You are on page 1of 2

 Apa Itu Demam Denggi?

Demam Denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Denggi. Orang yang sihat
boleh menghidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes yang mengandungi virus Denggi.
Penyakit ini sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Tiada ubat untuk merawat penyakit ini.
Cara yang paling berkesan untuk mencegah penyakit ini ialah dengan memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk Aedes.

 Mengenali Nyamuk Aedes

 Nyamuk Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih di badan dan kaki.
 Nyamuk Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja.
 Nyamuk Aedes membiak di dalam takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.
 Kitaran hidup nyamuk Aedes dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih
kurang 1 minggu.

 Mengenali Tempat-tempat Pembiakan Nyamuk Aedes.

a. Tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam rumah

 Di dalam kolah bilik mandi dan baldi yang menakung air.


 Bekas perangkap semut.
 Bekas menakung air peti sejuk.
 Piring menakung air pasu bunga.

b. Tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di luar rumah

 Tayar terpakai.
 Tempurung kelapa.
 Tempurung koko.
 Botol.
 Saluran-saluran air hujan.
 Tin-tin kosong.

 Tanda-tanda Demam Denggi

 Demam kuat yang mengejut.


 Kekeringan bibir.
 Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi dan biji mata.
 Ruam merah di kulit.
 Pendarahan di bawah kulit, pada hidung dan gusi.
 Sakit kepala.
 Hilang selera makan.
 Muntah-muntah.
 Sakit perut.
 Mengawal Dan Mencegah Demam Denggi

Memusnah nyamuk Aedes


a. Peringkat jentik-jentik :

 Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes dengan menanam atau membuang


semua bekas kosong yang boleh menakung air.
 Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti abate atau garam ke dalam semua bekas
menyimpan air tiga bulan sekali.
 Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada
bertelur.
 Tukar air dalam tempayan, jambangan bunga dan kolah bilik mandi setiap minggu dan
basuh serta berus sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru.
 Buang air dari piring-piring alas pasu bunga seminggu sekali dan berus piring-piring itu
hingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
 Bersihkan saluran air hujan (saluran bumbung).

b. Peringkat nyamuk dewasa

 Tidur menggunakan kelambu.


 Gunakan ubat nyamuk atau racun serangga pembunuh nyamuk.
 Gunakan jaring nyamuk di jendela rumah.
 Semburan kabus secara besar-besaran.

AKTIVITI : OPS! CARI DAN MUSNAH

You might also like