bertanggungjawab untuk menilai kemajuan pembelajaran pelajar

mereka yang merupakan dimensi baru dalam Sistem Pendidikan Malaysia. Pengenalan

PBS telah memberikan tanggungjawab yang lebih luas kepada para guru. Ini juga

membawa kesinambungan baru dan keperluan untuk autonomi profesional guru.

Justeru itu, ketika menjalankan tanggungjawab sebagai pentaksir guru perlu

berintegriti. Setiap keputusan yang dilakukan tidak boleh mempunyai sikap bias,

diskriminasi, rasuah, dan sebagainya. Lembaga Pengajian Queensland (seperti petikan

dalam Ravikumar et al.,2015) menggariskan kepentingan dan manfaat PBS dalam

sistem pendidikan mereka seperti berikut:

- Pelajar dapat memperbaiki pembelajaran mereka dengan optimum,

- Pelajar dapat memperbaiki pembelajaran mereka melalui maklum balas yang

5
berterusan dan terperinci,

- Guru mempunyai peluang untuk menggunakan pelbagai teknik penilaian,

- Guru dapat memperbaiki pengetahuan dan teknik penilaian mereka,

- Guru dapat mengamalkan kurikulum dan penilaian berdasarkan keperluan pelajar

Guru juga perlu mampu dan bersedia membuat penambahbaikan pengajaran

mereka. Melalui autonomi, guru boleh menilai dan mempertimbangkan tahap

penguasaan murid dengan lebih berkesan melalui Pentaksiran Berasaskan

Sekolah(PBS). Lamb (seperti petikan dalam Ravikumar et al.,2015) pula menjelaskan

bahawa guru-guru berkeupayaan dalam menentukan penambahbaikan pengajaran

mereka melalui usaha mereka sendiri melalui kajian dan pemikiran reflektif berdasarkan

aspek autonomi guru. Lamb juga menyatakan bahawa kebebasan untuk dapat

mengajar dengan satu keinginan juga merupakan manifestasi autonomi. Montgomery

dan Prawitz (seperti petikan dalam Ravikumar et al.,2015) mendakwa bahawa autonomi

guru berkait rapat dengan kemerdekaan dalam menjalankan proses Pengajaran dan

Pembelajaran (PdP) mereka. Klecker dan Loadman (seperti petikan dalam Ravikumar

et al.,2015) melihat autonomi guru sebagai guru yang memberi kuasa. Takrifan

autonomi guru menunjukkan bahawa penekanan utama adalah kebebasan guru dalam

melaksanakan tugas mereka secara mandiri tanpa birokrasi atas-bawah yang memberi

tekanan terhadap pengawasan diri mereka. Archbald dan Porter (seperti petikan dalam

Ravikumar et al.,2015) menunjukkan bahawa birokrasi bertingkat berkemungkinan akan

melemahkan autonomi profesional guru dan menghalang keberkesanan pedagogi.

Kebebasan dalam menjalankan tugas mereka akan mencerminkan kualiti kerja yang

mereka hasilkan.

6
Apabila guru berautonomi maka akan menghasilkan murid berautonomi. Murid

berautonomi akan melahirkan kemenjadian murid yang sebenar kerana murid bebas

dan dapat mengawal persekitaran pembelajaran mereka. Mereka lebih mudah untuk

menghadapi keperluan pembelajaran mereka sendiri serta cepat menyerap aspek

kognitif, afektif dan psikomotor melalui PdP. Disamping itu, murid juga bebas dan dapat

mengawal pentaksiran berdasarkan kebolehan mereka dan boleh secara terus

memperbaiki kelemahan mereka.

Peranan guru dalam persekitaran pengajaran ini agak lebih terbuka kerana

mereka bebas untuk menentukan penyelesaian terbaik untuk masalah pembelajaran

murid mereka. Guru adalah orang yang terbaik untuk menentukan keperluan pelajar

dan menangani masalah pembelajaran mereka. Tanggungjawab guru dalam PBS

dilihat sebagai aspek penting dalam proses PdP. Integrasi penilaian dalam proses PdP

akan membantu guru dalam mengenal pasti masalah pembelajaran murid mereka serta

membantu guru memberikan penyelesaian pada masa semasa bagi mengatasi

masalah. Dunn dan Mulvenon (seperti petikan dalam Ravikumar et al.,2015);

Kellaghan dan Greaney (seperti petikan dalam Ravikumar et al.,2015) menegaskan

bahawa penilaian dilakukan untuk mengenal pasti dan menghubungkan pembelajaran

pelajar dengan keperluan pembelajaran yang ditetapkan dan membantu mengatasi

masalah pembelajaran mereka.

