You are on page 1of 5

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 1 / 2018 SK SERASOT

Tarikh : 3 Januari 2018


Hari : Rabu
Masa : 2.00 – 2.30 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah SK Serasot, Bau.

Kehadiran:
1. En. Gowbei anak Nasian PK Kurikulum
2. En. Nyahun anak Langip PK Kokurikulum
3. Pn. Ngios anak Nasey PK Hal Ehwal Murid
4. En. Nedick anak Apat Ketua Panitia Sains
5. Pn. Mahakendra anak Akang Setiausaha Panitia Sains
6. Pn. Lavonne Elsa anak Hendrick Guru Matematik

Agenda:
1. Ucapan Aluan Ketua Panitia
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 3 / 2017 SK Serasot
3. Perbincangan Perkara-perkara Berbangkit
4. Analisa/Post Mortem Peperiksaan UPSR 2017 dan Peperiksaan Akhir Tahun Semua
Kelas
5. Perbincangan PBS tahun 2017 (Ujian Diagnostik, Ujian 1/Pra UPSR 1, PPT/Pra
UPSR 2, Ujian 2/Pra UPSR 3, PAT dan PLBS.
6. Perancangan Aktiviti Panitia 2018
7. Perancangan Program I-Think Panitia untuk sudut I-Think/KBAT
8. Perancangan Kegunaan PCG Panitia dalam Pembelian ABM dan Perbelanjaan
aktiviti serta keperluan lain panitia.
9. Penyelarasan Penulisan Buku Rekod Mengajar – Format RPT/RPH, Peta
Pemikiran, format penyemakan buku latihan
10. Hal-hal lain

Perkara-perkara:

1.0 Ucapan Aluan Ketua Panitia

1.1 Ketua Panitia mengucapkan selamat petang dan terima kasih kepada Guru Penolong
Kanan Akademik, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid dan semua ahli panitia Sains kerana dapat hadir ke mesyuarat panitia Sains kali
pertama untuk tahun 2018.

Tindakan : Makluman semua

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 3 / 2017 SK Serasot

2.1 Setiausaha Panitia Sains membentangkan minit mesyuarat panitia sains bil 3 / 2017.
Minit mesyuarat telah dicadang untuk disahkan oleh Encik Nedick anak Apat dan disokong
oleh En. Gowbei anak Nasian.

Tindakan : Makluman semua


3.0 Perbincangan Perkara Berbangkit

3.1 Tiada hal-hal berbangkit diutarakan.

Tindakan : Makluman semua

4.0 Analisa/Post Mortem Peperiksaan UPSR 2017 dan Peperiksaan Akhir Tahun
2017 Semua Kelas

4.1 Ketua panitia membentangkan keputusan mata pelajaran sains dalam peperiksaan
akhir tahun 2017. Keputusannya adalah seperti dalam jadual di bawah;

Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun Tahun


Sekolah
1 2 3 4 5 6
Bil. Murid 17 27 26 24 26 18 138
Bil. Lulus 17 25 22 19 24 18 125
Peratus Lulus
100 92.59 84.62 79.17 92.31 100 90.60
%
GPMP 1.94 2.78 3.19 3.08 3.15 2.39 2.76
Peratus Lulus dan GPMP Sains PAT 2017

4.2 Ketua Panitia Sains memaklumkan bahawa peratus lulus mata pelajaran Sains untuk
SK Serasot dalam PAT 2017 ialah 90.60% dan GPMP Sains dalam PAT ini ialah 2.76.
Beliau memaklumkan bahawa pencapaian keseluruhan mata pelajaran sains dalam PAT
2017 lebih baik berbanding PPT 2017 yang hanya mencatatkan 73.38% menguasai dan
purata GPMP ialah 3.24.

4.3 En. Gowbei anak Nasian memaklumkan bahawa beliau sangat berpuas hati dengan
pencapaian keseluruhan murid-murid dalam subjek sains di peringkat sekolah dalam PAT
2017 ini. Beliau memohon agar guru-guru sains merangka satu pelan tindakan bagi
memperbaiki lagi pencapaian murid-murid dalam mata pelajaran Sains pada tahun 2018.

