You are on page 1of 4

LAPORAN PROGRAM MEMPERKASAKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN:

PERARAKAN APRESIASI KOKURIKULUM PERINGKAT SEKOLAH 2017

Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu menerusi agenda Memperkasakan Transformasi Pendidikan telah
melaksanakan satu aktiviti inovasi iaitu Perarakan Apresiasi Kokurikulum Peringkat Sekolah.

OBJEKTIF
Program itu juga merupakan satu usaha memperkasakan transformasi kokurikulum dalam
kalangan murid di negeri Terengganu. Selain itu juga, aktiviti ini merupakan satu mekanisme
memasyarakatkan kokurikulum serentak Memperkasakan Transformasi Pendidikan Terengganu.

LAPORAN AKTIVITI
Sekolah Kebangsaan Bari telah mengadakan aktiviti Perarakan Apresiasi Kokurikulum Peringkat
Sekolah pada hari Selasa, 18 April 2017. Perarakan ini telah dijalankan semasa program kokurikulum dan
serentak seluruh negeri Terengganu.
Perarakan ini bermula pada jam 2.30 petang dan melibatkan semua unit beruniform sekolah
iaitu Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), dan Puteri Islam. Setiap unit beruniform diiringi oleh
guru pengiring masing-masing.
Sebelum bermulanya perarakan, murid-murid telah bersama dalam unit masing-masing
menyiapkan slogan dan sepanduk yang akan dibawa semasa perarakan itu nanti.
Perarakan bermula dari sekolah dan murid-murid berjalan mengelilingi kawasan kampung
berhampiran untuk menyampaikan mesej Apresiasi Kokurikulum tersebut. Perarakan ini telah berkahir
pada jam 3.30 petang. Selepas itu murid berkumpul kembali di sekolah untuk mendengar sedikit ucapan
dari Guru Penolong Kanan Kokurikulum berkaitan aktiviti perarakan tersebut. Pihak sekolah juga turut
menyediakan minuman untuk murid walaupun murid-murid telah diminta untuk membawa minuman
sendiri.
Murid-murid tahap 2 yang terlibat dengan perarakan dibenarkan pulang pada jam 4.30 petang.

You might also like