7
KEKANGAN KEPADA AUTONOMI GURU

Melalui pembangunan dan latihan autonomi guru sentiasa cuba dipertingkatkan. Walau

bagaimanapun didapati masih terdapat kecacatan dimana kekangan kepada autonomi

tetap berlaku. Sumber utama kekangan ialah ketakutan perubahan yang kuat. Salah

satu penyebabnya guru-guru merasakan untuk melakukan perkara-perkara dengan

cara yang biasa adalah lebih selamat daripada untuk mengemudi dalam perkara yang

baharu.

Selain itu, kecacatan yang kuat kepada autonomi guru adalah ketakutan

melepaskan kawalan. Guru-guru masih rasa ragu-ragu untuk memberi kebebasan

kepada murid-murid. Begitu juga dengan pihak atasan masih ragu-ragu memberi

kebebasan kepada guru. Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pembangunan

Kurikulum masih tidak yakin autonomi guru sehinggakan menyebabkan berlakunya

lambakan bebanan kepada guru-guru. Guru perlu menyediakan pelbagai dokumentasi

yang bertindan secara elektronik untuk memenuhi keraguan pihak atasan.

Dalam menjelaskan tentang bebanan tugas guru akibat pelaksanaan PBS,

Faizah Abd Majid (seperti petikan dalam Norashid Bin Othman dan Hamzah Bin

Md.Omar, 2014)

“memberikan perspektif asas tentang pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah

(PBS) di Malaysia dan cabaran yang bakal dihadapi. Menurut beliau lagi, PBS belum

sampai ke tahap pelaksanaan penuh. Bagi memastikan bahawa pihak sekolah akur

dengan konsep PBS, pengetua dikehendaki menyediakan sistem data dan fail yang

berfungsi sebagai bukti hitam putih hasil kerja setiap orang murid. Bilangan fail

mungkinmencecah angka ribu dan puluhan unit almari untuk penyimpanan fail

8
berkenaan. Ini secara tidak langsung ianya dikatakan membebankan guru. Tugas-tugas

guru yang sedia banyak akan dibebankan lagi dengan pelbagai jenis folio dan dokumen

berkaitan yang perlu disediakan dan dilaksanakan. Bilangan pelajar yang ramai juga

menyebabkan guru tidak cukup masa untuk melaksanakan PBS dengan sistematik.

Sumber kekangan ketiga berdasarkan pengalaman adalah berasal dari pihak

berkuasa pendidikan, institusi kerajaan atau organisasi yang mempunyai matlamat

mereka sebagai peraturan untuk tindakan guru. Mereka membuat kajian di dalam

makmal sama ada di institusi awam dan swasta dan seterusnya membentuk dasar,

peraturan, pembaharuan, tuntutan, tekanan daripada ujian, mandat negara, amalan

seragam, dll. Seterunya apabila sampai di peringkat sekolah guru perlu laksanakannya

walaupun kadang-kala tidak sesuai dengan persekitaran khususnya sekolah-sekolah

pendalaman.

Selain Guru perlu menghabiskan sukatan pelajaran walaupun murid tidak

mencapainya. Guru-guru perlu menyelaraskan pelbagai aktiviti kebajikan murid dan

juga keperluan untuk menggembirakan ibu bapa. Pelbagai program hal ehwal murid

seperti Susu 1 Malaysia, Rancangan Makanan Tambahan, kehadiran murid, Kumpulan

Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), Kesihatan dan Pergigian murid, keselamatan

murid di dalam dan luar sekolah malahan terpaksa menyelesaikan masalah rumah

tangga pelajar bagi menanggani masalah keciciran pembelajaran murid. Usaha-usaha

menyelesaikan tanggung jawab tersebut sedikit sebanyak mengganggu autonomi guru.

9
CARA UNTUK MEMPERKASAKAN AUTONOMI GURU

Pengiktirafan merupakan cara yang penting dalam memperkasakan tingkah laku

autonomi. Pengiktiran memberikan motivasi kepada guru-guru untuk melakukan

perubahan dan seterusnya mencapaikan PdP dan pelaksanaan pentaksiran yang lebih

dinamik.

Selain itu, pembangunan dan latihan juga boleh membantu memperkasakan

autonomi guru. Littlewood (1997) menyatakan bahawa keupayaan dan kesediaan

melaksanakan perubahan dalam tingkah laku kita menjadi lebih autonomi berdasarkan

enam elemen penting dalam melaksanakan perubahan seperti berikut;

1. Kesedaran diri tentang kekuatan dan kelemahan membawa kita kepada pemahaman

yang lebih baik tentang diri kita sebagai pelajar dan profesional. Penilaian diri dan

refleksi adalah alat yang sangat baik untuk mengenali diri kita dan catatan harian

adalah nilai yang besar untuk merekodkan proses tersebut.