4.4 Hanya seorang sahaja murid mencatat A dalam subjek sains UPSR pada tahun lepas
berbanding 3 orang yang disasarkan pada awal tahun. Murid yang telah mencapai A dalam
subjek sains UPSR ialah Hendrick anak Hilbert. Seramai 3 orang murid mendapat B, 11
orang memperolehi C dan 3 orang mencatatkan D dalam UPSR 2017.

4.5 En. Nedick anak Apat selaku guru mata pelajaran sains Tahun 6 SK Serasot
memaklumkan bahawa pencapaian tahun 2017 sangat memuaskan kerana subjek sains
telah mencatat 100% kelulusan dan GPMP sebanyak 2.89.

4.3 En. Gowbei Nasian mengucapkan tahniah di atas pencapaian yang cukup
membanggakan dan berharap agar Panitia Sains terus merangka program yang sesuai bagi
meneruskan pencapaian yang cemerlang ini.

Tindakan : Makluman semua


5.0 Perbincangan PBS tahun 2017

5.1 Ketua Panitia Sains memaklumkan bahawa panitia sains akan menjalankan PBS
seperti mana yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian dan dipersetujui di peringkat
jawatankuasa kurikulum sekolah mengikut takwim 2018. PBS merujuk kepada Pentaksiran
Berasaskan Sekolah yang mana ia melibatkan perkara-perkara seperti berikut;

5.1.1 Ujian Diagnostik (Tahun 6) - Januari 2018


5.1.2 Ujian 1 / Pra UPSR 1 - Mac 2018
5.1.3 Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) / Pra UPSR 2 - Mei 2018
5.1.4 Ujian 2 / Pra UPSR 3 - Ogos 2018
5.1.5 Peperiksaan Akhir Tahun (PAT) - November 2018

Tindakan : Makluman semua

5.2 En. Gowbei anak Nasian selaku GPK Kurikulum memaklumkan bahawa selain
perlaksaan PBS seperti di atas, terdapat juga penilaian bilik darjah yang harus dilakukan
secara berterusan melalui latihan dan aktiviti semasa PdPc dijalankan.

Tindakan : Makluman semua

6.0 Perancangan Aktiviti Panitia 2018

6.1 Ketua Panitia menerangkan mengenai beberapa program yang akan dijalankan oleh
Panitia Sains bagi sesi persekolahan 2017. Antara aktiviti yang telah dirancang bagi sesi
persekolahan 2017 adalah seperti berikut:

6.1.1 Program Pingumas Sains (Sudut Sains & Teknologi) ~ Sepanjang tahun
6.1.2 Program Kembara Saintis Muda (Aktiviti Pagi Khamis) ~ Sepanjang Tahun
6.1.3 Program Minggu Sains & Teknologi ~ Bulan Jun 2018
6.1.4 Program Rekacipta Sains ~ Bulan Oktober 2018

6.2 Kertas kerja bagi setiap program yang telah dirancang akan disediakan oleh Ketua
Panitia dan diedarkan kemudian untuk makluman semua.

Tindakan : Makluman semua

7.0 Perancangan Program I-Think Panitia untuk sudut I-Think/KBAT

7.1 Encik Nedick Apat memaklumkan bahawa sudut I-Think/ KBAT bagi semua mata
pelajaran akan diteruskan pada tahun ini. Bagi peringkat awal, guru yang mengajar mata
pelajaran Sains perlu menyediakan sekurang-kurangnya satu peta I-Think bagi setiap topik
yang diajar untuk dipamerkan di sudut I-Think/ KBAT.

