You are on page 1of 5

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HAMZAH

18500 MACHANG KELANTAN DARUL NAIM


TEL : 09-9751300 NO.FAX: 09-9756184
Email : dee2191@1bestarinet.yes.my

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT BERUNIFORM KALI


1/2018
Tarikh : 18 Januari 2018
Tempat : Bilik Wawasan
Masa : 12.30 pm
Pengerusi : Tn. Hj. Aminuddin b. Moh Isa (PK Kokurikulum)

Kehadiran :
1. Tn. Hj. Aminuddin bin Mohd Isa 2. Pn. Norazlina bt Awang Kechik
3. Pn. Iza Zuriani binti Musa 4. Pn. Nurul hazwani bt Mohd Rushdi
5. En. Nik Zamani b Nik Daud 6. Pn. Zarina bt Ismail
7. En. Khairil Anwar bin Mahmod 8. En. Chew Chun Bee
9. Pn. Teo Poo Cheng 10. Pn. Suriana bt Abdullah
11. Pn. Hasniah bt Mamat 12. Pn. Halina bt Mohd Ali
13. Pn. Norien bt Ismail 14. Pn. Aripah Radiah bt Mohd Zin
15. Pn. Noraida bt Othman 16. Pn. Hasni bt Daud
17. Pn. Hasnida bt Che Harun 18. Pn. Khalijah bt Zakaria
19. Pn. Aini Azura bt Wahab 20. Pn. Norlia binti Abd Wahed
21. YM. Tuan Aleza bt Tuan Suliman 22. Cik Lim Sin Sin
23. Pn. Hasmah bt Zakaria 24. Pn. Nik Roslinawati bt Nik Him
25. Pn. Wan Zariah bt Wan jaafar 26. YM. Tn Zanariah bt Tn Zahari
27. Pn. Salina bt Kasadey 28. En. Roslan bt Johari
29. En. Ahmad Sukeri b Muhammad 30. En. Mohd ezani bt Samat
31. En. Mohd Sopi mamat 32. En. Mohamad Asri b Mohamed Said
33. En. Mohd Zin b Omar 34. En. Muhammad Suhaimi bt Zakaria
35. En. Nik Mustafa bt Nik Lib 36. En. Nor Ain b Ahmat
37. En. Hadi@Zuri b Kadir

1
1. Ucapan Pengerusi

1.1 Kehadiran ahli mesyuarat dialu-alukan oleh pengerusi dengan ucapan selamat datang dan
terima kasih. Pengerusi membuka majlis dengan surah Al-fatihah.
1.2 Ahli mesyuarat dimaklumkan supaya lebih aktif melaksanakan aktiviti di setiap
perjumpaan supaya dapat meningkatkan nama dan pencapaian unit masing-masing.
Aktiviti yang dilaksanakan mestilah menjurus ke arah pembentukan sahsiah pelajar untuk
menjadi insan yang seba boleh. Ahli mesyuarat diharap dapat mengambil peluang dalam
menguruskan aktiviti kokurikulum untuk menerapkan nilai-nilai murni di kalangan ahli
unit uniform seperti bekerjasama, bersatu padu dan bersaing dengan sihat. Nilai
perpaduan juga perlu diterapkan terutamanya untuk unit uniform yang mempunyai ahli
dari pelbagai kaum.
1.3 Ahli mesyuarat juga dimaklumkan bahawa perhimpunan bulanan KO akan dilakasanakan
pada minggu ketiga setiap bulan.

2. Pengesahan minit mensyuarat yang lepas

2.1 Dibentangkan oleh : Pn. Iza Zuriani bt Musa


2.2 Dicadangkan oleh : Pn. Aini Azura bt Wahab
2.2 Disokong oleh : Pn. Nik Roslinawati bt Nik Him

3. Perkara-perkara berbangkit
Tiada

4. Pengesahan Jawatankuasa Unit Beruniform 2018


4.1 Pengesahan perlantikan Jawatan kuasa Unit beruniform 2018.
4.1.1 Dicadangkan oleh : En. Nik Mustafa bt Nik Lib
4.1.2 Disahkan oleh : En. Hadi@Zuri b Kadir

5. Pengurusan Kelab Persatuan dan Kelab Sukan Permainan 2018.


5.1 Ahli mesyuarat diminta melengkapkan buku laporan unit uniform yang diagihkan.
Perlantikan jawatankuasa unit uniform perlu berdasarkan carta organisasi yang telah
ditetapkan di dalam buku pengurusan. Ahli mesyuarat diingatkan supaya perlantikan
jawatan kuasa mestilah menyeluruh yang melibatkan pelbagai kaum.

6. Perancangan dan Takwim Pengurusan Unit beruniform 2018.


6.1 Ahli mesyuarat dimaklumkan bahawa perjumpaan pertama akan dilaksanakan pada 24
Januari jam 3 – 5 petang. Guru penasihat diminta menjalankan aktiviti yang bersesuaian
dan menarik supaya dapat meningkatkan kehadiran dan penglibatan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum.

