You are on page 1of 6

Punca Stress/burnout

Punca stress/burnout di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori,


iaitu punca profesional dan punca peribadi:-

Punca professional

1. Persekitaran kerja

Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres
di kalangan guru. Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa
boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan
kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar
serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.

2. Perubahan

Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup


dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar
menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan
profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya
sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak
perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Malaysia pada hari ini.
Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari
golongan etnik ini kurang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Melayu.
Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Melayu untuk
memenuhi kurikulum pendidikan.
Punca peribadi

1. Kesihatan

Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku


kematian dalam kalangan keluarga.

2. Perhubungan

Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya
peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang
baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham
maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.

3. Kewangan

Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti
riadah dan taraf hidup seseorang guru.

4. Taraf hidup

Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan
taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Disamping itu, memiliki rumah
sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.

5. Aktiviti riadah

Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama
keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru


Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1. Kenal pasti reaksi emosional

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh
menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru
perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut
telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua
itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru
tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya
telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa
yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua
itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan
memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

2. Komitmen sosial

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-


orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

3. Kehidupan fizikal

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang
guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya
menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di
sekolah.Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh
membantu guru menangani stress.

4. Intelek

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang
serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani
stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik.
Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress
dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah
tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan
hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah
serupa pada masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa
dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari
bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar
tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard
yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar
tidak lagi mengganggunya.

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan


lima faktor atribusi terhadap masalah stress/burnout. Faktor- faktor tersebut
ialah:-

a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)


b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)
c) Motivasi Kendiri (self-motivation)
d) Empati
e) Kemahiran Sosial (social skills).

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan seseorang


guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan
keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat
keputusan. Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga
mempunyai penilaian yang realistik tentang keupayaan diri dan mereka
mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan mengurus


emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam
menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka
sentiasa berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif
mereka. Guru sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.
Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya
menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka
untuk mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang
dalam mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri.
Individu dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi
masalah atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang mengesan


perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru
melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh
menjadi faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan
individu dari pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati
boleh menyelami keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang
terhadap sesuatu perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998)
menyatakan bahawa seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan
lebih mudah berinteraksi dengan orang lain terutama dalam proses membantu
seseorang. Guru perlu memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan
mendekati murid. Murid akan berasa selesa bersama guru dengan adanya
kemahiran tersebut.

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah kemahiran
bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran bersosial
ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif dalam
perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan
jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru
yang mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi
pakar runding yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi
mewujudkan kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya
berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi
kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua.
Guru juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah
menjadi rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran,
mengemas kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi,
menyediakan soalan ujian dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai
lagi bagi memajukan pelajarnya. Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa
stres yang berpanjangan boleh melemahkan mental dan fizikal serta berupaya
melemahkan secara signifikan kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana
stress menjejaskan kualiti pengajaran dan komitmen para guru. Keberkesanan
sesuatu pendidikan adalah bergantung kepada pengerak utama sistem ini iaitu
guru-guru. Prestasi guru dan komitmen adalah penting bagi seseorang guru
untuk membantu anak bangsa dalam memperolehi kejayaan.

Penutup
Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian
masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Menurut Noriah
(1994) keadaan sedemikian boleh mewujudkan tekanan kepada guru-guru.
Selye (1956) menyatakan bahawa tekanan yang berpanjangan boleh membawa
kepada gangguan emosi di tahap yang berbeza-beza daripada tahap rendah
hingga ke tahap serius. Ini akan mewujudkan emosi yang pelbagai seperti
bosan, lesu, marah, kecewa dan benci (Muchinsky, 1997). Tugas guru
merupakan tugas yang kompleks dan mencabar. Mereka bukan sahaja perlu
mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja pengkeranian dan pentadbiran,
menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga melibatkan diri secara aktif dalam
Persatuan Ibu-Bapa dan Guru (Noriah 1994). Disamping kerja-kerja yang
dinyatakan, guru juga perlu berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal,
dan emosi semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Mohd Najib 2000).
Kenyataan ini disokong oleh Newton dan Newton (2001) yang mengatakan guru
perlu banyak berkomunikasi dan berinteraksi dengan pelajar dalam kelas.
Polloway, Patton dan Serna (2001) juga mengakui kepentingan kemahiran
sosial bagi guru yang mengajar dan juga melatih pelajar dalam kemahiran
sosial.Justeru, kebolehan guru berinteraksi dengan pelajar dipengaruhi oleh
keadaan emosi guru.

You might also like