Tindakan : Makluman Guru Sains


8.0 Perancangan Kegunaan PCG Panitia dalam Pembelian ABM dan
Perbelanjaan Aktiviti serta Keperluan Lain Panitia.

8.1 Anggaran peruntukan PCG panitia sains pada tahun ini ialah RM596.00.
Peruntukan ini akan digunakan untuk membiayai aktiviti panitia serta pembelian ABM
panitia. Anggaran perbelanjaan peruntukan PCG panitia sains 2018 adalah seperti berikut;

8.1.1 Perbelanjaan aktiviti panitia Sains : RM250.00


8.1.2 Pembelian ABM Sains : RM346.00

8.2 Ketua Panitia memaklumkan bahawa peruntukan PCG Panitia Sains pada Tahun
2018 akan digunakan untuk membeli ABM sains seperti berikut:

8.2.1 Kit Magnet ~ 4 set


8.2.2 Penunu Bunsen ~ 6 unit
8.2.3 Kertas Litmus (merah) ~ 12 unit
8.2.4 Kertas Litmus (biru) ~ 12 unit
8.2.5 Kertas Turas ~ 12 unit

7.2 Semua ahli yang hadir bersetuju dengan cadangan perancangan penggunaan PCG
panitia yang dikemukakan oleh ketua Panitia Sains.

Tindakan : Makluman semua

9.0 Penyelarasan Penulisan Buku Rekod Mengajar – Format RPT/RPH, Peta


Pemikiran, format penyemakan buku latihan

8.1 Ketua panitia memaklumkan bahawa mulai tahun ini matapelajaran Dunia Sains
dan Teknologi untuk Tahun 2 akan dikenali sebagai mata pelajaran Sains berdasarkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017. Kandungan silibus Sains
Tahun 2 akan mengalami sedikit perubahan dengan subjek TMK dipisahkan daripada
subjek Sains dan peruntukan masa subjek Sains Tahun 2 2017 dinaikkan daripada 2 waktu
kepada 3 waktu seminggu. Beberapa tajuk baru juga akan diperkenalkan dalam silibus
Sains Tahun 2 seperti tajuk Kemahiran Proses Sains, Terang & Gelap, Elektrik, Campuran
dan Bumi.

8.2 Ketua Panitia memaklumkan juga bahawa SK Serasot akan meneruskan Program
Dual Language (DLP) bagi mata pelajaran Sains untuk semua kelas daripada Tahun 1
hingga ke Tahun 6. Oleh yang demikian, mata pelajaran Sains bagi semua kelas akan diajar
dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. Buku Teks dan Buku Aktiviti bagi semua kelas DLP
masih belum diterima sepenuhnya.

8.3 Ketua Panitia telah memaklumkan kepada guru Sains bahawa Dokumen Standard
Kurikulum dan Pentaksiran, Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran
Harian Dunia Sains dan Teknologi boleh dirujuk dan dimuat turun dari Laman Sesawang
Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM.

8.4 Ketua panitia juga memaklumkan kepada semua guru bahawa Rancangan Pelajaran
Tahunan disediakan mengikut format seperti tahun lepas. Elemen yang perlu ada di dalam
Rancangan Pelajaran Tahunan Dunia Sains dan Teknologi serta Sains adalah seperti
berikut:
i. Minggu
ii. Tajuk/Sub Tajuk
iii. Standard Kandungan
iv. Standard Pembelajaran
v. Standard Prestasi
vi. Catatan
Tindakan : Semua Guru Sains

8.6 Ketua panitia memaklumkan bahawa format penyediaan Rancangan Pelajaran


Harian (RPH) adalah seperti berikut:

Kelas Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6(KSSR)


i. Tema:
ii. Tajuk:
iii. Standard kandungan:
iv. Standard pembelajaran:
v. Objektif pembelajaran:
vi. KPS/KMS: Tindakan : Guru-guru Sains
vii. Aktiviti:
10.0 Hal-hal Lain
viii. Refleksi:
9.1 Encik Gowbei Nasian meminta agar Panitia Sains terus mempertingkatkan usaha
agar SK Serasot terus mencipta kejayaan dalam UPSR mahupun pertandingan-pertandingan
yang dikelolakan di pelbagai peringkat.

Tindakan : Makluman semua

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………......…………......................... ……………..........…........
(MAHAKENDRA ANAK AKANG) (NEDICK ANAK APAT)
Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains
SK Serasot, Bau SK Serasot, Bau

You might also like