2
6.2 Ahli majlis mesyuarat dimaklumkan oleh penyelaras bahawa pelbagai aktiviti telah
dirancang untuk sepanjang tahun 2018 iaitu :
6.2.1 Pertandingan kawad kaki akan diadakan pada bulan April. Guru penasihat diminta
memaklumkan lebih awal kepada ahli unit masing-masing untuk menjalankan
latihan.
6.2.2 Perkhemahan Agong Unit Beruniform akan dilaksanakan seperti ketetapan
berikut :
Tarikh : 5 - 7 Julai 2018
Tempat : Sri Nipah Resort, Bachok, Kelantan
6.2.3 Pelajar SUKSIS UITM akan menganjurkan program bersama-sama pelajar SMK
Hamzah. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti senamrobik, ceramah
dari pihak polis tentang ‘Jenayah Remaja’ dan lain-lain lagi. Pihak sekolah akan
mencadangkan tarikh yang sesuai untuk melancarkan program bersama UITM ini.
6.3 KokurikuluAhli mesyuarat dimaklumkan tentang tarikh perhimpunan bulanan KO seperti
berikut:
Perhimpunan pertama 11 Februari

Perhimpunan kedua 11 Mac

Perhimpunan ketiga 15 April

Perhimpunan keempat 13 Mei

Perhimpunan kelima 15 Julai

Perhimpunan keenam 12 Ogos

Perhimpunan ketujuh 9 September

Perhimpunan kelapan 14 Oktober

Pelajar perlu memakai uniform unit masing-masing diperhimpunan bulanan KO.


Makluman : Guru Penasihat
6.4 Ahli majlis mesyuarat dimaklumkan tentang satu program perintis iaitu Program
PIKeBM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran Bahasa Melayu
dikalangan para pelajar dari segi lisan (komunikasi).
6.5 Program ini perlu dilaksanakan berdasarkan KIT yang dibekalkan oleh pihak kementerian
dan setiap guru penasihat perlu melaksanakan program ini untuk 10 minit yang pertama
dalam setiap kali perjumpaan semua unit kokurikulum. Setiap aktiviti yang dijalankan
perlu disimpan eviden untuk pengesahan.
Makluman : Guru Penasihat

3
6.6 KIT PIKeBM akan diedarkan kepada setiap guru penasihat untuk rujukan dalam
melaksanakan program ini oleh SU Kokurikulum.
Tindakan : SU Kokurikulum
7. Hal-hal lain
7.1 Pn. Norazlina bt Awang Kechik mencadangkan supaya sijil penyertaan peringkat sekolah
diberi kepada pelajar yang terlibat dalam sebarang aktiviti Kokurikulum.
7.2 Pn. Aini Azura bt Wahab mencadangkan supaya membenarkan pelajar memakai T-shirt
uniform di setiap perjumpaan unit beruniform.
7.3 Pn. Hasni bt Daud memaklumkan untuk menyelaraskan pemakaian tudung unit
beruniform masing-masing. Sehubungan dengan itu, PK Kokurikulum mengarahkan
untuk membuat ‘spotcheck tudung’ pada akhir perhimpunan KO yang pertama. Unit
HEM akan dimaklumkan untuk mendapatkan kebenaran dalam melaksanakan ‘spotcheck
tudung’.
7.4 En. Khairil Anwar b Mahmod memaklumkan supaya SU Kokurikulum mengeluarkan
Buku Laporan Aktiviti Unit beruniform yang berasingan untuk pelajar Pra U. Unit
beruniform yang terlibat adalah Kadet St. John Ambulan, Kadet Polis, Kadet Remaja
Sekolah, Kadet Pertahanan Awam dan Kadet Bomba.
Tindakan : SU Kokurikulum

8. Penutup
8.1 Ahli mesyuarat mengambil maklum bahawa semua unit hendaklah sentiasa berusaha
sebaik mungkin untuk mengekalkan dan menambahkan lagi kejayaan dalam unit masing-
masing pada tahun 2018.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.40 petang.

Disediakan oleh,

_______________________
(IZA ZURIANI BT MUSA)
Su Majlis Kokurikulum
SMK Hamzah

4
MAKLUM BALAS MINIT MESYUARAT

NAMA MESYUARAT : MESYUARAT JAWATANKUASA UNIT BERUNIFORM


KALI 1/2018

TARIKH : 18 JANUARI 2018

TEMPAT : BILIK WAWASAN

Muka
Para Pekara Tindakan Maklumbalas
surat
4 6.6 KIT PIKeBM akan diedarkan kepada SU Kokurikulum
setiap guru penasihat untuk rujukan
dalam melaksanakan program ini oleh
SU Kokurikulum.
4 7.4 En. Khairil Anwar b Mahmod SU Kokurikulum
memaklumkan supaya SU
Kokurikulum mengeluarkan Buku
Laporan Aktiviti Unit beruniform
yang berasingan untuk pelajar Pra U.
Unit beruniform yang terlibat adalah
Kadet St. John Ambulan, Kadet Polis,
Kadet Remaja Sekolah, Kadet
Pertahanan Awam dan Kadet Bomba

Disediakan oleh :

---------------------------------
( IZA ZURIANI MUSA )
SU KOKURIKULUM
SMK HAMZAH

You might also like