You are on page 1of 1

Sejarah Pembinaan Surau Ar-Raudhah As-Sakinah

Taman Pulai Emas , sebuah taman yang tidak asing bagi penduduk sekitarnya, telah didiami sekitar tahun 2000,
hingga kini mempunyai kepadatan 1000 pintu, 80% muslim, 20% adalah dari pelbagai agama dan kaum.
Peringkat awal, Penduduk MuslimTaman Pulai Emas hanya menumpang Musholla di taman Pulai Jaya, namun atas
usaha beberapa penduduknya, maka terbentuklah satu jawatankuasa pembinaan surau awal 2006, yang
dipengerusikan oleh ust.Katiman Jamiran, pada awalnya, jawatankuasa telah bersetuju mengutip RM100 bagi setiap
keluarga .
ALHAMDULILLAH , berkat sokongan dan kerja keras jawatankuasa, dalam masa 3 bulan dana yang terkumpul
adalah kurang lebih RM30,000, dan awal april 2006, akhirnya jawatankuasa bersetuju untuk membangunkan sebuah
surau di tapak yang sedia ada sekarang ini dengan keluasan 30 lebar x 40 panjang.
Kutipan demi kutipan terus dijalankan oleh jawatankuasa dan jemaah melalui badan NGO, pertubuhan kerajaan dan
jua bantuan dari pejabat pembangunan negeri, akhirnya kami mendapat derma dari pelbagai pihak termasuklah
peruntukan dari pejabat pembangunan negeri secara "Direct Grant" sebanyak RM100,000.
Dan akhirnya, surau ini siap dibina dan dapat digunakan awal 1 Ramadhan 1427 h. dengan kapasiti jemaah kurang
lebih 200 orang. ini lah bermulanya fasa 1 pembinaan surau ini, dan diberi nama dengan "SURAU AR-RAUDHAH
AS-SAKINAH ". dan jawatankuasa masih mengekalkan jawatan Pengerusi iaitu ust Katiman Jamiran hingga
kini. Keseluruhan kos pembinaan surau ini lebih kurang RM350,00 tidak termasuk barang -
barang yang didermakan dari pelbagai pihak.
Fasa 2, surau ini mula dilakasanakan awal tahun 2014 ketika mana surau ini sudah tidak dapat menampung
kebanjiran jemaah terutama pada waktu puncak. tambahan pula pada mei tahun 2014 , surau ini telah dinaiktaraf
untuk didirikan solat jumaat, sekali lagi jawatankuasa bertungkus lumus untuk menjayakan hasrat tersebut dengan
melebarkan lagi bangunan utama dengan keluasan 52 kaki lebar x 25 kaki panjang. dengan kos keseluruhan
sebanyakRM89,900 oleh My Sutera Enterprise.
Keseluruhan kos pembinaan fasa 2 adalah hasil sumbangan penduduk, badan NGO dan Majlis Makan Malam di
KSL Hotel pada 25 Mac 2014, seramai lebih kurang 800 penyertaan telah hadir di majlis tersebut dengan kutipan
sebanyak REM85,000.
Fasa 3, Akhir disember 2014, jawatankuasa merasakan pelebaran surau yang ada tidak dapat menampung jemaah
yang ada terutama waktu kemuncak, oleh itu, Jawatankuasa pembangunan sekali lagi mengambil keputusan dengan
keputusan sebulat suara dari AJK untuk memasang awning di bahagian belakang, dengan kos keseluruhannya RM
27,000.
Jawatankuasa mengharapakan dengan adanya usaha pelebaran struktur utama bangunan surau akan dapat
memberikan keselesaan kepada jemaah, bukan sahaja waktu kemuncak, bahkan lebih penting dari itu waktu-waktu
solat 5 waktu pada setiap harinya. semoga Allah sentiasa merahmati semua yang telah menjayakan pembembinaan
dan penambaikan surau hinggalah sekarang ini....amin.

You might also like