2. Kesedaran tentang apa yang berlaku di sekeliling kita, pelajar, tempat kerja

masyarakat, negara dan di dunia. Melalui kesedaran, kita mampu mengenal pasti

keperluan, matlamat, keupayaan, keinginan, perubahan dan impian agar kita boleh

membantu membangunkan autonomi kita dan murid-murid tentang kesedaran sendiri

untuk proses pembelajaran mereka. Selain itu, kita boleh menyumbangkan kepada

pencapaian piawaian dan kedudukan yang lebih baik terhadap institusi. Melalui

kesedaran kita juga boleh menjadi proaktif, kritikal, dan sentiasa meletakkan idea-idea

ke hadapan bagi menyumbang kepada kebaikan kondusi kerja kita dalam bidang

pengajaran dan pembelajaran. Pemerhatian dan pemantauan adalah satu kemestian

10
dalam pembangunan kesedaran untuk memperkasakan autonomi guru yang

dicanangkan.

3. Dengan memikul tanggungjawab dan memperkemaskan kualiti tanpa autonomi tidak

mungkin, memberi kita kebebasan. Pada masa yang sama kita perlu berdedikasi,

berorganisasi,mempunyai kemahiran mengurus masa, kekuatan fizikal dan mental,

ketekunan dan komitmen terhadap tugasan.

4. Cabaran pula membawa kita satu langkah ke hadapan dan menunjukkan kepada kita

ruang lingkup kemampuan kita. Cabaran akan membawa kepada pertumbuhan

profesional. Cabaran merupakan bentuk penerokaan ke kawasan baru dan keputusan

untuk memperbaiki kawasan tersebut akan membentuk pengetahuan atau kemahiran

baji menjalankan penyelidikan untuk mengatasi sesuatu masalah.

5. Penyertaan dan kolaborasi juga merupakan unsur utama kepada pembangunan

autonomi. Dalam profesion perguruan, kerjasama strategik antara guru-guru dalaman

dan luaran, antara sekolah, dengan pihak agensi atau swasta, masyarakat amat

penting. Kerjasama tersebut bagi membina secara kolektif dengan menjalankan projek-

projek inovasi dan perusahaan adalah sangat diperlukan. Autonomi tidak bermakna jika

berlakunya pengasingan ataupun individualism. Rundingan, kerjasama, perkongsian,

mempromosi, mendengar dan menghormati orang lain dan pandangan mereka adalah

komponen penting dalam penyertaan dan kerjasama.

6. Guru perlu mengubah peranan mereka dalam bilik darjah. Guru perlu cuba

mengubah diri daripada menjadi pengawal kepada penasihat, daripada jurulatih untuk

membimbing, daripada penyampai kepada pemerhati dan pendengar, dan daripada

11
penilai atau hakim kepada penyelidik. Mengubah peranan guru dalam bilik darjah

bersamaan dengan transformasi peranan pelajar kita.

Bagi menjelaskan lagi tentang cara memperkasakan autonomi guru maka Littlewood

(1997) menjelaskan dalam takrifannya tentang autonomi iaitu beliau menjelaskan

bahawa keupayaan dan kesanggupan adalah unsur-unsur penting dalam membuat

seseorang yang berautonomi. Beliau juga berkata konsep autonomi, bermaksud

keupayaan atau pemacu untuk berkembang secara autonomi dan membimbing murid-

murid menuju ke jalan autonomi.

PENUTUP

Secara jelasnya menunjukkan bahawa guru-guru sentiasa melihat autonomi sebagai

aspek penting dalam keperluan profesional mereka. Pembinaan autonomi

gurusebenarnya hanya dilihat sebagai kerja rutin guru. Perancangan dan pengajaran

mereka dilihat sebagai satu aspek tugas mereka seperti dalam autonomi kurikulum.

Guru sedar sepenuhnya tentang keperluan ini dan merasakan mereka mempunyai

autonomi mengenai perancangan dan melaksanakan pelajaran. Tetapi autonomi yang

berlaku merupakan autonomi terpimpin kerana penggunaan kurikulum masih bersifat

kurikulum terpusat. Walau bagaimanapun guru menuntut lebih banyak autonomi untuk

memenuhi keperluan pelajar mereka. Menjadi guru, menilai kemajuan pelajar adalah

sebahagian daripada tugas mereka. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh

Ravikumar, Abdul Ghani Kanesan dan Aziah(2015) menjelaskan hubungan antara

tahap autonomi dan amalan penilaian menunjukkan korelasi yang signifikan yang

12
menunjukkan bahawa guru autonomi mempunyai amalan penilaian positif dalam proses

PdP. Nilai guru memegang peranan sebagai penilaian juga menunjukkan korelasi positif

dan signifikan dalam amalan penilaian mereka. Ia menunjukkan bahawa guru melihat

penilaian menentukan amalan penilaian mereka dalam proses PdP. Seperti yang

dinyatakan sebelum ini, satu aspek penting dalam proses PdP adalah penilaian.

