You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA SAINS BIL 2 / 2018 SK SERASOT

Tarikh : 29 Jun 2018


Hari : Jumaat
Masa : 12.15 tengah hari – 1.00 petang
Tempat : Pusat Sumber Sekolah SK Serasot, Bau.

Kehadiran:
1. Pn. Gowbei anak Nasian PK Kurikulum
2. En. Nyahun anak Langip PK Kokurikulum
3. En. Nedick anak Apat Ketua Panitia Sains
4. Pn. Mahakendra anak Akang Setiausaha Panitia Sains
5. Pn. Jadi anak Dusey Penyelaras Program Mentor Mentee DLP Sains

Agenda:
1. Ucapan Aluan Ketua Panitia
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 1 / 2018 SK Serasot
3. Perbincangan Perkara-perkara Berbangkit
4. Analisa/Post Mortem Kertas Sains Pra UPSR Daerah 1 dan 2 Tahun 6
5. Analisa/Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 Semua Kelas
6. Minggu Sains 2018
7. Hal-hal lain

Perkara-perkara:

1.0 Ucapan Aluan Ketua Panitia

1.1 Ketua Panitia mengucapkan selamat petang dan terima kasih kepada Guru Penolong
Kanan Akademik, Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan semua ahli panitia Sains kerana
dapat hadir ke mesyuarat panitia Sains kali kedua untuk tahun 2018.

Tindakan : Makluman semua

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Panitia Sains Bil 1 / 2018 SK Serasot

2.1 Setiausaha membentangkan minit mesyuarat Bil 1 / 2018. Minit mesyuarat


telah dicadang untuk disahkan oleh Encik Nedick anak Apat dan disokong oleh En. Nyahun
anak Langip.
Tindakan : Makluman semua

3.0 Perbincangan Perkara Berbangkit

3.1 Tiada hal-hal berbangkit diutarakan.

Tindakan : Makluman semua


4.0 Analisa/Post Mortem Kertas Sains Pra UPSR Daerah 1 dan 2 Tahun 6

4.1 Ketua panitia memaparkan pencapaian murid bagi mata pelajaran Sains dalam
Pra UPSR Daerah 1 dan 2. Keputusan dan analisa pencapaian murid-murid Tahun 6 SK
Serasot dalam Kertas Sains Pra UPSR Daerah 1 dan 2 adalah seperti dalam Lampiran 1.

4.2 Secara keseluruhannya pencapaian murid-murid Tahun 6 dalam Pra UPSR Daerah 1
dan 2 untuk mata pelajaran sains masih belum memuaskan kerana belum ada murid yang
berjaya mancapai gred A seperti yang disasarkan untuk UPSR 2018. Hanya 2 orang murid
berjaya mendapat keputusan B dalam kedua-dua ujian percubaan UPSR peringkat Daerah
Bau berkenaan. Dari segi peratusan kelulusan juga masih belum mencapai sasaran 100%
calon lulus di mana peratusan kelulusan bagi AR1 dan AR2 hanya masing-masing
mencatatkan 65.22% dan 78.26%.

4.3 En. Gowbei anak Nasian memohon agar panitia sains terus mempergiatkan lagi
usaha bagi memperbaiki kelemahan murid-murid agar keputusan UPSR tahun 2018 kali ini
akan lebih baik berbanding tahun lepas. Beliau percaya bahawa murid-murid tahun ini
berpotensi untuk mencapai keputusan yang cemerlang sekiranya lebih tumpuan diberikan
dalam bilik darjah kerana semua murid telah menguasai konstruk Linus semasa di Tahun 3.

Tindakan : Makluman semua

5.0 Analisa/Post Mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 semua kelas

5.1 Ketua panitia memaparkan pencapaian murid bagi mata pelajaran Sains dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018. Keputusan dan analisa pencapaian murid-murid SK
Serasot dalam Kertas Sains Peperiksaan Pertengahan Tahun 2018 adalah seperti dalam
Lampiran 1.

5.2 Hanya dua kelas sahaja yang mencatat keputusan GPMP di bawah 3 iaitu Darjah 1
dengan 2.35 dan Darjah 2 dengan 2.38. Empat kelas yang lain masih menunjukkan
keputusan yang kurang memuaskan kerana masih berada di atas 3 bagi GPMP. Darjah 2
menunjukkan keputusan yang sangat memuaskan dari segi peratus kelulusan iaitu sebanyak
100%. Manakala Darjah 4 menunjukkan keputusan yang masih lemah dengan peratus
kelulusan pada tahap 60.0% dan GPMP 3.60. Secara puratanya, peratus kelulusan sains SK
Serasot bagi PPT 2018 ialah 75.27% dan purata GPMP ialah 3.15.

5.3 En. Nedick anak Apat selaku guru mata pelajaran sains SK Serasot memaklumkan
bahawa beliau akan melakukan beberapa penambahbaikan dari segi PdPc untuk penggal
kedua ini bagi memantapkan prestasi murid-murid dalam mata pelajaran sains.

Tindakan : Makluman semua


6.0 Minggu Sains 2018

6.1 Encik Nedick Apat memaklumkan bahawa Minggu Sains 2018 yang dirancang
akan diadakan pada bulan Jun ini terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada
beberapa aktiviti besar di peringkat sekolah dan Daerah Bau. Semua yang hadir telah
sebulat suara bersetuju dengan penundaan tarikh aktiviti minggu sains 2018 ke bulan
September ini.

Tindakan : Makluman Guru Sains

7.0 Hal-hal Lain

9.1 Encik Gowbei anak Nasian memaklumkan bahawa pentaksiran bilik darjah (PBD)
mesti diteruskan sepanjang sesi persekolahan agar penguasaan dan perkembangan murid
dalam mata pelajaran sains dapat dipantau selain dapat mengenal pasti murid-murid lemah
yang memerlukan bimbingan khusus dalam pelajaran mereka. Beliau juga meminta agar
Panitia Sains terus mempertingkatkan usaha agar SK Serasot terus mencipta kejayaan
dalam UPSR mahupun pertandingan-pertandingan yang dikelolakan di pelbagai peringkat.

Tindakan : Makluman semua

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………......……….......….................. ……………..........…........
(MAHAKENDRA ANAK AKANG) (NEDICK ANAK APAT)
Setiausaha Panitia Sains Ketua Panitia Sains
SK Serasot, Bau SK Serasot, Bau

You might also like