Pengujian yang disepadukan dalam proses PdP akan menghasilkan pengajaran yang

seimbang dan kemajuan pelajar dalam pelajaran (Ravikumar et al.,2015). Guru-guru

yang melihat penilaian yang tinggi akan mengambil pendekatan positif untuk melihat

pelajar belajar dan menangani masalah mereka dengan segera jika ada. Sebaliknya

berlakau perkara tidak baik dengan guru yang tidak mempunyai nilai positif mengenai

penilaian. Kajian Ravikumar et al.(2015), juga menunjukkan bahawa guru secara umum

mempunyai pandangan positif mengenai penilaian dan bertepatan dengan amalan

mereka di dalam kelas. Analisis lanjut menunjukkan bahawa terdapat kesan yang

signifikan terhadap autonomi mengenai amalan penilaian guru. Autonomi kurikulum

memberi kesan positif kepada amalan penilaian guru dan menyumbang banyak dalam

proses PdP. Selain daripada penilaian semasa proses PdP dan penyertaan pelajar

dalam proses PdP, autonomi kurikulum juga mempunyai sumbangan dan pengaruh

besar dalam pembelajaran pelajar secara eksplisit. Seperti yang dapat dilihat bahawa

faktor-faktor seperti penilaian dalam proses PdP dan penyertaan aktif pelajar

meningkatkan pembelajaran pelajar yang jelas. Guru autonomi dilihat sebagai faktor

utama yang menyumbang kepada pelajar pembelajaran eksplisit. Ini kerana peranan

guru dalam proses PdP akan menggalakkan penyertaan pelajar secara aktif. Autonomi

kurikulum juga dilihat sebagai faktor yang menyumbang dalam mempromosikan pelajar

13
secara pembelajaran eksplisit, autonomi pelajar dan prestasi pelajar. Dapat disimpulkan

bahwa autonomi guru khususnya autonomi kurikulum telah menjadi bahagian penting

kepada profesionalisme guru. Seperti profesional lain, guru adalah orang yang terbaik

untuk mengenal pasti dan memperbaiki masalah pembelajaran pelajar. Guru sentiasa

menyedari autonomi mereka dan hak profesional mereka dalam menjalankan tugas

mereka. Walau bagaimanapun, kajian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti

faktor-faktor asas yang menyumbang kepada autonomi kurikulum di kalangan guru.

Kajian lanjut juga dapat dilakukan untuk mengenal pasti faktor bebas kerja guru dan

faktor kolaborasi yang dapat meningkatkan rasa profesionalisme dan ketergantungan di

kalangan guru.

14
RUJUKAN

1. Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Malaysia Education Blueprint 2013-


2025 (Pre School – Post-Secondary Education). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia. Diakses daripada
https://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/articlefile_file_003108.pdf

2. Littlewood, W.(1997). Self-access work and curriculum ideologies. In P.


Benson and P. Voller (Eds.), Autonomy and independence in language
learning. (pp. 181-191). London: Longman.

3. Norashid Bin Othman & Hamzah Bin Md.Omar.(2014). Beban tugas dan motivasi
pengajaran guru di Sekolah Menengah
Daerah Ranau. Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal For Educational
Thinkers), 5, 35-57.doi:ISSN 1985-3637. Diakses daripada
file:///C:/Users/Admin/Downloads/jpp5_3%20(1).pdf

4. Ravikumar Varatharaj, Abdul Ghani Kanesan Abdullah & Aziah Ismai.(2015). The
effect of teacher autonomy on assessment practices among Malaysian
cluster school teachers. International Journal of Asian Social Science, 5(1),
31-36. doi: ISSN(e): 2224-4441/ISSN(p): 2226-5139. Diakses daripada
http://www.aessweb.com/pdf-files/ijass-2015-5(1)-18-30.pdf

5. Wilches, JU. (2007). Teacher autonomy: A critical review of the research and
concept beyond applied linguistics. Íkala, Revista de Lenguaje y cultura,
12(18), 245-275. Diakses daripada
http://aprendeenlinea.udea.edu.co/revistas/index.php/ikala/article/view/2720/2
173

15

You might also like